Cerita Lawak : LOVE STORY antara aku dan Lisa Surihani


     " Cinta aku hanya untuk kau Lisa . ", kataku sambil menjuih-juihkan bibir.

     " Aku pun sama.Hanya engkau sahaja di dalam hatiku . ", balas Lisa Surihani kepadaku.

     Praaap.Dan secara mengejut aku merasakan betapa indahnya dunia aku.Dan secara tiba-tiba juga,seakan-akan cahaya 'spotlight' menyuluhku.Dunia aku bercahaya.Dan nak dijadikan cerita lagi,tiba-tiba kedengaran lagu "jong-jong inai" mengiringi percintaan kami berdua.Aku berlari mengejar Lisa Surihani sambil membawa sepucuk bunga tahi ayam.Lisa Surihani berlari-lari sambil ketawa terbahak-bahak kerana terlalu teruja apabila dikejar tanpa menyedari air liurnya meleleh-leleh.Aku pula semakin galak mengejarnya sambil menjerit-jerit "makan budak!!makan budak!!".Tetapi secara tiba-tiba pula kaki aku tersadung pada seekor landak yang sedang melintas sambil menghirup secawan kopi.Lantas dengan gaya "slowmotion" aku terbang terpusing-pusing di udara sambil membuat isyarat "peace kacang peace".Dengan melebarkan dada aku,aku terus bangkit sambil merasa terlalu bangga dengan cara jatuhan aku yang terlalu bergaya sebentar tadi.Lantas aku pandang sekeliling tetapi yang hanya kelihatan hanyalah bantal busuk,katil,selimut dan juga botol susu.
     " Oh,mimpi ngeri rupanya. ", cetusku di dalam hati.

     Aku terus melontarkan tubuh aku jauh daripada katil memandangkan jam sudahpun menunjukkan pukul 7.00 pagi.Masa untuk bersiap.Perasaan malas menghantui diri aku,lantas tanpa berfikir panjang ,aku terus mengugut diri sendiri.Dengan selambe badak je aku mencekik leher sendiri.


     " Woi!!Kau nak bersiap ke tak?Kau jangan buat pasal!!Jangan sampai aku apa-apakan hamster kau!!",ugutku kepada diri sendiri.
     " Tolonglah jangan apa-apakan dorang.Dorang tak salah apa-apa pun.Ini antara kau dan aku je.Tolonglah.Aku merayu sangat-sangat.",rayuku kepada diri sendiri sambil menangis teresak-esak.

     " Kau tau tak?Aku tengok kau ni kecik besar kecik besar je!!Ringan dah tangan aku ni.Rasa macam nak lempang kau guna betis aku je!!Apa kata aku seksa kau?Aku akan sedut hamster kau menggunakan "vacuum cleaner!",aku menggugut lagi sambil menjegilkan mata.

     " Tolong jangan!!Aku merayu kat kau!!Kau boleh buat apa saja kat aku,tapi bukan kat hamster aku!!Ok!!Aku bersiap sekarang!!",tegasku sambil menepis tangan sendiri.

     Aku terus berlari menuju ke bilik air dalam keadaan ketakutan dan menangis teresak-esak.Pucat lesi wajah aku ketika itu.

     Selepas selesai bersiap (tak mandi pun,cicah-cicah mata dengan air je),aku terus melangkah dengan langkahan bertenaga ke meja makan dan menghabiskan segala makanan di atas meja dengan begitu rakus sekali.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Sesampainya di pejabat,perkara pertama yang wajib aku lakukan ialah menghidupkan dahulu komputer.Panaskan dulu.Dan selepas berpuas hati memanaskan komputer tersebut,aku meng'shut down'nya semula.Lantas terus aku turun bersama 'officemate' aku untuk menemaninya minum.Kerjaya aku sebagai seorang "MAT DESPATCH" memang memerlukan satu komitmen dan skil yang tinggi.As usual,aku akan menggantung 'handphone' aku di kelopak mata sebelah kiri tiap kali aku turun minum.Bimbang kalau-kalau majikan telefon untuk memberi tugas kepada aku.Terel dan memahami diri sendiri kan?
Dan seperti yang aku sangka,panggilan masuk.Aku diberi tugas untuk menghantar satu surat ke Jalan P Ramlee yang berada di tengah ibukota.Dengan rasa bersemangat waja sambil secara tiba-tiba badan aku terhempas-hempas ke kaunter bayaran,aku terus membayar dan secara drastiknya aku terus berlari pecut menuju ke pejabat untuk mengambil surat tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Setelah tiba di lokasi yang ditujui,aku terus mem"park" motor di kawasan yang dibenarkan(duit kureng nak bayar saman,jadi kenelah jadi budak baik),aku terus mencari alamat yang tertera.Setelah jumpa,aku terus bersolek(pakai bedak dan lipstik kilat),manalah tau kalau-kalau 'receiptionist' pejabat tu macam Lisa Surihani.Boleh juga aku masuk jarum.Biar papa asal bergaya.Dengan langkahan yang terlalu bergaya bagi seorang "MAT DESPACTH",aku terus melangkah dan melangkah tanpa menyedari akan kehadiran sesuatu yang menakutkan dan mengerikan.Secara tiba-tiba muncul seekor anjing yang berwajah bengis dan garang.Beliau memandang tepat ke arah mataku sambil menunjukkan barisan giginya yang benar-benar tajam dan buruk berkarat-karat.Secara automatik juga ke dua-dua belah tangan aku terangkat ke atas dan secara drastik juga aku mengeluarkan bunyi-bunyian yang pelik dan aku sendiri tidak faham apa maksudnya.Aku terus terlolong-lolong seolah-olah disampuk toyol.Di samping itu juga,aku sempat terjeling ke arah cermin yang kebetulan berada di sebelah aku.WoW!Begitu hodoh sekali wajah aku di kala itu.Dan yang paling menyakitkan hati tatkala itu ialah berlalunya anjing tersebut seperti tidak ada apa-apa pun yang berlaku antara aku dan dia.Muka tak bersalah ditonjolkan oleh anjing tersebut selepas berjaya memalukan aku.Dengan peluh yang penuh membasahi dahi dan ketiak aku,aku terperasan sekelompok gadis sedang mentertawakan aku.Namun,'as usual',aku tetap tenang.Macho tetap aku pertahankan.Aku terus berpura-pura melakukan senaman ringan dan berjoging mengelilingi blok bangunan tersebut sambil mengutip sampah.Selepas agak letih,aku terus masuk ke dalam alamat yang aku ingin tujui dengan harapan agar tiada sesiapapun di dalam pejabat tersebut melihat kejadian malang sebentar tadi.Bukan malu,tapi curiga kalau-kalau saham aku jatuh menjunam.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

