Cerita Lawak : Bau Mulut Awek Tu

Wah. Sedar tak sedar dah pukul 7 pagi di saat entri ini ditaip. Humangaih! Aku dah terbangun dah pukul 3 pagi tadi sebab nak update entri. Lepas tu aku terbau mulut sendiri. Yang aku ingat pandangan aku kabur dan semakin gelap. Sedar-sedar je dah pukul 7 pagi. Wah, aku pengsan kerana terbau bau mulut sendiri. Pergh!! Puaka sungguh bau mulut aku sebenarnya. Bangun-bangun je, terus aku berlari pecut ke bilik air. Tanpa membuang masa(walaupun aku dah buang jam tangan aku ke dalam tong sampah) aku gosok gigi dan kumur-kummur dengan Colgate Plax Ice+Clorox. Puas hati aku. Disebabkan bau mulut, niat suci murni aku untuk menaip entri telah digagalkan. Hampeh!

Jadi, kepada readers semua, pastikan korang menggosok gigi sebelum ke tempat kerja ataupun memulakan aktiviti korang di hari Sabtu ni. Sesungguhnya, bau mulut mampu merosakkan aktiviti seharian kita. Ia melambangkan ketidak bersihan diri kita kepada orang lain. Tak kira lah korang lelaki ke perempuan ke. Dua-dua spesis ni sama je bau mulutnya. Yang membezakannya adalah  tahap penjagaan mulut setiap individu.

Aku masih teringat ada kisah yang sangat menayat hati aku semasa  menaiki bas metro ke Kuala Lumpur untuk membeli dua bungkus belacan. Ketika dalam perjalanan, bas berhenti seketika di Jalan Ipoh untuk mengambil penumpang. Aku pun menjeling dengan membuat wajah seorang orang tua yang gatal. Kelihatan seorang awek menaiki bas dan gigih mencari tempat duduk. Comel  macam Izzara Aisyah muka beliau. Kebetulan masa tu sebelah aku kosong dan tak ada penumpang. Aku pun apa lagi. Terus aku mempamerkan wajah yang kacak dan terus aku berada di dalam mod seorang ahli korporat mata keranjang. Dengan suara yang jantan aku gubah bak suara Suhaimi Meor Hasan, aku mempelawa awek tu duduk sebelah aku. Awek tu pun terus duduk sambil melemparkan senyuman. Humangaih! Lagi terserlah kecomelan beliau. Betul orang cakap, dari senyuman juga boleh turun  ke hati. Aku pun terus menanam azam dan nekad untuk meminta nombor telefon awek tu. Seperti mana keazaman Lee Chong Wei untuk menundukkan Lin Dan, begitulah juga keazaman aku. Dengan wajah yang kacak aku pamerkan, aku terus menegur awek tu.

" Assalamualaikum.", ringkas aku memulakan perbualan.

" Waalaikumsalam.", jawab awek tersebut.


gambar sekadar hiasan

Secara tiba-tiba aku diserang kekejangan otot. Muka aku hampir bertukar menjadi biru. Urat-urat aku hampir putus. Tempat pengeluaran najis aku terkemut-kemut tanpa dapat dikawal. Semua tu gara-gara bau mulut awek tu yang saling tak tumpah seperti loji kumbahan najis Taman Bidara,Selayang. Tapi, demi menjaga air muka awek tu, aku tetap memaintainkan kekacakan aku sambil berpura-pura seperti sedang lapar.

" Rambut awak ada habuk.",sambung aku selepas membatalkan niat untuk meminta nombor telefon awek tersebut.

" Oh, yeke? Terima kasih ye awak yang kacak tu.",ujar awek tersebut sambil menyapu-nyapu rambutnya.

Jadi,kepada korang semua. Jadikanlah ini sebagai iktibar dan renungan kita bersama. Sesungguhnya, kebersihan mulut juga sangat penting di dalam kita menjaga keharmonian sesama kita. Begitu juga di dalam rumah tangga. Janganlah hanya mementingkan kebersihan luaran tetapi kebersihan dalaman terabai. Apa yang penting di dalam kehidupan seharian kita ialah kebersihan. Jadi..



