Kisah Percintaan Komedi.Aku Perlukan Bantuan.



Lately aku mendapat satu idea untuk menaip satu cerpen yang berunsurkan kisah percintaan komedi. Disebabkan aku mempunyai otak sewel lagi menyewelkan, rasanya mungkin kisah percintaan tu akan menjadi lebih santai dan menarik daripada kisah-kisah percintaan yang lain. Tapi, terdetik satu persoalan pula di dalam hati aku. Alang-alang aku menghasilkan satu cerpen, rasanya aku boleh cuba hantar juga cerpen tu kat majalah-majalah yang menerbitkan cerpen-cerpen bersiri. Hmm, rasa teringin tu ada.. tapi aku tak tau macam mana caranya. Aku tak tau macam mana jalan dia. Sesiapa yang tau macam mana caranya ye? Boleh korang kongsikan dengan aku. Macam mana caranya untuk aku masuk line majalah-majalah ni. At least aku boleh menambah sikit pendapatan aku yang sememangnya suam-suam kuku je ni.

Bercerita tentang cerpen tu nanti, aku tak leh nak kongsikan lebih-lebih sebelum aku betul-betul yakin kekuatan cerita tu. Sekarang ni, cerpen tu hampir siap. Tinggal dalam 20% je lagi untuk aku siapkan dan touch up touch up sikit untuk menjadikan ia lebih menarik. Ia mengisahkan percintaan seorang lelaki yang biasa-biasa dengan seorang gadis yang agak kasar. Kisah percintaan tu biasa-biasa je, tapi aku menerapkan komedi-komedi kebiasaan aku untuk menjadikan jalan cerita dia menarik dan lain daripada lain. InsyaAllah aku akan hasilkan sesuatu yang bermutu. Tapi ini first time aku hasilkan sebuah cerpen yang mengisahkan tentang cinta. Jadi, aku harap korang tak mengharapkan sesuatu yang seperti dihasilkan penulis-penulis profesional yang lain. Ini percubaan pertama dan aku cuma mengharapkan yang korang akan suka cerpen tu nanti. Tapi itulah, aku tak tau samada aku nak mulakan dengan menaip dalam entri ataupun mulakan dengan hantar ke majalah-majalah. Someone please help me. Aku perlukan guide untuk aku jadikan sumber rujukan tentang selok belok cerpen dalam majalah. Dan berapa bayaran yang aku boleh terima untuk satu cerpen bersiri untuk majalah-majalah.

Sesiapa yang tau, boleh tak tinggalkan info kat page aku.     Klik --> bonz da blogger.


{ 9 comments.. read them below or add one }

nurmujahidah nurmujahidah 28 January, 2012
kalau tulis dalam entry,, confirm la muja baca,, hek3
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@nurmujahidah

hahahahaha..itulah..sekarang ni tgh tunggu ada orang leh jawab kemuyhkilan ni..sebab nak tau proses2 nak terbit kat majalah.pastu,kalau terbit kat majalah,boleh ke publish kat entri
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@nurmujahidah

hahahahaha..itulah..sekarang ni tgh tunggu ada orang leh jawab kemuyhkilan ni..sebab nak tau proses2 nak terbit kat majalah.pastu,kalau terbit kat majalah,boleh ke publish kat entri
hamzah ian hamzah ian 28 January, 2012
perghh.. cool gila gmbr hang
cerita best cerita best 28 January, 2012
jgn tgk cm 2 pakjoe tkt le hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 28 January, 2012
@cerita best

hahahahaha..renungan je ganas,tapi dalam hati ada taman astakona..hahaha
keeya mustafa keeya mustafa 28 January, 2012
buat buku terus je la :)) cmfm laris di pasaran
Boni JLL3 Boni JLL3 30 January, 2012
@keeya mustafa

hahahahahaha....sebab tu saya nak carik dulu sesiapa yang pandai dalam bidang buku2 or majalah ni..baru leh masuk line