Cerita Lawak : Aku adalah salah seorang penari 'shuffle' yang terbaik dalam Malaysia

gambar sekadar hiasan duniawi. sumber gambar --> miarismawati.blogspot.com

Entri kali ini aku nak cerita tentang 'shuffle'. Korang mesti tahu apa tu 'shuffle'. Tarian yang sangat digemari oleh golongan-golongan belia masa kini. Dan aku pun salah seorang daripada belia yang pernah melakukan tarian sedemikian rupa di khalayak ramai.

Kisah terjadi beberapa bulan lepas. Semasa aku sedang melintasi satu restoran yang berada di bawah pejabat aku(pejabat bos haku). Masa tu 'lunch hour'. Jadi aku memang akan melintasi depan restoran tersebut yang sememangnya dipenuhi oleh insan-insan kelaparan untuk ke restoran pilihan aku yang jauh lebih murah dan berpatutan. Cuaca ketika itu hujan renyai. 

Sedang aku melangkah dengan penuh bergaya dan bersemangat, secara tiba-tiba aku melakukan tarian 'shuffle' di tengah-tengah perkarangan tersebut. Dengan berlatar belakang kan cuaca hujan renyai-renyai, aksi aku menarik perhatian seluruh isi restoran tersebut dan berjaya memukau meraka. Masing-masing menonton aku dengan penuh teruja. Aku pula semakin galak me'nyafel'kan diri aku. Hampir 10 minit aku me'nyafel'kan diri, aku terus mengakhiri aksi aku dengan satu gaya yang sangat-sangat 'macho' di mata gadis-gadis yang memandang. Dengan diiringi tepukan gemuruh daripada para penonton, aku terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa menoleh sedikit pun.

"Kau dah kenapa 'shuffle' tengah-tengah jalan?", tanya rakan pejabat aku.

"Aku bukan 'shuffle' lah tu!!! Selipar aku licin!!! Aku nak terjatuh sebenarnya tadi tu!!", marah aku kepada beliau sambil terus berjalan membelah kelicinan jalan.


moral of the story : rajin-rajinlah tukar kasut lepas masuk jamban kerana selipar tidak menjamin keselamatan kepada anda terutama apabila jalan licin.Lebih-lebih lagi selipar yang dah haus tapaknya.

{ 8 comments.. read them below or add one }

Mia Meymi Mia Meymi 17 October, 2011
hahaha . kan daa gelak sorg2 ..
Boni JLL3 Boni JLL3 18 October, 2011
@Mia Meymi

hahahaha..janganlah gelak sorang2..nanti orang cakap mia gile lak..hahaha
Crafty Nieya Crafty Nieya 04 July, 2012
ahahaahahahaha..ingat ape tadi..kahkahkah..:D
cendol cendol 04 July, 2012
hahaha hebat lah boni shuffle gune slipar bintik bintik tu..bebudak shuffle slalunye pakai kasut.haha
Nurrul Nurrul 05 July, 2012
Aduyy2.. nasib tak jatuh tergolek dekan situh... law tidak lagi hilang machoo dibuatnya !

*selipar jamban pong law dah tak ada tapak better lah jgn pakai.. kang ada jatuh macam nangka busuk ! :P
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 10 July, 2012
orang dah tgk pelik je gelak depn lptop kt mcd ni,, hahaha