Tips : Mengelak Dari Kehilangan Idea Menaip Entri Di blog

Tak boleh tidur plak sekarang ni.Aku dah cuba memaksa mata ni untuk pejam,tapi tetap juga ia terjegil seolah-olah sedang melihat seekor kucing tengah beranak pinak.Last-last,aku terpaksa rampas laptop adik aku buat kali ke dua pada hari ni untuk menempiaskan nafsu berblogging aku ni.Dan dua kali jugalah aku merasuah beliau dengan secupak choki-choki.Finally,bertemankan laptop dan sebatang choki-choki di bibir,aku akhirnya temui kebahgiaan dengan menaip entri di tengah-tengah kesunyian pagi.

Kali ni aku nak kongsi serba sikit pengalaman aku dalam bidang blog ni.Aku bukanlah seorang blogger yang hebat pun,banyak entri-entri aku adalah entri merapu meraban yang memungkinkan aku dilempang laju-laju oleh pembaca-pembaca.Hahaha.Nak buat macam mana,dah memang itu kepakaran aku.Lain daripada tu,aku pakar dalam mengorek hidung.Hahaha.Tapi untuk entri kali ni,aku cuba serius(sambil mengetatkan keseluruhan urat muka aku).

Entri kali ni aku nak memberi sedikit tips tentang mengelakkan diri dari kehilangan-kehilangan idea ketika menaip entri.Benda ni sememangnya menjadi kebiasaan kepada para blogger dan aku sendiri pun kadang-kadang sering alaminya.Perkara sebeginilah kadang-kadang sedikit sebanyak mencacatkan penulisan kita di blog.



Ok,tanpa membuang masa dan masa,aku akan terus berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku pelajari dari pengalaman aku.

  • Jangan menaip ketika kepala korang sedang serabut dengan masalah.                                                     -Ini amat penting.Lainlah kalau korang seorang blogger yang boleh menyerap segala tekanan tu dan menggantikan ia dengan idea-idea bernas.Jika tidak,entri kita akan menjadi kurang ummphh.
  • Jangan malas untuk perah idea.                               - Kebanyakan blogger(bukan semua)kadang-kadang seperti malas untuk berfikir.Dia hanya menaip mengikut kesedapan jari jemari sahaja.Kadang-kadang,bila kita menaip tanpa berfikir,entri kita akan menjadi sangat biasa.Bila reader membacanya,ia akan menjadi hambar.Disinilah yang membezakan antara blogger yang berfikir dan juga blogger yang hanya hentam keromo.Entri yang bermutu dan tidak bermutu.Dan salah satu faktor yang menyebabkan kita sering kehilangan idea untuk menaip entri ialah kerana kita tidak memerah otak kita supaya berfikir.Otak akan jadi malas.
  • Ikhlas semasa menaip entri                                   -Jika korang ikhlas,insyaAllah idea-idea itu akan datang bertalu-talu tanpa korang sedari.Jangan menaip kerana dambakan sesuatu.Dan ada juga yang mengeluh,"Readers saya sikitlah.Rasa macam penat je update entri hari-hari." Korang jangan risau,sebab readers akan bertambah sikit demi sikit.Asalkan korang ikhlas dan entri korang menarik,InsyaAllah readers semakin hari semakin bertambah.Tak perlu risaukan semua tu.Yang penting,jangan mudah putus asa.
  • Fokus dalam apa yang hendak ditaip                           -Fokus ni sebenarnya amat penting dalam apa pun yang kita lakukan.Jika tiada fokus,memang apa yang dilakukan takkan menjadi.Dalam arena berblogging,fokus juga amat penting.Terpulang pada korang semua nak fokus cara bagaimana.Macam aku,setiap kali aku dapat idea untuk menulis,aku akan terus fokus tanpa memikirkan perkara-perkara yang lain.Kerana jika kita berfikir perkara-perkara yang lain walaupun perkara yang remeh,ia mampu mengganggu otak kita daripada menghasilkan sesuatu yang menarik.
  • Jadikan sesuatu sebagai sumber semangat                      -Mungkin korang tak perasan.Sebenarnya semangat juga memainkan peranan penting dalam kita menaip.Jika kurang semangat,nak jadi apa entri korang tu?Mana nak datangnya idea?Kadang-kadang bila semangat kian hilang,korang kena bijak menaikkan semula semangat tu.Macam aku sendiri,jika semangat aku mulai luntur,aku akan terus berfikir tentang blogger-blogger hebat dan menjadikan mereka sebagai inspirasi.Alhamdulillah,aku semakin kuat untuk terus menaip dan menghiburkan readers setia aku.
Jadi,setakat ni sahaja aku mampu memikirkan strategi-strategi berkesan di atas pengalaman-pengalaman cetek aku ni.Aku ni sebenarnya bukanlah seorang blogger yang mampu menzahirkan perkara-perkara serius dan memerlukan pemerahan otak macam ni,sebab aku dilahirkan untuk menzahirkan sesuatu yang merapu meraban.Hahaha.Tapi untuk entri kali ni,aku cuba menghasilkan sesuatu yang lain dari sebelum ni.Kadang-kadang rasa seronok juga menaip benda-benda serius macam ni.Tapi kadang-kadang aku rasa macam aku ni tak sesuai untuk menaip perkara-perkara macam ni.Hahaha.Jadi,mana-mana yang aku tersilap kata,aku minta maaf banyak-banyak.Aku ni hanya menaip dan tak semua orang akan menyukai apa yang aku taip.Jadi,ampun dan maaf aku pinta jika ada yang tidak menyenangi.Selamat pagi aku ucapkan kepada yang belum tidur lagi tu.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

{ 12 comments.. read them below or add one }

SnowladieS SnowladieS 20 January, 2012
Jangan menaip ketika kepala korang sedang serabut dengan masalah itu sangat betullllllll sekali ok haha
Boni JLL3 Boni JLL3 20 January, 2012
@SnowladieS

hahahahaha..yeah..itu sangat2 betul..hehehe
izzat izzat 20 January, 2012
hah..tudia ...mmag bernas idea tu,,tq sbb kongsi...
klik sini juga
benjo benjo 20 January, 2012
artikel yang bermnfaat la...tekiu..done follow u
Boni JLL3 Boni JLL3 20 January, 2012
@izzat

sama2 bro..sama2 kita berkongsi pendapat dan pengalaman.. :)
Boni JLL3 Boni JLL3 20 January, 2012
@benjo

hahaha.thanks..sekadar berkongsi pengalaman.yang baik kita jadikan ikutan dan yang tak baik kita jadi sempadan..hehe.. :)
Cik FaRiZaM Cik FaRiZaM 20 January, 2012
good info....tq bro......time stress mmg malas nak update blog..melainkan dah ada siap2 bahan yg dah di buat sblm ni... :)
fae jamal fae jamal 20 January, 2012
setuju sgt dgn entry ini ! :D
DianaAzis DianaAzis 20 January, 2012
Nice info..tapi kadang2 lost jugak nak wat entry.. camne nih??
Boni JLL3 Boni JLL3 21 January, 2012
@Cik FaRiZaM

hahaha..betul..kalau takut tiba2 stress datang,bih baik sediakan bahan sebelum menaip..itu lebih afdal..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 21 January, 2012
@DianaAzis

kalau lost gak,minum jus lipas terbang..hakhakhak