Cerita Lawak : PETRONAS PRIMAX 95 EXTRA Ternyata Menjimatkan

Assalamualaikum dan selamat berJumaat kepada korang semua.Semoga hari Jumaat ini akan membawa keberkatan kepada kita semua.Hari ni,aku masih ada dalam pejabat dan tiada lagi tugasan-tugasan kat luar buat masa ni.Jadi,dengan bangganya aku mengisyhtiharkan yang aku akan menghupdate entry aku.Hahaha.

Entri hari ni aku nak cerita pasal PETRONAS PRIMAX 95 EXTRA.Korang pakai minyak ni tak?



Aku ni memang penuang setia minyak ni daripada awal ia dikeluarkan dan dihasilkan.Setiap hari memang aku akan isi minyak ni.Setiap kali lepas isi,aku akan terus memecut motor.Sambil sesekali aku menjeling-jeling side mirrow.Kadang-kadang aku melakukan aksi akrobatik.Sedang motor dipecut laju,aku telah melompat ke udara dan melandingkan diri di jalan raya.Sejurus landing,aku akan mengejar motor tu secara menggila+hilang akal+meroyan dan melompat semula ke atasnya.Kadang-kadang saje je aku menunggang sambil memandang ke belakang selama 30 minit.

Mungkin korang cakap aku gila.Tapi hakikatnya,aku lakukan itu kerana bersebab.Itu semua aku lakukan kerana aku nak tengok banyak tak duit syiling yang mengejar aku.Aku nak tengok laju ke duit syiling tu kejar aku.Tapi ternyata semua itu palsu!!Dusta semata-mata!!PETRONAS PRIMAX 95 EXTRA tipu aku!Satu sen pun tak ada yang mengejar aku!!Aku stress.Tapi demi memuaskan hati sendiri,aku ikat syiling 20 sen di motor aku.Jadi,setiap kali aku bergerak,aku akan melihat duit syiling mengejar aku.Seb baik aku ni bijak pandai.

Hahaha.Marah?Janganlah marah.Aku bergurau manja je hari Jumaat ni.Hahahaha.Tapi,sepanjang aku menggunakan minyak ni,memang ternyata ia menjimatkan.Korang tak percaya,korang cubalah sendiri.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Ingin merebut peluang memenangi tiket ke UEFA EURO 2012??Sila klik ----> SINI!!


BLOG BARU AKU TAPI MASIH AKU TAK BERAPA NAK reti.Hahahaa
   www.bonijll3.bestpunya.com



6 comments.. read them below or add one

ctk ctk 16 November, 2011
hahahaha...ikat duit syiling kt blkg...adehhh...xthn da gelak :D