Cerita Lawak : Percutian yang menggelikan dan mengerikan

Selamat berKhamis semua.Amacam cuti semalam?Best?Hari ni aku tak berapa nak sibuk.Jadi memang dengan rakuslah aku akan mengupdate blog miskin aku ni.

Semalam amacam cuti korang?Best?Pergi mana je?Musti korang bercuti sakan kan?

Aku pulak jangan ditanya aku pergi mana.Bagi aku,cukuplah setakat aku bersiar-siar dengan motor kesayangan aku tu.Tak pergi mana pun.Pergi pekan Rawang  cuci-cuci mata pastu balik.Macam manusia tak ada pedoman je kan?Hahaha.Tapi walaupun bersiar-siar bodoh macam tu pun,aku tetap seronok.Sambil menghirup udara tercemar dari atas motor,sambil memerhati perangai-perangai manusia yang bermacam-macam kerenah.

gambar sekadar hiasan.ni motor lama aku.zaman-zaman merempit dulu.sekarang dah tak buat dah kerja-kerja tak berpekdah tu lagi.kini hanya tinggal kenangan.

Pernah ada sekali aku hampir terjatuh sebab terperanjat.Itu disebabkan aku termengorat seorang gadis ayu yang sangat cantik.Mula-mula memang terniat jugak nak jadikan bakal isteri,tapi secara tiba-tiba aku membatalkan niat tu.Mula-mula aku tengok ok je minah tu.Aku pun memulakan langkah dengan membaling sejambak bunga taik ayam pada dia sambil merenung tajam bak renungan Awi dalam filem Hantu Mak Som Cuci Lantai.Secara tiba-tiba minah tu berjoget-joget sambil menyanyi lagu itik gembo-gembo.Dan aku melihat secara tiba-tiba minah tu memancut-mancutkan air hingus+kahak sambil mengejar aku.Aku panik.Bersepah jugak aku lari masa tu.Dengan keazaman yang tinggi,aku terus melompat ke atas motor dan kelam kabut aku memasukkan kunci untuk menghidupkan motor.Namun secara tiba-tiba bontot aku dicucuk bertalu-talu menggunakan paku pakis.

"Oi malaun!!Apsal kau duduk atas kepala aku??",jerit seorang penunggang motorsikal yang secara kebetulan parking kat situ.

"Oh!!Sorry sir!!My mistake!!",terang aku sambil melompat semula ke atas motor aku yang berada bersebelahan.

Selepas berjaya menghidupkan motorsikal,aku terus memecut meninggalkan kawasan ngeri tersebut.Aku terus balik rumah dengan keadaan menggigil ketakutan sehinggakan aku telah diisytiharkan demam oleh doktor klinik satu malaysia yang merawat aku semalam.Aku telah berazam semenjak semalam.Aku takkan mengorat sebarangan lagi.Aku akan mengenali hati budi seseorang dahulu barulah akan aku jadikan bakal awek mahupun bakal isteri.

*korang teruskan membaca blog aku k.Teruskan mengfollow aku.Follow by email sekali sebab blog aku ni ada masalah jati diri.Setiap update aku tak pernah kuar kat notification follower2 lain.Aku sendiri pun bingung akan masalah ni.Dan paling penting,korang share lah cerita-cerita psyho aku ni kat facebook ke twitter ke.Lagi satu,aku suh follow sebab aku akan try terbitkan cerita berepisod.Jadi,korang semua support lah aku.Thanks guys

4 comments.. read them below or add one

DianaAzis DianaAzis 28 October, 2011
Haha..semoga berjaya menerbitkan cerita bersiti itu...

Ha..tu la..org tua2 selalu kata..nak ngorat tu jgn tengok fizikal aje..hahahaha..padan muka :P
Boni JLL3 Boni JLL3 28 October, 2011
@DianaAzis

dalam proses pembikinan..50% da siap da..mane ada tgk fizikal,saya tgk gigi je.gigi dia cantik..hakhakhakhak
DianaAzis DianaAzis 28 October, 2011
@Boni JLL3

Sesungguhnya gigi tidak melambangkan peribadi..faham :P
Boni JLL3 Boni JLL3 28 October, 2011
@DianaAzis
hahahaha..sy memang suka prinsip2 yang pelik tu.. :P