Warkah Buat Seorang Sahabat

Assalamualaikum peeps,readers dan kesemua rakan-rakanku lebih-lebih lagi rakan-rakan yang berada di Selayang,tanah tercinta aku. Thanks kepada korang semua masih lagi sudi dan setia menjenguk blog usang ini sambil membelek-belek setiap entri yang berada di dalamnya.

First of all, aku nak ucapkan jutaan maaf kepada korang kerana sudah lama tidak meng’update’ entri aku untuk dijadikan tatapan mata dan rohaniah korang. Maafkan aku kerana tidak lagi menghidangkan cerita-cerita menarik yang mampu menghilangkan segala rasa sedih, stress, kecewa dan sebagainya. Aku minta maaf lagi sekali kerana tidak konsisten untuk menghiburkan korang. Buat masa sekarang ni, aku perlukan sedikit masa dan ruang untuk aku tenangkan jiwa dan perasaan aku. Berbagai dugaan yang sedang aku tempuhi saat ini sehinggakan kadangkala aku rasakan yang aku tidak mampu lagi untuk menepis dan mempertahankan diri dari terus diterjah, diserang, dibelasah, diterajang oleh dugaan ini. Ia datang dari setiap penjuru. Atas, bawah, kiri mahupun kanan aku. Aku sendiri tidak pasti selama mana lagi aku mampu bertahan.

Doa korang semua aku sangat-sangat perlukan saat dan ketika ini untuk membantu aku lebih tabah untuk terus berhadapan dengan dugaan itu. Aku akan sedaya upaya melawan hinggalah ke titisan darah terakhir. Doakan aku agar aku tidak rebah tersungkur di tengah-tengah medan perjuangan ini. Doakan aku agar terus tabah untuk bertahan. Aku sangat-sangat berharap. Apa lagi pada tarikh 13 Februari 2012, seorang sahabat yang aku anggap seperti adik beradik telah pergi meninggalkan aku dan dunia ini. Semangat aku bertambah luntur. Beliau pergi ketika aku benar-benar hampir tersungkur. Beliau meninggalkan aku dengan satu kekesalan yang tak terhingga dalam diri aku. Beliau pergi dengan membiarkan aku sendirian merasa bersalah yang teramat. Aku benar-benar rasa berdosa kepada dirinya. Sebelum meninggal dunia, arwah beria-ria mempelawa aku untuk datang ke kenduri adiknya. Beliau hendakkan aku menjadi penanggah untuk membantu meringankan bebannya sedikit. Beria-ria beliau mempelawa aku. Dan yang paling menyentap perasaan aku, beliau seboleh-bolehnya mahu mendengar aku menyanyi semasa kenduri itu.  Namun, disebabkan dugaan dan masalah yang sedang menimpa diri aku ketika itu, aku tidak hadir. Berbagai-bagai alasan aku beri untuk mengelak. Dan itulah akibatnya. Sampai sekarang perasaan bersalah itu sangat-sangat menghantui diri aku. Apa lagi apabila beliau seperti merajuk dan makan hati dengan aku sejak daripada hari itu. Aku benar-benar rasa bersalah kerana tidak sempat untuk mengucapkan kata maaf kepada dirinya. Perasaan berdosa terhadap seorang sahabat benar-benar melemahkan diri  dan semangat aku. Jiwa aku kosong. Fikiran aku melayang. Setiap saat aku asyik memikirkan tentang perkara tu.

Saat aku terima mesej dari sahabat-sahabat yang lain mengatakan arwah sudah tiada, aku seolah-olah jadi orang bodoh. Aku terpinga-pinga. Hati aku seolah-olah tidak menerima apa yang berlaku itu. Aku betul-betul tersentap. Dari perasaan terkejut, sedikit demi sedikit perasaan itu berubah menjadi sebak. Tanpa melengahkan masa, aku terus bergerak menuju ke rumah arwah. Masa aku sampai, arwah baru  siap dimandikan. Saat aku melihat wajah beliau, serta merta perasaan sebak dan bersalah menghantui jiwa aku. Sahabat yang lain memberitahu yang arwah meninggal ketika tidur kerana serangan jantung. Aku terkaku. Aku mengawal sehabis mungkin agar air mata tidak mengalir keluar dari kelopak mata aku. Saat dikebumikan pun, aku masih lagi mampu mengawal segala perasaan itu. 




 Tapi, bila aku jejakkan kaki ke rumah, serta merta perasaan sebak berleluasa dalam jiwa aku. Aku terduduk. Apa lagi bila mengenangkan dosa aku kepada arwah. Sejujurnya, aku hanya mampu berdoa dan berharap yang arwah telah pun memaafkan dosa aku sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Dan di kesempatan ini juga, aku ingin memohon sejuta kemaafan kepada sahabat-sahabat yang lain. Bukan sengaja aku menolak permintaan korang, menolak pelawaan korang, atau menjauhkan diri daripada korang. Sesungguhnya aku sedang berperang dengan satu musibah yang sedang hebat menekan-nekan hidup aku. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku tak mahu lagi hidup di dalam perasaan bersalah kerana melukai hati korang. Cukuplah sekali ni.. Aku tak sanggup lagi..

