Gathering blogger-blogger hebat part 2

on 19 January 2012

Mesti korang semua naik hairan kan kenapa aku lewat update entri hari ni?Aku lagi hairan sebab korang naik hairan.Kenapa korang tak naik kereta ke,bas ke,motor ke?Kenapa korang naik hairan?Hahahaha.Sebenarnya,hari ni aku dah mula mendapat cuti bersempena Tahun Baru Cina ni.Jadi,bila aku cuti..aku terpaksa tunggu adik aku balik daripada kerja untuk menggunakan lap top dia.Dia jejak kaki je kat dalam rumah ni,sepantas kilat aku rampas laptop.Tak sempat dia nak bercakap apa-apa,aku dah rasuah dia dengan choki-choki setandan.Hakhakhak.

Jadi,apa kejadahnya aku menerbitkan entri Gathering Blogger-Blogger Hebat part 2 ni?Semuanya kerana aku baru je mendapat gambar-gambar gathering tersebut daripada bro Zarul Umbrella.Nak buat macam mana,kitorang berkongsi kamera yang sama sebab beli pun kongsi-kongsi.Hakhakakhak.(Jangan marah bro.Hehehe.Kang tak pasal-pasal dia tak nak ambil gambar aku lagi.Baru pada muka aku.Hakhakhak).

Jadi,aku tak nak berceloteh lama-lama sebab akan menaikkan kemarahan manusia sejagat.Layanz je lah gambar-gambar ni.

LOKASI : RED BOX GARDENS
TEMA : TEMA DAN PERSOALAN
TARIKH : 17 JANUARI 2012
HARI : SELASA
MASA : 8.00pm - 12.00am
  
GATHERING BLOGGER-BLOGGER HEBAT 

Bro Zarul malu-malu lepas Abang Hensem mengatakan yang wajah Bro Zarul so sweet macam air coke itu.Manakala Brader Mil sedang asyik mengunyah mikrofon disebabkan kelaparan.

 Abang Hensem sedang mempamerkan wajah jahat dan puasnya setelah berjaya mempengaruhi Bro Zarul yang kelihatan sangat-sangat teruja dengan pujian tersebut sambil Brader Mil tak henti-henti gigih mengunyah mikrofon.

Laling Madam Mondoq(berbaju hitam) telahpun menyedari akan pendustaan tersebut namun beliau tidak mahu santapan mee goreng mamak beliau terganggu dek kejadian tersebut.Beliau terus fokus menghabiskan mee tersebut sambil Bro Eyriqazz masih tidak mempercayai keterunaan beliau diragut di Red Box ini.Beliau juga masih menanti untuk disuap oleh Laling Madam Mondoq yang telah berjanji untuk menyuap beliau dengan mee goreng tersebut selang 5 saat.

Sejurus selepas rayuan beliau tidak diendahkan oleh Laling Madam Mondoq,Bro Eyriqazz terus merajuk sambil membelek-belek gambar-gambar kenangan semasa beliau berada di Sudan Selatan untuk promosi entri terbaru di blognya.

Aku pula ketika ini  sedang nerves sambil bersiap sedia untuk memberi taklimat tentang bahaya penggunaan bahasa-bahasa rojak di dalam blog.

Belum sempat aku menarik nafas panjang untuk meredakan kenevesan aku itu,tak semena-mena aku dipanggil untuk menyampaikan taklimat.Memang menjadi tabiat aku akan ketawa bila terperanjat walaupun tak ada apa yang melawakkan.

Aku memulakan taklimat dengan sedikit ucapan penghargaan kepada pengerusi majlis iaitu Encik Abang Hensem dan kepada para tetamu yang hadir pada malam itu.Disebabkan teramat terharu dipanggil untuk memberi taklimat,tak semena-mena aku mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak.

Disebabkan terlampau sedih,aku terduduk dan terus meraung-raung sambil cuba sedaya upaya mengawal perasaan.

Namun,usaha aku ternyata sia-sia kerana aku terus meraung-raung dengan menggilanya tanpa dipujuk oleh sesiapa termasuklah Bro Framestone yang berada di sebelah.

Begitu juga dengan hadirin yang lain.Mereka seperti tidak mempedulikan ucapan-ucapan aku yang penuh dengan emosi dan perasaan.Rasa macam sia-sia je aku korbankan air mata jantan aku itu.

Selepas menyedari tiada respon positif daripada tetamu-tetamu yang lain,aku terus menutralizekan semula diri aku dan memberi tepukan gemuruh kepada diri sendiri.


