korang ada kelebihan ke?rasa2 berguna ke kelebihan tuh?

     Pernah tak korang terfikir apa kelebihan & kemahiran dalam diri korang yang tak ada kat orang lain?Adakah korang sedar?Aku pasti ramai antara korang yang sedar tentang tu.Bagi yang masih belum sedar-sedar,korang perlu cepat untuk mengetahuinya.Cari dan cari sehingga korang jumpa perkara tersebut.Pentingnya perkara ni kerana ia sebenarnya boleh membantu dan memberi manfaat di dalam kehidupan seharian korang.Tahu kenapa?Haa...Akan bermulalah al-kisah penulisan ak sebentar je lagi untuk menghuraikan perkara tersebut.Jadi korang kene baca walaupun agak panjang.Luangkan masa korang sekejap.Baca dan fikir-fikirkanlah.(Sambil mengurut misai yang tak berapa nak tumbuh ni).

     Ada spesis yang hebat bermain bola,ada spesis yang hebat bermain badminton,ada juga spesis yang hebat dalam menyanyi(mungkin aku termasuk dalam spesis ni.hakhakhak),ada juga spesis yang hebat dalam melukis.Sebenarnya,tak kira apa pun kelebihan dan kemahiran korang tu,ia sebenarnya memberi kelebihan kepada diri korang.

     Pertamanya,ia menjadikan anda kreatif.Sebenarnya kesemua kelebihan dan kemahiran yang ada pada korang tu adalah sesuatu seni.Seni bukan tertakluk pada lukisan,potret,nyanyian mahupun muzik sahaja.Seni adalah sesuatu yang begitu meluas definasinya.Baiklah,berbalik semela kepada "Point" yang pertama tadi,kreatif.Apabila korang kreatif,korang dahpun mengaktifkan otak korang yang dah tersedia beku tu.Jadi apabila otak korang aktif,ia sebenarnya amat baik untuk kesihatan anda daripada segi psikologi.Betul tak?

     Yang keduanya,apabila korang sudah mula kreatif,korang sebenarnya dahpun berada dalam mod berusaha.Korang berusaha untuk menjadikan diri korang lebih hebat daripada yang sebelumnya.Dan korang dahpun menjadi seorang yang kuat berusaha.Betul tak?Tepuk dada tanya selera.Bagi yang ada masalah jantung,tepuk bahagian lain.hakhakhakhak.

     Yang ketiganya , apabila korang sentiasa berusaha , korang dahpun menjadikan diri korang lebih tabah dan lebih kuat.Betul lagi tak?Korang pandang diri korang yang dulu dan bandingkan dengan diri korang yang sekarang.Jika jawapan korang adalah "eh,same je.", tu bermakna memang korang ada masalah besar.Hakhakhak.Bangun dengan segera kerana dunia ni semakin lama semakin kuat cabarannya.Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang sudahpun korang miliki.

    Yang keempat,apabila diri korang dahpun semakin tabah dan semakin kuat,akan timbul apa dalam diri korang?Tak ada jawapan?Takkan timbul muka Zizan rajalawak plak?hakhakhakhak.Jangan marah Zizan.genggurau jer.Baiklah,aku akan beritahu jawapannya selepas aku makan choki-choki ni jap.(pergh..sedap beb).Ok,sambung balik.Apa yang akan timbul?Dah tentu lah timbul KEYAKINAN.Betul lagi kan?kan?Hakhakhakhak.Genius gak aku ni.Hnns hnns hnns (kembang kempis kembang kempis lobang hidung).Dan bila dah wujud KEYAKINAN dalam diri korang,apa-apa pun korang mampu harungi.Sebenarnya "Point" yang paling penting dalam hidup kita ni adalah KEYAKINAN.Semakin tinggi keyakinan tu,semakin hebat dan kuat lah diri korang.

