Cerita Lawak Awan Nano- Hafiz AF Macam Chilakos

gambar pinjam dari abang gua

Macam chilakos. Itu je yang mampu aku gambarkan. Disebabkan lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke 26 , aku melalui pagi yang memelikkan masa on the way ke ofis pagi-pagi buta ni. 

Seperti kebiasaannya aku memang akan menyanyi sepenuh hati setiap kali berada atas motor tanpa mempedulikan orang lain yang berada di sekitar. Kadang-kadang bila sampai note yang tinggi, aku akan terus menyampaikan sesebuah lagu tu sepenuh hati sehinggakan terkeluar gentian-gentian kahak. 

Disebabkan lagu Awan Nano dendangan Hafiz Af telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke 26 malam semalam, jadi aku telah menyampaikan lagu ni sepenuh hati semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Yang menterperanjatkan aku, bila tiba part korus je, tiba-tiba aku terdengar suara-suara memback up lagu tu. Bila aku menjeling side mirror,aku melihat penunggang-penunggang motor di belakang aku semuanya menyanyikan lagu tu secara beramai-ramai. Suasana ketika tu ibarat satu video klip di mana lagu itu menerapkan unsur suara latar yang ramai. 

 gambar sekadar hiasan.Dipinjam dari geng Malaysian Bikers

Suasana ketika itu sungguh meriah. Aku terasa sangat teruja dengan apa yang berlaku itu. Dan yang menariknya, mereka hanya mengambil part korus sahaja dan membuatkan aku bangga kerana menjadi penyanyi utama lagu itu. Selepas lagu tu habis, kami semua bersurai meneruskan perjalanan ke tempat kerja masing-masing. Aku sempat melambai-lambai ke arah mereka setelah mengambil persimpangan ke Pekeliling.

Sampai je kat pekarangan ofis, aku terus memarking motor sambil menjeling-jeling orang sekeliling dan mengangkat-ngangkat kening akibat perasaan teruja yang masih lagi menebal di dada. Apa-apa pun, sejuta tahniah kepada Hafiz dan juga pencipta lagu yang sangat indah itu, seniman M.Nasir , kerana telah berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu ke 26.

Jadi, jom kita sama-sama menghayati lirik lagu indah ini yang dinyanyikan oleh aku dan geng-geng motor yang tidak aku kenali semasa dalam perjalanan tadi.

AWAN NANO - HAFIZ AF
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button SHARE/LIKE dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

{ 39 comments.. read them below or add one }

Fathiah Hamim Fathiah Hamim 30 January, 2012
kisah benar ke tak nehhh?
:P
madammondoq madammondoq 30 January, 2012
haha.. tak boleh bla btol siap nyanyi ramai-ramai atas motor tu...
HUDAJMAL HUDAJMAL 30 January, 2012
dah tahu . ni mesti khayalan semata mata . hahaha .btw , hafiz tu abang i k. haha
YNA HERMOSA YNA HERMOSA 30 January, 2012
hahahaha

suspen giler, ahahha
Boni JLL3 Boni JLL3 31 January, 2012
@zuk zuhaiza

heh heh..imaginasi lebeh ni..hakhakhak
keeya mustafa keeya mustafa 31 January, 2012
wah pagi2 da jadi artis..sangat teruja le tu.. :)
Boni JLL3 Boni JLL3 31 January, 2012
@madam mondoq

hahahaha..meriah tak??hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 31 January, 2012
@hudajmal

wah..bia betik??leh mintakkan sign die tak??hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 31 January, 2012
@yna hermosa

hehehehe...seram ada tak??? :P
Boni JLL3 Boni JLL3 31 January, 2012
@keeya mustafa

hehehehe..ni la namanya artis jalanan..hakhakak
DianaAzis DianaAzis 31 January, 2012
Wah.. biar betik nyanyi secara berjemaah la pulak..ehehehe :P
ahsfantasy24 ahsfantasy24 31 January, 2012
sungguh tak jangka awan nano yang menang,
huhu tahniah pada mana2 yang berkenaan..
nurmujahidah nurmujahidah 31 January, 2012
alahai,, walaupun muja tak rase nak tngok and memang tak tengok,, tapi bila tau je lagu tu menag,, rasa bersyukur tk tngok,, :P
capt. keon alhan capt. keon alhan 31 January, 2012
pakai baju simple gila gaban...mng ajl...fuhh,,,hbt la hafiz
teha teha 31 January, 2012
aku ske hafiz mng.. hhahaha
si kiut lavender si kiut lavender 31 January, 2012
sporting sgguh org di jalanan tu ya..HAHA
cik Kartun cik Kartun 01 February, 2012
boleh la lagu nie.. layanz~
AJL tak bape nk lyn hehehe
suzie rahman suzie rahman 01 February, 2012
best..suke hafiz. vokal nya mntp.
Zarul Zarul 01 February, 2012
teringat zaman kapcai aku..melalak atas moto sampai kena langgar dr belakang
C i k P i p i T e m b a m C i k P i p i T e m b a m 01 February, 2012
hahaha tu tandanye diorg suka ler hafiz menang :p
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@DianaAzis

hahahahaha.itulah pasal..maknanya rakyat malaysia ni sporting2 gila..hakhakhakhakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@ahsfantasy24

hehehehe..itulah..tahniah kepada drang semua.. :)
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@nurmujahidah

adoi..tak berapa paham plak..rasa bersyukur tak tengok??hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@capt. keon alhan

itu tandanya vokal bukan sekadar rupa..heh heh
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@si kiut lavender

hahahahahaha..dorang semua sporting2..hakakhakhak..
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@cik Kartun

lagu ni memang layanz..rasa tenang je jiwa bila dengar
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@suzie rahman

yesza..suara dia sangat jelas..tak hairan dia menang kategori tuh
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@Cik Rose Cute

ok2..tenkiu yer..i will follow u back :)
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@Zarul

hakhakhakhakhakhak..lagi dasyat...hehehehehe..boleh difilemkan nih..hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@C i k P i p i T e m b a m

hahahahahaha..itulah pasalnye..apa2pun jutaan tahniah kat M.Nasir yang berjaya mencipta lagu yang sangat indah ni
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@fae jamal

HAHAHAHAHAHAHA..abang awan nano ek??hehehehehe
KiD KiD 02 February, 2012
macam konpius je cerita boni nih.. hehehee
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@KiD

hehehehehe..tinggi tak imaginasi??hakhakhakhak
zaxx zaxx 03 September, 2012
begitlah awan terbang yg goku naik untk pergi ke planet nameck.ooo oo ooo..*nada lagu awan nano, hahaha