Cerita Lawak : Raine buat lawak bodoh


Malas tak nak kerja hari isnin ni?Aku rasa bukan aku sorang je berperasaan macam ni,korang semua pun mesti rasa yang sama kan?Tapi sebelum apa-apa aku nak mengucapkan berjuta tahniah kepada pasangan Farouq Mahadi dan juga pasangannya Shazwina Saharudin yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada hari semalam.Sempat juga aku pergi walaupun hakikat sebenarnya aku terlupa 'date' korang tu.Hahaha.Kalau nak tau siapa mereka ni pada aku,korang kena teruskan membaca blog miskin aku ni.Sebab aku masih menantikan gambar-gambar daripada pihak mereka untuk aku 'publish'kan di blog miskin ni.InsyaAllah kalau berjaya aku mencuri gambar-gambar kahwin mereka,terus aku masukkan dalam entri aku.

Baiklah.Hari Isnin ni bukan setakat tubuh badan aku yang sasa ni je yang malas,tapi berjangkit sekali sampai ke kepala otak dan jari jemari aku yang genius ni.Tapi,kalau aku tak 'update' entri lagi lah aku rasa sebu.Rasa macam badan aku ni sedang dibungkus dengan tilam air.Ok,hari ni aku nak cerita tentang jiran aku yang bernama Raine.Dulu aku selalu ke rumah beliau semasa 'parent' beliau keluar 'honeymoon'.

gambar sekadar hiasan


Kisah terjadi 16 tahun lepas.Ketika aku hanya berdua bersama Raine.Kami sedang menonton tv bersama sambil tangan kami berlumba-lumba berebut kacang yang berada di hadapan kami untuk dijadikan isi perut..Betapa indahnya saat-saat itu.Semakin asyik kami menonton tv itu,semakin galak dan semakin laju tangan kami mengutip kacang-kacang tersebut.Sehinggakan kadang-kala tangan kami terbelit-belit dan terpaksa menggunakan minyak masak untuk memisahkannya.Namun,langit tak selalunya cerah.Kadang kala ia akan menjadi mendung tanpa kita duga.Begitu juga kejadian pada malam itu.Sedang asyik aku mengunyah-ngunyah kacang tersebut dengan begitu kejam dan sadis,tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti seseorang sedang berguling-guling.Terus aku menoleh ke arah Rain.Alangkah terkejutnya aku tatkala melihat beliau sedang berguling-guling sambil tangan terkapai-kapai ke udara.Beliau meraung-raung sambil sesekali menghempas-hempas kepalanya ke lantai rumah.Aku panik.Terus aku berlari mendapatkan beliau.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat mata hitam beliau hilang.Aku lihat urat-urat tersembul keluar melalui kulit perut beliau.Beliau terus meracau-racau dan melompat-lompat sehingga seluar beliau tertanggal dan menampakkan anak gajah.Aku terus membedil kepala beliau menggunakan sebuah peti ais.Selepas dibedil,Alhamdulillah beliau terus berjaya menenangkan diri.Lantas aku terus bertanya.

"Kau dah kenapa?",soalku kepada Raine.

"Kacang....kacang tersumbat dalam lobang hidung aku...",kata Raine beserta tangisan sambil menunjukkan sebiji kacang yang benar-benar sedang bertakhta di dalam lobang hidung sebelah kiri beliau.

"What The Hek Eleh!!!Aku ingatkan kau kena sampuk dengan jin hutan!!",marah aku sambil mencungkil keluar kacang tersebut.



*sampai sekarang aku masih tertanya-tanya macam mana kacang tu boleh tersumbat dalam lobang hidung beliau.Mungkin kerana terlalu khayal menonton tv sampaikan lobang hidung disangka mulut.

5 comments.. read them below or add one

noornazuha noornazuha 11 October, 2011
alamak....x tahan nak gelak entry ni.....
Boni JLL3 Boni JLL3 11 October, 2011
@noornazuha hahahaha..teruskan membaca k..kebanyakan entri sy macam nih..hahahaha
Eda Latiff Eda Latiff 11 October, 2011
erkk..haha..raine betul ke raine tipu nih..hehe

cari2 shoutbox x jupe..huhu
Boni JLL3 Boni JLL3 11 October, 2011
@Eda Latiff hahaha..raine betullah.kalau yang artis tu Rain..hehehe..shoutbox saya kat sebelah kanan atas..yang ada pix saya yang terlalu kacak untuk digambarkan dengan kata-kata tuh..hakhakhak
syalyn syalyn 09 July, 2012
hahahahaha , satu lagi entry tak tahan nak gelak ! :D :D :D