seks dengan jantan lain

Assalamualaikum peeps and readers.Selamat hari Selasa aku ucapkan kepada korang semua.Sementara aku tak berapa nak sibuk ni,aku ambil kesempatan untuk menghupdate entri aku lah.Heh heh.

Hari ni aku nak kongsikan satu kisah di mana hancur luluh hati seorang suami apabila rahsia si isteri yang curang padanya sejak pertengahan 2010 terbongkar melalui FACEBOOK.Selepas bertengkar akhirnya si isteri mengaku yang dia telahpun menduakan suaminya dan telah melakukan seks lebih daripada 10 kali bersama lelaki itu dan mencintai lelaki itu lebih daripada mencintai dirinya.

Alangkah luluh lagi lelaki itu apabila si isteri mengaku sanggup menunggu lelaki itu walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.

Akibat terlalu marah , si suami mengambil keputusan membuat police report supaya satu tindakan diambil kepada lelaki yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.



Wow.Ini antara faktor yang menyebabkan aku agak trauma nak kahwin.Haha.Aku tak salahkan mana-mana pihak kerana aku tak tahu apa cerita sebenar disebalik kisah mereka.Tapi,ini antara salah satu kisah yang bagi aku membabitkan penggunaan FACEBOOK.Sebenarnya kita sendiri kena bijak menggunakan FB ini kerana jika tersalah langkah,tidak mustahil rumahtangga kita akan terus musnah sekelip mata sahaja.Yang dah berumah tangga tu,aku nasihatkan agar korang sentiasa berwaspada akan bahaya FB ini mahupun laman soSIAL yang lain.Kerana jika tersalah langkah,nafsu kita akan dikawal oleh menatang-menatang ini.Jika nafsu sudah menguasai diri,faham-fahamlah sendiri.Yang dah bercucu pun 'makan luar' lagi.

Cakap pasal 'makan luar',aku teringat satu kisah yang melibatkan aku dan Hernandez Hamidon,salah seorang member aku daripada umur 10 tahun.Si Hernandez Hamidon ni sekarang dah kahwin dah.Dah ada anak 3 orang.Tak sangka juga beliau ni sebenarnya mampu menghasilkan zuriat.Hahaha.

Tapi pada satu malam,si Hernandez Hamidon ni ajak aku keluar.Aku pun tanpa banyak soal,terus bersetuju dengan pelawaan beliau tu.Selepas mengambil Hernandez Hamidon di rumahnya,aku terus mengarahkan beliau untuk membonceng motor berkuasa kecil aku.

"Mana kita nak pergi ni Hernandez Hamidon?",tanya aku kepada beliau.

"Malam ni aku teringin nak 'makan luar' lah bro.",kata Hernandez Hamidon sambil mengangkat-ngangkat keningnya dan membuat satu senyuman yang paling menyakitkan hati aku.

Tanpa berfikir panjang dan tanpa memikirkan masa hadapan,aku terus membuat satu brek mengejut dan menyebabkan Hernandez Hamidon tercampak ke hadapan.Sebelum beliau sempat jatuh ke tanah,aku sempat meluku-luku pipi beliau menggunakan tayar hadapan motor aku.Selepas beliau terbaring ke tanah,dengan penuh bergaya pula aku melompat dari motor dan berpusing-pusing di udara selama 10 minit.Selepas agak bosan dan letih dengan aksi hebat itu,aku terus mendaratkan tubuh sasa aku ini ke atas tanah.Tanpa sebarang amaran,aku terus stunt ke atas Hernandez Hamidon dan menumbuk-numbuk misai beliau menggunakan bontot aku.

"Kau sedar tak apa yang kau lakukan ni??Kau sedar tak??!!!Dan kau nak babitkan aku sekali dalam dosa yang kau nak lakukan ni??!!Bro,aku kenal bini kau bro!!Aku dah anggap bini kau macam kakak aku!!Siott la kau bro!!",tengking aku sambil mencakar-cakar perut Hernandez Hamidon.

"Bro.....maafkan aku kalau aku ada tersalah cakap.Tapi apa salah aku?!!!Aku nak makan Siakap 3 Rasa.!!Bini aku tak pandai nak masak!!Tu yang aku ajak kau makan luar tu!!!",tegas Hernandez Hamidon sambil menangis teresak-esak dan berguling-guling di atas jalanan.



Secara tiba-tiba dan automatiknya senyuman kambing dan kerang busuk terukir di wajah aku.Aku terus memujuk Hernandez Hamidon dan terbelanja dia makan Siakap 3 Rasa pada malam itu.


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

nak countdown 2012 dengan red karpet dan bersama artis-artis popular tanah air?klik --> SINI
nak hadiah-hadiah menarik?klik --> SINI


lagi berita lanjut tentang si isteri yang curang pada suami sila klik --> CURANG


{ 12 comments.. read them below or add one }

fae jamal fae jamal 20 December, 2011
sengal boni ni..hahah..aduyai! baca entry boni tak pernah nak serius..mesty tergelak2..haha
Boni JLL3 Boni JLL3 20 December, 2011
@fae jamal
hahahaha..tu lah..saya pun pelik..boni ni memang sengal lah..hakhakhak
aisharly aisharly 20 December, 2011
kalau si suami ada affair dgn pmpuan lain cmana?huhu
Boni JLL3 Boni JLL3 20 December, 2011
@aisharly
tepuk dada,cari ikan siakap 3 rasa..hahahaha
ainol akasyah ainol akasyah 20 December, 2011
isteri pun da pandai makan luar..lauk suami dah xsedap haha
athirah athirah 21 December, 2011
akhir zaman...isteri xtau dosa pahala...laki as ketua keluarga xmampu nak pimpim isterinye...masyaallah...hancur sebuah keluarga...anak2 menjadi mangsa..
Boni JLL3 Boni JLL3 21 December, 2011
@athirah
same2 lah kita berusaha untuk mengelak benda ni daripada terjadi
miSpYeja miSpYeja 22 December, 2011
hahah main golek2 ya,,bagus..sapu jalan
Boni JLL3 Boni JLL3 22 December, 2011
@miSpYeja
hahaha..jadi DBKL jap tanpa gaji..haha