gadis-photographer

Tips Mendapat Kejayaan Yang Luar Biasa Dalam Bidang Pekerjaan Korang

on 30 November 2011

Assalamualaikum semua.Semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam.Entah kenapa hari ni aku berasa kurang selesa dengan diri aku sendiri.Mungkin kerana encik jerawat telah tumbuh dan menghantui lobang hidung aku sehinggakan hobi dan aktiviti kebiasaan aku terjejas teruk dengan kemunculan beliau.Begitu patah hati tatkala aku tak mampu untuk mengorek lobang hidung aku ini.Begitu kecewanya aku apabila merasakan yang taik hidung ini semakin menebal dan mengeras tanpa mampu aku lakukan apa-apa.Ingin benar rasanya aku melakukan pembedahan,tapi dengan poket yang tak berapa nak menebal ini,aku batalkan niat suci murni aku itu.Jadi,dengan titisan air mata yang berlinangan di tapak kaki,aku hanya mampu pasrah.Hidup perlu diteruskan.



Jadi hari ni aku nak share dengan korang tips untuk meluar biasakan idea korang untuk melakukan apa-apa pun.Ini termasuklah membuat blog,menghupdate entri,bisnes online,dan segala pekerjaan-pekerjaan yang membabitkan penggunaan pc dan juga laptop.

Tips yang bakal aku sajikan ini senang je.Aku sendiri pun dah menggunapakai tips ini sejak setahun yang dulu.Alhamdulillah,kejayaan memihak kepada aku.Jadi,di sini aku ingin kongsikan bersama korang.Rahsianya ialah meja tempat kita bekerja.

ni meja aku mengarang dan melayari muka buku
kasi zoom sikit


Jadi,korang haruslah bekerja dengan apa yang membuat korang selesa.Macam aku sendiri,aku memang suka berserabut-serabut macam ni.Sampaikan kadang-kadang aku confuse samada aku ni seekor tikus ataupun seorang manusia.Jadi,bekerja mengikut keselesaan korang.InsyaAllah apa yang korang usahakan itu berhasil.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Jom tengok apa yang menarik disediakan untuk korang.Klik je --> SINI

AMARAN UNTUK AWEK-AWEK DI LUAR SANA.Jangan rosakkan permata kami!!

on 29 November 2011

Assalamualaikum semua.Pergh!!Puas gila cuti sampai 3 hari.Minggu lepas cuti sampai 4 hari.Mak aku siap tanya,apsal tak cuti selama-lamanya je?Hahaha.Nasib baik dia tak tanya soalan tu sambil membedil aku dengan mesin basuh.Terselamat kepala aku kali ni...Salam Maal Hijrah aku ucapkan kat korang semua.Masih sempat lagi rasanya.Jadi,macam mana hari korang?Masih dibelengu kemalasan terlampau lepas bercuti lama?



Firstly untuk hari ni,aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda.Walaupun tewas kepada Bahrain,tapi corak permainan harus diberi kepujian.Tapi itulah bola sepak.Ada menang ada kalah.Mungkin juga kerana tiada rezeki,jadi pasukan kita kalah walaupun mendahului 2-0.Secara tiba-tiba kesemua posisi tengah mengalami kecederaan.Paling aku kesian kat Irfan Fazail.Disebabkan Malaysia dah melakukan pertukaran penuh,dia terpaksa main dengan kaki terhencut-hencut.Tak apalah Harimau Muda.Ni lah namanya tiada rezeki walaupun dah mencuba yang terbaik.Kami semua akan terus memberi sokongan padu kepada anda semua.Dan yang paling penting,secara tiba-tiba aku perasan munculnya pemain-pemain tengah yang aku rasa mempunyai kaliber sebagai seorang arkitek di tengah padang.Antaranya adalah Badrol Bakhtiar,Irfan Fazail,dan yang paling hot sekarang ialah Nazmi Faiz Mansor yang berumur 17 tahun tapi mempunyai corak permainan yang sangat-sangat matang dan kreatif.Jika dulu,kita tidak mempunyai banyak pilihan untuk pemain tengah.Asyik-asyik muka Safiq Rahim dengan Amar Rohidan,sekarang aku rasa posisi tu dah tiada masalah lagi.

Tapi hari ni aku nak cerita serba sedikit tentang Mohd Nazmi ni.Sekarang nama dia tengah hot macam Khairul Fahmi suatu ketika dulu.Jadi,tengah-tengah hot ni lah dia akan diburu oleh gadis-gadis yang mampu menghanyutkan beliau dengan dunia-dunia gelap.Lagi-lagi beliau memiliku rupa paras yang cute secute aku.Hahahahaha.Jadi,aku harap Nazmi tidak akan alpa dan hanyut dengan apa pun yang bakal mendatangi beliau.Kami mengharapkan kau wahai Nazmi kerana kaulah permata kami.Permata Malaysia.Yang bakal menggegar dunia satu hari nanti,Jangan hampakan kami semua.Dan pesanan untuk gadis-gadis di luar sana,tolong jangan rosakkan permata kami ini.

nampak tak??secute aku kan??HAKHAKHAKHAK

Jadi,setakat ni je lah ceramah untuk entri kali ni.Ni aku tengah fikir ni.Nak makan apa untuk tengah hari ni.Semalam aku makan nasi kosong+rambutan+durian portugis.Sedap plak rasanya.Ni aku tengah terpikir mana nak dapatkan buah tu kat tengah-tengah bandar ni.Nak mintak kat awek yang buah dia terkeluar tu,dah tentu takkan terserempak dengan dia lagi.Hahaha.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Tak payah nak stress pasal bil-bil lagi.Apa ada kat bil air,bil api,bil pembetungan dan sebagainya.klik je ----> SINI




KEMALANGAN NGERI - diseret trailer dan kepala tersangkut kat pagar

on 25 November 2011

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat aku ucapkan kepada semua.Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.Semoga kita mengambil kesempatan di atas keberkatan Maal Hijrah ini untuk berhijrah daripada buruk kepada lebih baik.Bukan daripada buruk kepada cantik.Tu mazhab saloon tu.Kita tak boleh pakai.Daripada seorang mat rempit berhijrah kepada mat kereta.Ini pun bukan penghijrahan yang aku maksudkan.Hahaha.Hijrah daripada tak bertudung kepada bertudung,daripada merempit kepada menjadi siak masjid,daripada pemarah menjadi penyabar,dan berbagai lagi yang menghijrahkan kita daripada benda tak elok kepada yang elok.Itulah sebenarnya pengertian penghijrahan.Aku pun bukannya arif tentang hukum hakam agama ini tapi yang aku tau macam tu lah.Semoga kita semua akan menjadi lebih baik daripada sebelum-sebelum.

Dikesempatan ini juga aku ingin menyeru kepada mat-mat rempit yang baru nak naik dan terdiri daripada budak-budak sekolah yang dah menyangka diri korang tu hebat sangat bila merempit.Sedarlah.Janganlah korang sia-siakan nyawa korang yang terlalu muda tu.Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah daripada merempit ni.Berhijrah lah korang semua.Aku sound tepek ni sebab aku sayangkan anak bangsa aku sendiri.Melayu harus jadi terbaik bukanlah ME LAYU.Aku dah main motor daripada umur aku 15 tahun lagi dan aku tak nampak langsung merempit ni bawa apa-apa kebaikan kat diri aku sendiri.Last-last kerja jadi MAT DESPATCH je lah macam aku.Korang nak buat apa dengan gaji cukup-cukup makan tu?Berubahlah selagi masih ada masa ni.Ni aku tepek gambar-gambar yang korang boleh jadikan inspirasi masa korang nak merempit nanti.

