Kerana 'Kopi Jhantan',SHIHA MENTOR pening kepala


Selamat hari Isnin semua.Hari Isnin...Isnin...Isnin...Aku tau apa yang ada dalam kepala otak semua bila berkumandangnya hari Isnin.Isnin = Malas.
Hahahaha.Hari ini macam biasalah.Aku akan memulakan kerja dengan mata yang lebam sebab tak cukup tidur dan mengantuk gila baban.

Hari ini aku tak ada topik yang best-best nak diceritakan.Sebab tahap IQ aku sama seperti tahap IQ bayi yang baru lahir ditambah dengan tahap kemamaian yang sangat aktif.Tapi aku nak cerita pasal semalam.Semalam aku 'hang out' dengan Shiha 'n the geng'.Lama rasanya tak lepak dengan dorang.'Last' jumpa masa konsert final Mentor.Semalam seperti yang dirancang,kami semua berkumpul di Nz.Masing-masing mengketedarah dulu sebelum nak sambung ke karaoke.Salah seorang kawan aku pesan kopi jhantan.Aku pula macam tertarik 'da boom' dengan air tu.Jadi dengan menggilanya juga aku memesan air tu juga.Setengah jam lepak kat situ,kitorang bergerak pula ke karaoke.Tapi semasa 'on the way' ke sana,aku terperasan ada satu perubahan dalam diri aku.Ada perubahan pada sikap aku yang sopan santun dan segan silu ini.Tapi aku meng'ignore'kan ia.

Sesampainya dalam bilik karaoke,semua sibuk memilih lagu.Dan bila lagu berkumandang,aku terus menggeletek dan menggelejat mengikut irama lagu.Semakin lama semakin dasyat.Kalau atas 'stage' MENTOR tu,kira aku dah banyak 'point' sebab kuasai pentas.Macam-macam skil keluar.Daripada gerudi Inul,sampailah ke tarian naga.Bersepah2 bilik tu aku kerjakan dek tarian2 yang pelik2 dan dasyat.Nak dijadikan cerita lagi,lagu Ramalanku benar belaka-Kumpulan Umbrella pun aku mampu membuat tarian zapin.Hahaha(Abang Zarul jangan marah ye.Hahaha.Kepada sesiapa yang merindukan vokalis kumpulan Umbrella,korang boleh jumpa beliau di http://zarulumbrella.com/).

Sambung semula cerita tadi.Disebabkan kopi jhantan tersebut,aku telah menjadi 'double hyperactive'.Disebabkan kopi itu juga aku jadi penggelejat terbaik Asia Tenggara.Hahaha.Harap-harap Shiha dan yang lain takkan serik untuk ajak aku karaoke lagi lepas ni.Apa-apa pun,semalam memang 'happening'.Siap ada kelas poco-poco dalam bilik karaoke tu.Korang semua memang terbaekk!!'Thanks to all' yang datang semalam ye.Shiha Mentor,Iky Faiereyl,Mal Rozlan,Arule,Yanz Idris,Fifi,Oh Rangga,dan dua orang kawan Yanz Idris.(Aku terlupa nama).Hehehe.

*Gambar-gambar semalam nanti aku publish kat entri yang seterusnya.Korang kene teruskan membaca blog aku ni k.

{ 14 comments.. read them below or add one }

Mr.PinGu Mr.PinGu 03 October, 2011
wah.. abg boni len kali ajak sy yer.. lalallaaa nak jjumpe shiha mentor.. minat dia. auuu
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
hahaha..ok..bereh..no problemo
Mr.PinGu Mr.PinGu 03 October, 2011
owh korang kawan rapat la ek? best arr.... nak sgt karoks dgn artis.. bleh belajar2 cara nyanyi dgn lbh baik =)
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
kitorang kenal masa jangan lupa lirik.masa tu shiha pun jadi peserta.Hahaha.Kalau da karaoke dengan kitorang,rasanya bukan belajar menyanyi,belajar menari yang lebih..hakhakhak
Mr.PinGu Mr.PinGu 03 October, 2011
HAHA mesti happening gler.. biasa karoks katner?
fae jamal fae jamal 03 October, 2011
perghh!
lepak dgn retisss tuh..hehe;)
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
hahaha..retiss??wah..ayat baru tuh..hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
mr pingu : hari tu kat wangsa walk..
BiQa HatmiN BiQa HatmiN 03 October, 2011
pergh..line2 retis ni..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 03 October, 2011
biqa : hahahaha..tak ada lah..sy tetap insan biasa.yang mempunyai blog miskin ni.hakhakhakhak
Zarul Zarul 04 October, 2011
Ramalanku benar belaka versi zapin yg tak tahan tu huhuuuhu
Boni JLL3 Boni JLL3 04 October, 2011
hahahaha..penangan kopi jhantan..hakhakhakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 04 October, 2011
hafizal : thanks bro..haha