Obses pada payudara yang pejal

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad kepada readers dan semua yang mempacakkan diri depan laptop mahupun pc mahupun tablet pc mahupun BB mahupun Iphone 4S dan juga tak lupa nokia 3310 untuk membaca entri tak seberapa aku ni.Hahaha.Hari ni aku mengalami sakit gusi dan juga sakit badan tak terperi.Berdenyut-denyut kepala aku.Tapi demi semangat blogger,aku mengignorekan je segala kesakitan tu dan hanya membayangkan yang aku sedang dicubit dan dipukul oleh Nora Danish takpun Lisa Surihani takpun Lyssa Faizureen.Heh heh.

Hari ni aku nak berkongsi tentang satu artikel.Artikel di mana sumber-sumbernya boleh aku percayai.Artikel ini memetik bahawa ramai pramugari dan wanita-wanita VIP sekarang mendambakan payudara yang pejal,punggung yang montok,dagu yang runcing dan hidung yang mancung.Disebabkan perkara-perkara ini,mereka sanggup melakukan urutan 'overhaul' membuang syaitan di dalam badan,mandi bunga dan minum air penawar.

gambar sekadar hiasan

Wanita yang hanya dikenali sebagai Kak Mah,50,menjadi buruan mereka-mereka ini kerana menyediakan pakej kecantikan ini dengan harga rm400 untuk kecantikan seluruh tubuh,termasuk membuang kolestrol dan juga pakej yang paling murah iaitu rm50 untuk kecantikan muka.

Beliau memetik,"Setiap manusia mempunyai syaitan di dalam tubuhnya dan syaitan inilah penyebab segala keburukan kepada owner badan.Termasuk ditimpa pelbagai masalah dan kelihatan kurang cantik.Jadi,kaedah rawatan saya ialah membuang dahulu syaitan di dalam tubuh badan dengan menghembuskan kalimah ALLAH S.W.T,doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan".

Hurm,macam-macam pakej kecantikan zaman sekarang ni.Aku tak nak komen pape,kondem pun tak nak.Tapi aku cuma nak katakan,"Apa guna wajah,tubuh badan yang cantik dan sempurna kalau di dalam buruk segala-galanya.Tak ada guna semua tu kalau hati busuk macam telur tembelang.Kunci kecantikan seseorang ialah hati yang baik.Kecantikan lahir dari dalam.Dan kecantikan biarlah kecantikan semulajadi.Tak perlu diubahsuai segala ciptaan Maha Pencipta.

Wah,tak pasal-pasal aku jadi Ustaz tak bertauliah.Hahaha.

Cerita pasal kecantikan ini,aku teringat satu peristiwa yang pernah terjadi di dalam kehidupan aku.Obses pada wajah dan tubuh badan yang cantik.Aku teringat Ros,salah seorang member aku di sekolah rendah dulu.Kejadian berlaku semasa kitorang tengah lepak di salah warung cendol terkemuka tanah air.

"Boni,aku....aku ada satu benda nak bagitau kat kau ni.Tapi aku malu.",terang Ros sambil mempamerkan mata yang sayu dan digelangi air mata.

"Ros,kenapa ni?Kalau ada masalah kau cuba bagitau kat aku.Mana yang aku mampu,aku akan tolong kau.",pujuk aku kepada Ros sambil menyuruh beliau menyapu air mata yang menitis dari matanya yang kuyu itu.

"Hmmm..sebenarnya...aku nak pergi pusat kecantikan..aku nak cantikkan muka dengan badan aku ni.Biar aku menjadi perhatian semua mata yang memandang.",terang Ros bersungguh-sungguh.

"Tak payahlah Ros.Buang masa je semua tu.Membazir duit je semua tu lah.",bentak aku sambil menghirup cendol menggunakan hidung.

"Boni!!Kenapa kau tak pernah nak sokong aku?Kenapa kau tak pernah nak bagi aku kekuatan untuk aku membuat keputusan?!Aku tau aku ni tak cantik!!Aku tau kalaupun aku buat semua tu,wajah aku tetap takkan berubah!!Tapi sekurang-kurangnya kau tolonglah support aku!!",rayu Ros sambil menghumbankan dirinya ke atas jalan raya.

"Ros,bukan aku tak nak support kau.Tapi....."

"Tapi apa?!!!!Kau memang macam ni.Tak pernah nak sokong aku!!",potong Ros sebelum sempat aku menghabiskan ayat aku.

Tanpa memikirkan tentang orang ramai yang berada di warung cendol tersebut,aku terus menyambung tempikan aku itu.

"Tapi....kau tu kan lelaki!!!Nama kau kan Rosman!!!Kau lupa ke apa??!!Kau dah kenapa?!!!Dah lah kau tu kategori lelaki sejati!!Adoiyai!!!Kalau kau ajak aku pergi gym aku on je!!",jerit aku sambil melompat dari kerusi dan melempang-lempang hulu hati beliau menggunakan straw cendol tersebut.

"Oh..ye tak ye..Aku terlupa plak..Hahahaha!!Alah,sorry lah bro..Kau anggap je lah ni aku bergurau petang di warung cendol.Hahaha.",getus Ros sambil menggaru-garu kepalanya.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.


jom tambah duit poket sambil seronok berinternet.tak dapat banyak sikit pun ok ape?sapa nak bagi?just for fun.sign up now.klik --> CHURP-CHURP

6 comments.. read them below or add one

Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 08 January, 2012
meh sini nakk cubit ! HHEHH .
Boni JLL3 Boni JLL3 08 January, 2012
hehehe..silakan...hehehe :P
DianaAzis DianaAzis 08 January, 2012
Adeh, apa saja la si ros tu..tapi mmg betul la apa awak kata tu, apa guna muka cantik, esok-esok berkedut jugak..
Boni JLL3 Boni JLL3 08 January, 2012
@DianaAzis

hahahahaha..si ros tu masuk air masa tu,hahahahaha..hurm..yelah..kecantikan kekacakan ni kan pinjaman sementara je..justine bieber pun kalau da tua,buruk jgak.
Aku Mad Aku Mad 03 July, 2012
hahahaha krem bontot aku .. rosman ? hahahaahhaha
Hidayah Hidayah 22 November, 2012
saja jalan baca entry lama..

(boni dah tau kan perangai akak yang ini.. :P malas nak komen je.. cuma nak kenal boni dulu orgnye cemana haha... nway...yg terpanggil nak komen nih yelah kerana ..ermmm.. )

tak jadi cakap lah..

:P