Gambar aku pinjam daripada ISU HANGAT 

ni pula aku pinjam daripada MALAYSIA TERJAH

Korang boleh jadikan ini sebagai inspirasi korang masa korang nak berlumba tu.Ingat,banyak lagi aktiviti yang berfaedah daripada merempit tu.Lagipun,dalam usia korang tu,lebih baik korang belajar sungguh-sungguh daripada nak jadi samseng.Tak kemana pun semua tu.Percayalah kat aku yang dah menempuhi hidup macam korang ni.Ingat,aku sayangkan bangsa aku sendiri.Harap korang sedarlah ye.Sayangilah nyawa korang tu.

Tiba-tiba aku teringat kisah masa aku kecik dulu.Ni pasal berhijrah gak ni.Aku teringat ada satu hari tu mak aku suruh aku berhijrah.Dengan bersemangat aku terus berkemas.Aku masukkan semua kain baju aku dalam beg.Siap je,aku terus masuk keluar rumah.Belum sempat aku sampai kat pagar,tiba-tiba aku nampak almari baju melayang kat aku.Disebabkan tahap kebijakan aku melampaui segala-galanya,aku terus menanduk terbang almari tu.Namun,ku sangkakan panas rupanya hujan di tengah hari.Aku terus menggelejat kesakitan kat atas lantai.

"Aku suruh kau berhijrah daripada nakal kepada budak baik!!Aku tak suruh pun kau pindah rumah!!!Adoi!!Peninglah aku dengan kau ni!!!",teriak mak aku sambil berposing selepas berjaya membedil almari tu tepat ke kepala aku yang tampan ni.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.Dikesempatan ini juga aku ingin mengajak semua untuk memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 November 2011 ini untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara kita yang akan menentang pasukan Bahrain.Sokongan padu kita amat diperlukan oleh para perwira kita yang akan berjuang bermati-matian Ahad ini.Jadi,korang tekanlah button SHARE n TWITTER tu ye untuk menyebarkan seruan ini.

NAK TRY BERTEPEK-TEPEK?KLIK ---> SINI







korang rakyat Malaysia?

on 24 November 2011

Kenapa tiba-tiba aku tanya soalan ni?Sebabnya aku perlukan sokongan korang semua.Tolong sebarkan entri aku ni kepada semua ahli keluarga,adik beradik,sanak saudara,dan seluruh sahabat-sahabat korang.

Bersempena perlawanan kelayakan Olimpik 2012,marilah kita ramai-ramai memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 November 2011 ini bersamaan hari Ahad untuk menyokong pasukan kita menentang pasukan Bahrain.Sokongan padu kita semua amat ditagih oleh pemain-pemain negara kita.Satu je pesanan aku sebelum kita beramai-ramai memenuhkan stadium,elakkan melakukan perkara-perkara yang menyusahkan orang lain seperti membaling objek-objek ke dalam padang dan juga membawa laser.Kalau pemain boleh bertindak secara profesional,kenapa tidak kita?Dan lagi satu,kita kena realistik.Tak kira apa pun keputusan perlawanan tersebut kita kena terima dengan redha.Jangan dibelengu emosi.Jika kalah sekalipun,jangan berhenti menyokong.

Jadi,kepada korang semua,tolonglah sebarkan entri ini dengan menekan button SHARE dan juga TWITTER tu ye.Sebarkan kepada semua.Anggap ini adalah satu amanah kepada anda.

  vs 


INGIN MELIHAT TWISTIES SUPERSTAR BERAKSI SILA KLIK --> SINI


Cerita Lawak : GOAL KEEPER TERCAMPAK KE DALAM GOL DISEBABKAN REMBATAN YANG GILA KENCANG.

Assalamualaikum semua.Malam tadi episod sedih berlaku depan mata aku.Meleleh-leleh air mata,air hingus beserta air ketuban aku sebab team Malaysia kalah 2-0 di tangan Syria dalam aksi kelayakan Olimpik London 2012.Tapi,tak apalah.Mungkin tiada rezeki dan juga kerana team Syria bermain lebih baik daripada Malaysia.Lagipun,aku tak pernah mengharapkan apa-apa dalam kelayakan Olimpik ini sebab team yang ada dalam Olimpik ni kebanyakannya adalah team-team yang berkelas dunia.Masuk pusingan kedua pun dah kira besar rahmat dah.Mungkin belum tiba masanya lagi team Malaysia mampu bersaing dengan team-team ini.Jadi,FAM perlu lebih usaha untuk mencari pelapis-pelapis yang mampu bersaing dengan team-team berkelas dunia.FAM telah pun membuktikan kredibiliti dan usahanya sehingga berjaya mewujudkan dan menubuhkan team Malaysia yang mampu menjelmakan kejayaan di peringkat Asia Tenggara.Bermula dengan team yang dikendalikan oleh Raja Gopal dan seterusnya diikuti oleh team yang yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee.Jadi,FAM perlu bekerja lebih keras selepas ini untuk mewujudkan pula team yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan dunia.Saiz,ketinggian dan fizikal bukan penghalang kerana team Sepanyol telah membuktikannya.

Entah macam mana aku boleh teringat zaman aku sedang hebat di dalam sukan bola sepak ni.Setiap petang turun padang.Kalau tak dapat sepak bola rasa macam sebulan tak makan nasi tu.Aku teringat satu petang yang damai.Macam biasalah , dah siap-siap dengan but Adidas F50 warna biru,aku terus lari pecut sekuat hati menuju ke padang.



Dengan jelas aku dapat melihat ramai yang tengah main bola.Tanpa memberhentikan diri daripada larian pecut aku yang tersangat laju tu,aku terus merampas bola daripada kaki salah sorang budak kat tengah padang tu.Dengan selamber je aku menggelecek sampai 20 orang sekaligus sambil makan choki-choki.Bila sampai je ke dalam kotak penalti,aku terus melakukan satu rembatan yang gila kencangnya ibarat rembatan Roberto Carlos.Rembatan tu berjaya ditangkap oleh goalkeeper.Namun,disebabkan rembatan tu terlalu hebat dan kacak,goalkeeper tu tercampak ke dalam gol bersama bola di dalam pelukannya.Sambil menjerit-jerit kegembiraan,aku terus berlari mengelilingi padang untuk meraikan gol itu.Sedang dalam mod happy sambil berlari mengelilingi padang,secara tiba-tiba aku melihat tiang gol melayang ke arah aku.Tak sempat untuk aku mengelak,tiang gol tu terus terpacak kat kepala aku.

"Kau dah kenapa?!!Dengan budak-budak tadika pun kau nak tunjuk hebat ke?!!Padang ni untuk budak-budak!!Kau nak main,pergi main padang sana tu!!",teriak mak aku selepas berjaya membedil tiang gol tepat ke kepala aku.

Dengan wajah sugul,aku terus bergerak ke padang bersebelahan.Di padang itu,aku lebih banyak dibuli daripada menggelecek bola.

hEh Heh...

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.


