Cerita Lawak : Aku pengsan kerana terkejut melihat kelibat menakutkan

Assalamualaikum semuanya termasuklah semut-semut yang terbaca entri physhopaticionary aku ni.Selamat berRabu aku ucapkan kepada semua semoga segala-galanya berada dalam keadaan yang baik dan indah.Ok,sementara aku masih ada masa dan waktu terluang ni,rasanya agak pelik kalau aku tak mengupdatingkan blog miskin aku ni.Hahaha.Hari ini aku ada story tentang kisah paling seram pernah aku alami dan lalui.

gambar sekadar hiasan

Kisah bermula pada satu hari.Ketika tu aku ada tugasan mendespatchkan diri kat area The Mall.Nganto dokumen kat satu company.Macam biasa lah,aku akan menyiapkan tugasan tu tanpa sikit pun prejudis.Dengan langkahan yang paling bergaya bagi seorang mat despatch,aku terus melangkah masuk ke dalam company tu.Kelihatan seorang receiptionist sedang berada di mejanya.Aku terus menghampiri beliau.Belum sempat beliau bertanya apa-apa,dengan selamber je aku minum air beliau,walaupun aku menyedari sebenarnya air tu adalah air kacip fatimah.Tapi demi menonjolkan betapa kacaknya aku tatkala tu,aku terus meneguk sambil menunjukkan wajah yang tersangat kacak kepada receiptionist tu.

Selesai melakukan aksi ngeri terbabit,aku terus memberi dokumen itu kepada beliau.Aku dapat merasakan betapa bergayanya aku tatkala itu.Dengan hanya jelingan maut yang mampu membunuh hati gadis-gadis dan tanpa berkata apa-apa,aku terus berlalu meninggalkan beliau.Fuhh,betapa bergayanya aku.Aku terus membuka pintu ofis tersebut untuk keluar.Dan secara tiba-tiba aku menyedari ada kelibat seorang gadis sedang menghampiri aku.Aku hanya mengukir senyuman paling manis kepada beliau sambil mengekalkan karakter yang sama seperti aku tonjolkan kepada receiptionist tadi.Gadis itu hanya tersenyum kepada aku sambil menjeling.Selepas menghayati senyuman itu,aku terus melangkah dengan bergayanya.



Selang 10 saat melangkah,aku terpandang satu lagi kelibat.Dengan menggilanya aku terus didatangi sawan babi dan angin ahmar.Aku menjerit terlolong-lolong dan meracau-racau.Karakter kacak aku hilang serta merta.Yang tinggal hanyalah karakter paling hodoh dan menjengkelkan.Secara tiba-tiba aku terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Selang beberapa jam,aku terjaga daripada pengsan aku.Ketika itu aku dah berada di atas sofa di dalam company tersebut.Di hadapan aku terpacul wajah receiptionist dan gadis yang bertembung dengan aku di pintu ofis tersebut.

"Awak dah kenapa?Macam orang dah hilang pedoman je menjerit-jerit meracau-racau.",tanya receiptionist tersebut sambil menggaru-garu kepala.

"Saya nampak hantu!!!Hantu tu menyerupai dia ni!!",terangku sambil menuding jari kepada gadis yang berada di sebelah receiptionist tersebut.

"Oh,nama saya Farah.Awak nampak hantu yang sama macam saya?",tanya gadis tersebut.

"Yeah!!Tepat sekali.Lepas awak masuk je dalam ofis ni,saya bertembung dengan satu lagi kelibat.Muka dia memang sebijik macam awak!Ofis ni berhantu!!Lebih baik korang berhenti kerja kat sini!!",jelasku kepada mereka berdua sambil menangis teresak-esak.

"Hahahaha.Ingat dah habis macho dah!!Masuk penuh bergaya,keluar pun penuh bergaya!!Tapi takut hantu!!Hahahaha.",gelak receiptionist tu kepada aku.

"Awak,sebenarnya yang awak nampak tu kembar saya lah.Memang lah sebijik macam saya.Dia pun kerja sekali kat sini.Awak ni lah.Buat gempar je!",jelas Farah bersungguh-sungguh sambil mentertawakan aku.


Selepas mendengar penjelasan tersebut,aku terus berlari pecut bermati-matian meninggalkan ofis tersebut sambil membungkus muka menggunakan plastik.Dan,setiap kali mendapat tugasan ke ofis tersebut,aku akan menyamar menjadi seorang Mat Salleh agar mereka tidak mengecam aku.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.Untuk mengenali gadis berkembar ini,korang leh klik http://seputihkisahkita.blogspot.com/2011/11/siapa-dia-jom-kenal-kenal.html,beliau bernama FARAHADILAH





{ 8 comments.. read them below or add one }

DyeLLa DaNia DyeLLa DaNia 02 November, 2011
hahahahaha...kembar...eh sapa tu kwn awk yer... ker ehem2 hehehe.. ermm pas ni buat lah yg kelakar sampai nk baling jer garfu n sudu kat dapur tu hehehe.. best story..moral jgn usha awek lama2 hehehe..nt dpt penyakit angau..keh3
Boni JLL3 Boni JLL3 02 November, 2011
@DyeLLa DaNia
iskh..ape plak ke situ..hehe..member seblogger je..hehe..owh,cerita ni masih tak cukup membt awak membaling saterika ke??hehehe
farahadilah farahadilah 02 November, 2011
Hahahak... best.. pakcik awk dh bebas..... Hahaha... thanks pakcik
Boni JLL3 Boni JLL3 02 November, 2011
@farahadilah
bebas daripada denda ye??hahahaha
DyeLLa DaNia DyeLLa DaNia 02 November, 2011
@Boni JLL3 hahahaha..seterika x nk lah baling..nk baling sofa ker luar rumah pkai jentik jer hehe..ok jer cite2 awk ni mengkagumkan sampai telinga sy sakit hehe..aper kena mengena hahahaha..
Boni JLL3 Boni JLL3 02 November, 2011
@DyeLLa DaNia
telinga awak sakit sebab awak tak korek tinge tuh..hahaha