gadis-photographer

Memang Lelaki Asia Tak Berapa Nak Besar,Tapi...

on 09 December 2011

Puas hati tengok The Challenger Muay Thai Finale semalam.Sebelum cabaran sebenar bermula,ada persembahan menarik daripada Faizal Ramli daripada Malaysia yang terkandas di peringkat suku akhir.Faizal semalam berlawan dengan Jason Woodham daripada England(kalau tak silap aku).Ni pun salah satu persembahan menarik dalam Final semalam.Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Faizal.Teruk juga si Jason ni dikerjakan Faizal.Sampai tempang si Jason ni.Ni pun dah membuktikan yang lelaki Asia Tenggara tak lemah.Lebih tepat lagi,Faizal dahpun membuktikan lelaki-lelaki Malaysia tak lemah.Kami mampu bersaing dengan lelaki-lelaki daripada Eropah.Jadi,kepada awek-awek Malaysia,tak perlulah pandang jauh-jauh.Lelaki-lelaki Malaysia walaupun tak berapa nak besar,kitorang juga sekuat lelaki-lelaki Eropah.(Sambil mengangkat-ngangkat kening dan lobang hidung kecik besar kecik besar dengan sendirinya).Hahahaha.Yang penting ketulusan hati dan kelembutan budi bicara.Hahahaha.

Bila cabaran sebenar bermula yang menemukan Mardsua Kunchat daripada Thailand dan Jordan Watson daripada England,aku betul-betul mengharapkan Mardsua akan menang.Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada Mardsua.Memang itu yang aku harap-harapkan.Biar dunia tahu yang lelaki-lelaki Asia Tenggara ni tak selemah yang dorang sangka.Terbelah dahi Jordan dikerjakan Mardsua.


Apa-apa pun,tahniah kepada Mardsua Kunchat dan Faizal Ramli.Korang berdua simbol kebanggaan Asia Tenggara.Aku pulak sekarang ni tengah bersungguh-sungguh berlatih untuk menyertai Kejohanan Muay Thai Bawah 12 Tahun Daerah Gombak 2012 (KMTB12TDG) yang akan diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Ideal Height yang akan bermula awal tahun depan.Harap aku akan merangkul kejuaraan tu..Nerves plak aku rasa.Hahahahaha.Aku dahpun mendapat persetujuan Mardsua Kunchat dan juga Faizal Ramli untuk menjadi anak murid part time dorang.Semalam aku dah mula menendang-nendang bantal lembut dan hari ni dah mula menampakkan hasil.Keting aku dah mula sakit-sakit dan merah-merah.Aku dan terhencut-hencut dah hari ni.Siap aku ada snap gambar tengah training lagi.

nampak tak ke'sasa'an tubuh aku.adakah gadis-gadis akan tergoda?hahaha.sebenarnya,korang tak tau betapa terseksanya aku menahan nafas agar perut aku yang berseketul tu tak terjojol keluar dan menampakkan keboroian sebenarnya.hahahahaha

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like andtwitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

inginkan ketenangan semasa memandu dan mengelakkan kemalangan-kemalangan ngeri daripada berlaku?jika ya,sila klik ---> SINI



Ranking: 5

{ 11 comments... read them below or add one }

Reply Comment Boni JLL3 said...

@F.A.R.A.H. deeb
hahahaha..dibengongkan terus..hehehe


December 9, 2011 at 2:33 PM
Reply Comment Anonymous said...

noba..noba...ingatkan apalah td..


December 9, 2011 at 3:46 PM
Reply Comment Lea Isnawi said...

auw..*terus scroll ke bwh*

x sanggup nak nengok

hehe


December 9, 2011 at 4:05 PM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Anonymous
hahahaha..musti ko pikir lain ni kan??kan??hahaha


December 9, 2011 at 4:19 PM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Lea Isnawi
hahahaha..kenapa tu??kenapa tu??


December 9, 2011 at 4:20 PM
Reply Comment Leods said...

http://walkstatic.blogspot.com/2011/12/giveaway-by-triple.html

Hay dude...aku tag ko ikut contest ! orang sasa harus join tau haha


December 10, 2011 at 3:37 PM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Fendy
hahahahahaha..bawah 12 tahun tu..haha


December 12, 2011 at 10:21 AM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Leods
hakhakhakhakhak..sasa ye??ni aku belum tonjolkan perut aku yang sebenarnya..hakhakhak


December 12, 2011 at 10:21 AM
Reply Comment Isabel Diaz said...

Bleh jadi penyelam profesional nie.. mampu tarik nafas lama2.. hehe.. :)


July 28, 2012 at 7:22 PM






 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design