Apa kejadahnya 5A UPSR?!!Apa maknanya semua tu?

Assalamualaikum kepada semua peeps dan readers.Harap korang semua sihat sejahtera.Hari ni aku berjaya juga menempatkan diri aku di ofis setelah semalam seharian bertapak kat rumah gara-gara demam terkejut disebabkan malam sebelumnya aku bermimpi dikejar oleh seekor lipas terbang.Ngeri sungguh mimpi tu.Sedar-sedar je aku dah dilanda demam panas.

Bercerita tentang tajuk di atas,mungkin korang semua tertanya-tanya.Kenapa aku letak tajuk yang agak sadis sebegitu.Bukan niat dan maksud aku untuk mengondem sesiapa yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR,tidak sama sekali!!Tapi....aku agak tergamam dan terkelakar apabila aku yang tua kutuk ni dimasukkan ke dalam group 5A UPSR 2010 SK Bukit Beruntung.Hahahahahaha.Agak mencemaskan aku juga.Berbulan-bulan lamanya aku mencari jawapan kepada motif sebenar kejadian ni.Apakah fungsi aku dimasukkan dalam group ni.Adakah kerana wajah aku keanak-anakan atau lebih tepat lagi cute.Yeah,walaupun wajah aku seiras dan secute Justin Bieber,tapi hakikatnya umur aku dah cecah 27 tahun.Hakhakhakhakhakhak.(rasa geli plak dengan statement gampeng dan berani mati ni).Kalau korang tak percaya,moh kita layan gambar kat bawah ni.



setiap hari aku bermimpi dikejar cikgu disiplin disebabkan perkara ni.aku masih tertanya-tanya kenapa aku dimasukkan dalam group ni.tapi tangkas tak tangkas,sempat gak aku pomote blog kat sini.hakhakhak

Kepada insan yang memasukkan Bonz Zackless ke dalam group ni,harap jangan marah ye.Hehehe.Saya nak ucapkan terima kasih sebab at least ada juga idea nak update entri blog ni.Heh heh.Tak marah tapi suka sebenarnya.Haha.Cuma harap-harap boleh dapat jawapan juga kepada soalan tu.Dan,kalau dah tubuhkan group tu,jangan berhenti.Teruskanlah menaikkan group tu.Kalau benda yang baik jangan terhenti sekerat jalan.Rugi.

p/s : lebih sesuai kalau Cik Lyssa Faizureen atau Cik Mia yang dimasukkan ke dalam group ni sebab dorang ni secute budak-budak sekolah.Heh heh.Tak percaya cube klik --> LYSSA SECRET dan MIA MEYMI.Jangan marah ye Lyssa n Mia :P

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh. 

jom daftar masuk churp-churp.dapatlah jugak duit poket.sapa nak bagi?!!hehe.
jom klik --> CHURP-CHURP




6 comments.. read them below or add one

Boni JLL3 Boni JLL3 10 January, 2012
@nunun noordin

hahahahaha..muka,perut,badan,organ badan semua dah macam bapak orang da ni..hakhakhak
fae jamal fae jamal 10 January, 2012
haha! masuk group tuh sebab dorg suh boni jadi cikgu! hehe;P
Boni JLL3 Boni JLL3 10 January, 2012
@fae jamal

hahahaha..nak jadi cikgu yer??hmmmm...cikgu yang mengajar tentang cinta,hati dan perasaan ada tak??yang tu sy leh je ajar bdak2 tu.hakhakhakhak
Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 10 January, 2012
Waaaaa.. Nak marahh jugakkk . dushh . dushh . haha :P
Boni JLL3 Boni JLL3 10 January, 2012
@Lyssa Faizureen

hahahahaha..adoi..bengkak pipi ni kena dush dush dengan Lyssa.adoi..ganas gak dak cute manje ni..hahahaha