Cerita Lawak : Saya Dicium Oleh Najwa Latiff



Pergh.. Pagi-pagi tadi motor aku dah buat spoil. Susah nak start. Aku pun tak faham. Lebih kurang 329 kali aku tendang starter motor tu. Tak jugak start-start. Bengang punya pasal, aku pun terus berbisik kat motor aku.

" Esok aku jual kau ye!"

Dengan tak semena-mena terus hidup lepas aku bisik tu. Haa! Tau takut! Ingat senang ke nak jumpa tuan yang baik macam aku ni, penyayang, kacak pulak tu. 

Itulah dia rintangan yang terpaksa aku tempuhi seawal pagi. Sampai sekarang aku masih jalan terkengkang-kengkang disebabkan lenguh. Sampai orang sekeliling ingat aku ni pembawakan budak. Taik betul! Apa reaksi gadis-gadis yang menggilai aku kalau melihat keadaan aku yang sebegini? Kacak tapi kengkang. Tergugat keimanan aku sebentar tadi. Terpaksa aku meneguk secawan kacip fatimah untuk menghilangkan kegusaran yang melintang pukang dalam benak aku ni.

Berbalik kepada tajuk kat atas. Aku masih terngiang-ngiang saat-saat romantis ketika Najwa Latif mencium aku. Kisah berlaku semasa aku membawa adik aku yang berumur 10 tahun ke kedai gunting rambut setelah disuruh mak aku yang garang tu. Sesampainya di kedai.

" Mamak! Lu gunting style flat top kat ini budak! Kasi cantik-cantik bikin.",arah aku kepada mamak tersebut yang kelihatan agak terkebil-kebil. 

style rambut yang jadi pilihan aku sebab nampak kemas dan lambat untuk panjang semula.


Lepas je aku bagi arahan, aku terus lepak kat luar kedai. Sambil-sambil layan perasaan. Kebetulan ada kerusi kat luar kedai yang disediakan untuk pelanggan menunggu giliran. Tengah aku ralat layan perasaan tu, tiba-tiba tekak aku terasa gatal-gatal. 

" Adoi, kahak lah ni. Lupa nak beli ubat batuk cap Opah Dan Mak Long!",getus hati aku.

GRRRRRRHHHHH!(Bunyi aku bermati-matian keluarkan kahak)

Lepas berjaya mengumpul dua kilogram kahak dalam mulut, aku pun toleh ke kanan untuk meludah. Tapi kebetulan ada pelanggan yang tengah duduk kat sebelah kanan aku. Pucat muka dia. Dengan mulut yang dipenuhi kahak, aku cuba mengukir senyuman. Namun, terleleh sedikit kahak dari dalam mulut aku. Aku terus toleh ke kiri pulak untuk meludah. Dah tak mampu untuk aku bertahan lagi. Dengan sepenuh perasaan dan power, aku meludahkan kahak tu keluar daripada mulut aku. Sampaikan tubuh badan aku terlentik sedikit dek kehebatan kuasa ludahan aku tersebut. Aku tersenyum bangga. Rasa puas sangat dapat menyingkirkan kahak yang degil. Macam iklan kat tv tu. Cubalah! Tapi saya tetap di sini! 

Beberapa saat lepas aku meludah tu, baru aku terperasan yang sebelah kiri aku ada seorang budak  yang tengah tunggu giliran untuk potong rambut. Terkejut aku. Tadi tak ada orang. Masa bila agaknya budak tu ada kat sebelah aku. Penuh kepala dia dengan kahak aku.  Budak tu menangis teresak-esak. Aku dah mula panik. Aku dah tak tau nak buat apa lagi. Last-last, aku buat-buat pengsan. 

Dua puluh minit lepas tu, aku mula buka mata balik. Perlahan-lahan. Sambil-sambil aku jeling budak tu. Perghh! Leganya aku. Budak tu dah tak ada kat sebelah. Tak lama lepas tu aku perasan kelibat seseorang yang sangat-sangat aku kenal! Tanjat Boboi bila tengok Najwa Latif tengah melangkah laju ke arah aku. Pergh.. Degup jantung aku semakin kencang. Mana taknya. Penyanyi lagu Cinta Muka Buku yang popular tu ada depan mata. Teruja sampai terkentut-kentut aku masa tu. Makin lama dia makin dekat sampailah dia berdiri depan aku.

" Awak ke yang ludah adik saya?",soal Najwa Latiff.

Aku dah mula goyang. Sistem peranakan aku bergetak-getar tak tentu pasal. Belum sempat aku nak jawab, tiba-tiba Najwa Latiff tarik tangan aku dan terus cium dahi aku. Aku terdiam. Lidah aku terkelu. Apatah lagi tergamam. Secara tiba-tiba aku terfikir untuk membuat press conference. Aku nak buat statement ,
" Saya dicium oleh Najwa Latiff.". Kompem aku boleh glamer dalam sesaat. Tak payah dah nak post-post video menyanyi dalam Youtube. Hahahaha.


 Tapi rupa-rupanya kebahagiaan itu hanya bersifat sementara apabila secara tiba-tiba Najwa Latiff melempang aku pulak. 

" Apa ni Najwa Latiff??",soal aku sambil terus berdiri. 