JOM KITA TENGOK KEHEBATAN TWISTIES SUPERSTAR.KLIK ---> TWISTIES




LEHER AWEK DISEMBELIH

on 23 November 2011

Satu lagi episod ngeri bagi seorang insan yang bernama awek ataupun wanita.Dan sebelum korang meneruskan pembacaan,harap agar korang yang mempunyai penyakit jantung,darah tinggi dan lemah semangat tidak akan meneruskan pembacaan kerana gambar yang bakal aku hidangkan sebentar lagi agak kejam dan ngeri.Kejadian aku tak tau berlaku di mana dan mengapa.Tapi yang aku pasti darahnya mungkin akan diambil untuk diminum.Masih ada lagi kanibal dalam dunia ni.Aku ingatkan semakin moden dunia ni,semakin bertamadun akal fikiran manusia ni.Rupa-rupanya masih ada lagi yang tak bertamadun.Harap-harap lah kita dijauhkan daripada semua ni.


Semoga kita akan dijauhkan daripada semua ini.Dan semoga kita akan lebih bertamadun daripada bangsa ini.

Di kesempatan ini,sekali lagi aku ingin mengajak korang beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk sama-sama kita memberi sepenuh sokongan kepada wira-wira negara kita yang akan menentang pasukan Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012.



Sokongan padu kita semua sangat diperlukan untuk mereka bermain mati-matian untuk melawan segala rasa penat dan lelah mereka sepanjang berada di Indonesia tempoh hari.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.Bantuan korang semua amat diperlukan untuk kita memenuhkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil dan memberi sokongan padu kepada barisan perwira kita apabila menentang Syria malam ni.Jadi,tekanlah button share dan tweet tu k.Sebarkan kepada semua.Kita penuhkan stadium malam ni!!!

INGIN MEMILIKI I-PHONE 4S SILA KLIK ---> SINI



MACAM NI LAH BOLA SEPAK!!OLIMPIK 2012 matlamat lepas ni.

Inilah bola sepak.Inilah yang kami semua mahukan.Tak sia-sia penantian aku selama ni.Akhirnya aku dihidangkan dengan aksi sebenar bola sepak.Tahniah Ong Kim Swee dan juga seluruh pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya merangkul pingat emas Sukan Sea yang ke 26.Semoga kejayaan ini akan berterusan semasa menentang Syria dalam pusingan kelayakan Olimpik malam nanti.Jika aksi cemerlang itu berterusan,InsyaAllah akan ada kejayaan.Jika tidak menang pun,aku tetap berpuas hati kerana korang semua mempamerkan corak bola sepak sebenar.Dah lama aku menanti corak permainan seperti ini dalam bola sepak Malaysia.Alhamdulillah penantian aku itu berbaloi.Namun,aku harap FAM akan terus membina dan melahirkan skuad-skuad pelapis yang sebagus mahupun lebih bagus daripada skuad sekarang ini kerana kita harus berjaya secara berterusan dan bukanlah secara bermusim.Kepada seluruh rakyat Malaysia,malam ni moh le kita beramai-ramai ke stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada barisan wira-wira negara kita ini.Mungkin dengan sokongan padu kita sedikit sebanyak akan menghilangkan keletihan dan kepenatan mereka setelah melalui pelbagai kepayahan di Sukan Sea tempoh hari.



Dah dua hari aku tak menghupdate blog aku ni.Rasanya macam dua tahun.Terasa hidup aku dilanda kesedihan teramat.Macam putus cinta rasanya.Hahaha.Bukan apa.Terlalu banyak hal yang perlu aku selesaikan kebelakangan ni.Antaranya aku perlu memandikan sugar glaider jiran aku,memberi makan kepada ulat gonggok ternakan aku,menghalau keluarga lipas yang cuba menumpang di bilik tidur aku,table talk dengan cicak sebab aku terlastik sanak saudara mereka,dan macam-macam lagi lah yang dasyat-dasyat dan tahyul.

Jadi,tak banyak yang aku ingin kongsikan di sini apatah lagi menekan button share kat facebook tu.Cuma satu je seruan aku kepada seluruh rakyat Malaysia.Jom turun ramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu kepada barisan Ong Kim Swee malam ni.Semoga mereka akan menang dan mengutip mata untuk memungkinkan mereka layak ke peringkat akhir Olimpik 2012 di London.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.Bantuan korang semua amat diperlukan untuk kita memenuhkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil dan memberi sokongan padu kepada barisan perwira kita apabila menentang Syria malam ni.Jadi,tekanlah button share dan tweet tu k.

INGIN I-PHONE 4S?KLIK ----> SINI

--> Aku cukup teruja menonton perlawanan akhir Sukan Sea hari tu.Aku dapat melihat kualiti bola sepak Asia Tenggara sedikit meningkat daripada dulu.Harap-harap kualiti itu akan semakin meningkat dan membuka mata dunia kepada rantau kita ini.

Kemalangan ngeri-badan awek putus dua

on 20 November 2011

Sebelum korang meneruskan pembacaan,aku harap yang sakit jantung,darah tinggi,ataupun yang lemah semangat tak teruskan membaca kerana gambar-gambar di bawah adalah gambar yang agak ngeri.Cuma satu je pesanan aku kat sesiapa yang menunggang motor atau membonceng motor akan lebih berhati-hati kerana nyawa kita yang memunggang motor ni 50-50 bila berada di atas jalan raya.Kepada mat-mat rempit plak,aku harap korang fikir-fikirkanlah.Apa lagi yang selalu mengangkut anak dara orang.Fikirkanlah nyawa korang dan juga nyawa orang lain.Aku pun bekas mat rempit dulu.Jujur aku katakan yang apa yang aku buat dulu langsung tak berfaedah dan menyusahkan orang lain.Jangan sia-siakan nyawa korang macam tu je.Banyak lagi aktiviti yang berfaedah daripada merempit tunjuk hebat.

gambar aku pinjam daripada bro saiful

Diharap dengan terbacanya entri ni,korang akan lebih berhati-hati.Lebih-lebih yang menunggang motor termasuklah aku sendiri.Mari sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada mangsa kemalangan di atas.Tiada tujuan dan maksud apa-apa aku post entri kali ni selain untuk kita saling mengingati sesama kita.




Tutorial buat Scroll Box Dalam Ruangan Komen

on 19 November 2011

Selamat hari Sabtu kepada semua.Apa program korang?Kalau nak pergi keluar makan KFC tu,ajak-ajak ayam lah aku ye.Hahahaha.Aku ni macam biasa lah.Sabtu n Ahad sememangnya aku akan duduk kat dalam rumah je.Malas nak ke mana-mana.Kalau bosan kat rumah,aku akan bercakap sorang-sorang,gelak sorang-sorang,menggeletek diri sendiri,mematuk-matuk kereta jiran,bermain teng teng bersama ular yang berkeliaran tanpa hala tujuan,bergurau senda dengan semut ternakan jiran aku,dan berbagai-bagai lagi.

Beberapa hari lepas,aku ada bertanya tentang scroll box dalam ruangan komen kepada Mia Meymi kerana aku terlihat ruangan komen Mia sangat kemas.Lagipun,jika terlalu banyak komen yang masuk,rasanya entri akan jadi berat kerana terlalu banyak komen untuk di display kan.Jika ada scroll box itu,rasanya space akan dapat dijimatkan.Hari ni aku teleh mendapat jawapannya.Terima kasih kepada Mia kerana membantu.Sayang awak ketat ketat k.Heh heh.Jadi kepada korang yang ingin mendapatkan tutorial untuk scroll box sila klik --> TUTORIAL BUAT SCROLL BOX DALAM RUANGAN KOMEN

Di kesempatan ni aku nak berkongsi dengan korang pix-pix semasa adik paling kecik a.k.a adik  bongsu aku sambut birthday yang ke18.


ni lah antara keluarga kecik aku
aku tgh memanah seekor tokek yang  melekat kat dinding
dari kiri :- adik second aku,mak aku,adik bongsu aku,anak mak cik aku,dan aku.
keluarga aku bersama anak-anak makcik aku.
adik aku tercekik cawan sambil ditolong mak aku.inilah mak aku yang akan membedil aku dengan apa saja objek yang beliau rasakan mampu membuat aku insaf.objek pilihan hati dia ialah tong gas.

