Wajah aku terpampang di Astro Ria.

Hari ni tak pasal-pasal aku update entri time-time nak senja.Apa kejadahnya semua ni berlaku?Aku pun pelik jugak ni.Kenapa jari-jemari tangkas mengorek hidung aku ni tak nak menaip siang-siang tadi semasa banyak masa yang terluang?Kenapa time-time yang agak singkat ni jugak yang dia pilih?Nak aku dera,jari diri sendiri plak.Terpaksalah aku bersabar.Nasib baiklah semalam CIK LYSSA FAIZUREEN(Antara Blogger Terkemuka Tanah Air) yang tomey-tomey singgah blog aku,terus perasaan marah tu bertukar menjadi perasaan sayang.Hahahaha.Boleh macam ni? 

Sebelum aku kembali ke tajuk di atas,bolehlah kiranya aku diizinkan untuk berceloteh-celoteh  kejap?Hahaha.Cakap pasal Cik Lyssa Faizureen ni,sampai ke hari ni lagi aku masih terngiang-ngiang detik sejarah tercipta semalam.Satu persatu kejutan aku terima sejak aku mula aktif berblog ni pada bulan Oktober tahun 2011.Antaranya ialah saat Bro Zarul UMBRELLA menjadi folower aku.Selepas itu ramai lagi blogger-blogger yang berpengalaman luas menjadi follower aku.Antaranya ialah CIK FAE dan CIK MIA MEYMI.Tak lupa juga kepada manusia yang mengenalkan aku kepada dunia blogger ni iaitu BRO LOKMAN NAHARI.(Rasa nak lempang beliau laju-laju sebab buat aku ketagih berblog).Dan yang paling best,mereka semua menjadi sahabat baik sampai sekarang dan saling bertukar-tukar pendapat.Dan tak lupa juga ada seorang blogger yang menjadikan aku salah seorang daripada blogger pilihan beliau yang selalu beliau kunjungi..Aku agak terkejut sebab beliau menyenaraikan aku bersama Bro Ben Ashaari  dan Cik Lyssa Faizureen dalam entri yang bertajuk "Andai Aku Blogger Popular".Haha.Agak kelakar sebab aku tersenarai sekali dalam pilihan dia tu.Apa-apapun thanks kepada adik SALWANI.Abang betul-betul rasa dihargai.Apa yang penting ialah keikhlasan dalam apa pun yang kita lakukan.InsyaAllah jika ada sifat itu,apa pun yang kita lakukan akan mencapai kejayaan.



Jadi,sebelum aku dilemparkan kata-kata kesat oleh para readers,lebih baik aku straight to the pointed yes it isn't.Apa kejadahnya wajah aku yang tak berapa nak siap ni terpampang kat Astro Ria?Adakah aku ditangkap kerana memiliki dadah bernilai RM500,000,000,000?Tak mungkin.Adakah aku disaman oleh Cik Lyssa?Lagi lah tak mungkin sebab aku tak pernah mengutuk mengumpat apatah lagi mengeji beliau.Yang sebenarnya,muka aku terpampang disebabkan Astro telahpun mengulang tayang Rancangan Jangan Lupa Lirik Musim ke 3.Wah..Rasa glamer lah kejap.Hahahaha.Tapi yang paling tak mengebestkan ialah rancangan tu ditayangkan pukul 5.30 petang tadi.Time tu aku masih lagi tercangak kat ofis.Macam-macam aku lakukan untuk balik awal ke rumah dan menonton diri sendiri kat tb.Aku menyamar jadi mangkuk jamban,aku menyamar jadi pekerja ofis sebelah,aku menyamar jadi cleaner,aku menyamar jadi salesman,namun semua tu tak berjaya mengaburi mata bos aku.Lastly,aku terlepas juga program tu.Haha.Padan muka dengan aku.Siap dapat warning letter lagi daripada bos aku.Hahahaha.Dia siap sound aku.Sekali lagi aku menyamar jadi kucing pastu sendeng-sendeng kat kaki beliau,beliau tak teragak-agak untuk call hospital sakit jiwa!Pergh..Sentap seketika aku lepas tu.Terus insaf aku dengan perbuatan-perbuatan aku tu.Nasib baik aku dapat last warning,kalau aku dapat surat first warning tadi?Tak ke aku akan ulangi kesewelan aku tu lagi?Hahahaha.

