Cerita Lawak : Beronani di jamban rumah aku

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin kepada semua para-para blogger,pembaca,dan para-para sakuri.Semoga hari yang penuh dengan kemalasan ini akan memberi kebahgiaan dan keceriaan kat korang.Aku?Macam biasa lah.Malas-malas pun,terpaksa pergi kerja demi mencari sepenumbuk nasi.Hahaha.

Sementara aku masih ada dalam ofis ni,aku nak update lah entri.Kang kalau dah sibuk atas jalanraya,memang takkan menyempat nak update entri dah.Biasalah,aku ni kan orang terpenting syarikat.Kalau surat n dokumen tak sampai,CEO tak boleh carik makan ooo.Hahahaha.

Ok,entri kali ni aku nak mengimbau kembali kenangan muda-muda dulu.Aku teringat satu kisah yang amat menjengkelkan suatu ketika aku masih di awal 18an.Masa tu aku tinggal kat Selayang lagi.Masa tu memang member-member rajin lepak kat rumah aku.Sampai ke pagi kadang-kadang.

Kisah terjadi pada satu malam.Masa tu aku,Ebdillah Bin Makmuk,dengan Ris Bin Alah baru je balik daripada  makan nasik lemak kat satu kedai yang memang top kat Selayang tu.Nama kedai tu Gangster.Aku pun tak paham kenapa kedai tu nama macam tu.Aku tak pasti memang nama betul atau nama rekaan budak-budak Selayang.Sampai sekarang aku masih mengkaji dan mengwikipediakan hal tu,namun masih tak dapat jawapan yang sahih.Pedulikan lah pasal tu.Sambung balik.Sesampainya di rumah,macam biasa aku akan pasang lagu kuat-kuat.Darah muda,ditambah dengan sifat ganas dalam diri aku lagi.Jadi tabiat tak menghormati jiran masih menebal ketika tu.Dengan selamber je aku pasang lagu Sejarah Mungkin Berulang kuat-kuat.Maksimum level.Ganas katakan.

Habis je lagu tu,aku terperasan Ebdillah Bin Makmuk masuk jamban.Aku memang jenis yang tak boleh duduk diam.Sentiasa nak mengusik member-member.Jadi,aku telah mengfollow Ebdillah Bin Makmuk perlahan-lahan.Aku dah pasang strategi dah untuk kenakan dia bila dia keluar je daripada jamban.Aku dah stanby kapak untuk melibas kening beliau.Sambil bersungguh-sungguh menahan gelak,aku merapati pintu jamban.

Namun,alangkah terkejut orang utan nya aku tatkala aku terdengar suara merintih,mengerang,dan bermacam-macam lagi yang seangkatan dengannya.Aku dah mula suspect yang Ebdillah sedang melakukan sesuatu yang tak senonoh di dalam jamban aku.Darah aku mula panas dan mendidih.Aku menanti Ebdillah di depan pintu jamban dengan penuh kesabaran dan penuh tertib.Selepas aku terdengar suara Ebdillah mengerang kesedapan,aku melihat pintu jamban dibuka.Dan dengan menggilanya aku terus mencekik perut Ebdillah.



"Astaghfirullah Al Azim Ebdillah!!Apa yang kau buat ni?!Kau tak malu ke?!Kau tau tak perbuatan kau ni perbuatan terkutuk??!Aku panas betul dengan kau ni!!Aku dengar segala-galanya!!Agak-agaklah kau beronani kat jamban aku!!!",tengking aku dan melempang-lempang perut beliau.

"Tergamak kau tuduh aku macam tu?!!Kau tau tak aku bertarung nyawa kat dalam jamban ni?Kau tak tau betapa kerasnya najis aku sampaikan aku hampir diserang sawan babi kerana bermati-matian menerannya.Tau-tau kau tuduh aku macam ni??Sampai hati kau?",luah Ebdillah sambil menarik kepala aku ke dalam jamban supaya aku dapat menghidu betapa manis bau najisnya.

Selepas itu,Ebdillah Bin Makmuk terus berlari pecut meninggalkan rumah aku dan juga seluarnya.Aku pun tak pasti samada beliau terlupa beliau separuh bogel ataupun kerana beliau terlalu marah dengan aku.Maafkan aku Ebdillah Bin Makmuk.Maafkan aku kerana tersalah duga.

*Kalau sudi,tekan lah button share tu.SHARING IS CARING.Sekadar untuk menghiburkan.Aku dah cukup happy kalau dapat buat korang tersenyum.Sebar-sebarkan lah ye.Biar lagi ramai orang yang akan tersenyum.

2 comments.. read them below or add one

DyeLLa DaNia DyeLLa DaNia 31 October, 2011
hehehe cian x psl2 kena dh ar kena sawan...huhuhu kejam3...p/s jgn terpedaya dgn bunyi2 cam tuh huhu
Boni JLL3 Boni JLL3 31 October, 2011
@DyeLLa DaNia
hahahaha..akan dipertingkatkan lagi mutu membuat keputusan oleh otak ni..hahahaha