Cerita Lawak : Ganas betul cikgu tadika ni

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan,taulan-tauladan dan juga kepada semua readers.Baru aku ada kesempatan nak update entri ni.Kalau tak,rasa beku je kepala otak aku yang memang agak bengap dan tongong ni.Hahaha.

Tadi terpampang depan mata aku drama Indonesia yang bertajuk "Nada Cinta".Aku sebenarnya tak layan drama ni..Tapi aku minat pada lagu tema dia.Aku tak tau apa tajuk.Tapi lirik dia lebih kurang.."Apapun yang terjadi,ku kan selalu ada untukmu..janganlah kau bersedih,cause everything gonna be okay..".Hmm,lagu ni buat aku teringat pada seseorang.My special best friend.But now,she's gone.Dia mengejar cinta hatinya.Aku akan sentiasa mendoakan kebahgiaan hidup dia.I wish you'll happy ever after.Erkk!!Full stop!.Cukup jiwang-jiwang karat sampai sini.Jatuh standard otak sewel aku ni.Jatuh juga martabat keganasan aku ni di mata-mata budak tadika yang amat takutkan aku.

Cerita pasal budak tadika ni,aku teringat satu kisah semasa aku menjual produk THINX-2 (produk hermopathy khas untuk mengubati masalah-masalah kanak-kanak yang sukar untuk belajar,malas,suka tidur.Produk yang membolehkan otak fokus pada apa yang sedang dilakukan) di satu tadika.
Ketika aku sedang menerangkan produk ini kepada cikgu tadika yang mengajar masa tu,secara tiba-tiba ada panggilan telefon untuk cikgu tu.Cikgu tersebut meminta izin untuk menjawab telefon.Sambil membuat wajah yang sangat-sangat kacak di mata budak-budak tadika tersebut,aku memberi kebenaran kepada cikgu tersebut.Sambil-sambil aku menunggu cikgu tersebut habis berbual di dalam telefon,aku membuat keputusan untuk berjalan-jalan di dalam tadika dan memerhati perangai budak-budak tadika itu.Macam-macam perangai yang aku dapat perhatikan.Kebanyakannya memang sangat-sangat seronok bermain.Ada yang main tanah liat dan ada yang bermain lego.

"Huh!!Dasar budak-budak!!Dalam otak tak ada perkara lain!!Asyik nak main je!!Langsung tak faham erti matang!!",getus hati aku sambil menjeling kepada budak-budak tersebut.

Sepuluh minit berlalu...

"Astaghfirullah Al Azim!!Apa yang bising sangat ni?!!Kenapa bersepah-sepah ni?!!Siapa yang buat?!!",teriak cikgu tadika tersebut sambil menjegilkan mata.

gambar sekadar hiasan

"Abang ni cikgu!!Kitorang tengah main baling selipar dengan abang ni!!Dia kata main baling selipar lagi best daripada main lego dengan tanah liat!",teriak budak-budak tadika tu pula.

Aku yang ketika itu sedang terbaring dek dibedil dengan selipar,terus bangun dan membuat wajah yang sangat serius.Dengan wajah yang macho aku pamerkan kepada cikgu tersebut,aku terus memulakan kata.

"Ehh!!Tak baik tipu tau!Maaf cikgu,saya dah cuba suruh budak-budak ni belajar,tapi dorang degil.Lepas tu,dorang ugut untuk apa-apakan saya.Cikgu,saya dianiaya.Saya difitnah!Ini semua konspirasi untuk menjatuhkan saya!!",tipu aku sambil menitiskan air mata jantan untuk mengaburi mata cikgu tersebut.

Ternyata cikgu tersebut sukar untuk ditipu.Dengan selamber je dia membaling aku keluar daripada tadika tersebut dengan hanya sebelah tangan.Ganas betul cikgu tadika ni.


kepada sesiapa yang berminat dan ingin bertanya lebih lanjut,boleh like page aku dan kemukakan soalan-soalan di sana.kalau jajan atau keropok yang banyak keburukan korang boleh beli untuk anak-anak,kenapa benda yang membawa kebaikan seperti ini korang tak nak usahakan?Alhamdulillah,semua yang mencuba produk ni menunjukkan perubahan ketara.Daripada malas menjadi rajin,daripada lembab menjadi pintar,daripada naif menjadi cergas.Tak salah kalau mencuba.


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

p/s : ingat nak letak muka Lyssa Faizureen,tapi takut kang orang konfius,ni cikgu ke murid?Heh heh.Jangan marah ek.Hahaha

{ 9 comments.. read them below or add one }

fae jamal fae jamal 13 January, 2012
alaaa...ending dye bagi la gempak lagi ke..buat tetiba cikgu jatuh cinta dengan kekacakan mamat tuh..ahhaha;P
Boni JLL3 Boni JLL3 13 January, 2012
@fae jamal

hahahahaha..mengamuk peminat nora danish nanti..hehehe
kak mah kak mah 14 January, 2012
Suspen ingatkan cerita Nora Danish..
DianaAzis DianaAzis 15 January, 2012
Hadoi.. suspen je macam selalu.. tapi bila baca ending macam nak baling selipar je kat awak.. boleh? :P
Boni JLL3 Boni JLL3 16 January, 2012
@kak mah

hahaha..marah peminat nora danish kang kalau buat cerita pasal dia.hehe
Boni JLL3 Boni JLL3 16 January, 2012
@DianaAzis

hahahahaha..baling peti ais la..tragis skit..hehe
AnonymousAnonymous 16 January, 2012
mesti ko lupa mkn ubat kn,tu psl la kesengalan melanda diri...hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 16 January, 2012
@Anonymous

ubat aku dah habis.lupa nak beli.hakhakhak
Hidayah Bach Hidayah Bach 03 July, 2012
hehe..

boni nih mmg lawak la..

pernah cuba audition raja lawak tak..?