Cerita Lawak : Adakah anda penghidap penyakit Enzheimer seperti aku?


Diam tak diam,rupanya da dekat sebulan kita berhari raya.Rasa macam baru semalam je takbir bergema.Tau-tau dah sampai masanya utk kita mengucapkan selamat jalan kepada Aidilfitri.Kena tunggu lagi setahun baru akan bertemu semula dengan Aidilfitri.Nak dijadikan cerita lagi,utk raya tahun 2011 ni,aku hanya berkesempatan utk berkunjung lebih kurang 3-4 biji rumah je.Rasa macam raya tak bermakna je.Duit raya pun tak semegah duit raya tahun-tahun lepas di mana aku sering mengumpul sebanyak rm5k ke atas.Percaya tak?Nampak benar menipu kan?

Hari ini juga adalah hari yang ke berapa bulan aku masih lagi dibelengu masalah utk berfikir dan berfikir kerana otak aku masih lagi dalam mod beku.Bukan aku tak cuba.Dah bermacam-macam teknik dan tektikal aku usahakan utk mencairkan kembali otak aku ini.Aku dah cuba berjemur di pantai Port Dickson selama 10 hari 11 malam tanpa makan dan minum,aku dah cuba minum jus pegaga dicampur dengan jus perapat,aku dah cuba mengisar kepala aku menggunakan blender,aku dah cuba berlari pecut selaju yang mungkin dan menanduk terbang sebuah helikopter yang baru hendak berlepas,aku dah membiarkan kepala aku dipatuk ular tedung selar,sehinggakan aku mengarahkan tentera bersekutu NATO utk membedil kepala aku,namun kebengapan otak aku masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda penyembuhan.Apakah ini yang sering kali manusia katakan sebagai penyakit ENZHEIME SHOKTULUTUS III??Apakah yang sedang terjadi pada aku?Apakah disebabkan tekanan sekeliling yang menjadikan otak aku semakin membebal dan membengap?

Aku masih teringat lagi kejadian yang baru terjadi minggu lepas.Pada masa itu,aku sedang makan otak-otak dicampur sedikit dengan choki-choki untuk menambah nafsu makan aku yang seperti nafsu kuda ini.Sedang aku makan,aku terdengar jiran memanggil aku.Dengan pantas dan efisien aku terus berlari pecut utk mendapatkan beliau.Selepas berbual agak lama di luar,aku masuk semula ke dalam rumah.Dan selepas itu,dengan selamber badak je aku menjerit marah.

"Ni siapa punya kerja ni?Dah makan tak tau nak kemas?!!Habis berselerak,bertabur merata-rata!!Selekeh betul!!No manners!!What the hek!!",jerit aku sambil menjegilkan bijik mata aku sehingga terasa seperti hendak terpancut keluar bijik mata itu.


Dan tak semena-mena aku melihat sebiji tong gas terbang melayang ke arah aku.Tanpa sempat aku membuat apa-apa,tong gas tersebut tepat hinggap ke sudut 30darjah belah kanan kepala aku.Menggelejat dan menggeletek keriangan aku sekejap seperti gaya Anita Sarawak sedang 'perform' atas pentas sejurus dihentak dengan tong gas tersebut .

"Bukan ke kau yang makan benda-benda tu tadi?",dengan selamber je mak aku tanya selepas membaling tong gas tersebut tepat ke kepala aku.

Dengan senyuman paling hodoh aku pamerkan,aku terus menyambung aktiviti pemakanan aku tersebut.Di dalam otak aku masih terfikir,bagaimana aku boleh terlupa semua tu.Disebabkan kebengapan dan kedaifan otak aku,aku telah mendapat hadiah..juga tepat di kepala otak.Hahahahaha

*moral of the story : beli tong gas plastik




{ 7 comments.. read them below or add one }

fae jamal fae jamal 28 September, 2011
haa..padan muka hang..lepas kena baling kat kepala tu penyakit hang hilang tak?heheh..
suka baca entry hang..boleh gelak guling2..heheh;P
Boni JLL3 Boni JLL3 28 September, 2011
hahahahahaha..semakin bersemangat rasanya nak teruskan kehidupan ni lepas kene hentak dgn tong gas tuh..hakhakhakhak
AnonymousAnonymous 29 September, 2011
Diela Dania : hahahaha...sampai kluar air mata menbacanyer mmg bestt..hahaha buat lgik yeh..!! best giler...!! woowww!!! bom bastik...! awesome!! lgik aper yer hahahaha...
Zarul Zarul 29 September, 2011
Kelako la post ko ni bro...bagus2
Boni JLL3 Boni JLL3 29 September, 2011
diela : hahahahaha..nape tak kuar air hingus terus??hahahaha.lagik?kene tunggu ler.heh heh

bro zarul : hakhakhakhak.baca yang lepas2 punya post..banyak lagi cerita2 best
lil'su lil'su 29 September, 2011
hahahahah....
bergerak2 baby dlm pwot ne bc en3 ne aw...
(^_^)
Boni JLL3 Boni JLL3 29 September, 2011
lil'su : hakhakhakhak..lagi dasyat tuh.kang besar-besar jadi pelawak terkenal baby tuh.hahaha