Cerita Lawak : Lin Dan tu aku hingus-hinguskan je !!

Wah!!!Terasa lama betul walaupun baru dua hari tak menghupdate entri ni.Hahaha.Rasa macam dah setahun.Hahaha.Hari ni mood sangat-sangatlah malas untuk bekerja,tapi demi mencari sebaldi nasi,aku gagahkan juga diri ni.

Semalam aku menyaksikan perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Keinichi Tago dari Jepun dalam final terbuka Malaysia.Tak ada apa yang aku boleh simpulkan melainkan Lee Chong Wei bukanlah tandingan Keinichi Tago kerana Chong Wei berada di dalam kelas tersendiri.Satu tahap di atas Keinichi Tago.Lawan Chong Wei adalah Lin Dan.Bagi aku,hanya Lin Dan sorang je lawan yang mampu meranapkan kehebatan Chong Wei.Tidak Cheng Long mahupun Chen Jin.Aku pun tak pasti andai selepas Chong Wei bersara,siapa bakal menggantikan tempatnya.Siapa yang mampu mencapai tahap seperti Chong Wei?Hmm..Inilah yang harus disediakan daripada sekarang.Pelapis yang lebih hebat daripada Chong Wei,jika tidak..janganlah kita bermimpi untuk mencari kejuaraan di dalam sukan-sukan bertaraf dunia.Buang duit je!!

muka yang bakal aku hinguskan

Bercerita tentang sukan badminton ni,kalau aku diberi peluang,aku nak je mewakili negara.Siapa yang tak kenal aku?Dari Kepulauan Antartika sampailah ke Kepulauan Fiji semua kenal.Setakat Lin Dan tu,aku hingus-hinguskan je.Tapi disebabkan satu pertandingan yang aku sertai di peringkat dunia suatu ketika dulu,terus nama aku diharamkan untuk menyertai sukan badminton ni.

Pertandingan badminton All Afrika 2007 adalah penghujung kepada karier aku.Aku masih ingat,masa tu aku sedang berhadapan dengan juara daripada Afrika.Kedudukan mata aku ketika tu jauh meninggalkan pemain tersebut.20-1.Satu mata lagi untuk aku menuju kemenangan dan menjadi juara keseluruhan yang akan membawa pulang wang tunai berjumlah rm390,396.21 dan kereta BMW 325 m sport.Aku dah cukup teruja masa tu.Sikit lagi aku akan membawa pulang semua hadiah lumayan tersebut.

Ketika itu aku benar-benar fokus di dalam perlawanan,sambil meniru mimik muka dan jelingan Lee Chong Wei ketika menjeling Lin Dan.Aku tidak mempedulikan kata-kata kesat penonton tuan rumah.Aku juga tidak mempedulikan serangan fizikal yang aku terima seperti dibedil dengan kasut,tombak,seluar dalam,tong gas dan berbagai-bagai lagi objek yang pelik-pelik.Aku tetap fokus dan menguatkan semangat.Dan ketika itu,servis diambil oleh pemain Afrika tersebut.Dan ketika itu juga aku terlihat peluang disebabkan servis yang diambil agak tinggi.Tanpa membuang masa,aku terus membuat lompatan berpusing di udara lalu merejam bulu tangkis tersebut sekuat hati dan sepenuh tenaga batin.Bulu tangkis itu berapi dek dibedal terlalu hebat oleh aku lalu menuju ke muka pemain Afrika tersebut dan tepat menghentam halkum beliau.Beliau tercampak 113 meter ke belakang lalu berlanggar dengan seorang kanak-kanak yang sedang bermain dengan seekor ular tedung selar.Dek kerana terperanjat,ular tersebut terus mematuk bahagian sulit pemain Afrika tersebut.Pemain Afrika tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.Aku sangkakan kejadian akan berakhir di situ.Selepas menghentam halkum pemain Afrika itu,bulu tangkis tersebut melantun dan berputar-putar di udara.Dan secara tiba-tiba dan menggilanya ia mengejar pula umpire(pengadil) yang mengadili perlawanan itu.Kelam kabut umpire itu meloloskan perut beliau yang buncit itu daripada kerusi lalu berlari lintang pukang.Ke kiri ke kanan mengelak serangan bulu tangkis yang menggila.Namun,cuaca tak selalunya cerah..Secara tiba-tiba umpire buncit tersebut tersadung dengan seekor harimau bintang yang sedang kencing lalu terjatuh dan menghempap mayat pemain Afrika tadi.Dek terperanjat kali ke dua,ular tedung selar terbabit terus mematuk pula umpire berkenaan di bahagian ketiak.Selang 2 minit,umpire berkenaan juga menemui ajal di tempat yang sama.Bulu tangkis yang mengejar umpire tersebut terus menggila berterbangan ke sana ke sini tanpa arah tujuan yang nyata.Selepas satu minit setengah berputar-putar di udara,akhirnya ia menuju pula ke arah penonton.Selepas jatuh di tengah-tengah tempat penonton yang ramai,secara tiba-tiba terjadi letupan besar seperti letupan bom tangan.Berterbangan manusia di udara dek kuasa letupan tersebut.Pada pertandingan akhir badminton All Afrika 2007 itu,seramai 451 orang terkorban termasuk pemain dan umpire.Selepas kejadian itu,aku terus diharamkan oleh persatuan badminton seluruh semesta daripada menyertai mana-mana pertandingan walaupun pertandingan peringkat tadika sekalipun.Sejak itu jugalah,aku terus menggantung raket.Dan itulah penghujung karier aku sebagai seorang pemain badminton tersohor.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

3 comments.. read them below or add one

fae jamal fae jamal 16 January, 2012
hahahahhaha...sadis sungguh! err..bulu tangkis tu ade lagi tak?dah pinjam bole?hahaha;D
Boni JLL3 Boni JLL3 16 January, 2012
errrr..awak NAK pinjam ke DAH pinjam?hakhakhak
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 27 June, 2012
hahaha,,, hiperbola sungguh la,,, adoi,,,