temui ajal dalam keadaan berbogel

Assalamualaikum kepada peeps dan readers.Apo kabo semua?Pagi ni aku masih lagi belum mendapat apa-apa tugasan untuk menghantar surat.Risau plak aku.Ni tanda-tanda khidmat pen'despatch'an aku tak diperlukan lagi ke?Hahahahaha.


gambar sekadar hiasan


Ok,bersabit dengan tajuk kat atas tu,entri kali ni aku nak merungkai kematian misteri seorang pemilik kedai alat telekomunikasi di Georgetown.Beliau ditemui mati di dalam bilik mandinya dalam keadaan kaku dan berbogel.Ketika ditemui,leher dan badan mangsa dikesan melecur akibat terkena renjatan elektrik pada paip alat pemanas air yang dipercayai mengalami litar pintas.Menurut sumber polis,mangsa sepatutnya mengambil anaknya dari kelas tambahan.Disebabkan musyhkil panggilan kepada ayahnya tidak berjawab,anak mangsa menghubungi ibunya yang terus pulang ke rumah untuk mencari suaminya.

Hurm,bahaya juga sebenarnya ada alat pemanas air ni kat dalam bilik mandi.Nasib baiklah kat rumah aku tu tak ada menatang pelik ni.Lebih rela aku tak mandi pagi daripada nak panaskan air.Silap haribulan,aku tergedik-gedik kepanasan dalam tab mandi.

Cerita pasal alat pemanas air ni.Aku teringat satu kisah yang sangat-sangat menayat hati.Bergetar-getar jugak lah hati dengan kisah ni.Pernah satu hari aku melawat rumah member lama aku.Berjaya orangnya.Rumah pun agak mewah dan besar.Kalau bersiar-siar dalam rumah tu,sampai boleh kekejangan otot lah.Besar tak besar rumah dia tu.Kitorang ni sama-sama ganas.Sampaikan kalau budak-budak tadika nampak kitorang daripada jauh,dorang semua dah bertempiaran lari sampaikan ada yang berlari sampai tertanggal-tanggal seluar.Jadi,sedang kitorang lepak tengah malam tu sambil menangis-nangis layan lagu-lagu New Boys,tiba-tiba aku rasa nak terkencing.

"Oi Hizbantoi Zakaria!!Aku nak terkencing ni.Mana jamban kau?Rumah kau ni besar sangat,kang sesat aku.",tanya aku kepada Hizbantoi Zakaria.

"Kau terus je,pastu kau belok kanan.Kau terus sampai ke hujung penjuru tu,kau akan jumpa tangga.Jangan naik tangga tu,kau naik eskalator kat sebelah dia.Dah sampai tingkat atas,kau belok kiri.Kau terus lagi sampailah kau terjumpa bulatan,kau amik pukul 9.Lepas tu kau terus sampai ke hujung.Jamban aku belah kiri.",terang Hizbantoi Zakaria dengan air mata yang terus membasahi pipi disebabkan sayu mendengar lagu Sejarah Mungkin Berulang.

Dengan menggilanya aku terus berlari lintang pukang menuju ke jamban.Memang tepat sangkaan aku.Betapa besar rumahnya sehingga aku kekejangan otot.Nasib baik sempat sampai ke jamban.

"Pergh!!Jamban pun besar!Selesa.Siap ada tab mandi lagi.Besar betul!!Wah!!Ada pemanas air lah!!",teriak aku betul-betul teruja sambil terkencing-kencing.

Selang 30 minit....

"Mana lah perginya budak Boni ni?Takkanlah kencing sampai setengah jam?",bisik Hizbantoi Zakaria sambil melangkah menuju ke jamban.

Sesampainya di depan jamban,Hizbantoi Zakaria terus menendang pintu dengan sekuat hati sehingga terkopak pintu bilik airnya.

"Oi!!Kau rupanya Hizbantoi Zakaria!!Tanjat Boboy!!Bagilah salam dulu sebelum masuk!",marah aku kepada Hizbantoi Zakaria.

"Kau............Kau masak maggy dalam tab mandi aku??!!!!!",jerit Hizbantoi Zakaria sambil melopongkan mulutnya.

"Hahahaha.Genius tak aku?Aku tengok ada pemanas air,tu yang aku masak tu.Tiba-tiba aku rasa lapar.Aku ada buatkan kau sekali ni.Kau janganlah risau!!",terang aku sambil mengangkat-ngangkat kening.

Secara tiba-tiba aku merasakan yang diri aku berterbangan di udara.Tau-tau je dah ada kat luar rumah.Owh..rupanya aku dilempar oleh Hizbantoi Zakaria.Marah betul dia kat aku.Tetapi aku tetap merasa bangga disebabkan kegeniusan otak aku.


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button 
share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

inginkan gaya kehidupan yang sihat?klik -----> SINI


{ 15 comments.. read them below or add one }

mispyeja mispyeja 23 December, 2011
mmg terbaik masak mgy dlm toilet,,,sedap tu hahah,,ada perencah wangi-wangian toilet gitu ^^
fyza fyza 23 December, 2011
hahha...sakit pp ni dok gelak2 je bace entry ni..megy tu..xmoh a mkn gli
Boni JLL3 Boni JLL3 23 December, 2011
@mispyeja
hehehe..awak nak tak?saya buatkan satu..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 23 December, 2011
@fyza
hahaha..sakit pipi ek?meh sini nak tampal kok yok..haha
E Ja E Ja 24 December, 2011
siyesly masak maggi kat bath tub.hahah ^^
zareliqa afiqa zareliqa afiqa 24 December, 2011
eee..ngerinya tengok gambar tu.huhu=.=
Edy Fee Edy Fee 25 December, 2011
hurmmm terkejut ten gok gmbr atas tu mule2
Boni JLL3 Boni JLL3 27 December, 2011
@Edy Fee
gambar je gempar kan?isi tak gempar pun..haha
Farhana Jafri Farhana Jafri 28 December, 2011
terteleng kepala aku tgk gmbar tu memahamkan konsep dy mati.. haihh..
Boni JLL3 Boni JLL3 29 December, 2011
@Farhana Jafri
tu gambar sampingan jer..menurut sumber2 yang blh dipercayai,perempuan tu mati kena baham dengan jerung
Diaz Diaz 05 August, 2012
cute btl nama dye, Hizbantoi Zakaria.. hahahah