Cerita Lawak : Kasih sayang



Assalamualaikum semua.Selamat "pagi" aku ucapkan pada yang baru sahaja bangun tidur.Apa-apa pun pergi gosok gigi dulu sebab moto blog aku ni,"muka biar tak hensem janji mulut tak busuk".Hahaha.

Hari ni daripada pagi aku sibuk ke sana ke sini.Al-maklumlah.'Mat Despatch' berkaliber yang disegani merangkap penggelejat terbaik Asia Tenggara.

Tapi ada satu kisah menarik yang aku nak kongsikan bersama korang saat-saat aku sibuk mencari rezeki demi sesuap nasi kandar.Dalam aku sibuk menghantar surat dan dokumen-dokumen,aku sempat lepak bawah pokok sementara tunggu hujan reda.Secara tiba-tiba aku terdengar suara kucing sedang meng'iow2'(betul ke bunyi macam ni?).Aku terus memasang kekuda dan bersedia untuk menerima apa-apa serangan kerana aku khuatir jika ada penjenayah-penjenayah menyamar sebagai kucing untuk memerangkap mangsanya.Selepas selesai membuka langkah dan bunga-bunga taekwando + judo + karate + akido,aku terus menjeling sekeliling kawasan yang agak sunyi itu sambil terus menanti jika ada serangan-serangan maut menyerang aku.Namun setelah dua jam aku berada dalam mod kekuda dan tiada apa-apa berlaku,barulah aku yakin bahawa itu sememangnya suara kucing yang 'genuine'.Aku terus mencari dari mana puncanya.Puas aku mencari di dalam longkang,di dalam tong sampah,di dalam kasut aku,di dalam botol air mineral,di dalam seluar sorang mamat yang kebetulan melalui kawasan tersebut,namun aku masih tidak menjumpainya.Setelah berpusing-pusing di kawasan tersebut sambil sesekali aku membuat aksi penjaga gol menangkap bola,akhirnya aku menjumpai puncanya.Aku melihat seekor kucing sedang memandang ke atas pokok sambil meng'iow2'.Aku memandangnya dengan penuh teliti.Takut-takut kalau itu adalah teknik penyamaran seorang penjenayah.Setelah berpuas hati,aku terus menghampiri beliau.Tersedar dengan kehadiran aku yang kacak ini,beliau memandang aku.Matanya bertentang mata denganku.Entah macam mana aku dapat rasakan seolah-olah pandangan itu seperti pandangan meminta tolong.Sayu dan sedih aku melihat matanya.Dan sesekali beliau memandang ke atas pokok yang tak berapa nak tinggi.Mata aku turut mengekori pandangan tersebut.Dan alangkah terkejutnya apabila aku melihat kelibat tubuh kecil seekor anak kucing tersangkut di atas dahan pokok tersebut.Tanpa membuang masa aku terus berlari dengan menggilanya dan memanjat pokok tersebut untuk menyelamatkan anak kucing itu.Setelah operasi itu berjaya,aku menyerahkan anak kucing itu kepada kucing yang berada di bawah itu.Dan aku yakin kucing yang berada di bawah itu adalah ibu kepada anak kucing tersangkut itu. 

Sambil berlalu meninggalkan kawasan tersebut,otak aku masih ligat memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi.Aku melihat satu kasih sayang yang tidak berbelah bahagi seekor ibu kucing kepada anaknya,pandangan mata meminta tolong untuk aku selamatkan anaknya,dan bagaimana setianya ia semasa anaknya di dalam kesusahan dan ia masih lagi di situ tidak meninggalkan anaknya.Kenapa sifat-sifat dan kasih sayang murni itu ada dalam diri binatang dan haiwan sedangkan dalam diri manusia pula sebaliknya sehinggakan sanggup membuang anak sendiri dalam perigi,di dalam longkang dan di tempat-tempat yang lebih kotor dan jijik yang kebiasaannya menjadi tempat tinggal binatang dan haiwan?Sesungguhnya,bayi yang dilahirkan tu tak bersalah apa-apa..tak berdosa pada sesiapa.Kenapa disebabkan dosa dan silap 'penyedap' dan 'disedapkan',bayi tu yang jadi mangsa?



Setelah menghidupkan enjin motorsikal,aku terus memecut dan membelah jalanan menuju ke ofis sambil otak aku masih terngiang-ngiang peristiwa sebentar tadi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Aku bukan jenis yang amik port pasal korang nak sedap ke,nak main ramai ke,nak meliwat ke,tu hak korang masing-masing.Tapi tolonglah.Aku merayu...Tolonglah bertanggungjawab andai termengandung anak korang sendiri..Kalau pun tak nak,tolonglah serahkan bayi tu pada pusat kebajikan.Tolonglah..Bayi tu tak berdosa apa-apa.Tolong kasihani dia.)

6 comments.. read them below or add one

fae jamal fae jamal 04 October, 2011
wah! belog dah bertukar!
style header tuh! :D

p/s : komen lari dari tajuk..;P
AnonymousAnonymous 04 October, 2011
penuh perasaan aku baca...mcm tgh tgok drama melayu rasanya...
lil'su lil'su 04 October, 2011
luruh hati bile mengenang'n betapa ramai lg pasangan y susah mendpt'n zuriat.
Boni JLL3 Boni JLL3 04 October, 2011
fae : hakhakhakhak..takpe..blog ni memang leh suka hati je nak wat ape..hakhakhakhak..cantik tak blog ni?ada sumeone tolong design kan..simple tapi menarik kan?

anonymous : hahahahaha..macam tgk drama melayu tak tahan tu..hehehe

lil'su : ye la..kita tak mampu nak buat ape2..kenapa bayi yang tak bersalah tu yang jadi mangsa?
josrevalution josrevalution 04 October, 2011
termenung seketika..hehe..p/s dah follo u blog,jgn lupa follo back yer...
Boni JLL3 Boni JLL3 04 October, 2011
josrevaluion..bagi link blog bro..tinggalkan kat sini k.hehe