Cerita Lawak : Kecoh disebabkan peragut


Hari ni aku dapat rasakan ada sikit perubahan daripada sebelum-sebelum ni.Aku terasa tubuh badan aku lebih bermaya dan bertenaga daripada sebelum ni.Semua ni berkat aku mengunyah makjun semalam.Hari ni tak lah letih sangat atas motor.Kurang sikit sakit-sakit badan aku.Mana taknya.Cuba korang bayangkan,perjalanan aku ke tempat kerja menggunakan motorsikal berkuasa kambing mengambil masa selama satu jam,balik satu jam,men'despatch'kan diri atas jalanan lagi dah berapa jam.Benda-benda sama aku ulangi selama dua tahun.Tak kematu punggung?Orang lain punya punggung kalau terhentak boleh tergetar-getar kulitnya,tapi tidak pada aku.Punggung aku dah menjadi statik akibat asyik tersepit atas 'seat' motor je.Hahaha.

Ok,entri kali ni aku nak cerita tentang satu kejadian di mana semasa aku sedang men'despatch'kan diri,aku terlibat dalam kejadian ngeri ala-ala adegan dalam filem Hong Kong.Kejadian bermula saat-saat dan ketika aku terperasan ada sekumpulan insan sejagat sedang mengejar sesuatu.Suasana ketika itu sangat kecoh.Aku dah mula menjadi marah.Aku dah mula menjadi bengang.Aku dah mula menjadi geram.Dada aku berombak-ombak.Wajah dan bibir aku menggeletar menandakan tahap kemarahan aku berada di tahap yang merbahaya.Dalam fikiran aku tiada lain yang aku fikirkan.Hanya perkataan ragut sahaja yang terngiang-ngiang bermain di celah-celah lobang telinga aku yang comel ni.Lantas,tanpa membuang masa,aku terus memecut motorsikal aku dan turut serta mengejar peragut tersebut sambil mulut aku tak henti-henti mencarut-carut dalam bahasa Najavo Lama.

Lima minit mengejar akhirnya aku tiba di tempat insan-insan sejagat itu berkumpul.Hati aku terdetik mengatakan bahawa peragut itu telah berjaya ditumpaskan.Dengan wajah yang aku cipta menjadi wajah yang tersangat bengis,aku turun dari motorsikal sambil memegang sebatang mop yang entah darimana datangnya.Aku sendiri pun terkejut dengan kehadiran mop tersebut.Tapi aku buat 'donno'' je dan terus menghampiri  kumpulan tersebut.

"Oi peragut!!!Kau dah kenapa?!!!Hidup menyusahkan orang lain!!Nak duit carilah dengan cara halal!!Bak sini muka kau yang ayu tu,bagi penumbuk aku cium sikit!!",teriak aku sambil mengangkat-ngangkat mop yang sedang aku pegang itu.

Suasana menjadi sunyi sepi akibat teriakan aku yang sangat-sangat kuat dan perkasa itu.Dan secara drastik dan efisiennya aku terperasan ada kelibat seseorang menerkam lalu menanduk halkum aku yang agak sasa ini.Aku terus tergolek sambil tersipu-sipu malu.Kelibat itu terus mencekik aku sambil menjerit-jerit seperti seseorang yang sasau.

"Kau tu yang dah kenapa??!!Mana peragut??Orang tengah sibuk merentas desa kau sibuk dengan peragut!!",tegas kelibat itu sambil menangis-nangis teresak-esak.


Selepas kejadian berdarah tersebut,aku kini semakin berhati-hati untuk mengarahkan otak aku membuat keputusan.












{ 9 comments.. read them below or add one }

Eyda Syahida Eyda Syahida 13 October, 2011
errr... cam sengal je kan? hahaha
anamizu anamizu 13 October, 2011
"bahasa Najavo Lama"
perhhh! bahasa hapee da tu :P




slm kenal,
cik ana
Boni JLL3 Boni JLL3 17 October, 2011
@anamizu

hahahaha..tu bahasa lama tu..dalam sejarah purba ada bahasa tu
Boni JLL3 Boni JLL3 17 October, 2011
@Ct Mawa

malu je..gila belum lagi..hahaha
. A T I K A H . . A T I K A H . 17 October, 2011
haha , series cakap lawak nak mampos .
Boni JLL3 Boni JLL3 18 October, 2011
@. A T I K A H .

hahahaha..janganlah...kang masuk paper kang ada yang mamposs..hehehehe
AnonymousAnonymous 15 February, 2013
Sengal gila doh,dah la bertindak melulu pastu dpt malu doh hahahahaha. LAWAK SENGAL