Penangan Muka Buruk Aku Ni Keluar Di Astro Ria,Nama Aku Diteriak Di SSM KL CENTRAL

Assalamualaikum semua peeps and readers yang masih lagi khayal di depan pc,laptop,I-Phone 4s,Samsung Galaxy,Black Berry dan tak lupa juga nokia 3210i.Hahaha.Dah balik kerja ke?Atau masih terpacak kat pejabat?Kalau masih terpacak kat pejabat,sabar-sabar lah ye.Jangan stress.Tu namanya mencari rezeki dan mencari rezeki ni adalah satu perkara yang mulia di dalam Islam dan mana-mana agama sekalipun.Yang penting cari duit halal.Tak gitu?

Ok,berbalik kepada tajuk kat atas...aku nak berkongsi pengalaman-pengalaman hidup aku yang tak berapa nak best ni sebenarnya.Hahaha.Ramai sedia maklum yang wajah buruk dan kacak aku ni (dey!!manee satu daaa!!) pernah keluar dalam saluran Astro Ria untuk rancangan Jangan Lupa Lirik Musim ke3.Dan aku pernah juga membuat satu entri tentang ni dalam tajuk "WAJAH AKU TERPAMPANG DI ASTRO RIA".Untuk entri kali ni pula,aku nak mengimbas kembali kenangan-kenangan sejurus selepas wajah aku keluar di televisyen waktu mula-mula Rancangan Jangan Lupa Lirik Musim ke3 ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2010.Bukan apa,sebelum ni aku tak tau fungsi sebenar blog ni.Jadi,aku tak pernah berkongsi pun perkara ni di dalam blog.Bila aku fikir-fikir semula,rasa macam rugi je kalau ada blog tapi tak berkongsi perkara-perkara manis kepada korang semua.Sharing Is Caring right?Heh heh.

Ok,kita sambung balik.Aku sangkakan kalau masuk rancangan Jangan Lupa Lirik ni tak ada siapa pun yang akan peduli,atau mungkin ramai yang mengecam dan mengherdik kerana tak ingat lirik.Aku juga sangkakan yang peserta-peserta jangan lupa lirik tidak akan diingati oleh penonton-penonton.Tapi sangkaan aku tu ternyata meleset.Rupa-rupanya rancangan itu beserta peserta-pesertanya mendapat tempat di hati penonton.Beberapa insiden yang menimpa aku membuktikan anggapan aku itu ternyata salah.



Antara insiden yang menimpa aku ialah sejak wajah aku terpampang di Astro Ria,aku mula terperasan yang setiap kali aku keluar mendespatchkan diri,pasti ramai mata yang menjeling aku.Ada jelingan yang teruja,ada jelingan yang membenci dan ada juga jelingan seolah-olah cuba mengingati sesuatu.Aku perasan yang aku mula menjadi perhatian(Perasan betul kan?Hakhakhak).


antara barisan peserta jangan lupa lirik musim ke3 yang berkumpul di kenduri Pian(salah seorang peserta juga).tak lupa juga Shiha Mentor yang juga peserta JLL musim ke 3 ini.

Insiden yang paling mengejutkan aku berlaku semasa aku pergi ke SSM di KL CENTRAL untuk print out profil syarikat.Secara tiba-tiba ada seorang pak cik memekik nama aku.

"Boni!!Boni!!Awak ni Boni kan??!!Yang masuk jangan lupa lirik tu??!",tempik suara pak cik tu.

Aku tergamam terus.Semua mata memandang aku masa tu.Tiba-tiba malu bercampur bangga berkongsi dalam perasaan aku masa tu.Lepas layan pak cik tu,aku terus melarikan diri daripada SSM tu.Malu gila siott(tapi dalam masa sama hidung aku kembang kempis kembang kempis dek bangga teramat).Sepanjang perjalanan balik ke ofis,aku tersenyum sampai tak sedar yang air liur aku meleleh-leleh.What The Fish!!Haha.

Insiden seterusnya terjadi semasa aku tengah jual THINX-2(makanan tambahan yang baik untuk anak-anak bersekolah yang bengap tak pandai-pandai :-lebih kurang macam EXAMO,kalau korang nak,order kat aku..wah sempat lagi pomote produk.Haha)kat sorang awek dengan mak dia.Lepas aku habis terangkan pasal produk tu,tiba-tiba awek tu cakap."Nama awak Boni kan?Awak yang masuk jangan lupa lirik tu kan?"

Pergh..Sentap lagi aku masa tu.Dah lah awek tu boleh tahan kecomelan dia.Masa tu aku control macho.Dengan wajah yang aku ketatkan untuk dipamerkan kepada awek dan mak dia,aku terus mengangguk dan melemparkan satu senyuman sombong.Lepas je awek dengan mak dia blah dari situ,aku pun terus angkat kaki.Sampai je kat tempat yang agak sunyi,aku terus melompat-lompat setinggi pokok kelapa dan menjerit-jerit.Tak cukup dengan tu,aku berlari-lari pecut sampaikan kaki aku tersadung dan tersembam masuk ke dalam tong sampah.Betapa hebatnya perasaan bangga ketika tu.

Jadi,setakat inilah yang aku ingin kongsikan kepada korang semua.Sambil-sambil korang membaca pengalaman-pengalaman aku,aku harap korang juga akan terhibur dengan entri aku ni.Bukan niat untuk membangga diri,tapi sekadar berkongsi dan menghiburkan korang semua dan juga readers setia aku.Aku harap korang semua akan terus menyokong aku.Sebab sokongan tak putus-putus koranglah sumber semangat aku untuk terus berkarya sambil berkongsi pengalaman-pengalaman hidup aku.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.




{ 13 comments.. read them below or add one }

Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 10 January, 2012
Terbaikkkkk . Saya jeless!# hehe
Intan Ellysa Intan Ellysa 10 January, 2012
terbaekkkk my fwenn ,, bangga munge ada kawan artis ni :P
CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 10 January, 2012
kahkahkah.. pewwwitt

retiss ni woi.. hakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 10 January, 2012
@Lyssa Faizureen

ngade ek lyssa.Hahahaha..jangan nak jeles2 la(merah2 pipi sambil hingus tak terkawal dek malu teramat).Hahaha..hmm..ada satu request ni..nanti sy gtau awak k :P
Boni JLL3 Boni JLL3 10 January, 2012
@CekbOlat-bOlat

hahaha..mane ada retis la..peserta je kot..hahahaha..sy biasa2 jer..
C i k P i p i T e m b a m C i k P i p i T e m b a m 10 January, 2012
tak perasan la yg mana 1.. hehe. kalau ada video kt youtube nnt letak jela kt blog ni , hahaha
yad'z yad'z 11 January, 2012
hahahhaa.. untunglahh dah jadikk retiss kann.. ehehehehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 12 January, 2012
@yad'z

adoi..bukan retiss lerr..peserta je la..haha
daimpressive daimpressive 20 April, 2012
femes rupenyer brother nih...
hidayah hidayah 19 May, 2012
ok.
saya gelak dengan ayat2 kat sini jugak.
hidayah hidayah 19 May, 2012
oh..baru hari nih perasan..
ok saya klik penaja minyak motor itu..
:)
len kali setiap kali singgah saya klik yek..!
Mr.PiNGu Mr.PiNGu 01 July, 2012
wa... masuk TV lol ko.. nasibla aku xde astro mmg aku xtgok TV hhuhuu..

artis la skrg artis.. glemer gler hehhe