Aku cuba memujuk diri sendiri dengan berposing di depan kamera yang sebenarnya bukanlah ditala kepada aku tetapi kepada Madam Mondoq yang sedang bersiap untuk memberi taklimat tentang cara-cara untuk mengelak menjadi mangsa serangan lipas terbang.

Selepas selesai memberi taklimat,Madam Mondoq terus menikmati hidangan lipas terbang masak 3 rasa yang dibawanya dari rumah untuk dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang hadir.Sambil Akak Gojes gigih menahan diri dari termuntah dengan hidangan tersebut.


Selepas kami semua berjaya menghabiskan hidangan tersebut,Cik Siezuka pula mengambil giliran untuk memberi taklimat tentang pentingnya menyembur Ridsect ke wajah untuk menegangkan kulit wajah.Aku pula hampir-hampir bertukar menjadi lipas terbang dek memakan hidangan lipas terbang masak 3 rasa tersebut.

Jadi,setakat ini je lah entri aku kali ni.Hope,korang semua akan terhibur.Heh heh.Kepada semua blogger-blogger yang melibatkan diri pada gathering kali ni,thanks sangat-sangat kerana memberi peluang mengenali anda semua,blogger-blogger berpengalaman.Once again,special thanks to Bro Zarul Umbrella dan Abang Hensem.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

p/s : hopefully pasni ada peluang untuk berjumpa pula dengan Lyssa Faizureen dan Yuyu Zulaikha yang...'Ala Tomey-Tomey"











Ranking: 5

{ 20 comments... read them below or add one }

Reply Comment DianaAzis said...

Sweet macam air coke?? lipas terbang?? hadoi.. ada2 je la awak ni.. penuh perasaan betul awak memberi ucapan ye.. tahniah.. :P


January 19, 2012 at 8:10 PM
Reply Comment Lyssa Faizureen said...

Alamakkk . jeles nyerr,, nak jugakkk (!)


January 19, 2012 at 8:10 PM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@DianaAzis

hahahahaha..terima kasih terima kasih..memang saya bagi ucapan yang superb penuh perasaan masa ni..hahaha


January 19, 2012 at 8:14 PM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Lyssa Faizureen

hehehe..bila awak nak buat gathering lyssa???


January 19, 2012 at 8:14 PM
Reply Comment Eyda Syahida said...

erkk! semangat betol awak buat UCAPAN eh? hahaha


January 19, 2012 at 8:43 PM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Eyda Syahida

hahahahaha..semangat sangat,sebab tetamu hebat2..hahahahaha


January 19, 2012 at 8:50 PM
Reply Comment Cik tikah said...

red box garden memang best!


January 19, 2012 at 9:33 PM
Reply Comment Cik Akmal said...

memang best... harap dapat jumpa lagi.. :-)


January 19, 2012 at 9:56 PM
Reply Comment abang ensem said...

Hahahahahaaaammmmmmppppeeeeehhhhhhhhhh


January 19, 2012 at 10:41 PM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Cik tikah

hahahaha..sangat2 best..sound system terbaek..


January 20, 2012 at 12:20 AM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Cik Akmal

amin..semoga lepas ni ukhwah sesama kita akan semakin akrab..insyaAllah akan ada lagi peluang itu


January 20, 2012 at 12:25 AM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@abang ensem

hakhakhakhak..hampeh yer??hehehehe..jangan marah tau..hehehe


January 20, 2012 at 12:26 AM
Reply Comment Zarul said...

hahahaha..bila nak buat taklimat lagi ni


January 21, 2012 at 12:02 AM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@Zarul

hakhakhakhakhak..kena tunggu next gathering..kena standby isi2 taklimat dgn lebih tersusun..hakhakhakhakhak


January 21, 2012 at 12:59 AM
Reply Comment madammondoq said...

lipas terbang!! oh tidakkk!!!! oo.. teringin nak jumpa yuyu ek? ahak3...


January 21, 2012 at 10:29 AM
Reply Comment Boni JLL3 said...

@madammondoq

hehehehehehe..bukan ke???salah ek??hehehehehe..jangan marah tau..hehehe

hurm..kalau ada rezeki,nak gak jumpa dia..


January 22, 2012 at 1:30 AM
Reply Comment Syukri Tahir said...

bro.. pasni lau ada gath lg area kl or selangor roger2 k..

nak follow n trus bernetworking..:)


p/s: aku pn tringin nk jmpe yuyu.. :P


April 19, 2013 at 8:59 PM
Reply Comment tenku butang said...

bestnya klu dapat join ghatering camni


May 14, 2013 at 10:02 AM





 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design