Jadi,setakat inilah entri aku kali ni.Tak sabar rasanya nak tunggu pukul 5 petang ni sebab aku nak melihat Malaysia meratah Myanmar dalam separuh akhir bola sepak sukan sea.Harap pasukan Malaysia akan melangkah ke akhir dengan penuh bergaya selepas berjaya melepasi kumpulan maut.Mari kita ramai-ramai mendoakan kejayaan mereka.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

UNTUK MEMENANGI PELUANG MENDAPATKAN I-PHONE mahupun I-PAD SILA KLIK ------> SINI




MAHARAJALAWAK MEGA-orang lama tunjuk belang & SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK

Berlalu sudah maharajalawak minggu ni.Sejujurnya dapat aku rumuskan bahawa minggu ni para peserta mampu membuat perasaan letih dan stress aku hilang.Yang menariknya,peserta yang berjaya membuat usus aku melintang pukang dalam perut ialah satu kumpulan yang dianggotai oleh dua orang lama dalam industri seni tanah air.Dengan punch line yang tak berhenti-henti,halkum aku terus turun naik turun naik secara menggila.Boleh dikatakan macam siol lah lawak dorang berdua.

ni lah muka dorang.siot punya kumpulan OSBON.tercirit-cirit dalam seluar aku dengan lawak dorang minggu ni.semoga dorang akan terus sukses dan terus gemilang dengan lawak-lawak bersahaja tu.

Manakala untuk separuh akhir muzik-muzik pula,lagu-lagu yang layak untuk ke peringkat akhir adalah lagu-lagu berikut :-

  • Beribu sesalan - 3 suara(Ning Baizura,Jacklynn Victor dan Shila)
  • Mata hati - Nubhan
  • Gadis semasa - Yuna
  • Kisah hati - Alyah
  • Awan Nano - Hafiz
Bila aku layan muzik-muzik tadi,secara tiba-tiba aku terasa macam aku ada dalam tb sambil membuat persembahan dengan Shila dan juga Alyah.Entah kenapa secara tiba-tiba aku terpikat dengan Shila dan juga Alyah.Terasa macam nak berumahtangga dengan dorang berdua sambil mengharapkan dorang berdua akan jadi pasangan madu yang paling berbahgia disamping aku.Hahahahahaha.Tamak gila.Itu lah lelaki.Hakhakhakhakhak.



Jadi,cukuplah setakat ni untuk entri aku pepagi buta ni.Tak pernah rasanya aku menghupdate entri time-time orang tidur.Saja aku nak ubah angin.Nak merasa suasana pagi lak.Rupanya best juga.Sambil terhidang seekor biawak panggang kat sebelah ni dan bertemankan aroma loji yang naik lepas hujan.Pergh!!Terasa syahdu dan romantik malam ni.Hahahaha.Selamat malam u olsh.Has Ta La Vis Ta Bebeh!!


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Peluang untuk memenangi I-PHONE dan juga I-PAD sila klik ---> SINI

Cerita Lawak : Bershopping dengan Lisa Surihani

on 18 November 2011

Assalamualaikum dan selamat berJumaat aku ucapkan kepada semua.Hari ni aku datang ofis dengan satu perasaan yang happy.Kejayaan menumpaskan pasukan Indonesia semalam adalah satu kejayaan juga pada aku kerana tak berhenti-henti menyokong perjuangan pasukan Malaysia dalam bola sepak.Dari zaman Alan Haris sampailah ke zaman Ong Kim Swee.Dari zaman Nor Hafiz Zamani Nisbah sampailah ke zaman Muslim Ahmad.Jika tiada rezeki mengutip pingat emas sekalipun,aku akan tetap dan terus menyokong pasukan Malaysia.

Wah,tiba-tiba aku jadi serius.Nyampah plak dengan diri sendiri.Hahahahaha.

Sebenarnya hari ni aku tak berapa ada idea nak menaip.Tak tau kenapa semakin beku kepala otak aku ni.Mungkin sebab semalam aku tertidur dalam peti ais lepas curi-curi makan ais krim mak aku.Patutlah aku mimpi aku bersiar-siar n shopping kat kutub utara bersama Lisa Surihani.Mimpi tu bertukar jadi mimpi ngeri bila Lisa cuba dirampas oleh seekor beruang kutub utara.Nasib baik aku pernah belajar silat gayung.Lintang pukang beruang tu lari lepas dikerjakan aku yang agak kacak dan buncit ni.

Nak dijadikan cerita lagi,lepas je detik hitam bertarung dengan beruang kutub,aku dengan Lisa Surihani dikejutkan oleh kehadiran mak aku.Aku dengan menggilanya terus merayu agar dia merestui percintaan aku dengan Lisa Surihani.Dengan tak semena-mena mulut aku disumbat dengan sayur-sayur dan ikan masin.

"Kau keluar dari peti ais ni sekarang!!!Tak habis-habis dengan Lisa!!!",tengking mak aku sambil mencampak aku keluar dari peti ais.

Kelam kabut aku masuk bilik air dan bersiap ke tempat kerja sambil berlinangan air mata.

Heh heh heh.




*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.


Cerita Lawak : BAYI DISEKSA SECARA KEJAM DAN MENGGELIKAN

on 17 November 2011

ASSALAMUALAIKUM semua.Ape cer?Dah makan dah?Aku dah tiga hari berturut-turut makan roti arab je time lunch.Semua gara-gara aku tak sanggup nak melihat perut aku semakin berani mara lebih jauh ke hadapan.Agak-agak kalau setahun aku amalkan tabiatul ni,rasa-rasa korang berapa kg aku mampu turunkan?Aku dah try tanya bekas cikgu tuisyen twinkle-twinkle litle star wars yang mengajar aku matapelajaran vokal bukan sekadar perut,dia kata kemungkinan boleh turun dalam 10 Disember ni.Terpercik kelemumur aku tiba-tiba.Aku tersalah dengar atau dia tak faham soalan.Aku dah mula konpius dah dengan dia.Terus aku buat-buat tak kenal dia.

Hari ni aku sebenarnya dalam keadaan yang tak berapa nak ada mood.Bermacam-macam sebenarnya perkara yang berkejar-kejaran dalam kepala otak aku ni.Cinta?Bab cinta dah lepas lama dah.Aku bahgia dengan life aku biarpun masih single n available.Masuk hari ni dah setahun sebulan lebih aku hidup menyingle dan alhamdulillah aku mampu harungi perkara tu dengan penuh ketabahan walaupun pelbagai dugaan datang melanda tak henti-henti.Dan aku lebih bersyukur kerana aku tetap ada kawan-kawan yang masih menyokong,masih mempercayai,dan masih setia bersama aku.Itu yang menjadi kekuatan aku untuk terus meneruskan kehidupan aku yang penuh dengan taik lembu ni.Ramai tanya kenapa aku masih tak nak mencari pengganti lagi.Jawapan aku mudah je.Biarlah masa yang menentukannya.Lagipun,keadaan ekonomi a.k.a economoney aku sendiri masih tak stabil lagi.Kalau dah stabil,insyaAllah aku akan terus cari calon dan melangsungkan perkahwinan.Buat apa nak bercinta lama-lama.Bercinta lama-lama pun tak semestinya menjadi.

