Baligh kali kedua

Gila babeng betul.Hari ni betul-betul aku dalam mod mamai tahap kritikal.Sampai aku terlupa nak pakai spender.Patutlah rasa ngilu lain macam je.Aku ingatkan aku nak baligh kali ke dua.Hadoi.Hari ni betul-betul tak ada mood nak kerja disebabkan perasaan malas+mengantuk+mamai.Jangan cakap tak pakai spender,lunch tadi pun aku terminum air orang meja sebelah.Tak pasal-pasal aku dapat makan ibu jari kaki free.

Hari ni sememangnya aku tak ada story apa nak cerita memandangkan kadar metabolisma pemikiran aku berada di bawah tahap beku.Dengan bahasa sopannya,tahap pemikiran aku ketika ni adalah sama dengan tahap pemikiran seekor anjing laut yang sedang meminta sedekah.Jadi aku ingat hari ni saja-saja lah sesuki suki hati aku nak share gambar-gambar terbaru dan terkini aku sebagai seorang model jamban.Inilah jadinya apabila yang menjadi teman sejati adalah seekor kamera.Asyik nak bergambar je jadinya.






Jadi sebelum aku terlupa,jangan lupa orang-orang Penang untuk menyaksikan Mahawangsa Band & Ezad Exist,Mahawangsa Band & Zamani Slam beraksi di Pesta Pulau Pinang.


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

NAK BERTEPEK-TEPEK?APA TU TEPEK-TEPEK?NAK TAU KLIK ---> TEPEK



4 comments.. read them below or add one

Cik Ziera Cik Ziera 05 December, 2011
haha seekor camera :D
entry 18sx :p
Boni JLL3 Boni JLL3 05 December, 2011
@Cik Ziera
hahahaha..mane ada 18sx pun..hehe
DianaAzis DianaAzis 05 December, 2011
haha..awak ni ade2 je la..mcm2 istilah ada..huhu, tu jual gmbr ke apa awk? patut dh in relationship dgn org lain..hahaha :P
Boni JLL3 Boni JLL3 08 December, 2011
@DianaAzis
hahaha..pasni in relationship dengan orang lain lagi..tgh nak pilih siapa..hahahaha..kelly clarkson dah,amisha patel pun dah.hahaha