Cerita Lawak : Apabila Digoda Dan Ingin Di*#^*% Oleh Kaum Sejenis

Selamat hari Isnaini kepada semua pembaca-pembaca setia blog aku yang masih lagi setia membaca entri-entri aku ni. Alhamdulillah, semakin hari semakin bertambah pembaca dan peminat-peminat misteri aku sekarang ni. Hingga pernah satu hari aku mendapat satu jambangan bunga taik ayam daripada seseorang yang menggelarkan dirinya 'Adix Jijah Jenahak'. Siap dengan surat cinta tulisan tangannya yang buruk tu. OMG! OMG!

 Jadi, sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga kepada beliau, aku akan publishkan isi kandungan surat cinta tersebut di entri kali ni.


Ahbunx Boni,
Http://bonijll3.blogspot.com,
Malaysia.

Adix Jijah Jenahak,
112,Lebuhraya 4,
Taman Bidara Selayang,
63456 Batu Caves,
Melaka.                                                                                                                            1 MAC 2012. 


Ahbunx Boni

Perkara:   BUNGA TAIK AYAM SEBAGAI TANDA CINTA

                                                                   
Kepada ahbunx Boni , 

      Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya Adix Jijah Jenahak ingin memberitahukan ahbunx yang Adix Jijah Jenahak  hari-hari baca entri ahbunx. Adix Jijah Jenahak sangat-sangat suka dengan entri-entri ahbunx tu. Sampaikan pernah sekali wajah Adix Jijah Jenahak pernah tersembam dalam mangkuk jamban sebab ketawa terkekek-kekek. Masa tu Adix Jijah Jenahak online dalam bilik air sebab curi wifi jiran sebelah. Dalam bilik air je kaverej dia kuat. Saya harap-harap sangat ahbunx akan terus mencipta entri-entri sawan sengal macam selalu tu ye. Bunga taik ayam tu Adix Jijah Jenahak hadiahkan kat ahbunx sebagai tanda cinta Adix Jijah Jenahak kepada ahbunx. Kalau ahbunx rasa rindu kat Adix Jijah Jenahak, ahbunx tataplah gambar Neelofa kerana wajah Adix Jijah Jenahak saling tak tumpah macam beliau. Yang membezakan kami cuma taik lalat je. Adix Jijah Jenahak tak ada taik lalat kat pipi tapi ada kat gigi.

Yang ikhlas mencintaimu,

ADIX JIJAH JENAHAK.



Pergh. Aku memang rasa bangga. Meleleh-leleh hingus aku seminggu. Tapi bukan kisah ni yang aku nak jadikan tajuk utama. Cerita hari ni berkisar tentang pengalaman aku digoda oleh kawan aku sendiri. Taik betul! Kalau perempuan takpe, ini yang sama-sama ada belalai gajah. Pergh. Sentap mak.(sambil meletak jari manis di bibir dan buat muka manja

Kisah terjadi suatu ketika dulu di mana aku baru je bangun daripada tidur yang lena. Dalam kepala yang mamai tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi mesej handphone. Bergegar-gegar peha aku dek vibrate handphone tu. Aku seluk tangan dalam spender kaler merah menyala yang aku sarung untuk mengeluarkan handphone yang tersimpan rapi kat situ.

Kelihatan beberapa helai bulu pusat juga turut berada di dalam genggaman di samping handphone tersebut. Aku menekan butang untuk membaca isi kandungan mesej tersebut.

" Huh! What this is?!! Liwat aku??!!",teriak aku di atas katil. Terkejut benar aku masa tu selepas membaca mesej tersebut. Peluh secara tiba-tiba mengalir dari dahi dan melunturkan taik mata dan juga bedak sejuk aku. Bulu roma aku meremang. Aku melihat nama manusia yang mengirim mesej tersebut. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat nama kawan tadika aku tertera di skrin. Daniel Yosyos Jubuik.

Aku semakin gelisah. Fikiran aku melayang-layang. Serta merta bayangan wajah Daniel Yosyos Jubuik bermain di dalam minda aku. 