Tutup cerita pasal cintan cintun ni sebab aku ni ganas.Mana boleh cerita pasal cinta.Tergugat keganasan aku nanti.Nanti mula lah aku dikutuk dan diumpat oleh harimau,singa,beruang,buaya dan bermacam-macam lagi haiwan yang liar dan ganas termasuk sugar glaider.Silap-silap haribulan senang-senang je aku diterajangkan oleh budak umur 3 tahun.Aku tak sanggup biarkan perkara tu terjadi kerana sebagai seorang lelaki dewasa yang kacak,aku wajib digeruni oleh budak-budak bawah 5 tahun.Lagi-lagi budak dalam gambar bawah ni.Memang selalu aku bedil beliau menggunakan taik gigi aku.Ganas tak cara aku seksa budak-budak?

amacam?comel tak aku time baby2 dulu?

Jadi,setakat ni je lah pertemuan kita untuk entri kali ni.Ada tugasan yang harus aku selesaikan.Sebagai  seorang mat despatch yang sangat disegani oleh bos-bos syarikat besar termasuklah syarikat Eng Kuey Tiow Malaysia Berhad,aku akan sentiasa pastikan kerja aku selesai dengan mantapnya.Bye bye bye.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Cerita Lawak : RESUME TERBAIK UNTUK MOHON KERJA

on 16 November 2011

Assalamualaikum semua.Semoga korang semua berbahgia dan bergembira hari ni.Sementara masih ada masa ni,apa lagi.As usual lah,aku musti hupdate entri aku ni.Hahaha.

Hari ni aku nak story pasal resume.Korang tau kan apa tu resume?Resume ni sebenarnya penting semasa kita ditemuduga.Semakin kuat resume kita semakin berpeluang kita untuk mendapat sesuatu kerja.

Aku teringat satu ketika dulu.Aku ni ganas sebenarnya walaupun dalam hati berbunga taman astakona.Hahaha.Jadi,dulu aku pernah mohon kerja sebagai seorang pengawal peribadi seorang 'Datuk'.Dengan wajah bengis dan ganas aku paparkan ketika interview tu,'Datuk' tersebut macam berminat untuk menggunakan khidmat aku.Dah lepas peringkat pertama,aku akan diuji pada peringkat seterusnya.(Macam ujibakat AF plak aku rasa).Dalam peringkat kedua plak,aku disuruh untuk duduk bersama beratus-ratus ekor tikus di dalam tab mandi,makan petang semeja bersama seekor singa jantan,lumba lari bersama badak sumbu,menari zapin bersama seekor beruang kutub utara dan berkaraoke bersama seekor buaya.Alhamdulillah,aku melepasi segala ujian tersebut.'Datuk' tersebut semakin yakin dengan reputasi dan kredibiliti aku yang ganas ni.Aku semakin hampir untuk mendapat kerja itu.Dan dengan satu senyuman yang dipaparkan oleh 'Datuk' tersebut seolah-olah sudah bertemu apa yang dicarinya,dia terus membuka resume aku.



Secara tiba-tiba aku melihat wajah 'Datuk' tu berubah.

"Segala-galanya dah cukup sempurna pada saya sebelum ni.Memang dah terserlah kejantanan,keganasan dan kehebatan awak sebelum ni.Tapi dah kenapa resume awak warna pink?",tanya 'Datuk' tersebut sambil mengalirkan air mata.

"Sebab saya suka warna pink.Nampak romantik,lembut,dan penuh keindahan.",jelasku sambil melompat-lompat dan tersenyum manja.

Sejurus selepas itu,aku terus dicampak keluar daripada ofis 'Datuk' tersebut tanpa sedikit pun prejudis.

"Tak cukup ganas ke kaler pink??Ganas lah tu!!",jerit aku sambil membogelkan seorang penari shuffle yang kebetulan berada berdekatan aku untuk memprotes keputusan 'Datuk' tersebut.

moral of the story : prepare betul-betul resume korang kalau nak minta kerja.buat yang terbaik dalam resume korang kerana itu pun salah satu perkara yang mempengaruhi peluang korang untuk dapat kerja.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

untuk berpeluang mendapat diskaun semasa membeli i-phone 4s klik---> SINI

ANUGERAH BLOG & BLOGGER PALING POPULAR

on 15 November 2011



SEDIKIT SEBANYAK TENTANG BLOG AKU

Aku mula berblogging sejak tahun 2010.Aku diperkenalkan dengan blog oleh sahabat baik aku iaitu Bro Lokman Nahari.Dia lah pencetus kepada idealogi berblogging ni kepada aku.Tapi pada awal pembabitan,aku tak berapa serius untuk berblog ini.Boleh dikatakan hanya seperti melepaskan batuk di lif.Aku hanya mula aktif secara serius pada bulan lepas iaitu pada bulan Oktober di mana boleh dikatakan setiap hari aku mengupdate entri.Blog aku  ini lebih menjurus kepada blog peribadi yang juga mengetengahkan 80% unsur-unsur pshycho comedy yang mungkin jarang diadaptasi oleh blogger-blogger lain.Kemungkinan juga kerana aku terikut dengan gaya kehidupan peribadi aku di luar yang memang sukar untuk menjadi seorang yang serius.Jadi,dengan wujudnya blog aku ni,aku harap dapat menghiburkan sesiapa sahaja yang sedang dalam keadaan stress,sedih,dilanda malang,digigit hamster,disumpah oleh sesumpah,dan apa-apa perkara yang menyedihkan.Dan harapan aku juga agar blog dan semua entri-entri di dalam ini akan mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada semua yang membaca.Hadirnya aku untuk menghiburkan.Hadirnya aku adalah untuk menceriakan.Hadirnya aku adalah untuk membawa kebahgiaan dalam kesedihan.Itulah maksud sebenar "hidup untuk menghidupkan" yang telah menjadi trademark kepada blog aku.Dan aku benar-benar mengharap bahawa aku berjaya dengan misi itu.


Jadi,dengan ini,aku mengisytiharkan yang aku telah mengetag :-


MIA MEYMI
FAE
LOKMAN NAHARI
ZARUL UMBRELLA



thanks to FIXX MIKZ yang telah menjemput aku ke ANUGERAH INI.
Send link korang ke FIXX MIKZ ni k.Bukan kat aku. :)


UNTUK MEMBELI IPHONE 4S DENGAN DISKAUN KLIK SINI --> IPHONE 4S

Cerita Lawak : Aksi ngeri awek cun+comel+cantik+lawa+seksi

Hari ni dengan semalam aku dah tak berapa nak ada mood untuk menaip.Mungkin kerana atas satu perkara yang terjadi antara aku dengan seseorang.Mungkin juga kerana sikap aku yang kurang bijak dan kurang bersabar ke atas diri dia menjadikan aku kehilangan seseorang yang sangat rapat dengan aku.Yang ada bersama aku semasa susah dan senang aku.Mungkin juga kerana faktor tekanan dalam hidup yang membuat aku hilang kawalan emosi.Tapi yang aku tau,kesilapan memang berpunca daripada aku.Kerana kesilapan,aku telah kehilangan seorang kawan baik yang sangat istimewa dalam hati aku.Tapi,aku sangat-sangat berharap agar aku akan diberi peluang ke2 untuk aku tebus semula kesilapan tu.Sejuta kemaafan aku mohon pada dia jikalau dia ada membaca entri ini.Maafkan lah aku.