Namun, alangkah terkejutnya aku apabila melihat adik aku berada depan mata. Tiadapun kelibat Najwa Latiff. 

" Huh! Aku bermimpi rupanya. Ngeri sungguh mimpi aku tu!",bisik hati aku. Pelik bebenar aku. Sempat jugak aku tertidur dalam buat-buat pengsan sebentar tadi.

Selepas itu, aku mencari-cari kelibat budak yang aku kahak sebentar tadi, namun sudahpun tiada. Lega hati aku. Dengan senang hati, aku pun membawa adik aku balik ke rumah. 

Namun, bak kata pepatah, jangan disangka air yang tenang tiada belut elektrik. Sesampai je kat rumah, tak pasal-pasal kepala comel aku dibedil dengan berus jamban oleh mak aku. Tak cukup dengan tu, beliau mengejar aku menggunakan batang penyapu keliling taman perumahan. Tak cukup tanah aku lari. Mengalir air mata jantan aku masa tu. Aku pun pelik, kenapa aku dilayan macam tu. Terasa macam aku ni anak tiri di dalam keluarga je. 

" Kenapa kau gunting rambut adik kau macam tu?!!! Adik kau tu perempuan bukan lelaki!!",jerit mak aku sambil gigih mengejar dan menghayun-hayun batang penyapu tu kat aku.

Praaappp!

Tersentap hati aku. Baru aku teringat yang adik aku adalah seorang perempuan. Patutlah mak aku mengamuk.

Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down? 

{ 33 comments.. read them below or add one }

Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 02 March, 2012
hahaha....
nak gelak sampai terguling2.. boleh? ;D
Boni JLL3 Boni JLL3 02 March, 2012
@Rozalia Binti Alik

hahahaha..boleh jer..dipersilakan.hahahaha
eysha eysha 02 March, 2012
terbaek lawak nie.. nk share la..
Boni JLL3 Boni JLL3 02 March, 2012
@eysha

hahahaaha..thanks eysha :)
Hany Rara Hany Rara 02 March, 2012
wakakaka suma best cerita2 pkcik..kui3 :p
sengal dan sawan semuanya..hahhaha *gelak smbil b'gaya kuak lntang..hahaha
era kecik era kecik 02 March, 2012
perasan :P

reply komen 'Perasan tak? Baik pi check' :
haha. tak tau. pi tanye blogger.com .
suzie rahman suzie rahman 02 March, 2012
ceh mimpi...tp kotor gilwe bab kahak tu..eee
Boni JLL3 Boni JLL3 02 March, 2012
@Hany Rara

thanks :)

hahahaha..kuak lentang??hehehehe..tersumbat saluran pernafasan tu kang..hahaha
madammondoq madammondoq 02 March, 2012
tengah cuba bayangkan u jalan dengan kengkang.. haha...
Boni JLL3 Boni JLL3 02 March, 2012
@era kecik

hahahahaha..perasan jer..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 02 March, 2012
@suzie rahman

hahahahahaha..mane ada kotor..sedap tu kalau telan balik..hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 02 March, 2012
@madammondoq

hahahahahaha..dapat? mesti bertambah kacak kan??hehehe
ASMA ASMA 02 March, 2012
hahahhaahaaa....
lawak sgt :D
Cik Nurul Cik Nurul 02 March, 2012
hahaha bukan main serius lagi nurul baca, rupa rupanya hampeh.. hihihi
Boni JLL3 Boni JLL3 02 March, 2012
@ASMA

hahaha..yeke??thanks :)
Sam Banjamin Sam Banjamin 03 March, 2012
Tahu kah en boni... tang wartawan melodi sedang dalam perjalanan ke rumah anda bagi mendapatkan laporan ekslusif kejadian najwa latif mencium seorang lelaki di depan kedai gunting rambut? hahaha

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/wajah-2012.html

harap sudi2 lah menjenguk kembali... komen la seadanya... mengharap sokongan rakan2 lain..

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)
Boni JLL3 Boni JLL3 03 March, 2012
@Sam Banjamin

hahahahahaha..yeke??adoi..nak kena bersiap2 pakai segak2 ni..kemeja pink dengan tali leher warna hijau muda.ok tak?hahahaha
محمد شهريل القنيطري محمد شهريل القنيطري 03 March, 2012
hahha..dah agak dh..mesti mimpi pnyer ni...
Boni JLL3 Boni JLL3 03 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

hahahaahaha..sampai dah boleh agak ek??hehehehe
LidiaSuraya LidiaSuraya 03 March, 2012
Hahaha x pasal2 rambut adik jd cenggitu.
Arina Shamsul Arina Shamsul 08 May, 2012
hahahahaha...


aku nak ketawa puas2 dulu...hahahahahaha..

ok sekarang nak komen,

Heeeeee..kahak la..masin2 lak tu kan?hahahaha..

haha,ingatkan betul lah tadi si najwa latif tu,rupanya si nejewa latifah pulak kan?hihih..


apa punya abang da~ haha.
Crafty Nieya Crafty Nieya 11 July, 2012
hahahahahhahaha..boni boni :D
wawa najwa wawa najwa 18 February, 2013
alamakkkkk abg ni selalu je buat lawakk tahu, sakittt ler perut tergelakkkkk