Cerita Lawak : Awek Omputih lari lintang pukang

   Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu semua.Harap korang semua sihat hendaknya.Kalau yang rasa demam ke,sakit kepala ke,aku ada satu tip untuk mengelakkan demam tu lebih melarat.Petua dia senang je.Rebus tulang  selangka 3 ekor ayam dicampur dengan tulang buku lali 3 ekor kambing .Lepas air mendidih terus buang air rebusan tu.Kemudian,kunyah periuk tersebut sehingga habis.Hahaha.(Aku dah pernah cuba dan kemudiannya dengan secara drastik kepala aku dibedil bertalu-talu menggunakan garfu oleh mak aku sebab merosakkan periuk beliau).

Hari ni aku nak cerita kejadian yang menakutkan tentang kerjaya aku sebagai seorang 'Mat Despatch'.Kejadian berlaku bulan lepas.Aku mendapat satu tugas untuk membuat 'name card'.Sudah menjadi kebiasaannya,aku akan minum jus strawberi dulu untuk menjana tenaga tambahan sebelum aku pergi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang 'Mat Despatch' yang berkaliber.Tapi entah macam mana aku boleh tersalah teguk.Aku terteguk jus perapat.Mula-mula memang gabra.Tapi dengan semangat membara dan kental,aku abaikan je perkara tu.Risau juga kalau-kalau keperibadian aku yang ganas ni akan bertukar menjadi keperibadian Siti Nurhaliza.Selepas bersedia,aku terus membelah jalanan menuju ke destinasi.

Menjadi tabiat aku juga,aku akan berhenti bila lampu isyarat menunjukkan lampu merah.Nyawa tu sekali je,jadi aku tak nak sia-siakannya.Biasanya kalau berhenti tu,aku akan pandang ke sana ke sini untuk menghilangkan kebosanan.Lagi-lagi lampu isyarat yang lama.Tiba-tiba,aku terperasan sorang awek omputih menghampiri aku.Aku semakin 'neves'.Takut kalau-kalau dia mengorat aku.Aku belum bersedia lagi untuk berumah tangga,lagi-lagi dengan orang asing.Namun aku tegapkan iman aku untuk menghadapi godaan-godaan itu.Secara tiba-tiba terdengar suara halus gemersik yang indah membelah kesunyian.



"Sir,can u please give me direction to Dataran Merdeka?",awek omputih tu bertanya.

Aku semakin cuak.Peluh jantan memenuhi dahi dan seluruh rongga punggung aku.Aku menggigil kesejukan walaupun pada masa tu matahari tegak terpacak atas kepala.Dan secara menggilanya aku meraung dan meronta-ronta di atas motor.Aku menjerit-jerit dalam bahasa orang asli Timur Leste sambil berlari anak di atas motor.Dan tak semena-mena aku melihat awek omputih tu berlari lintang pukang meninggalkan aku.Aku rasa lega yang teramat dan terus memecut motor meninggalkan 'black area' tersebut.

moral of the story : Itulah pentingnya 'English Education'.Hakhakhakhak

{ 9 comments.. read them below or add one }

Mia Meymi Mia Meymi 01 October, 2011
hahaha :D
p la blajar ngan usop wicha ..
Boni JLL3 Boni JLL3 01 October, 2011
haahaha...usop wilcha charge mahal sangat untuk yuran la..hahaha
Zarul Zarul 02 October, 2011
hahaha ko memang berbakat la bro bab menulis komedi ni..aku nak tepek kat blog aku entry ni boleh ker??
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
This comment has been removed by the author.
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
bro...thanks bro...dipersilakan bro..sy sangat berbesar hati kalau bro sudi nak tepek blog.gpun,ni salah satu cara nak promote blog jgak kan..hehe..thanks sangat2 bro..rasa dihargai je nih..hehehe..
HAFIZAL HAFIZAL 03 October, 2011
hahahaha...lawak tul, best gile, mula ari nie kau bawak lah kamus g memana
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
hafizal : hahahahaha..bukan setakat kamus aku akan bawak,aku siap bawak kelengkapan LANGUAPHONE sekali la..hakhakhakhak
Hany Rara Hany Rara 03 October, 2011
hahahha sengal ubi je :D btw, entry yg bez :)
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
hany rara : hahaha..da masuk blog ni kene banyak bersabar tau.hehehe..teruskan membaca.banyak lagi cerita2 sengal ubi..hehehe