Apa Kejadahnya Filem Hollywood Meraban?

Gambar sekadar hiasan

Aku kadang-kadang meluat bila tengok aksi-aksi kebanyakan hero di dalam filem Hollywood. Setiap kali ada adegan tembak menembak, kompem-kompem takkan kena walau sedas pun. Tak kiralah pihak musuh tu pakai machine gun dan ada dalam beratus-ratus orang. Musti takkan kena walau sedas. Lagi-lagi bila babak hero terjun ke dalam sungai ataupun laut untuk mengelak daripada ditembak. Dengan bahagia dan tenang je hero tu menyelam dalam air sambil peluru-peluru musuh hanya sekadar lalu sipi-sipi. Kalaupun kena sedas, pasti hero tu mampu hidup berjam-jam lamanya sambil gigih menumpaskan pihak musuh satu persatu. Hello brader pengarah! Logiklah sikit! Lebih baik kau letak watak hero tu sebuah robot je. Kan lebih logik.
Yang paling aku kesian pada watak-watak antagonis. Watak utama antagonis tak apa lagi, tapi watak-watak tempelan. Walau ada beratus-ratus orang sekalipun, dengan senang dan mudah je ditumpaskan. Padahal bertempur dengan seorang je hero. Tapi dia punya gempak tak gempak tu seolah-olah dorang ni sedang bertempur dengan satu batalion askar. Part yang paling menjengkelkan adalah part masa dorang ni mati satu persatu. Kadang-kadang dorang ni mati pun dalam keadaan yang sangat-sangat kelakar. Kalau korang perasan, ada yang mati sebab terkejut terserempak dengan hero. Bila terkejut tu tak sempat buat apa-apa. Tau-tau dah kena lesing dengan hero. Pastu jatuh tangga berguling-guling. Hahaha. Nampak tak betapa kesiannya watak tempelan antagonis ni? Ada jugak yang bertempur bermati-matian sampai kehabisan peluru machine gun, tup-tup dengan hanya sedas tembakan daripada hero , kadang-kadang sampai tiga orang mati sekaligus. Macam mana tu? Rupanya peluru hero tu menembusi badan dan terkena kat member-member yang lain. Dasyat tak dasyat hero Hollywood ni. 

Cuba kita tengok pula masa hero bertumbuk dengan pihak musuh. Kadang-kadang dia sorang je mampu menumpaskan sampai 20 hingga 30 orang musuh. (Walau tak setanding hero Hindustan.Hahaha). Dengan sekali penumbuk atau penerajang , musuh terus terbaring tersipu malu tak berdaya untuk fight lagi. Pergh..Gila hebat. Aku pun pernah bertumbuk, tapi nak tumbangkan sorang je pun ambil masa berpuluh minit. What the fish? Hero Hollywood ni ada belajar ilmu batin agaknya. Hahaha.

Kalau macam tu, aku pun mampu membikin satu filem aksi. Alang-alang tak logik, biar sampai ke tahap kritikal terus kan? Filem aku tu nanti aku nak buat satu babak di mana 20 hingga 30 orang penjahat dikepung oleh seorang hero di sebuah perhimpunan sekolah. Semasa kejadian, tempat perhimpunan tu dipenuhi dengan beribu-ribu orang pelajar sekolah. Jadi, untuk menumpaskan pihak musuh, hero telah melontarkan bom ke tempat perhimpunan itu sambil melepaskan tembakan rambang menggunakan machine gun. Dan akhirnya pihak musuh semuanya telah mati dan ditumpaskan manakala beribu-ribu pelajar telah terselamat tanpa seorang pun tercedera. Hahaha. Nampak tak? Alang-alang tak logik kan?Hehehe.

InsyaAllah , aku akan mula membikin filem tersebut dalam masa terdekat. Filem yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM3000 dan akan dibintangi oleh Aaron Aziz sebagai hero dan Jaafar Onn sebagai watak utama antagonis. Nantikan kemunculan filem yang bertajuk XXXXX-The Next Next.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

P/S : Sebab tu aku lagi suka tengok kartun dan filem-filem seperti Incredible Hulk, Superman, Terminator dan filem-filem mengarut yang lain sebab alang-alang tak logik lebih baik tengok yang betul-betul tak logik. Hahahaha. 

{ 20 comments.. read them below or add one }

Cik tikah Cik tikah 26 January, 2012
mood x hncur sebab blog lah cik abng. hehehe... tukar le shout box tuh.
Boni JLL3 Boni JLL3 26 January, 2012
@Cik tikah

hahahaha..sekarang ni rasa maalas lagi nak tukar shoutbox baru.sebab masih rasa sayang dengan shoutbox lama..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 26 January, 2012
@keeya mustafa

hahahaha..nak buat macam mane..perasaan ni sering kali menjadi sangat2 emo..hahaha
Cik FaRiZaM Cik FaRiZaM 26 January, 2012
dah pengarah nak mcm tu , nk wat cmno...hehe awk la plak jd pengarah.... leh wat apa awak suka
Boni JLL3 Boni JLL3 26 January, 2012
@Cik FaRiZaM

hahahaha..betullah tu..kan saya ada marah si pengarah..hehehe
CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 26 January, 2012
hmm.. disagree.. citer melayu lak?
gua plih hollywood..
Boni JLL3 Boni JLL3 26 January, 2012
@CekbOlat-bOlat

hmm....why so emo?ini cuma pandangan je..saya tak cakap semua filem hollywood..cthnya cerita CSI.at least cerita tu logik.menarik jugak utk ditonton
eikieyn eikieyn 26 January, 2012
sbb tu klau cite ala suam2 kuku, kin download je. :D hehe. jimat duit tiket wayang. :P :P klau tak best, delete je lah. :D
Boni JLL3 Boni JLL3 26 January, 2012
@eikieyn

hahahaha..best betul macam tu,.hehehe..tapi nasihat saya,pastikan speaker best.nak tgk filem ni,speaker best baru puas..hehe.tapi,apa2 un,idea awak menarik..hahaha
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 27 January, 2012
ok nk tunggu filem tu..ngee ;p
cik Kartun cik Kartun 27 January, 2012
suke tngok filem romntik hehehe
fae jamal fae jamal 27 January, 2012
menunggu kemunculan filem baru dr boni yg ni! filem lama tuh tak kua lagi kan?jgn tamak..hehehe;P
the::bored::sha the::bored::sha 27 January, 2012
best lagi tgk citer cinta2 or comedy kan dari tgk filem aksi kan? hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 27 January, 2012
@Juliet_iRa~"

hahahahaha..ok2...nantikan kemunculannye ye..heh heh
Boni JLL3 Boni JLL3 27 January, 2012
@cik Kartun

hahahahaha..ok2..dalam proses pembikinan.. :P
Boni JLL3 Boni JLL3 27 January, 2012
@fae jamal

hakhakhakhakhak..mane ada tamak..yang filem dilempang ombak tu dah nak siap dah..hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 27 January, 2012
@the::bored::sha

hahahaha..ok2..dalam proses pembikinan..hehehe
Arina Shamsul Arina Shamsul 28 January, 2012
hihihi.dah namanya pun hero berlakon.kalau tak buat camtu,tak jadi lah filem tu..kang di buatnya hero tu tumbang,tak ke emo semua penonton..yang nengok kt panggung wayang lak siap meludah ke depan.tak ke naya tu?hahaha..
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@Arina Shamsul

hahahaha..itulah..seb baik saya tak jadi pengarah atau penulis skrip..kalau tak,semua watak dalam filem saya mati.tak tinggal sorang pun..hahaha