Cerita Lawak : Bershopping dengan Lisa Surihani

Assalamualaikum dan selamat berJumaat aku ucapkan kepada semua.Hari ni aku datang ofis dengan satu perasaan yang happy.Kejayaan menumpaskan pasukan Indonesia semalam adalah satu kejayaan juga pada aku kerana tak berhenti-henti menyokong perjuangan pasukan Malaysia dalam bola sepak.Dari zaman Alan Haris sampailah ke zaman Ong Kim Swee.Dari zaman Nor Hafiz Zamani Nisbah sampailah ke zaman Muslim Ahmad.Jika tiada rezeki mengutip pingat emas sekalipun,aku akan tetap dan terus menyokong pasukan Malaysia.

Wah,tiba-tiba aku jadi serius.Nyampah plak dengan diri sendiri.Hahahahaha.

Sebenarnya hari ni aku tak berapa ada idea nak menaip.Tak tau kenapa semakin beku kepala otak aku ni.Mungkin sebab semalam aku tertidur dalam peti ais lepas curi-curi makan ais krim mak aku.Patutlah aku mimpi aku bersiar-siar n shopping kat kutub utara bersama Lisa Surihani.Mimpi tu bertukar jadi mimpi ngeri bila Lisa cuba dirampas oleh seekor beruang kutub utara.Nasib baik aku pernah belajar silat gayung.Lintang pukang beruang tu lari lepas dikerjakan aku yang agak kacak dan buncit ni.

Nak dijadikan cerita lagi,lepas je detik hitam bertarung dengan beruang kutub,aku dengan Lisa Surihani dikejutkan oleh kehadiran mak aku.Aku dengan menggilanya terus merayu agar dia merestui percintaan aku dengan Lisa Surihani.Dengan tak semena-mena mulut aku disumbat dengan sayur-sayur dan ikan masin.

"Kau keluar dari peti ais ni sekarang!!!Tak habis-habis dengan Lisa!!!",tengking mak aku sambil mencampak aku keluar dari peti ais.

Kelam kabut aku masuk bilik air dan bersiap ke tempat kerja sambil berlinangan air mata.

Heh heh heh.




*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.


{ 8 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 18 November, 2011
Hahahahaha..asyik2 lisa surihani...erm dh bosan tkr lah heroin lain keh3... ^^,
AnonymousAnonymous 18 November, 2011
huhuhu........ terbaikkk..... !!!
AnonymousAnonymous 18 November, 2011
dlm ice box yer hahahaha soh jer mak awk taruk cili dlm mulut hilanglah hayalan awk tuhh... :)
Boni JLL3 Boni JLL3 18 November, 2011
@Anonymous
hahahahaha..heroin lain tak ada yang semanis die ler
Boni JLL3 Boni JLL3 18 November, 2011
@Anonymous
letak cili?lagi kejam awak ni daripada mak saya..hahaha
QasehnyaRania QasehnyaRania 18 September, 2012
hihi..tak habis2 dengan lisa u yer..=)
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 21 January, 2013
lisa cute :P patutla smpai termimpi hahah