Aku cuba memadam bayangan tu, namun ia masih menghantui sanubari. Aku dah tak tertahan lagi. Muntah hampir-hampir menumbuk halkum aku. Setelah hampir terburai di atas katil, aku segera berlari pecut menuju ke jamban. Hampir 1 jam 34 minit 09 saat aku muntah. 

Hari tu aku dah jadi tak keruan. Seharian aku dalam rumah. Pintu tingkap semuanya aku kunci. Sampaikan aku menyarung cawat besi. What da fish!! Aku dah tak tentu arah. Sesekali aku mengintai-ngintai keadaan luar rumah melalui bumbung. Kerisauan aku mula memuncak apabila aku terlihat satu kereta yang sangat-sangat aku kenali, muncul dan parking di luar rumah. Kelibat Daniel Yosyos Jubuik keluar dari dalam kereta. Aku semakin tak keruan. Saat aku terlihat senyuman nakal dan buas terukir di bibir beliau, secara tiba-tiba aku menjadi amat marah dan bengang. Secara tiba-tiba aku mendapat kekuatan untuk melawan rasa takut itu. Aku mula bertekad untuk mempertahankan diri aku hinggalah ke titisan darah terakhir. 

Dengan semangat yang berkobar-kobar itu, aku terus menerajang pintu rumah sehingga terbuka. Aku mula menunjukkan belang dengan berdiri tegak seperti seorang pahlawan samurai sedang merenung musuhnya. Selang beberapa minit berdiri dengan penuh bergaya tu, dengan sepantas kilat aku menerkam Daniel Yosyos Jubuik dan melempang-lempang pipinya dengan menggunakan tangan kanan. Ketika itu, aku hanya berdiri dengan berpaksikan kaki kiri manakala tangan kiri dan kaki kanan aku kepak-kepak seperti seekor helang yang sedang terbang dengan penuh riak dan takburnya.  

Kelepek! Kelepek! Kelepek!

Dalam situasi yang amat tegang itu, aku melihat Daniel Yosyos Jubuik seperti hendak memperkatakan sesuatu. Arghh.. Aku takkan memberi peluang lagi kepada beliau. Cukuplah penderitaan dan trauma yang aku alami hari ni. Aku menambah lagi power di hujung jari. Kali ini, jurus itu tidak tertumpu lagi di pipi beliau, tetapi aku beralih di bibirnya pula. Bertalu-talu bibir Daniel Yosyos Jubuik aku lempang.

Kelepek! kelepek! kelepek! kelepek!

Sekali lagi aku melihat beliau seperti ingin mengatakan sesuatu. Terkumat kamit bibirnya yang bengkak itu. Namun, disebabkan kehebatan jurus aku ketika itu, Daniel Yosyos Jubuik tidak mampu untuk mengeluarkan suaranya. Sehinggalah beliau tercampak sepuluh meter dan jatuh terjelopok di atas longgokan kulit-kulit durian.

Puas aku. Aku betul-betul puas. Akibat tidak dapat mengawal emosi, aku telah menumbuk ke langit dan menjerit-jerit " I took out the world! I took out the world!"

Dalam meraikan kemenangan itu, secara tiba-tiba aku terdengar Daniel Yosyos Jubuik memanggil nama aku. Dengan tenang dan yakinnya aku menuju ke arah beliau. Aku melihat wajah beliau yang amat mendukacitakan itu. Ada aku kisah? Sambil melompat-lompat anak dan menumbuk-numbuk angin seperti gaya seorang peninju sedang berjogging, aku seraya berkata.

" Amacam bro? Masih memasang niat nak liwat aku?"

" Liwat?... Apa kau cakap ni bro? Aku tak faham..",ujar Daniel Yosyos Jubuik. Beliau masih lagi terlentang di atas jalanan.

" Lu sembang ahh!! Lagi mau putar belit?!!",teriak aku sambil mengeluarkan handphone. Serta merta jari aku menekan butang untuk membuka mesej itu. Namun, secara tiba-tiba aku terduduk. Niat untuk menunjukkan handphone itu kepada Daniel Yosyos Jubuik dibatalkan. Mata aku terbeliak memandang skrin handphone.


