![]() |
| makhluk asing |
Suatu ketika dulu dunia pernah dikejutkan dengan kehadiran objek-objek dari angkasa lepas yakni UFO dan makhluk asing. Bermacam-macam andaian yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji angkasa lepas hinggakan ada yang mengatakan bahawa kehadiran makhluk-makhluk ini datang untuk mengkaji struktur bumi yang didiami oleh manusia.
Negara kita juga tidak terlepas daripada fenomena tersebut di mana pernah kita digemparkan dengan cerita-cerita kehadiran UFO dan mahluk asing di ruang udara negara kita. Aku sendiri pernah mengalami dan menyaksikan sendiri kehadiran objek tersebut. Kejadian berlaku di kampung aku yang terletak di Parit Buntar Perak. Kejadian berlaku lebih kurang 4 tahun lepas di mana semasa itu aku berada di kampung untuk meraikan majlis khatan sepupu aku, Din Trojan yang berumur 21 tahun.
“ Boni, malam ni aku nak belanja hang makan. Aku nak bawak hang pi satu kedai ni. Terbaik! Gulai ayam dia superb habaq hang! Memandangkan esok aku nak sunat, jadi malam ni hang teman aku makan ayam puas-puas noo.”,ujar Din Trojan sambil menarik tangan aku memasuki perut kereta Satria GTI beliau. Agak terkejut aku apabila berada di dalam kereta beliau. Dalam kelihatan seperti kereta Kancil, tapi luar seperti kereta Satria GTI. Aku pun seraya menyoal Din Trojan.
“ Kereta kau ni sebenarnya Kancil ke GTI?”
“ Owh, kereta aku ni sebenaqnya Kancil je bro. Tapi aku make up luaran dia jadi macam Satria GTI. Amacam? Gempak tak bro?”,soal Din Trojan kepada aku.
Aku bingung seketika. Nak kata bodoh macam lembu, tapi tak sampai hati pula. Lagi-lagi Din Trojan nak belanja aku makan. Terpaksa aku menjadi seorang hipokrit bak seorang pengampu A.K.A kaki kipas bos di sebuah syarikat kerajaan mahupun syarikat swasta. Bermacam-macam pujian aku lemparkan kepada Din Trojan sehinggakan terdengar bunyi spender Din Trojan terkoyak. Wajah Din Trojan berseri-seri. Secara tiba-tiba di sekeliling wajah dan tubuhnya terang seperti disuluh cahaya spotlight. Wajah beliau mengembang apatah lagi lubang hidungnya. Bibirnya terukir satu senyuman lebar hingga terkeluar sedikit senyuman itu dari pipinya. Kelihatan giginya yang kuning berkarat, rongak depan dan taik-taik gigi di celah-celah giginya yang buruk itu. Loya tekak aku. Hilang terus selera aku yang sebentar tadi membuak-buak. Wajah dah kacak. Sekali pandang saling tak tumpah seperti Beto Qushairy. Tapi sayangnya kekacakan itu tidak hadir seiringan dengan personaliti beliau yang memualkan itu. Tidak seperti aku. Beliau patut mencontohi aku. Dah lah wajah terlalu tampan dan seiras Shahrizal Jaszle, personaliti aku pula amat menarik seperti Anuar Zain. Masih terngiang-ngiang kejadian di mana dua puluh orang awek hampir bergaduh kerana berebutkan aku. Pergh!
“ Oi Boni! Hang berangan apa tu?!! Kita dah sampai dah ni! Jom!”,teriak Din Trojan lantas menyedarkan aku daripada lamunan sebentar tadi. Dan kami terus bergerak menuju ke dalam perut kedai makan tersebut. Aku dapat melihat kedai tersebut memang dipenuhi orang ramai. Aku dan Din Trojan terus duduk di meja kosong yang berada berhampiran. Risau kalau-kalau meja kosong itu dirampas oleh pelanggan lain.
“ Bro! Bagus ke tempat ni? Mesti mahal kan?”,soal aku kepada Din Trojan.
“ Yang bagus tidak selalu mahal, yang mahal tidak selalu bagus.”
