Sejuta penghargaan kepada Lyssa Faizureen dan Yuyu Zulaikha kerana sudi singgah di teratak buruk aku ni

Assalamualaikum kepada peeps and readers.Hari ni aku tak tau nak tulis apa.Otak aku totally crash.Mood aku hilang terus tanpa mampu aku mengukir senyuman di bibir ni.Hmmm,namun aku tetap tabahkan diri dan hati aku terus menaip entri istimewa untuk korang pembaca-pembaca setia.Cuma korang je lah sumber kekuatan aku sekarang.Thanks a lot sebab selalu singgah ke sini dan terus memberi aku kekuatan dan semangat.

Hari ni aku nak buat entri khas untuk blogger-blogger istimewa dan antara blogger terkemuka juga di kalangan blogger-blogger yang lain.Special thanks to Lyssa Faizureen dan Yuyu Zulaikha yang sudi menjadi heroin untuk filem sulung aku.Tak lupa juga kepada Faezah(my best friend merangkap sifu blog aku).

 LYSSA FAIZUREEN

YUYU ZULAIKHA
FAEZAH


Aku amat-amat gembira dan teruja apabila teratak buruk aku ni dikunjungi oleh nama-nama besar dalam dunia blogger.Rasa sangat-sangat bertuah dan beruntung.Lyssa Faizureen(my best idole in blogger world) sebelum ni telah membuat kejutan besar kepada aku bila beliau singgah dan mengomen,dan semalam satu lagi kejutan besar apabila Yuyu Zulaikha pula yang singgah dan mengomen entri aku.Yang best nya,dorang setuju untuk berlakon dalam filem pertama arahan aku.Korang nak tau filem apa?Klik --> "DILEMPANG OMBAK".Tapi korang kena baca sampai habis baru korang leh tau sinopsis filem tersebut.Hahaha.

Honestly,sebenarnya benda-benda macam ni lah yang memberi aku kegembiraan dan semangat.Aku tetap manusia biasa yang ada perasaan.Bukan setiap saat aku akan sewel seperti biasa,ada masa-masanya aku akan dilanda EMO.Macam perempuan,setiap bulan akan datang bulan,lebih kurang jugak lah dengan aku..cuma bezanya aku tak berdarah je.Jadi,bila aku dah down..terlalu sukar untuk aku menerapkan kesewelan aku ke dalam entri.But,i'm so lucky.Sebab kehadiran blogger-blogger seperti yang aku sebut di atas sedikit sebanyak memberi aku semangat dan inspirasi.Dan tak lupa juga kat korang pembaca-pembaca setia aku.Special thanks to all of them and all of you my lovely readers.

Jadi,sebelum aku mengundurkan diri..izinkan aku untuk berkongsi dengan korang pengalaman dan kisah hidup aku.Kisah semasa pertama kali aku ajar orang memasukkan shout box ke dalam blog.

Kisah terjadi apabila Zabudin(salah seorang member)bertanya kat aku apa lagi yang perlu ada dalam blog?Setelah 24 jam aku meneliti blog beliau,baru aku tersedar yang blog beliau kekurangan shout box(tempat chat).Terus aku menyuruh beliau memasang shout box tersebut.Selepas memberitahu tentang kekurangan blog beliau itu,aku terus ke dapur dan meneguk segelas jus perapat untuk menghilangkan dahaga.

Selepas puas dengan aktiviti bermakna tu,aku kembali semula mendapatkan Zabudin.

"Bro!!Dah berapa kali aku cuba!!Tak menjerit-jerit pun kotak ni!!",teriak Zabudin.

Aku terus mendekati beliau dan melihat apa yang sedang dilakukan oleh Zabudin.Tanpa sedikitpun rasa serba salah mahupun segan silu,aku terus mematuk kepala beliau menggunakan gigi.

"BULLSIT!!Tanjat Boboi!!!Kau dah kenapa bro??!!Tiba-tiba kokak kepala aku ni??Kau nak makan aku macam dalam filem-filem zombi tu ke??!!",teriak Zabudin sambil menghunus setangkai bunga ros untuk dijadikan senjata mempertahankan diri.

"Kau tu yang dah kenapa??!!!Aku cakap SHOUT BOX!SHOUT BOX!!Yang kau pergi lekatkan kotak kasut kat laptop kau tu dah kenapa?!!",teriak aku sambil membedil seekor gorila tepat ke muka Zabudin.

Selepas kejadian tersebut,Zabudin terus menjauhkan diri daripada dunia yang serba canggih ini dan hidup jauh di dalam hutan belantara.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 12 January, 2012
Setuja penghargaan jugak kepada boni kerana tak putus putus menempek nama LYSSA FAIZUREEN di setiap entry nya . kehkehkeh . Terharruuuu tu T_T
Boni JLL3 Boni JLL3 12 January, 2012
@Lyssa Faizureen

ERRKKK..Setuja tu ape lyssa???hehehe..same2 lyssa..nantikan drama bersiri daripada sy k :P
Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 12 January, 2012
haha . opsss. tersasul pulakk =]
Boni JLL3 Boni JLL3 12 January, 2012
@Lyssa Faizureen

hahahaha..banyakkan minum jus buah cermai untuk hilangkan masalah tersasul..heh heh
fae jamal fae jamal 12 January, 2012
terima kasih boni atas penghargaan ini! sungguh teruja! :D

adoyai, lepas ni drama ape pulak yg keluar!

ohh ya, for ur information, setiap kali masuk belog boni hati mesty rasa happy! so chaiyok2 boni utk buat ktorg happy! yeay!:D
Boni JLL3 Boni JLL3 12 January, 2012
@fae jamal

hahaha.sama2 fae..drama ape??heh heh..kene tunggu.....hehehe
DianaAzis DianaAzis 12 January, 2012
Err.. wah.. glamournya dia..
DianaAzis DianaAzis 12 January, 2012
Kahkahkah.. shoe box pun boleh ok...
Boni JLL3 Boni JLL3 12 January, 2012
@DianaAzis

hahahahaha..tak pasal2 dicop glamer..hahaha..mane ada lah..biasa2 je ni..hmm..shoe box..hahahaha..sengal punya zabidin.. :P