Cerita Lawak : AKU BUKAN ANAK MALAYSIA

 
  Halu.Selamat hari khamis semua.Hari ni aku nak berkongsi sikit kisah peribadi aku.Bila terpandang bendera Malaysia yang tersergam indah di dataran merdeka serta merta aku teringat kisah aku yang berlaku semasa aku berumur 10 tahun.



Kisah bermula di kedai mamak di Taman Bidara Selayang.Selepas habis menghadiri kokurikulum kat sekolah(masa tu aku 'join' persatuan bulan sabit merah),aku disertai dengan seorang lagi kawan terus melepakkan diri di kedai mamak tu untuk minum.Sedang rancak berbual,tiba-tiba Masapiki(nama seorang kawan aku masa tu) bertanya pada aku.

"Kau ni anak Malaysia kan?",tanya Masapiki sambil merenung tajam ke dalam mata aku seolah-olah ingin meratah jari kaki aku.

Dengan tak semena-mena aku bangkit lalu menumbuk tepat ke arah kuku ibu jari tangan kanan Masapiki.Masapiki kelihatan terkejut beruk lantas melakukan aksi akrobatik dengan berterbangan ke udara bagi mengelak serangan  maut aku itu.

"Aku bukan anak Malaysia lah!!",tengkingku sambil terus berlari menerkam Masapiki yang secara tiba-tiba hilang pertimbangan badan setelah kakinya tersadung pada kepala salah seorang mamak di kedai tersebut semasa sedang berterbangan di udara sebentar tadi.Dengan menggunakan keseluruhan tenaga yang aku kumpulkan di hujung jari,aku terus menampar buku lali Masapiki sekuat hati.Dan ketika itu,Masapiki tercampak terus ke atas kuali mamak yang sedang membuat roti canai dan terpelantun pula beliau ke atas meja salah seorang pelanggan kedai tersebut.Pelanggan tersebut pula secara tiba-tiba pengsan kerana terkejut dan panik.Tanpa membuang masa,aku terus menghampiri Masapiki yang semasa itu kelihatan selekeh kerana wajah beliau tersembam tepat ke dalam kuah roti canai pelanggan tersebut.Dengan muka dan bibir yang menggeletar ibarat wajah hero filem hindustan ketika sedang marah,aku terus menjerit.

"Nama bapak aku Abdull Hakim!Aku anak Abdull Hakim!!"

Secara tiba-tiba Masapiki bangun dan menampar aku laju-laju sambil kaki beliau menghentak-hentak lantai.

"Kenapalah aku ada kawan yang bengap macam ni!Kau lahir kat Malaysia!Jadi,memang kau tu anak Malaysia lah!Itu memang panggilan untuk kita!Anak Malaysia!!",jerit Masapiki sambil tangan beliau gah tak berhenti-henti menampar-nampar pipi gebu aku ini.

"Oh,yeke?Manalah aku tau.Aku ingat kau ejek bapak aku.Minta maaf lah..",kataku sambil wajah aku masih lagi terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan ditampar laju-laju dan bertalu-talu oleh tangan sasa Masapiki tersebut.

Hahahah.Itu lah cerita yang aku ingin kongsikan hari ini.Masa kecik-kecik dulu otak tak berapa nak berkembang sangat.Jadi bengap tu agak melampaui batas.Kepada yang membaca,jangan marah ye.Hahaha.

{ 9 comments.. read them below or add one }

fae jamal fae jamal 29 September, 2011
loyar buruk tahap gaban dah ni..lagi sekali wa gelak berguling..hehehe

p/s :

err..terlupa eyh nak post kat wall fae..hihi;P
Boni JLL3 Boni JLL3 29 September, 2011
cik kiwi : hahahahaha..kem salam kat encik alias k.hehehe

fae : aik..ilang plak komen die??
Boni JLL3 Boni JLL3 29 September, 2011
hahahaha..teruskan membaca yang lain