Secara tiba-tiba soalan aku dijawab oleh seorang orang tua yang sedang membaca surat khabar di meja bersebelahan. Kelihatan rambut beliau masih hitam tetapi janggut dan misai sudah beruban. Aku dan Din Trojan kehairanan. Tiba-tiba je orang tua ni. Ni kes nak interframe dalam blog dan entri aku lah ni. Menyampah aku. Selepas memesan apa-apa yang patut, aku dan Din Trojan terus bersembang-sembang sehinggalah apa yang dipesan itu sampai. Berselera aku dan Din Trojan menghabiskan makanan. Berpinggan-pinggan kami makan pada malam itu. Setelah menjelaskan bil sebanyak RM5,798.49 , kami berdua terus bergegas pulang ke rumah. Kelihatan wajah Din Trojan agak sugul. Mungkin terlalu sedih kerana beliau terpaksa menggadaikan kereta kesayangannya untuk menjelaskan bil. Aku pula sedikit mengah kerana terpaksa berjalan kaki dengan perut yang dipenuhi dengan makanan. Setelah tiba di satu jalan yang agak sunyi dan gelap, secara tiba-tiba kami terdengar satu bunyi yang amat menyeramkan dari semak berhampiran kami.
“ Boni.. Hang dengaq tak bunyi tu?”,soal Din Trojan. Kelihatan beliau menggigil-gigil ketakutan.
“ Rileks bro! Rileks! Jangan takut, jangan goyang bro. Buat macam tak ada apa-apa. Kita ni lelaki bro. Ingat tu! Rileks.”,ujar aku kepada Din Trojan untuk menenangkan beliau yang semakin pucat. Kedengaran bunyi nafas beliau juga semakin kuat dan kadang-kala seperti tersangkut-sangkut.
“ Kalau hang dah paut leher aku, macam mana aku nak rileks? Hang habaq mai kat aku! Aku tak boleh bernafas ni hang tau!! Aku tabuh jugak budak ni!! Hang turun dari kepala aku sekarang!!”
Selepas dimaki hamun secara bertubi-tubi selama lima minit, barulah aku melepaskan pautan tersebut dan turun dari belakang Din Trojan. Nasib baik Din Trojan ni berani. Hati serupa batu. Sedikit sebanyak membantu menambahkan semangat dan keyakinan aku. Selepas beberapa ketika berbincang, akhirnya kami berdua membuat keputusan untuk mencari punca bunyi tersebut. Kami melangkah menuju ke dalam semak tersebut. Perlahan-lahan kami mendekati. Selepas beberapa ketika mengendap, kami ternampak satu kelibat. Berkepala botak lonjong, kurus , dan berbogel.
Dada aku berombak kencang. Din Trojan juga kelihatan agak terkejut. Kemudian Din Trojan berbisik di telinga aku. Beliau mengatakan apa yang kami berdua lihat itu adalah makhluk asing. Dia juga mengatakan yang kampung kami dulu pernah kecoh dengan kemunculan makhluk asing. Aku benar-benar tidak menyangka akan melihatnya sendiri di depan mata. Kami berdua mengambil keputusan untuk menangkap makhluk asing tersebut. Aku pada mulanya agak keberatan kerana risau jika terjadi apa-apa yang buruk kepada kami berdua. Tapi disebabkan Din Trojan beria-ria, aku terpaksa mengikut. Lagipun, aku amat yakin pada Din Trojan kerana beliau ada taekwondo tali pinggang putih. Selepas membuat perancangan terperinci , kami berdua terus melakukan serangan hendap. Din Trojan yang paling dulu melakukan serangan.
“ Woi!!! Kepala lutut hangpa!! Hangpa takdak kerja lain ka?!! Pantang betui aku kalau orang kacau aku berak!! Hambik ni!!”
Terperanjat aku dan Din Trojan lepas mendengar suara makhluk asing tersebut bertempik. Lintang pukang kitorang lari dari tempat kejadian. Aku sempat menjeling Din Trojan. Penuh muka beliau dengan taik. Berdekah-dekah aku ketawa sambil berlari. Sampai terkentut-kentut.
“ Hahahahaha!! Makhluk asing sangat kau ni!! Banyak sangat tengok TV kau ni!! Kan dah terpengaruh!!”,teriak aku kepada Din Trojan.