     Ini bukan cerita rekaan mahupun buat-buat apatah lagi tuju-tuju.Sesiapa yang mengenali aku tau macam mana keadaan aku.Macam mana perubahan aku.Aku memulakan kehidupan aku dengan sangat-sangat lah naif.Kalau dalam bahasa yang kurang berbudi,skem.Serba-serbi penakut.Nak bercakap dengan orang lain pun malu.Nyampah!Hakhakhakhak.Tapi alhamdulillah aku dahpun tak macam dulu lagi.Aku semakin berani dan berkeyakinan untuk berhadapan dengan sesiapa pun.Itu hikmahnya.Dan dengan keyakinan tu gak lah yang buat aku dapat masuk JANGAN LUPA LIRIK musim ke 3 baru-baru ni.Hanya sebab keyakinan+kemahiran aku je,aku dapat rm2,000.Siapa nak bagi beb?Betul tak?Walaupun tak banyak,tapi dapat gak kan?Alhamdulillah.Kalau dengan keyakinan dan kemahiran aku ni,aku mampu mencapai tahap tersebut,macam mana plak dengan korang?Korang pun mampu.Percayalah.Cuma mungkin daripada naskhah yang berbeza.

     
  
                                                                                                                       
      
     Jadi kesimpulannya di sini,Korang gunakanlah kelebihan dan kemahiran korang tu sebaik yang mungkin.Kerana dengan kelebihan dan kemahiran korang tu,mampu memberi keyakinan kepada diri korang untuk menempuhi cabaran dunia ini.KEYAKINAN.Yakinlah pada diri korang.Korang mampu.Tak ada siapa yang mampu tolong korang kalau bukan diri korang sendiri.

     Dengan muka yang agak bangga sambil lobang hidung semakin membesar,aku ringkaskan kesimpulan tadi.Masih ingatkah permulaan bebelan aku tadi?Aku ada cerita tentang kelebihan dan kemahiran korang yang akan membantu di dalam kehidupan kan?Ini ringkasannya.
     1. Menjadikan korang lebih kreatif dan mod psikologi yang ok.
     2. Menjadikan korang rajin berusaha dan hebat daripada yang sebelumnya.
     3. Menjadikan korang lebih tabah dan lebih kuat.
     4. Menjadikan diri korang lebih BERKEYAKINAN TINGGI.

     Jadi,choki-choki pun dah habis,aku rasa aku nak undurkan diri aku dengan cara yang paling gempak dan macho sekali.Iaitu secara jalan itik sambil menguis-nguis lobang hidung aku dengan jari kaki.Kepada korang semua.I LOVE U ALL!!HAK HAK HAK ELEHH!!Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.Mudah-mudahan banyak memberi manfaat dan membantu korang dalam kehidupan.Aku cuma berkongsi pendapat.Korang yang akan menentukan kehidupan korang sendiri.Andai ada yang menyakitkan hati aku minta maaf banyak-banyak.Dan sesungguhnya yang baik itu datang daripada Dia dan yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri.Assalamualaikum.     

{ 10 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 24 November, 2010
haha..suke2.....!!miss u abgg!!SENGAL!
Boni JLL3 Boni JLL3 24 November, 2010
hahaha..da tau da sapa..ketty natalia..hahaha
dyelladyella 24 November, 2010
panjang nyer...hehhehe.. aper pun mmg funny... :)
mizz illa mizz illa 24 November, 2010
sy suke tgk jgn lupe lirik..lg2 boni yg terkeluar awl..hahah
dyelladyella 25 November, 2010
kiranyer dia ni mmg poular la kan..heheheh
Boni JLL3 Boni JLL3 25 November, 2010
dyella : hahaha..funny ye?ada lagi yang lebih kritikal daripada ni.tunggu je ekmunculannya.

illa : sob3..ni yang wat touching giler nih..rasa macam nak balik kampung jer..
AnonymousAnonymous 03 December, 2010
nmpk ko ngn azwan ali tu mcm kembar...auwwww
Boni JLL3 Boni JLL3 03 December, 2010
This comment has been removed by the author.
Boni JLL3 Boni JLL3 03 December, 2010
orang yang tak dikenali : hakhakhakhakhakhak..no komen...hakhakhakhak
tenku butang tenku butang 28 May, 2013
teman x de astro.. 2 yg xtau sangat psl rancangan ni.. heee.. tp ada jugak tgk kat Utube.. =)