Cerita Lawak : EMEL DARIPADA PEMBACA DAN PEMINAT SETIA BLOG AKU.

     Assalamualaikum.Di kesempatan ini aku nak mengucapkan  " Goisas tere ajnabi wakuwaku gede sek koi wala cedoi hengkoi copoi engtoglake kui senoi hekcubuitui lululuzedai erengkabutan sek sek. " . Yang bermaksud , " TERIMA KASIH".

     Terima kasih kat korang semua yang terus menyokong aku dengan mengikuti blog aku ini. www.bonijll3.blogspot.com. Aku pun tak sangka ramai yang meminati penulisan-penulisan aku ini.(sambil lobang hidung aku membesar secara tiba-tiba).
     Ramai jugak yang menghantar emel-emel memberi kata-kata semangat dan peransang untuk aku terus menghasilkan karya-karya seperti ini.Jadi sebagai tanda penghargaan kat korang,aku akan tonjolkan emel-emel itu di blog aku ini.Kepada emel yang belum berbalas itu,aku minta maaf sangat-sangat kerana sesungguhnya aku sendiri tak menang tangan.Berderet-deret emel yang masuk menanti pembalasan daripada aku.OK,kita jangan buang masa lagi,mari kita teruskan membaca.(sambil membuang jam ke dalam tong sampah).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMEL PERTAMA

<abangbuyut@hotmail.com> wrote to <BONI JLL3>

     Boni,aku suka sangat la cerita kau yang bertajuk "Hanyir betul bau kaki aku".Cerita tu memang sedih sangat bro.Semalaman air mata aku menitis tanpa henti,sampaikan pagi ni aku dah disahkan buta oleh doktor sakit tuan.Good job bro.Harap kau akan terus success dalam menghasilkan karya seperti itu.Chaiyok chaiyok!

<BONI JLL3> said

     Bila masa aku ada tulis cerita tajuk tu??Adoiyai.Kau salah blog ni.Syuh syuh..pergi main jauh-jauh.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMEL KEDUA

<ina.sayang.suami.ina@gmail.com> wrote to <BONI JLL3>

     Boni,mak cik ada baca cerita boni tentang "Korang ada kelebihan ke?Rasa-rasa berguna ke kelebihan tu??".Sebenarnya mak cik setuju sangat-sangat cara boni usik Zizan Rajalawak tu.Mak cik sebenarnya minat sangat kat Zizan.Kalau muka dia tgh "on air" kat tb,makcik la orang yang paling setia duduk depan tb tu sambil makan popcorn.Hati mak cik ni da terpaut.Zizan.I LOVE U.

<BONI JLL3> said

     Owh,punya panjang dan bernas idea yang saya tulis,mak cik suka part tu je?Mak cik,kenapa luahkan kat saya.Saya bukan agensi cari jodoh.Adoiyai,rasa macam nak cucuk je mata saya ni dengan bateri cap energiser saiz AA.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMEL KETIGA

<syntax_roadtax_incometax_taxi@yahoo.com> wrote to <BONI JLL3>

     Bro,tumpang tanya.Macam mane hendak ke Pekeliling?

<BONI JLL3> said

     Masuk kat bulatan jalan Ipoh.Ambil jalan ke Jalan Ipoh.Terus je.Jangan belok-belok.Sampai nanti bro akan jumpa signboard "SESAT",bro masuk simpang tu.Pekeliling area situ je.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMEL KEEMPAT

<sashacute12345@gmail.com> wrote to <BONI JLL3>

     AKU BENCI KAU!! AKU BENCI KAU!!

<BONI JLL3> said

     Ye.Terima kasih atas sokongan padu shashacute.Saya akan berjanji akan terus success dalam menghasilkan karya-karya seperti ini.Ye,saya tau saya ni gagah,kacak plak tuh,tapi jangan disebabkan ini awak tergila-gilakan saya.Saya tetap seorang insan biasa.Terima kasih shashacute.Teruskan menyokong saya lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