Keesokan harinya kecoh kampung aku dengan cerita Pak Jeman Lonjong kepala botak kena skodeng masa berak. Disebabkan cerita itu jugalah Din Trojan tak berasa apa-apa ketika sunat kerana asyik ketawa berdekah-dekah. Sehinggakan beliau diisytiharkan bentan oleh doktor pakar seminggu kemudian.
Bantuan Diperlukan Untuk Memberi Sedikit Dana Kepada Aku. Sudi-sudikanlah Klik --> SINI
Bonus for today. Blog pilihan aku kali ini.
Tuan blog ni pun sama sweet juga macam blog dia. Tak percaya jom terjah ---> MANIS SEMANIS KURMA













{ 93 comments... read them below or add one }
Sampai hati Korang serang Pak Jeman Lonjong Kepala Botak tym berak..ish..ish..ish....Hahahha
March 20, 2012 at 6:33 PM
@SuparMan SuaRez
hahahahaha..sapa suruh pak jeman lonjong tu berak kat dalam semak..hakhakhakhakhak..adoi..sakit perut aku..hahahaha
March 20, 2012 at 6:42 PM
jangan la kacau orang tengah membuang,.. tak feel la orang tu nanti..ahaha
March 20, 2012 at 6:54 PM
@mira maisara
hahahahahaha..sapa suh dia berak dalam semak..hakhakhakhak :P
March 20, 2012 at 7:04 PM
sediakan lantai! nak gelak guling2 ni...
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaa,
semput. TERBAIK!
March 20, 2012 at 7:48 PM
Nurul pun nak.. kalau make up kete kancil jadi satria.. hehehehe.. ;)
March 20, 2012 at 8:11 PM
leh plak kena skodeng.. kesian Pak Jeman.. adoi...
btw tq for blog pilihan. :)
March 20, 2012 at 8:27 PM
skodeng org yak2 yew.. hahaha
March 20, 2012 at 8:59 PM
hahaha... mcm2 lahh.. ayat semua mcm siot je. hahaha...
March 20, 2012 at 11:06 PM
woah..terbaikk..penat gelak baca entri ni..=)
March 20, 2012 at 11:13 PM
hahahahahaha
lawak gila doh!
mengampu je kerja :D samalah kita .hahahaha
bayar bil makan sampai kena gadai kereta.lol
ish ish skodeng pak jeman lonjong la pulak!
memang menceriakan la.
tapi rasa malaslah pulak nak telan butang like tuuu. :ppp
oops tertekan la pulakk.
p/s hari tu ada kawan nampak kereta originally tempatan tapi luar depan dia nampak macam bmw.cool gila !
March 20, 2012 at 11:17 PM
Nape kawan hang lambat sgt sunat?
March 20, 2012 at 11:17 PM
buruk nye kelaku ko weh.. lari sambil kentut2 tu... boleh tunjuk demo x? ahaha
March 20, 2012 at 11:22 PM
Moral of the stry ni.. Nk sunat mmg kena melawak dulu kn? Baru laa x berasa kn? Kn?
March 21, 2012 at 12:29 AM
@one.two.smile
hahahahaha..sampai nak guling2??janganlah..patah tulang belakang tu kang..hahaha
March 21, 2012 at 4:43 AM
@miss Fyqa
hahaha.siapa suruh pak jeman berak dalam semak?hahahaha..kan da kene skodeng..hehehe..
sama2.. :)
March 21, 2012 at 4:44 AM
@cik Kartun
hahahahaha..mana ada..ngintai je lah..hahaha
March 21, 2012 at 4:45 AM
@C i k P i p i T e m b a m
hahahha..mana ada siot..ahahaha
March 21, 2012 at 4:45 AM
@NAL
heheehehe..pergi minum 100%.hahaha
March 21, 2012 at 4:46 AM
@H.S
wow...kereta apa tu??
March 21, 2012 at 4:47 AM
@msredcheesecake
beliau terlupa nak sunat masa kecik.hahahaha
March 21, 2012 at 4:47 AM
@Popkorn
hahahahaha..nanti aku demo kan kat ko..hakhakhak
March 21, 2012 at 4:48 AM
@LidiaSuraya
hahahhaha..kemungkinan macam tu lah..hahahhaha
March 21, 2012 at 4:48 AM
HAHA...ada ke gi skodeng org tgh membuang...kah3...kan da kena sound....haha~
P.S - belum dpt cuba lagi la burger ni bro...hee...
