Cerita Lawak : Rozita Che Wan kena angkut dengan aku

Assalamualaikum kepada segala makhluk ciptaan Allah di dalam muka bumi ni.Hari ni aku rasa amat letih yang teramat gila babeng.Dah lah semalam aku tidur pukul 3 pagi,pagi-pagi ni pulak,masa on the way ke ofis,secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda mahupun papan tanda,rantai motor aku tiba-tiba terjatuh.Terpaksa lah aku menolak sejauh 2km untuk ke bengkel yang berdekatan(pergh,dekat betul 2km tu).

Sedang dalam perjalanan dengan dipenuhi peluh-peluh jantan yang menonjolkan kejantanan dan kekacakan aku,tiba-tiba aku berasa agak letih.Jadi aku membuat keputusan untuk berehat sebentar bersama Kit Kit Kit Kite.Secara tiba-tiba aku terlihat pokok nenas.Tanpa berfikir panjang,aku terus berehat di bawah pokok nenas tersebut sambil mendengar MP3 yang terhasil daripada mulut aku sendiri..Ketika aku sedang dalam khayalan sehingga aku hampir tertidur,secara tiba-tiba aku terdengar suara wanita memanggil.Tanpa membuang masa,aku terus menoleh dengan penuh bergaya sambil menerbangkan peluh-peluh jantan yang berada di serata kepala dan wajah tampan aku ini.Di kala peluh-peluh itu berterbangan di udara,aku terus memandang tepat ke arah wanita yang memanggil aku itu sambil membuat lompatan berterbangan ke udara sambil meminum air kacip fatimah juling untuk menunjukkan kepada wanita itu betapa hebat dan bergayanya aku. 

Secara tiba-tiba aku terus kekejangan otot dan meracau-racau sambil membaca doa Qunut.Betapa terkejutnya aku apabila melihat Rozita Che Wan depan mata aku.

rozita che wan
rozita che wan


"Awak yang kacak tu,boleh tolong tumpangkan saya ke stesen bas tak?Kereta saya rosak lah.",pinta Rozita Che Wan kepada aku sambil menunjukkan kereta beliau yang sedang merintih kesakitan.

"Owh,itu tidak menjadi masalah kepada saya.Awak jangan risau.Walaupun saya ni kacak dan bergaya,saya takkan menolak permintaan wanita secantik awak ni.Jom,naik motor saya ni.",kataku sambil membuat wajah yang terlalu tampan walaupun di kala itu mulut aku sedang berbuih-buih.

Aku terus menghampiri motor dan membuat isyarat paling bergaya untuk mengajak Rozita Che Wan membonceng di belakang.Selepas menghidupkan enjin,aku terus memasukkan gear untuk memulakan perjalanan.Aku memulas throttle minyak dengan memandang kiri dan kanan sambil mengangkat-ngangkat kening kepada orang ramai yang lalu lintas.Perasaan bangga+berlagak+eksyen+tak sedar diri+sombong bodoh menghantui sanubari aku tatkala Rozita membonceng di belakang.Secara tiba-tiba motor aku tidak bergerak.Puas aku memulas-mulas throttle namun ia tetap tidak bergerak.Secara tiba-tiba aku menangis teresak-esak.

"Awak....Sebenarnya saya terlupa motor saya pun tengah rosak ni.",rintih aku sambil mata aku bersinar-sinar memandang Rozita Che Wan.

Tanpa diduga halkum aku dilempang bertalu-talu oleh Rozita Che Wan tanpa sikit pun prejudis.Selepas berpuas hati dengan aktiviti menarik itu,beliau terus berlari-lari bayi meninggalkan aku yang sedang kesedihan.Tatkala itu secara tiba-tiba aku menyanyi lagu perpisahan-Anuar Zain sambil menguasai jalanan yang aku anggap sebagai pentas.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

SAMSUNG Galaxy W offers a 1.4GHz processor, spacious 3.7” touch screen & a mammoth 4GB memory!korang teringin?kalau teringin klik je ----> SINI

p/s :- satu lagi kisah rekaan aku yang bakal membuat ROzita Che Wan melempang aku laju-laju kalau beliau terbaca.Hahahaha.



4 comments.. read them below or add one

Cik Ziera Cik Ziera 14 December, 2011
hekhek padan muke kne lempang.ngee