Hari ni aku nak datang rumah kau. Aku nak lawat kau bro.


Berjujuran air mata aku ketika itu. Terasa insaf dengan segala tindakan aku terhadap Daniel Yosyos Jubuik.



Moral of the story :- Jangan membaca mesej semasa anda sememangnya sedang mamai terjaga dari tidur. Ini adalah fakta yang benar.


P/S :- Thanks to pembaca-pembaca setia aku yang rajin mengomen setiap entri aku nih. Korang buat aku terharu sengsangat. Ada jugak yang sudi membaca dan mengikut aku rupanya dengan cerita-cerita meraban tahap sewel ni. special kredit to :-


Korang semua boleh terjah blog-blog dorang ni jugak. Dan tak lupa juga kepada Lyssa Faizureen yang sudi menerbitkan satu entri yang mempunyai wajah kacak saya ni. Heh heh. Jom terjah entri Lyssa Faizureen.

Klik --> LYSSA FAIZUREEN 


Kepada nama-nama yang tak disebut tu, sorry. nak sebut ramai sangat. Tapi yang penting, aku sangat sangat sangat berterima kasih kat korang semua.



Selepas 30 minit entry ini diterbitkan...





Hahahahaha. Sorry tuan gambar. Ni aku dah update special untuk ko bro. Terlupa aku nak bagi ucapan penghargaan kat ko. Hah Hah. Namo marah2 k. Special thanks to u too bro. Mmuahhxx. Hakhakhakhak.


P/S : Lyssa Faizureen like post ni jgak. Waawwwwiieee.. Sila Jeles.









{ 43 comments.. read them below or add one }

one.two.smile one.two.smile 05 March, 2012
sama-sama <---- hahak perasan
~diAhOntHeblOg~ ~diAhOntHeblOg~ 05 March, 2012
hahaha..lawak la ahbunk ni..mcm2 hal..
bahaya wooo kena l to the i to the w to the a to the t.. :P
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@one.two.smile

hahahaha..u r most welcome :)
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@~diAhOntHeblOg~

hahahaha..wah..macam belajar mengeja ek??hehehe
Miziey Miziey 05 March, 2012
Peh! liwat dan lawat? bahaya woa kalau tersilap. Hahah.
El-Janna El-Janna 05 March, 2012
ahbunx2 keh9089 gelihati baca^^
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@Miziey

hahahaaha..tau takpe..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@El-Janna

adoi..kalau geli hati tu macam mane nak garu tu??hahaha
Lyssa Faizureen Lyssa Faizureen 05 March, 2012
amboihhhh . nama LYSSA FAIZUREEN pasti and memang wajib ekk setiap entry awak ?? kihkihkih ..
TerHAAARU lagii :O
CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 05 March, 2012
kahkahkah.. sian diee >_<..

pdan mukee.. insapp meletut cepat ! eherherher

p/s: boni ! buat la pop-up wndow coment
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@Lyssa Faizureen

hahahahaha..bila rindu je buat..hakhakhakhak :P
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@CekbOlat-bOlat

insapp meletut tu apakah? ahahaha

p/s : pop-up window? apa tu?
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
This comment has been removed by the author.
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 05 March, 2012
Huahuahuahhauua..
Ok Bro...Lepas Nie Saya Lawat Ko plak...Hahahahaha.Sioott Je Baca...Ciss...Hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@SuparMan SuaRez

hahahahaha..siap kena cis tu..hakhakhak
Hany Rara Hany Rara 05 March, 2012
hahah kesian beliau yg x besalah tuh..
yup betol, jgn bca msg or ckap time tgh mamai..klw tgh b'ckap lg terok..abes rasia boleh t'bongkar..hahah
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@Hany Rara