EMEL KELIMA

<BONI JLL3> wrote to <BONI JLL3>

     Assalamualaikum bro.Wa betul-betul minat dengan hasil-hasil karya bro.Bro memang fantastik,bombastik,splastik dan sebagainya.Memang mantop lah bro story-story bro tu.Pernah sekali wa terlampau KHUSYUK baca hasil penulisan bro,wa tak perasan kaki wa kene tebas dengan mesin potong rumput,gigi wa kene kapak,jari kelilingking wa kene patuk dengan empat ekor ular tedung,lobang hidung wa sampai jadi sarang anai-anai,rambut wa kene ragut dengan lembu sampai botak dan macam-macam lagi bro.
Masa tu wa online kat kebun atok wa.Khayal bro dengan cerita-cerita bro.Tabik spring kat lu bro.Tahniah.Sampai wa mati pun wa akan jadi peminat setia lu bro.Ok bro,Assalamualaikum.

<BONI JLL3> said

     Waalaikumsalam bro.Biasa bro.Memang biasa perkara macam tu terjadi kat pembaca dan peminat aku yang lain.Beratus-ratus ribu,malah berjuta pernah mengalami perkara tersebut.Ada yang putus kepala,putus kaki,tulang rusuk hilang satu,telinga tiba-tiba capang sebelah n many more,more violence..Tapi takpe bro.Aku akan sentiasa menghargai semua pembaca dan peminat aku termasuk engkau.Jadi,nasihat aku,teruskan membaca ok?Assalamualaikum.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Jadi,inilah antara emel yang sempat aku balas.Kepada yang belum berbalas,aku nak minta maaf lagi sekali.Rasanya ada lagi sejuta seratus emel yang masih belum dibaca,jadi kita bertemu di waktu yang sama dan hari yang sana.Assalamualaikum.
Cerita Lawak : EMEL DARIPADA PEMBACA DAN PEMINAT SETIA BLOG AKU.

{ 16 comments.. read them below or add one }

rahsia rahsia 30 November, 2010
aku plg suka emel pertama sampai pecah dan bengkak gusi aku akibat ketawa berleluasa..
Boni JLL3 Boni JLL3 02 December, 2010
rahsia : hahahaha..sampai macam tu sekali..
DyeLLa DaNia DyeLLa DaNia 19 December, 2010
hahaha... klakat tol email2 tu..huhu..
Boni JLL3 Boni JLL3 20 December, 2010
dyella : hahahaha..ape yang kelakat tuh??hakhakhak
DyeLLa DaNia DyeLLa DaNia 20 December, 2010
klakat tu sabit rumput yg kena asah ngan gigi hahaha.. klakar la..slh type... :)
Boni JLL3 Boni JLL3 21 December, 2010
hakhakhakhak.tu la pasal..lenkali chek dulu ejaan tu yer..hehehe
DyeLLa DaNia DyeLLa DaNia 04 March, 2011
hehe...baiklah..disebabkan klakar sgt la slh type huhu....:P
Boni JLL3 Boni JLL3 07 March, 2011
hahahahaha..tunggu citer baru masuk k..haha
DianaAzis DianaAzis 28 October, 2011
haha..saya yg hntr email ke empat tu kat awak..knpa awak jawab camtu? hehehe :P

kelakar la awak ni..
Boni JLL3 Boni JLL3 31 October, 2011
@DianaAzis
owh..awaklah orangnye rupanya??hahaha
Aien Not Alien Aien Not Alien 29 March, 2012
This comment has been removed by the author.
Aien Not Alien Aien Not Alien 29 March, 2012
boni pasai pa tak bubuh sekali e-mail ke-6??? tu den yang hantar tuuu..
Aien Not Alien Aien Not Alien 29 March, 2012
This comment has been removed by the author.
Boni JLL3 Boni JLL3 29 March, 2012
@Aien Not Alien

eh...ada ek??hahaha.. tertinggal la tu..hehehe
Crafty Nieya Crafty Nieya 10 July, 2012
ahahahaha..boni wrote to boni ??? mak aihh . masuk bakul angkat sendiri yee..ahahaha..terbaikk !
Afiq Rayyan Afiq Rayyan 03 August, 2016
pui...aku punya serius bace..ingt btl2 punya emel..pastu tgk id emel pn mcm harem..dh tau aku terkena...ampeh..

Mak suruh terjah kat sini..Kenapa Tiada Warna Merah Jambu di Terengganu