Cerita Lawak : AMARAN KERAS!!Jangan baca jika anda mempunyai sakit jantung!

Selamat hari Khamis semua.Alahai.Terasa kejap sangat masa berlalu.Rasanya macam baru semalam hari Isnin.Tau-tau dah hari Khamis.Esok dah Jumaat.Tau-tau dah tahun 2012.Hahahaha.Semakin tua aku rupanya.Walaupun paras rupa aku menunjukkan umur 'sweet 17',tapi hakikatnya aku dah 26 tahun.Hakhakhakhakhak.

Sementara ada masa yang agak terluang ni lebih baik aku meng'update'kan blog aku daripada aku membuang masa dengan mengacau-ngacau 'officemate' yang lain.

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman aku berhadapan dengan satu situasi yang sangat-sangat penuh debaran dan sangat mengerikan.Amaran keras untuk sesiapa yang mempunyai penyakit jantung,darah tinggi,strok,sawan babi melampau-lampau,dan juga sistem peranakan jatuh.Anda yang mempunyai penyakit-penyakit ini dilarang keras untuk meneruskan pembacaan anda.

Kisah bermula pada satu petang yang damai di satu restoran.Menjadi kebiasaan aku akan melepak bersama 'member2' Selayang jika ada masa terluang.Macam-macam cerita yang akan kitorang cerita dan bergelak bersama-sama.Tapi entah bagaimana hari itu menjadi hari yang cukup mengerikan.Sedang rancak berbual,tiba-tiba aku terbersin dengan cukup kuat.Kelantangan bunyi bersin aku sangat cukup kuat sehingga dapat didengari oleh penduduk taman yang bersebelah taman kami.Lantaran daripada bersin itu,aku menyedari ia disusuli sekali bersama cecair likat menganyal berwarna putih kekuningan yang terpancut keluar daripada lobang hidung aku yang segak ini.Dan yang mengerikan ialah objek tersebut tepat masuk ke dalam gelas Gjal,salah seorang 'member' aku.Belum sempat aku membuat apa-apa tindakan susulan aku melihat Gjal dengan rakusnya menghabiskan air beliau.Dan secara tiba-tiba aku melihat wajahnya berubah secara mendadak.



"Pergh!!!Sedap betul air hari ni.Tak pernah aku rasa air sesedap ni!!",teriak Gjal menggelupur kesedapan sambil memesan segelas lagi air,

Aku hanya mampu tercengang.Tidak tau apa yang perlu aku lakukan.Jadi aku membuat keputusan untuk terus mendiamkan diri sahaja sambil terus menanggung rasa bersalah sehingga sekarang.Hakhakhak.

moral of the story : awasi lah air anda ketika anda lepak bersama kawan-kawan.Kita kadang kala alpa akan kehadiran objek-objek dasyat yang akan menghuni gelas air kita.Hehehe.

{ 18 comments.. read them below or add one }

Mr.PinGu Mr.PinGu 06 October, 2011
benarkah ko baru berusia 26 tahun?? ingatkan ko lbh tua dr aku.. rupanya aku lg tua.. tp aku rasa aku sweeeeet 17 =p
Boni JLL3 Boni JLL3 06 October, 2011
@Mr.PinGu ko cakap macam tu seolah2 aku ni da tua sangat.hakhakhakhak
nick dot anis nick dot anis 06 October, 2011
eeee yeekkk..

umo u 26??tapi kalah dak umo 6 taun kotttt..haha..

kejam amat..cakap jela kat dia...n then u ganti la air baru..ishk
Boni JLL3 Boni JLL3 06 October, 2011
@nick dot anis heh heh...lagi kejam statement awak ni..daripada kekejaman saya..hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 06 October, 2011
@Wanie Anina kat saya yang hilang tenaga sebab bersin tu awak tak cian ke??hehehe
AnonymousAnonymous 06 October, 2011
noba..ini rupenya keje kau yea..mendajalkan kawan...huhuhu...sian member kau,jd darah daging dlm badan dia...hahaha
Miss A Miss A 07 October, 2011
eeew,geli gileee kottt!hahahahahah
Boni JLL3 Boni JLL3 07 October, 2011
@Anonymous hahahaha..rezki terpijak namanya tu..
Boni JLL3 Boni JLL3 07 October, 2011
@Miss A hahahaha..pergi sediakan plastik utk muntah..hehehe
MAiSAraH MAiSAraH 01 February, 2012
HAHAH pengotoqq !! hehe normal lahh
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@MAiSAraH

hahahahaha..itulah..pengotoq kan??hakhakhak..sy pun tak sangka saya pengotor macam tu..hehehehe
AnonymousAnonymous 19 July, 2014
Good day! This is kind of off topic but I need some guidance from an established blog.
Is it tough to set up your own blog? I'm not very techincal
but I can figure things out pretty fast. I'm thinking about creating
my own but I'm not sure where to start. Do you have any tips
or suggestions? Cheers

my page :: شركة رش مبيدات بالرياض
Iam Programmer Iam Programmer 04 March, 2016
skang dah 3 series. Testing thread
Jam Herry Jam Herry 15 April, 2016
hank you for sharing your thoughts.I truly appreciate your post thank you once again. kayla itsines bbg free pdf
Linda Rose Linda Rose 20 January, 2017
Thank you for such a sweet tutorial - all this time later, I've found it and love the end result. I appreciate the time you spent sharing your skills.
Facebook Lite
Megan Nicole Megan Nicole 09 May, 2017
The share your really gives us excitement. Thanks for your sharing. If you feel tired at work or study try to participate in our games to bring the most exciting feeling. Thank you!
run 2 | wingsio game | super mechs 2 | run 2 game | wingsio | super mechs