     Selepas selesai melaksanakan tugasan aku itu dengan penuh berwibawa dan berwawasan,aku terus mencari kedai untuk membeli air.Terasa kering tekak mungkin disebabkan sangat keletihan.Gara-gara anjing puaka tadi.Sedang asyik aku membelek-belek air yang ingin dibeli,tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu kelibat yang benar-benar membuat aku hampir diserang angin ahmar dan senggugut.Nasib baik aku sempat membuat tarian samba,jika tidak mungkin angin ahmar dan senggugut itu terus menyerang aku tanpa sedikitpun rasa simpati.Sejurus selepas itu,aku terus mencomelkan wajah aku.Aku terus memandang kelibat tersebut.Dengan suara yang aku gubah menjadi terlalu macho dan jantan ibarat suara SUHAIMI MIOR HASSAN di dalam lagu 'kalau berpacaran',aku terus menegur kelibat tersebut.

     " Assalamualaikum.Awak ni Lisa Surihani kan?",soalku kepada kelibat tersebut sambil membuat satu jelingan yang benar-benar menggoda dan kening terangkat-angkat.

     " Ya,betullah tu.Sayalah gadis itu! ",seloroh Lisa Surihani kepadaku sambil melompat dan membuat isyarat 'peace'.

     " Wah,awak tau tak betapa saya menggilai awak??Sampai pernah satu hari saya ditempatkan di wad gila gara-gara gilakan awak!Tapi saya tak kisah semua tu.Semua tu disebabkan perasaan cinta saya kepada awak yang terlalu kuat dan suci! ", aku berterus terang kepadanya sambil meracau-racau dan menggigit-gigit peti ais di kedai tersebut.

     " Awak,betapa mulianya hati awak.Betapa kuatnya cinta awak.Inilah kali pertama saya mendengarkan pengakuan yang benar-benar tulus ikhlas daripada seorang lelaki yang terlalu tampan dan bergaya.Saya rasa awaklah cinta hati saya.Jadilah kekasih saya.Saya nak awak menjadi pasangan hidup saya.Awaklah lelaki yang sata cari selama ini.",luah Lisa Surihani kepadaku sambul memalingkan wajahnya akibat malu.

     Belum sempat untuk aku menyahut seruan cinta tersebut,tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara yang sumbang dan lari pitching.

     "Hello brada!Lu mau beli air ka mau termenung depan ini peti ais?Lu apa bikin?Sulah 30 minit lu berdiri saja.Mau sejukkan lu punya badan ka?Kasi tepilah!Wa punya 'customer' mau beli air ma!!",teriak suara durjana tersebut.

     Oh,aku berkhayal dan berhalusinasi  rupanya.Patutlah 'happy ending' je 'love story' tu.Lantas aku mencari-cari kelibat Lisa Surihani yang aku perasan sebentar tadi,namun malangnya sudah tiada lagi.Itulah akibatnya suka meniru keperibadian Mat Jenin.Dengan wajah yang aku reka menjadi teramat garang dan kepala mendongak ke atas,aku berlari pecut meninggalkan kedai tersebut sambil sesekali membuat tarian tiang di tiang 'bus stop'.Selepas berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti sihat itu,aku terus berlalu menuju ke pejabat aku sambil menyambung semula khayalan dan halusinasi aku yang sudahpun diganggu gugat oleh tauke kedai tadi.Biasalah,kalau nak 'happy ending' punya 'love story',kenalah selalu berkhayal.Kalau dalam realiti kehidupan,tak dapat jepp!!