Jadi,tutup topik tadi.Aku nak cerita pasal pagi tadi.Dah lah aku tak ada mood.Ditambah lagi dengan kejadian yang memang membuat darah aku mendidih tahap air yang tengah menggelegak.Tengah aku menRider kan diri aku atas jalanan.secara tiba-tiba aku terasa ada titisan air di tangan aku.Aku mengignorekan benda tu sebab aku lebih fokus kat jalan.Kalau aku leka sikit,alamatnya memang aku akan tertiarap atas jalan.Aku dah serik dah.Kereta,van,lori suka-suka je tukar lane.Kadang-kadang aku tak faham apa fungsi side mirror dorang tu.Ada jugak yang main tukar lane tanpa bagi signal.Dorang tak fikir agaknya golongan-golongan kenderaan kecik dan comel macam aku ni ada berkongsi sekali jalan dengan dorang.Disebabkan perkara-perkara tu lah aku pernah tertonggeng kat Jalan Wahyu menghala ke Jalan Kuching.Nasib baik aku tak kena sapu dengan lori kat belakang aku.

Sambung balik pasal titisan air tadi tu.Aku ingatkan hujan sebab berapa kali jugak lah aku terasa.Tapi bila aku tengok cuaca,baik punya cerah.Last-last aku terperasan ada satu kejadian aneh kat kereta depan aku tu.Acap kali aku terperasan ada lendiran-lendiran menganjal berwarna putih terpancut keluar dari dalam kereta.What the hek!!Rupanya kaki ludah kat depan aku tu.Haram J betul.Tak pasal-pasal aku menggelejat kat atas motor mengelak serangan-serangan peluru berbisa tu.Kadang-kadang aku dah beraksi macam dalam filem matrix dah.Mengelak dan terus mengelak.Lastly aku terus memecut dan bersaing kat sebelah beliau.Aku jeling-jeling kat dalam kereta tu.Bukan nak cakap apa,tapi aku terkejut jugak.Yang tengah bawak kereta tu sorang awek.Boleh tahan cun+comel+cantik+lawa+seksi.Tapi tolak tepi semua tu sebab dia tu kaki ludah. Tak guna pakej menarik macam tu kalau perangai tak senonoh.Aku pun apa lagi.Menggunakan kebijakan aku as usual.Terus aku ketawa terbahak-bahak sekuat hati sambil menyanyi lagu anak itik tokwi+lagu jiwa lagu cinta.Taktik aku berkesan.Aku tengok awek tu terus menaikkan balik cermin tingkap kereta beliau dalam keadaan yang kelam kabut.Heh heh.Padan muka.Harap lepas ni,beliau akan berpikir 5-6 kali sebelum berani-berani nak bukak tingkap kereta.Hahahaha.

Jadi,cerita pun dah habis.Aku nak layan lagu dan perasaan jap.Bye bye bye.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share and twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Cerita Lawak : PETRONAS PRIMAX 95 EXTRA Ternyata Menjimatkan

on 11 November 2011

Assalamualaikum dan selamat berJumaat kepada korang semua.Semoga hari Jumaat ini akan membawa keberkatan kepada kita semua.Hari ni,aku masih ada dalam pejabat dan tiada lagi tugasan-tugasan kat luar buat masa ni.Jadi,dengan bangganya aku mengisyhtiharkan yang aku akan menghupdate entry aku.Hahaha.

Entri hari ni aku nak cerita pasal PETRONAS PRIMAX 95 EXTRA.Korang pakai minyak ni tak?



Aku ni memang penuang setia minyak ni daripada awal ia dikeluarkan dan dihasilkan.Setiap hari memang aku akan isi minyak ni.Setiap kali lepas isi,aku akan terus memecut motor.Sambil sesekali aku menjeling-jeling side mirrow.Kadang-kadang aku melakukan aksi akrobatik.Sedang motor dipecut laju,aku telah melompat ke udara dan melandingkan diri di jalan raya.Sejurus landing,aku akan mengejar motor tu secara menggila+hilang akal+meroyan dan melompat semula ke atasnya.Kadang-kadang saje je aku menunggang sambil memandang ke belakang selama 30 minit.

Mungkin korang cakap aku gila.Tapi hakikatnya,aku lakukan itu kerana bersebab.Itu semua aku lakukan kerana aku nak tengok banyak tak duit syiling yang mengejar aku.Aku nak tengok laju ke duit syiling tu kejar aku.Tapi ternyata semua itu palsu!!Dusta semata-mata!!PETRONAS PRIMAX 95 EXTRA tipu aku!Satu sen pun tak ada yang mengejar aku!!Aku stress.Tapi demi memuaskan hati sendiri,aku ikat syiling 20 sen di motor aku.Jadi,setiap kali aku bergerak,aku akan melihat duit syiling mengejar aku.Seb baik aku ni bijak pandai.

Hahaha.Marah?Janganlah marah.Aku bergurau manja je hari Jumaat ni.Hahahaha.Tapi,sepanjang aku menggunakan minyak ni,memang ternyata ia menjimatkan.Korang tak percaya,korang cubalah sendiri.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Ingin merebut peluang memenangi tiket ke UEFA EURO 2012??Sila klik ----> SINI!!


BLOG BARU AKU TAPI MASIH AKU TAK BERAPA NAK reti.Hahahaa
   www.bonijll3.bestpunya.com



Cerita Lawak : Nyawa hampir melayang akibat terlelap ketika makan

on 10 November 2011

Assalamualaikum peeps,readers,bloggers,dan kesemuanyers.Po kobau?Hari ni aku rasa happy sangat sebab semalam team kebanggaan aku menang ke atas gergasi Asia Tenggara iaitu Thailand.Kemenangan tu menaikkan semangat aku untuk terus menyokong perkembangan bola sepak negara tercinta ini.Biarpun korang menmaki hamun,mencaci,menherdik,mencerca,menrotan,menlaungkan amaran,mendera,dan bermacam-macam lagi yang buruk ke atas pasukan kebangsaan,tapi aku mengambil langkah dengan terus menyokong pasukan Malaysia.

Ok.Lupakan tentang bola.Sekarang aku nak cerita apa yang jadi pagi tadi.Pagi tadi aku mendapat satu tugasan ke Low Yatt.Beli ink printer.Kadang-kadang kalau dapat tugasan nak beli ink printer ni,aku malas sangat nak pergi.Sebab nak kena pergi ke Low Yatt.Kalau korang tau ada kedai-kedai komputer selain daripada Low Yatt,bagitau lah kat aku.Aku malas ke Low Yatt tu sebab jauh.Lagi satu kena parking kat basement.Malas gila!!Aku lagi senang kalau kedai tu tepi jalan je.Tak payah aku nak park motor jauh-jauh.

Sampai je kat Low Yatt,aku terus cari kedai printer.Berbekalkan muka yang agak kacak dengan ditemani misai-misai nipis,aku suruh penjaga kedai tu amik barang yang aku tunjuk.Selesai bayar,aku terus masukkan dalam beg hello kitty aku ni.Selepas ditampar kerana cuba mengorat penjaga kedai tu,aku terus beredar dari situ.Dalam perjalanan balik,aku terpandang satu restoran.Secara tiba-tiba terasa lapar.Aku pun singgah dan membedal apa-apa yang patut.Entah macam mana aku boleh terlelap dalam restoran tu.Rasanya ada lah dalam 4 jam aku terbongkang kat atas meja.Lepas terjaga,aku terus pecut balik ke ofis.Baru dua langkah masuk dalam ofis secara senyap-senyap dan halimunan,terus aku dibedil dengan menggunakan printer.Hampir melayang nyawa aku ketika itu.Nasib baik printer tu hanya singgah kat hujung hidung aku ni je.