hahahaha...tau takpe..elakkan benda2 macam ni terjadi..hahaha
NAL NAL 05 March, 2012
tu dia..sakan..if NAL jd mangsa tu NAL hentam balik la..hahaha
btw Pak NAL?i'm still young la bro..haha
Thanks :)
saya wawa najwa saya wawa najwa 05 March, 2012
pest tyme orang tag nama kita :)))))) senyum memanjang .hahah .ni lg satu story yg kebaboom best :) betul jugak tuu .mmg penah jadi. tapi lps baca ,tido blik .hahaha :P
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@NAL

hahahaha...kan lebih kurang PAK NIL tu..hehehe..U R most welcome bro :)
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@saya wawa najwa

hahahaha..thanks wawa..tidur balik? dahsyatnye..hhaha
Cik Nurul Cik Nurul 05 March, 2012
Hahahaha tergelah nurul ;)
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@Cik Nurul

tergelah???? Apa tu nurul??ahahaha
saya wawa najwa saya wawa najwa 05 March, 2012
@Boni JLL3

haha . ye la , ngantok sngt kan kan kan :)
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@saya wawa najwa

hahahahaha..yeah..sy pun sebenarnya selalu gak jadi macam tu..kadang2 ingatkan mimpi,rupa2nya betul ada mesej masuk
KiD KiD 05 March, 2012
hahahahahaaaa... jangan lawat saya! plissssss
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@KiD

hahahahahaha..lawat blog boleh tak??hahahahaha
Denaihati Denaihati 05 March, 2012
kalau tulis ziarah mesti xjadi mcm tu kot...heee
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@Denaihati

errkk..macam tak percaya je ni..mata ni dah tak berfungsi dengan betul ke ni? pergh..blogger denaihati??hahaha..thanks sebab sudi menyinggahi blog usang ni..wow..
C i k P i p i T e m b a m C i k P i p i T e m b a m 05 March, 2012
hahahha. sentapp mak ! haha.. ingatkn betul2. chitpodah ! hahaha...
Boni JLL3 Boni JLL3 05 March, 2012
@C i k P i p i T e m b a m

hahahahaha..chitpodah terus.hahahaha
محمد شهريل القنيطري محمد شهريل القنيطري 06 March, 2012
haha...x sangka nama aku ada...memang wajib aku baca entry ko...best siot dgn cerita fantasi ko...tu lah btol tu kalo mamai jgn bca msj lg,kalo nk baca jugak terimalah akibatnya...haha
Boni JLL3 Boni JLL3 06 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

hahahahaha..itu lah dia..apatah lagi memandu..kalau kepala mamai,janganlah memandu..
Hazwan Arif Hazwan Arif 06 March, 2012
bangang2 hahaha..duk dlm rumah sendiri pun nak terajang pintu time keluar kah3



untunglah ada org antar surat..entah2 org tu ade belalai jgk



melawat dari http://kalampatah.blogspot.com/
Boni JLL3 Boni JLL3 06 March, 2012
@Hazwan Arif

hahahahaha..ganas tak?hahahahahaha
fae jamal fae jamal 06 March, 2012
nama fae ada di situ ! :)
terima kasih boni..really appreciate dat..;)

fae dah jadi peminat setia boni ! :)
Boni JLL3 Boni JLL3 06 March, 2012
@fae jamal

same2 fae..wah..terasa seronok plak dengar statement tu.hahaha..saya pun peminat setia fae gak..hehehe
Ain GreenChubby Ain GreenChubby 06 March, 2012
first time singgah n follow blog ahbunx Boni..mnghabiskan beberapa minit utk bace n3 yg pnjng nie..
tpi x sia2 pon..mmg menarik..
rajin2 singgah blog sye k >_<
akugadistembam.blogspot.com
Boni JLL3 Boni JLL3 06 March, 2012
@Ain GreenChubby

hahaha..thanks...ok..akan menyerang sebentar lagi..haha
fndrocka fndrocka 08 March, 2012
baca sms tu jangan menggelabah sangadd
ikaa sharin ikaa sharin 05 June, 2012
thumbs up untuk entry niiii ! gua suka sesangat bro :)
Nurrul Nurrul 19 July, 2012
waduhh ! itulah padahnya kalau tengah mamai baca mesej... nasib tak balas yg merapu meraban.. haha :P

*kecian kawan tuh.. :/