Cerita Lawak : Julia Ziegler Tertengok Sesuatu Yang Mengerikan

Baru kejap tadi aku layan drama yang bertajuk "Aku Suka Benci Kamu" kat Astro Ria. Cerita dia bagi aku, sangat best dan cool. Walaupun kisah cinta, tapi jalan cerita dia cool dan kelakar. Memang kena dengan citarasa aku. Aku sampai terkekek-kekek gelak tengok cerita tu. Bagi aku, itu antara drama yang best kat astro. Tahniah kepada pengarah dan penulis skrip yang menghasilkan cerita cool macam tu. Drama tu diterajui oleh Jehan Miskin sebagai hero dan Julia Ziegler sebagai heroin. Kisah dua orang yang sangat-sangat membenci antara satu sama lain tapi sebenarnya dalam hati tersirat satu perasaan suka antara satu sama lain. Cinta dorang terlerai semasa dorang tersadai di sebuah pulau di mana baru dorang sedar yang dorang sebenarnya need each other. Jalan cerita sebenarnya biasa je, tapi pengisian setiap babak tu diselitkan unsur-unsur komedi sengal dan sedikit unsur-unsur romantik. Itu yang membuat drama tu sangat menarik untuk ditonton. Tapi yang buat aku tertarik adalah pada Julia Ziegler yang sangat cun meletup. Wah, sampai sekarang aku masih terngiang muka Julia Ziegler tu. 

julia ziegler


Bercerita pasal Julia Ziegler tu, aku teringat satu kisah. Masa tu aku atas motor, sedang menanti traffic light bertukar ke hijau. Trafic light tu memang agak chilakos sikit sebab kadang-kadang sampai 5 minit baru lah bertukar. Cuba korang bayangkan kalau korang betul-betul tak tahan nak terberak. Najis Mughalazah korang betul-betul di hujung-hujung jubur korang. Rasa macam ada batang kayu je dalam jubur, sampaikan dah tak boleh dikemut lagi. Apa akan jadi kat korang? Dan apa yang korang akan buat dalam situasi tersebut? Kalau nak langgar lampu traffic light, polis dah tunggu kat depan. Nak dijadikan cerita, masa tu memang aku tengah tak tahan nak terberak. Korang tau betapa seksanya aku menanggung azab sengsara tersebut. Berpeluh-peluh dahi aku. Tercungap-cungap nafas aku. Turun naik turun naik bontot aku. Lepas aku terperasan orang sekeliling tengah tengok, terpaksa aku buat-buat tengah bersenam atas motor. Nasib baik aku teringat pesan orang tua-tua a.k.a PETUA . Aku terus terkumat-kamit menyebut "Kepala jubur" sebanyak yang mungkin. Korang pernah dengar tak petua ni? Tak tau lah samada aku kena tipu. Kalau aku kena tipu maknanya aku pun menipu korang lah ni. Hahahaha. 

Tengah aku menahan azab tu, secara tiba-tiba Julia Ziegler melintas depan aku. Dia pandang dan senyum kat aku. Aku pun cuba melemparkan satu senyuman yang paling indah di mata dia, manalah tau kalau-kalau dia boleh tergoda dan terpikat dengan aku. Tapi nampaknya hari tu adalah hari yang agak malang bagi aku. Senyuman yang aku cuba lemparkan menjadi sebaliknya. Wajah aku secara automatiknya menjadi wajah buruk orang yang sedang meneran berak batu. Macam muka Menteri Fasola dalam filem "Laksamana Do Re Mi" masa di'stalker' oleh Do,Re dan Mi. Agak menyedihkan bila aku nampak muka Julia Ziegler berubah pucat dan dia terus kelam kabut mempercepatkan langkahnya melintas aku. Pergh!! Satu tragedi malang untuk aku. Melepas aku!! Kalau tak, dah tentu aku dapat nombor telefon dia. Dan kalau tak pasal tu, dah tentu aku tak single macam ni, dah tentu aku merangkap kapel Julia Ziegler dan hari ni aku tengah date dengan dia kat Mydin. Hahahaha.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button SHARE/LIKE dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

{ 39 comments.. read them below or add one }

Boni JLL3 Boni JLL3 06 February, 2012
@Mr.PinGu

hehehehe..kelakar tapi terseksa.hakhakhak
DianaAzis DianaAzis 06 February, 2012
Ahahaha.. saya memang pernah dengar petua tu tapi tak pernah pun buat.. kelakar giler muka sampai disangka hantu..huhu :D
Boni JLL3 Boni JLL3 06 February, 2012
@DianaAzis

hahaha..kan?maknanya betul la petua tu>hehehehe
madammondoq madammondoq 06 February, 2012
Julia Ziegler pulak dahh.. haha... adakah lepas ni maya karin pulak?
mira maisara mira maisara 06 February, 2012
wakaka..lepas nie make sure 'kosongkan' before kua jenjalan oke :D
Emy Sharmimi Nadia Emy Sharmimi Nadia 06 February, 2012
takpe..nty jmplah dgn julia lg..
keeya mustafa keeya mustafa 06 February, 2012
boni jiwang!!! hee~ fillin gile tgk cite..ni kalau tgk cite cintan sedih2 mesti lyn meraung jgk ni..huahuahua
Zarul Zarul 07 February, 2012
@madammondoq tunggu jelah madam..silap2 madam pun jadi bahan wakaka
Zarul Zarul 07 February, 2012
jubur kepala nyer petua da betul dah tu
si kiut lavender si kiut lavender 07 February, 2012
kahkahkah...had0i.....agak2 Julia terbau sesuatu x...kekeke..

tentang petua tuh xplak penah dgrnya..:D
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 08 February, 2012
ahahaa..lawak laa cerita ni..;p

ye2 je jmpa julia ziegler tu..ntah2 pelanduk 2 serupa..kekekeke ;p
teha teha 08 February, 2012
hahaha ! berangan jee nie
nur salwani nur salwani 09 February, 2012
hahaha ..kan dah lari julia ..dah melepas nk naek pelamin dgn die .haha
Akemi Akemi 10 February, 2012
Hahaha..mesti nnt ade lagi kn kat astro..nak tgk la..huhuhu
fae jamal fae jamal 17 February, 2012
hahahahaaha...lawak betul kan..melepas la nak dpt Julia Ziegler tu..hehe
Ika Ika 17 February, 2012
kesian julia. hahah.
Diana Azis Diana Azis 24 February, 2012
Mana awak menghilang lama sangat tak muncul2 neh?
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@madammondoq

kemungkinan besar madam kot.heh heh :P
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@mira maisara

da kosongkan da..tetibe je penuh balik..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@Emy Sharmimi Nadia

hahahaha..harap2 lah..amin..hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@keeya mustafa

hahahahaha..mane ada feelin la..hahahaha..ganas ni..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@Zarul

hahahahaha..yeke?/maknanya betullah petua tu ek..haha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@si kiut lavender

mgkin jgak..sebab tu muka dia berubah...hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@Juliet_iRa~"

hehehehehehe..jangan la marah..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@teha

pisang berangan ke buah berangan??hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@nur salwani

pergh..kalau naik pelamin dengan dia ni, kena stanby duit belanja lebih..high maintanance ni..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@Akemi

kompem ada..astro kan suka ulang2 cerita
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@fae jamal

hahahahaha..itu la pasalnyer..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@Ika

aik..julia plak.patutnya kesian kat saya la..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@Cik Nurul

hahahaha..thanks cik nurul )
hidayah hidayah 17 May, 2012
huargghhh...huaargghhhh...
huuaarggghhh..

saya gelak. ok.