Cerita Lawak : Nyawa hampir melayang akibat terlelap ketika makan

Assalamualaikum peeps,readers,bloggers,dan kesemuanyers.Po kobau?Hari ni aku rasa happy sangat sebab semalam team kebanggaan aku menang ke atas gergasi Asia Tenggara iaitu Thailand.Kemenangan tu menaikkan semangat aku untuk terus menyokong perkembangan bola sepak negara tercinta ini.Biarpun korang menmaki hamun,mencaci,menherdik,mencerca,menrotan,menlaungkan amaran,mendera,dan bermacam-macam lagi yang buruk ke atas pasukan kebangsaan,tapi aku mengambil langkah dengan terus menyokong pasukan Malaysia.

Ok.Lupakan tentang bola.Sekarang aku nak cerita apa yang jadi pagi tadi.Pagi tadi aku mendapat satu tugasan ke Low Yatt.Beli ink printer.Kadang-kadang kalau dapat tugasan nak beli ink printer ni,aku malas sangat nak pergi.Sebab nak kena pergi ke Low Yatt.Kalau korang tau ada kedai-kedai komputer selain daripada Low Yatt,bagitau lah kat aku.Aku malas ke Low Yatt tu sebab jauh.Lagi satu kena parking kat basement.Malas gila!!Aku lagi senang kalau kedai tu tepi jalan je.Tak payah aku nak park motor jauh-jauh.

Sampai je kat Low Yatt,aku terus cari kedai printer.Berbekalkan muka yang agak kacak dengan ditemani misai-misai nipis,aku suruh penjaga kedai tu amik barang yang aku tunjuk.Selesai bayar,aku terus masukkan dalam beg hello kitty aku ni.Selepas ditampar kerana cuba mengorat penjaga kedai tu,aku terus beredar dari situ.Dalam perjalanan balik,aku terpandang satu restoran.Secara tiba-tiba terasa lapar.Aku pun singgah dan membedal apa-apa yang patut.Entah macam mana aku boleh terlelap dalam restoran tu.Rasanya ada lah dalam 4 jam aku terbongkang kat atas meja.Lepas terjaga,aku terus pecut balik ke ofis.Baru dua langkah masuk dalam ofis secara senyap-senyap dan halimunan,terus aku dibedil dengan menggunakan printer.Hampir melayang nyawa aku ketika itu.Nasib baik printer tu hanya singgah kat hujung hidung aku ni je.



"Hang tau tak aku nak hantar kerja ni secepat yang mungkin??!!Berapa banyak lagi yang aku tak print!!Hang pergi beli ink ke hang pergi check in??!!",jerit kerani kat tempat kerja aku ni.

"Lor,sorry lah.Aku tadi sesat.Entah macam mana tiba-tiba aku boleh sampai ke Negeri sembilan.",jelas aku untuk memberi alasan.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.


untuk menangi tiket ke UEFA EURO 2012 sila klik---->EURO 2012

4 comments.. read them below or add one

Zarul Zarul 10 November, 2011
kerja keras nampak bang kuikui
Boni JLL3 Boni JLL3 10 November, 2011
@Zarul
hahahahaha..tak berapa cukup keras lagi ni..hahaha
Yatt S. Yatt S. 10 November, 2011
kisah benar atau rekaan semata-mata? kalau benar, memang lah sadis. tauke kedai makan tu tak kejutkan ke?
Boni JLL3 Boni JLL3 11 November, 2011
@Yatt S.
hahahaha..rekaan je lah..takkanlah sy nak tertido kat kedai makan?hehehe