"Hang tau tak aku nak hantar kerja ni secepat yang mungkin??!!Berapa banyak lagi yang aku tak print!!Hang pergi beli ink ke hang pergi check in??!!",jerit kerani kat tempat kerja aku ni.

"Lor,sorry lah.Aku tadi sesat.Entah macam mana tiba-tiba aku boleh sampai ke Negeri sembilan.",jelas aku untuk memberi alasan.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.


untuk menangi tiket ke UEFA EURO 2012 sila klik---->EURO 2012

Cerita Lawak : What The Fish!!!Buah awek tu terkeluar!!

on 09 November 2011

Assalamualaikum peeps,readers,bloggers,dan semuanya.Selamat berRabu.Korang amacam?Ada sihat ka?Bagus kalau sihat.Jangan ikut jejak langkah aku yang demam selsema seribu bahasa ni.Daripada pagi meleleh-leleh je ni.Sampai aku kena maki dengan tisu sebab sedap-sedap je menghinguskan beliau.

Ada masa ni,macam biasalah.Memang dengan rakusnya aku akan menghupdatekan entri aku ni.Hahaha.Aku nak cerita kisah aku dikurniakan rezeki secara tiba-tiba tanpa aku sangka dan aku sangat-sangat bersyukur.Macam biasalah,segala kisah-kisah aku banyaknya didapati semasa keluar mendespatchkan diri.Itulah kelebihan mat despatch.Sentiasa melihat dunia luar.Hahahaha.

Kisah terjadi minggu lepas semasa aku mendapat tugasan ke bangunan Mara.Macam biasalah aku akan terus memecut ke sana tanpa sikitpun prejudis.Melulu je aku pergi tanpa memikirkan masa depan.Selesai je park motor,aku terus berjalan kaki untuk melangkah ke seberang jalan.Sedang aku asyik melangkah,aku terperasan ada seorang awek sedang berjalan menuju ke arah aku.Secara tiba-tiba aku terpandang sesuatu yang agak membuat mata aku tertonjol keluar.Aku amat terkejut.Dalam masa yang sama aku terasa amat teruja dan aku terperasan air liur aku meleleh.Tak terkata aku pada ketika itu.Aku hanya mampu melihat buah awek tu terkeluar.Aku terus mengamati dan memandang buah awek tu dengan penuh rasa geram dan ghairah.Setibanya awek tu kat sebelah,aku terus menegur beliau.



"Buah awak terkeluar!",terang aku sambil menunjuk tepat ke arah buah beliau.

"Owh!!!Terima kasih awak.Kalau awak tak tegur,memang saya tak perasan langsung.Terima kasih sangat-sangat ye awak!!!!"jerit awek tu sambil bersungguh-sungguh memasukkan buahnya yang terkeluar itu.

"Oh,tak ada masalah.Saya memang sentiasa peka dengan persekitaran saya.Lebih-lebih lagi yang melibatkan gadis secantik awak",terang aku sambil tersenyum manja dan menjeling nakal.

"Oh ya!Sebagai tanda terima kasih,saya bagi sebijik kat awak.Awak makanlah.Saya beli tadi sebab adik saya mengidam.Susah betul nak cari buah ni.Seb baik jumpa kat sini.",ujar awek tu sambil menghulur kat aku buah rambutan yang sebentar tadi terkeluar dari plastik dan hampir jatuh.

"Terima kasih awak!!Sebenarnya dari tadi saya geram je tengok.Tak sangka plak dapat jugak rasa!!Hehehehe.",jerit aku sambil melompat-lompat keriangan.

Selepas menikmati kemanisan buah rambutan tersebut,aku terus berlalu dan melangkah menuju ke bangunan Mara dan terus menghantar dokumen.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.



CONTEST GAMBAR PALING COOL (sampai menggigil)

on 08 November 2011



Lately aku makin suka plak nak join contest,join segmen,join soalan-soalan cepumas,join persatuan pandu puteri malaysia dan macam-macam lagi yang kadang-kadang boleh mengganggu gugat keazaman aku sebagai seorang mat despacth tersohor yang agak kacak.Hakhakhakhakhak..Hari ni tergerak plak hati aku nak join menatang ni.Korang pun sudi-sudikan lah menggatalkan tangan untuk join contest ni.Senang gilak.

langkah 1 : sudi-sudikanlah mengfollow blog aku ni


langkah 3 : korang rajin-rajinlah tengok picture aku kat bawah ni.Mana lah tau berkenan nak buat adik or abang ipar.Hakhakhakhak.

Ini antara picture yang aku tonjolkan untuk dibawa bertanding

tu bukan tempat kencing tau,tu adalah kolam mandi semut

ni masa aku tengah bagi taklimat tentang cara-cara menjadi seorang manusia yang berani berdepan dengan seekor anjing liar

tengah tunggu turn masuk jamban

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

ingin merebut peluang menangi tiket ke UEFA EURO 2012?sila klik ---> SINI


Cerita Lawak : Aku digelar ULTIMATE KILLER

Assalamualaikum semua.Hari ni menggigil-gigil n berpeluh-peluh aku depan pc ni.Mungkin sebab demam.Cuti dah gempak dah,sampai 3 hari.Tapi rupanya kegempakan itu menandakan yang aku akan jatuh sakit.Hahaha.Padan muka aku.Macam mana cuti raya haji korang?Best?Berapa ekor lembu tumbang?Dan apa yang korang buat dengan daging korban tu?Wah,macam kena soal siasat dengan polis plak korang ek?Hahaha.Nak buek macam mano eh jang?Dulu masa sekolah aku ni kadet polis.Hahahaha.Pernah jugak aku soal siasat sekor lalat sebab tak puasa masa bulan puasa itu hari.

Cerita pasal korban,macam mana tempat korang?Musti meriah kan?Sama jugak lah dengan tempat aku.8 ekor lembu tumbang.Aku sorang je dah tumbangkan 5 ekor.Tak perlu 5-6 orang untuk membantu.Hebat tak aku?Berbekalkan penampar sulung,terus tersembam lembu tu aku kerjakan.Kalau degil sangat lembu tu,aku terus ugut akan memjentik-jentik 'bebola kehidupan' dorang.Hahaha.Sejak daripada hari ahad tu,aku terus digelar Ultimate Killer oleh geng-geng lembu.Hakhakhakhak(ketawa ganas sambil memegang sebilah pengepit kuku).



Sebenarnya aku tak buat apa-apa pun.Watak terpenting yang aku mainkan masa majlis korban tu adalah watak seorang pemuda yang lari lintang pukang dan menggila kerana dikejar lembu yang terlepas daripada atas lori.Seb baik lah aku ni bijak dan kacak orangnya.Terus aku menyamar jadi ulat beluncas yang sedang kencing.Dan selepas watak dikejar tu,watak aku terus mati kat situ.Hahahaha.

So,dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada korang semua.Rasanya masih belum terlambat lagi.Kalau ada lauk pauk daging korban tu lagi,rajin-rajinlah pos kat rumah aku ye.Hahahaha.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share ye.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

FAIZAL RAMLI(THE GOLDEN ELBOW) MEMBANGGAKAN SELURUH MALAYSIA DLM THE CHALLENGER MUAY THAI

on 04 November 2011

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua.Semoga hari penghulu segala hari ni akan menjadi lebih diredhai kepada kita semua.Dan sebelum otak aku yang kacak ni terlupa,aku nak ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam.Jangan lupa jemput aku beraya kat rumah korang sambil korang menyediakan duit raya secukupnya untuk aku.Hahaha.

