Cerita Lawak : Kehadiranku menarik perhatian ramai gadis semasa

Apekehe yob??Apa lah nak jadi dengan diri aku ni??Mungkin disebabkan cuaca dalam pejabat yang terlalu dan terlampau sejuk yang membuatkan segala-galanya menjadi 'blurrrr' je.

Kisah terjadi semasa aku turun bersama 'officemate' aku untuk makan.'Lunch hour' katakan.Dengan bersemangat waja nya aku turun sambil kepala otak menggila memikirkan apa yang hendak aku isi dalam usus perut aku yang comel ini.Sambil hati senang kerana tidak ada banyak tugas untuk menghantar surat-surat dan dokumen-dokumen penting.

Semasa 'on the way' ke restoran berdekatan,aku terperasan ramai gadis-gadis memandang aku.Dan semasa itu jugalah aku berasa diri aku ini ibarat seorang putera raja yang terlalu kacak sedang berjalan.Sambil menjeling semula mereka dengan jelingan yang terlalu indah untuk dihayati oleh kebanyakan gadis,aku meneruskan langkahan aku.Semakin berkeyakinan aku rasakan.Begitu juga semasa aku sedang beratur mengambil makanan,aku terperasan lagi ada beberapa gadis menjeling-jeling kelibat aku ini.Hendak dijadikan cerita lagi,semasa aku sedang duduk makan pun,aku terperasan ada lagi kelompok2 gadis sedang berbisik-bisik dan memandang aku sambil tersenyum.Aku terus meneruskan pemakanan aku sambil membuat wajah bongkak menandakan aku sedang dalam mod jual mahal.

Selepas selesai makan,kami terus pulang ke pejabat.Sambil kepala aku masih memikirkan apakah pada hari ini wajah aku terlebih kacak selepas menggunakan pencuci muka cap 'serik ayuh',aku terus tersenyum bangga.Dan secara tiba-tiba aku terpandang akan zip seluar aku.

"Cis!Inilah sebabnya!!'WHAT THE HEK ELEH!!", jeritku sambil menarik semula zip seluar aku yang terbuka sehingga menampakkan seluar dalam aku yang berwarna 'pink' ini.




Moral of the story : jangan mudah perasan dan awasi zip seluar anda sentiasa.


{ 13 comments.. read them below or add one }

fae jamal fae jamal 05 October, 2011
hahahhahahha!
tak boleh blah kaler pink!
Boni JLL3 Boni JLL3 05 October, 2011
@misz farahniza

misc farahniza : hahaha..sebab hari ni hari blurr la..buat apepun tak menjadi..hakhakhakak

fae jamal : comel tak??comel tak??hehehe
Aida Azryn Aida Azryn 05 October, 2011
haha.. XD lain kali makesure check zip dulu,tutup ke tak. -_________-"
Boni JLL3 Boni JLL3 05 October, 2011
@Aida Azryn

hakhakhakhak..itu la pasalnye..kita kene saling mengingati sesama kita ye..hahahaha
shida'R shida'R 06 October, 2011
mulanye..perasannn...pastu kantoi...hahaaa ;p
Zarul Zarul 07 October, 2011
kaler pink ke yob..hahahah
Boni JLL3 Boni JLL3 07 October, 2011
@Zarul hahahaha..comel tak bro??hakhakhak
DianaAzis DianaAzis 28 October, 2011
hahaha..ape kes warna pink..adeh...lain kali jangan terlebih perasan tau :P
Boni JLL3 Boni JLL3 28 October, 2011
@DianaAzis
hahahaha..itu salah satu prinsip sy gak tuh..hahahah :P