-TAMMAT-

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

utk memenangi tiket ke UEFA EURO 2012,sila klik ---> SINI

{ 43 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 21 March, 2011
saya lah lisa surihani awak yg real..:) jom kawin..hehe.
AnonymousAnonymous 22 March, 2011
lucu.......sampai tertelan gula2 sy mkn ni..hihi..
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2011
hakhakhakhak..jangan tertelan..kang jadi ape2,saya plak yang kene..hahahaha
AnonymousAnonymous 22 March, 2011
mcm2 r abg Z ni..hahaha..
AnonymousAnonymous 22 March, 2011
haha . memang lawak kott :D
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2011
orang tak dikenali 1 : hakhakhakhak..mane ada macam2..hahaha..

orang tak dikenali 2 : hahahahaha.thanks bro/sis
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2011
takapi : hakhakhakhak..layanzzzzzzzzzzzz
AnonymousAnonymous 22 March, 2011
hahahaha..da mcm karangan kanak2 10 taun...tp ok la gak ley la gelak bg ilang tensen..teruskn berkarya...kuikuikui
misz fae misz fae 23 March, 2011
hahaha! mmg lawak la..
DyeLLa DaNia DyeLLa DaNia 23 March, 2011
huhu~ lawak tol citer ni..hmmp..pas ni wat lgik lawak tau...hahahaha...........
AnonymousAnonymous 23 March, 2011
masuk raja lawak boni....:)
Boni JLL3 Boni JLL3 23 March, 2011
thanks all my kawan2(err,kawan2 dalam bahasa omputih ape yer?)thanks 4 all the support..i love u all..doakan saya supaya kepala otak ni tak kering dengan idea..
norizs norizs 23 March, 2011
best juga cerita ni..tp hampa sebab bcinta dgn khayalan =]
AnonymousAnonymous 24 March, 2011
peh...nk ke ank sy lisa surihani ngn awk? hahah
AnonymousAnonymous 24 March, 2011
klu mmg jodoh saper tau..tggu la si boni ni jd jutawan pas join mlm..pastu cpt2 tackle lisa..hehe..goooooo boni...tp khang marah lak buah hati boni..xkan la takder..ha ha ha.. :P
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2011
norizs : hahahaha..kalau buat cerita betul2,nanti lagi orang tak percaya..hakhakhak

anonymous 1 : hakhakhakhak..musti ler nak..hahahaha

anonynous 2 : hahahahahaha..mlm jugak yang disarankan..hakhakhak..meniaga larut malam ke tuh??hakhakhakhak..masih single n available,nak borang tak??hakhakhakhakhak

lia : hahahaha..best tak??layanzzzzz
wawa_napthalinwawa_napthalin 25 March, 2011
aku pula smakin galak mngejarnya smbil mnjerit makan budak!makan budak!!
hahaha..mcm bongok!
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2011
wawa : hakhakhakhakhak..sabar2..hahaha
AnonymousAnonymous 27 March, 2011
wawa : amboi bahasa...np ckp mcm tu..pthkan semangat boni jer...janji boni happy ok la kan...:>
youjizz youjizz 30 March, 2011
lisa???sapa tu....bini aku ke???berani ko kn...
Boni JLL3 Boni JLL3 30 March, 2011
wah..yeke??hakhakhakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 31 March, 2011
adoi..siapakah ini yang menjelmakan nama penuh saya niH????
Hazard Ali Hazard Ali 13 April, 2011
Pssttt.. nak nombot Lisa? Blanja gua makan malam 30 malam.. hahaha~
Boni JLL3 Boni JLL3 13 April, 2011
hazard ali : hahahahaha.jangan.botak pale aku..ni pun hari2 makan maggy jer..hakhakhak
Dina Dina 10 July, 2011
hahahahhahaha...
hikhikhikhikhik...
klakah laa...
:))
comel!
Boni JLL3 Boni JLL3 27 September, 2011
karim : hahaha

anonymous : thanks ye..hahaha

dina : hahahahha..kelakar ye??teruskan menyokong ye.hahahaha
farahadilah farahadilah 29 September, 2011
hahahakkkk mmp ngji ker mmp lawak??? kahkahkah..
Boni JLL3 Boni JLL3 29 September, 2011
farah : hahaha..tapi kan..ngji tu ape??
BiQa HatmiN BiQa HatmiN 03 October, 2011
sengal punya entri..hahahahaha ..takpe2 teruskan menyokong BONI...
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
hakhakhakhak..kalau macam tu,taip boni dan hantar ke 123456789
MAiSAraH MAiSAraH 01 February, 2012
hahaha baca sampai x angkat fon bf ...
menarik sangat2
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@MAiSAraH

HAKHAKHAKHAKHAK..SAMPAI MACAM TU SEKALI??HEHEHE
maszull maszull 06 July, 2012
assalamualaikum boni....hahahahah Lisa Surihani ek caya la...:)
QasehnyaRania QasehnyaRania 09 September, 2012
hehe..lawok je..mau yusry peramabat.. kih..kih

follow sini