Ok,berbalik kepada tajuk kat atas tu.Korang mesti tak berapa nak kenal siapa tu Faizal Ramli kan?Kalau yang mengikuti rancangan THE CHALLENGER MUAY THAI di saluran astro 701 musti kenal siapa dia.Aku dah layan rancangan ni daripada episod 1 lagi.Beliau ni adalah salah seorang daripada 16 peserta tomoi terbaik seluruh dunia yang dihimpunkan dalam satu pertandingan merebut satu kejuaraan.


Beliau lebih dikenali sebagai The Golden Elbow di kalangan peserta-peserta tomoi.Selepas berjaya dengan mengalahkan lawannya pada perlawanan pertama,semalam beliau bertarung di dalam pusingan suku akhir.Menentang Antoine peserta daripada Perancis.

Semalam jantung aku macam nak terbelahak keluar daripada mulut.Berdebar-debar aku rasa masa dorang berdua tengah fight.Dan yang paling menerujakan peserta daripada Perancis tu dah macam mati akal.Aku tengok Faizal Ramli tu dah macam mesin pembunuh je.Menyerang tak henti-henti.Aku sampai terangkat-angkat lah kat depan tb.Tapi,malangnya nasib tak menyebelahi beliau.Last-last minute beliau hilang fokus sebab terlalu ghairah menyerang.Dengan satu tendangan keras kat batang leher,beliau terus hilang pertimbangan dan jatuh.Lepas daripada tu,terus beliau diserang bertubi-tubi.Tapi,apa-apa pun,aku tetap bangga dengan persembahan beliau malam tadi.Sesiapa yang nak mengutuk beliau silakan,tapi aku tetap akan menyokong beliau.Try la fight dengan mat salleh kalau korang rasa korang lagi hebat daripada Faizal Ramli.At least 2 minggu lepas dia dah kasi bungkus sorang mat salleh.Takpe bro Faizal,kau pun muda lagi.Anggap ni sebagai pengalaman paling berharga.Aku mewakili seluruh rakyat Malaysia akan terus menyaport kau bro!



Berbalik pada aksi semalam.Lepas je pertarungan tamat,badan aku tergerak dengan sendirinya.Mungkin kerana terlalu obses menonton fight antara Faizal Ramli dengan Antoine tu.Dengan menggila juga aku menendang-nendang,menyiku-nyiku,menumbuk-numbuk pintu rumah dengan meniru gaya Tomoi.

Secara tiba-tiba aku terperasan ada satu objek sedang terbang dan terus terpacak kat dahi aku.

"Kau jangan macam-macam!!Kalau pecah pintu tu,motor kau aku pecahkan plak!!",tengking mak aku setelah berjaya membedil sebuah seterika panas.

*ehem-ehem.macam biasa.Rajin2kanlah tekan button share tu ye.SHARING IS CARING.Heh heh


Cerita Lawak : PERTANDINGAN KARAOKE-aku dibedal bersungguh-sungguh

on 03 November 2011

Assalamualaikum dan selamat pagi peeps,readers,bloggers,watchers,hangers,followers,flowers,lap toppers,dan kesemuaers!!Semoga hari ini lebih ceria dan lebih bagus daripada semalam.Ape kabes semua?Harap sihat sentiasa walaupun sejak dua tiga empat menjak ni hujan je.

Ok,hari ini seperti kebiasaannya.Aku akan mengupdatingkan entri aku sementara tak ada tugasan di luar tu.Macam biasa juga aku akan memaksa jari jemari genius aku ni untuk menaip keyboard sebelum ia mula memegang surat-surat,dokumen-dokumen dan throttle motor.Heh heh.

Hari ini,aku nak cerita tentang pengalaman aku menjoined satu pertandingan karaoke.Aku memang suka join-join pertandingan karaoke ni.Bukan kemenangan yang aku harapkan,sekadar untuk berhibur.Kalau menang tu kira satu bonus lah.

Pernah satu hari,aku join satu pertandingan.Macam biasalah,sebelum hari pertandingan tu,aku akan praktis sungguh-sungguh.Melontarkan vokal bersungguh-sungguh.Menghentam vokal bersungguh-sungguh bak kata Azmeer dalam Vokal Bukan Sekadar Rupa.Seminggu aku akan praktis untuk memantapkan vokal bukan sekadar rupa aku ini.Kadang-kadang sampai tak boleh tidur lah mengenangkan hari pertandingan yang bakal tiba tu.


Setibanya hari pertandingan,nama aku dipanggil oleh pengacara.Aku bangun dan melangkah ke atas pentas dengan penuh rasa bangga sekali.Aku terperasan ketika itu semua mata-mata penonton menumpu ke arah aku.Ada yang melopong dan ternganga.Mungkin mereka semua terpegun dengan kekacakan aku,ditambah lagi dengan dressing aku yang stylo ini.Setibanya di atas pentas,aku telah mempersembahkan satu persembahan yang sangat-sangat bertenaga.Memang ketika itu aku telah mengeluarkan 120% kemantapan suara aku.Kalau Ajai tengok,kompem lumpuh seketika beliau.Aku benar-benar dirasuk ketika itu.Keseluruhan pentas telah aku kuasai.Kalau ada kategori persembahan terbaik,memang dengan takburnya aku akan mengatakan yang aku akan mengungguli kategori tu lah.

Aku mengakhiri persembahan aku itu dengan satu lompatan tinggi ke udara dan jatuh dalam keadaan tertiarap sambil membuat peace.Bergaya kan?Namun,secara tiba-tiba aku dibedil bertalu-talu dengan menggunakan batu bata.

"Oi!!!Kalau nak tunjuk hebat bukan kat sini lah!!Ini pertandingan nyanyian tadika peringkat daerah!!!Kau dah kenapa??!!",jerit salah seorang penonton di situ.

"Oh!Ingatkan boleh!!Sorry lah!!",jeritku sambil melarikan diri daripada tempat kejadian.

-habis daa-

*Heh heh.Macam biasa,kalau korang suka n rasa best,sudi-sudikan lah menekan button share tu ye.hehehe.SHARING IS CARING.


SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MEMBABI BUTA

on 02 November 2011


Hahahaha.Membabi buta ye??Gempak tak tajuk aku?Hahaha.Ok,hari ini tergerak hati aku nak join segmen ni plak.Semalam aku dah join segmen soalan-soalan cepuperak.Mana lah tau segmen ni mampu melonjakkan follower aku daripada 200 ke 1000000.Siapa tau?Rezeki tu Tuhan yang akan bagi.Asalkan kita ada usaha.Betul tak?Jadi dengan ini aku mengisyhtiharkan aku telah memasuki segmen ini tanpa ragu-ragu dan prekudisnya.

Jadi aku menyeru kepada anda-anda di luar sana yang terbaca akan entri ini,undilah aku!!Eh,sorry!Joinlah segmen nih.Boleh jugak ilangkan rasa kebosanan pada masa-masa sejuk macam ni.

Senang je caranya.


1. Wajib follow blog miskin aku ni.Heh heh


*ehem-ehem.macam biasa.Rajin2kanlah tekan button share tu ye.SHARING IS CARING.Heh heh






 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design