Minta maaf jikalau entri kali ni sangat berbeza dengan sebelum-sebelum. Cuma, aku tak tahu nak mengadu dan luah kat siapa. Jika sebelum ni, pemergian arwah nenek yang tersayang masih mampu aku kawal perasaan , tapi tidak kali ni. Aku dah hampir-hampir tertewas dengan segala macam dugaan.

Setiap kenangan bersama Allahyarham akan aku sematkan di dalam jiwa. Insan yang sama-sama membesar dan bersekolah di sekolah menengah yang sama, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights. Namun, semasa alam persekolahan, kami hanya kawan biasa-biasa sahaja. Mula rapat dengan beliau..kalau tak silap pada umur 18 tahun. Namun, banyak kisah panas terjadi antara aku dan beliau. Aku masih ingat lagi. Kitorang selalu bergaduh dan bertengkar. Semuanya disebabkan bola dan futsal. Selepas insiden-insiden itu, aku mula memahami diri beliau. Walaupun beliau agak kasar, namun hatinya sangat baik. Dia sentiasa berada di saat susah dan senang kami semua. Perjalanan hidup beliau berakhir selepas 26 tahun 3 bulan hidup di dalam atas muka bumi ini. Aku benar-benar tak sangka.... permintaan beliau semasa kenduri adiknya, adalah permintaan terakhir beliau kepada aku.....

Dikesempatan ini, aku ingin meminta korang juga untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat aku. Sekurang-kurangnya, ini  yang termampu aku lakukan untuk meringankan sedikit rasa bersalah aku kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin....

Al-Fatihah kepada Allahyarham Azmir Bin Md Arop.





- Pemergian arwah merapatkan lagi ukhwah sahabat-sahabat yang pernah bernaung di bawah bumbung Sekolah Menengah Ideal Height.


Buat Sahabat..




InsyaAllah aku akan balas segala komen-komen , mesej-mesej di facebook dan di blog setelah selesai segala dugaan dan musibah yang melanda. Aku perlukan doa dan sokongan korang semua. Doakan yang terbaik untuk aku. Buat masa sekarang, aku perlukan sedikit masa dan ruang untuk aku tenangkan jiwa.


{ 14 comments.. read them below or add one }

Miss Butterfly Miss Butterfly 24 February, 2012
sabar oke? yang penting banyakkan sedekah alFatihah dan ayat2 alQuran kat arwah. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh :)
Diana Azis Diana Azis 25 February, 2012
Al-Fatihah untuk arwah...

walaupun saya belum pernah mengalami, tapi saya rasa saya faham apa yang awak lalui..apa yang dah berlalu tu, tetap dah berlalu..sebagai tanda sayang seorang sahabat, apa yang mampu awak buat sekarang, ingat dia dalam setiap doa..sedekahkan apa yang patut untuk membantu dia di alam sana. :)
nur salwani nur salwani 25 February, 2012
sedih ~~~
tersentuh bila membaca nya .kawan yg bgi kita
semoga arwah di cucuri rahmat ,
be strong ya abg boni :)
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 25 February, 2012
Al Fatihah..
Salam Takziah Bro...
Banyakkan bersabar & Tabah Dengan Dugaan ini.
Mungkin Allah Lebih sygkan dia .
Moga Arwah di cucuri Rahmat & Di tempatkan bersama di kalangan org2 beriman..amin
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@Diana Azis

thanks diana..insyaAllah saya akan sedekahkan arwah setiap hari....semoga roh dia kan sentiasa tenang di alam sana..
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@nur salwani

thanks salwani..abg akan sentiasa kuatkan semangat ni.. :)
Boni JLL3 Boni JLL3 25 February, 2012
@SuparMan SuaRez

thanks bro :)
thanks jugak sebab doakan arwah.. :)
teha teha 25 February, 2012
hey . be strong oke.. btw , al-fatihah utk arwah :)
wanabee wanabee 27 February, 2012
Al-Fatihah :')

bertuah nya kalau dpt sahabat yg selalu ingat dan doakan utk kita bila arwah nanti ...
Boni JLL3 Boni JLL3 27 February, 2012
@wanabee

thanks sebab sudi sedekahkan alfatihah kepada sahabat saya..hurm..memang itu kewajipan kita sebagai seorang sahabat kan? macam tu juga pada ahli keluarga kita yang dah meninggal dunia, kita kena selalu sedekahkan mereka dengan ayat2 suci supaya mereka tenteram di sana...insyaAllah