Ok lah..setakat ini lah entri aku.Otak aku ni aktif daripada pukul 8 pagi ke 6 petang je.Lebih daripada tu,aku dah jadi seorang yang bengap dan tongong.Jadi,aku tak berapa banyak idea nak menulis time-time ni.Dah lah.Bye-bye je lah.Hahaha.


*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button share/like dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

{ 23 comments.. read them below or add one }

Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 05 January, 2012
Waahhhhh . Panjang gilerr entrii . peningg lalat nak baca . Tapi , baca jugak kesemua nya . heheh . Banyak btol nama Lyssa Faizureen di-mentionkan . Terima Kasihh ;)


Ehh .. dia femes ! Muka masukk TV . aI jelesss giler ok ! huhuhu :)
Boni JLL3 Boni JLL3 05 January, 2012
@Lyssa Faizureen
hahahaha..jangan;ah pening lalat..cukuplah sekadar pening nyamuk..hahahaha..same2 lyssa.

Hahahaha..mane ada femes..hahaha..dia tu yang sepatutnya dijeleskan.hakhakhakhakhakhak..anyway,thanks tau lyssa sudi lagi singgah n komen entri yang tak berapa ak megah nih..hahahha
C i k P i p i T e m b a m C i k P i p i T e m b a m 05 January, 2012
hahaha. tak senonoh betul..kelakar la awok nieee.. suka suka suka ! :p
El-Janna El-Janna 05 January, 2012
hmm org femes.. hmmm

kehi99
nur salwani nur salwani 06 January, 2012
This comment has been removed by the author.
nur salwani nur salwani 06 January, 2012
haha fuhyoo Jll tuh =)..harap2 satu hari nnti .nama abg sebaris dgn nama kak lyssa semua ..=)! eh2 , alahai hensem nyee gambar kt atas tuhh ...mcm pasha ungu lahh dgn cermin mata nya .haaha .kembang lerr tuuh ..hikhik
Boni JLL3 Boni JLL3 06 January, 2012
@C i k P i p i T e m b a m
hahahahaha..kenapa plak tak senonoh??adoi..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 06 January, 2012
@El-Janna
hahaha..mane ada femes..biasa2 je kot..ahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 06 January, 2012
@nur salwani
harap-harap..dan harap juga akan menjadi lagenda dalam dunia blogging ni..ahaha..henseM??wah..terima kasih..tapi bukan macam Justin Bieber ker??hakhakhakhakahkhak :P
ieyza afieyna ieyza afieyna 06 January, 2012
untung lar dpt masuk tv.. ;) hehe....

follow cnie..
Boni JLL3 Boni JLL3 06 January, 2012
@ieyza afieyna

hahahaha..ala,kejap jer..bukan lama pun..hehehe
eeiyss eeiyss 06 January, 2012
singgah baca entri ni..teng sebab melawat teratak si faqir 'ilmu~ fllow anda... check kat shoutbox
eeiyss eeiyss 06 January, 2012
shoutbox xleh tinggai mesej lak..hohoho...follow di 464th
★ SAZZA MULQAN ★ ★ SAZZA MULQAN ★ 06 January, 2012
Amboih! Femes dah dia! :D

Nak sain! ;)
Boni JLL3 Boni JLL3 06 January, 2012
@★ SAZZA MULQAN ★

hahahaha..mane ada femes...biasa2 jerk..hahaha..hurm,meh nak sign kat dahi tuh..hahaha
DianaAzis DianaAzis 08 January, 2012
Ingatkan entry pendek je.. bila dah baca dari satu perenggan ke perenggan, panjang la jugak dlm tak de idea dia tu..huhu.. Uiks, retis la dia..Nak sain.. :)
Boni JLL3 Boni JLL3 08 January, 2012
@DianaAzis
hakhakhakhak..panjang ke??hehehe..bila da start menaip da tak sedar panjang ke pendek.hehehehehe..meh,nak sain kat dahi tuh..hahahaha
fae jamal fae jamal 10 January, 2012
boni paling femes sebab masuk tv! eheh;)
Boni JLL3 Boni JLL3 10 January, 2012
@fae jamal

ngade ek..hahahaha..mane ada femes..hehehehe..biasa2 jek..
PotiaCasaDelarossa PotiaCasaDelarossa 23 September, 2012
ekekekek... baca ayat entry ko nih buat wa jadi biol... entry mcmni boleh wat drama ni... mohon salin ekekekeke... lu ni lawak orgnyer bro... kim salam kat Lyssa ye... tanya dia hutang teh o ais dulu tu bila nak bayar ekekekek