Gunakanlah Colgate Plax Ice untuk mendapatkan aroma nafas yang menyegarkan. Hahahaha. Tak pasal-pasal aku jadi duta produk tanpa dibayar sesen pun. Hakhakhakhak.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button SHARE/LIKE dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

{ 23 comments.. read them below or add one }

Arina Shamsul Arina Shamsul 28 January, 2012
hahaha..dasat betul bau mulut,sapai pitam2 yee.hahaha.oleh itu gunakan ubat gigi cap beruang..saya pun duta juga..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@Arina Shamsul

hahahahaha..itulah..saya pun macam tak percaya jer..hakhakhak..wah..kita sama2 duta la ye??sama tak macam duta sheila on seven tuh??hehehe
AnonymousAnonymous 28 January, 2012
Diela Dania : hehehe... bg dia berus jamban campur clorox jamban kompen x bau lgik mulut dia keh3
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@Anonymous

hahahahaha..ok2..nanti saya usahakan.heh heh :P
HUDAJMAL HUDAJMAL 28 January, 2012
haha. kemain jadi duta colgate pulee :D
nurmujahidah nurmujahidah 28 January, 2012
adess,, saje je wat orang gelak lagi,,!!!!
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@HUDAJMAL

hahahaha..nak buat macam mana..berangan je la yang mampu..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@nurmujahidah

hahahaha..ok la tu..senaman pagi..hehe
Eety Hashim Eety Hashim 28 January, 2012
hahaha nice entry haha kalaka sgt hahaha hiperbola betol
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@Eety Hashim

hahahaha..thank..sebenarnya,ramai lagi entri saya dalam blog ni yang menggunakan teknik hiperbola..hehehe..btw,thanks sudi singgah ye :)
madammondoq madammondoq 28 January, 2012
lepas kumur dgn ni danish cakap "ermm.. wanginya mulut ibu!!!"
keeya mustafa keeya mustafa 28 January, 2012
halamak,,baru nak intro,,hampeh je,,
kesimpulan nampak je muka tuan punya blog ni,,try test bau mulut sendri,,da agak elok,,baru borak,,aiseh :))
~SaL IjOu~ ~SaL IjOu~ 29 January, 2012
wallah..ada gaya jadik duta colgate ni~ ;p
Boni JLL3 Boni JLL3 30 January, 2012
@madammondoq

hahahahaha..tgk tu..anak pun pandai kan??hehehe..kalau mulut ibunya bau hampeh,dia pun tak nak cium kan??hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 30 January, 2012
@keeya mustafa

hahahahaha..ye..bagus2..pasni kalau jumpa,pastikan wangi k..baru leh borak panjang.hahahaha :P
Boni JLL3 Boni JLL3 30 January, 2012
@~SaL IjOu~

wah..yeke??hehe..pasni nak apply dengan Colgate lah..hahaha
mira maisara mira maisara 01 February, 2012
wahaha.. mkn dynte la pulak pas nie
MAiSAraH MAiSAraH 01 February, 2012
hahah !! thazz sebab etry meang wat saya tergelak mcm org gilaa hahah ... chill la bro ,,teruskan
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@MAiSAraH

hahahahahaha..janganlah jadi orang gila.hehehehehe..terima kasih sebab bagi semangat..hehehehe
suzie rahman suzie rahman 02 February, 2012
hahaha..sy pnh x xgsk gg terus blogging ke erk?hihi
Boni JLL3 Boni JLL3 02 February, 2012
@suzie rahman

hahahahaha..seb baik tak g jumpa orang kan??hehehehe :P
Hany Rara Hany Rara 18 April, 2012
haha mcm krangan ayat..haih comel betol awek tu..kita gosok gg guna arang..wakakak
umie mia umie mia 14 May, 2012
kihkih entry berantai akhirnya ummie sampai disini.. kalo gitu masalahnya kena jumpa doktor gigi.. mungkin ada gigi berlubang ke hapa kan ^_^