> wangsa maju seksyen 2...mcm kat dalam map tu...kalau dari Putra Wangsa Maju tu...depan sikit je ada simpang belok kiri...
lepas tu terus je..ada roundabout masuk pukul 12..terus sikit lagi..lepas trafic light..belok kanan...terus sikit lagi..gerai burger tu kat belah kiri..sama mcm dlm map tu..:D
March 21, 2012 at 6:23 AM
sangat suka cite The X Files dulu2..hehehe. ada alien
March 21, 2012 at 6:34 AM
wakaka., x pasal je bentan LOL!
March 21, 2012 at 7:37 AM
aik! tetiba muncul pkcik iklan sabun basuh boom dlm kedai tu..hahahah
Ngeh3~ smapi bentan tu~ haha
March 21, 2012 at 8:42 AM
x lawas nnt taik Pak Jeman Lonjong Kepala Botak..
March 21, 2012 at 8:58 AM
follow blog ko gk , siot ayt kau x ley blaaa :DDDDDD bhahahahaha
March 21, 2012 at 9:10 AM
Makan sampai kena bayar lima ribu lebeh apa kes? hik3. Napsu naga ker apa? mihmihmihmih.
Btw, Pak Jeman Lonjong... eh, tanak komen ah. Hik3.
March 21, 2012 at 9:15 AM
amboi. dia punya cerita. kancil convert gti gituu. hehhe
March 21, 2012 at 9:27 AM
hahaha.. kelakar la..
org berak pun nak skodeng ke? hihihi
March 21, 2012 at 10:54 AM
kahkahkah...boni..awk bt zaza tgelak sorang2 je lah..sakit idung zaza baca bc xtahan gelak.. :P
March 21, 2012 at 12:08 PM
haha... lawak la. xelok oo skodeng org melepas :D
March 21, 2012 at 2:30 PM
hahahaha lawak2! dah like dan tweet. suka2! geli hati membacanyaa.. hahaha last2 baru tau sapa kann :P
March 21, 2012 at 2:36 PM
ish2..pengotor boboi ni..mesti bau xigt kn time tu...eeee..yeekkkk...
nasib la xkena lempang ngn pak jeman lonjong..
March 21, 2012 at 3:42 PM
@Ezad Skytech
pergh..aku rasa musti sedap tuh..sampai orang beratur panjang tu..
hahaha..ko boleh jadi GPS la.hahhaahaha
March 21, 2012 at 5:41 PM
@Sha
yelah..lama tak tgk citer tu..
March 21, 2012 at 5:41 PM
@Chuu Muqhlis
hahahahaha..tu la akibatnya kalau tak dok diam masa sunat..hahaha
March 21, 2012 at 5:43 PM
@Chuu Muqhlis
hahahaha.sebab tak duduk diam masa sunat la jadi bentan tu..hahahhaa
March 21, 2012 at 5:46 PM
@Hany Rara
warghh...peka awak kan? hhahahahaha..saje je saya masukkan watak orang tua tuh.hahahaha
March 21, 2012 at 5:47 PM
@Rahmad
hahahaha..tu lah..silap2 boleh kena buasir..hahahaa
March 21, 2012 at 5:47 PM
@karen
hahahahaha..ayat2 puaka namanya ni..hakhakhak
March 21, 2012 at 5:48 PM
@Miziey
nafsu kuda masing2..hahahahaha
March 21, 2012 at 5:48 PM
@kura
hahahaha..tak tau nak kategorikan sebagai apa..gempak ke apa ni.hahahaha
March 21, 2012 at 5:50 PM
@YNA HERMOSA
orang tu yang suruh diri dia diskodeng..hahahhaha
March 21, 2012 at 5:51 PM
@^_^ Zaza Nur Iman
kenapa hidung???kenapa tak perut??hahaha
March 21, 2012 at 5:51 PM
@aRa ❤ aFiq™
tak terniat pun nak menyekodeng orang tuh..hahahaha
March 21, 2012 at 5:52 PM
@NOOR FATIN
hahahaha..tenkiu fatin.. :)
last2 rupanya Pak Jeman Lonjong kepada botak..hahahahaha
March 21, 2012 at 5:52 PM
@~diAhOntHeblOg~
din trojan la yang kena baling taik.boboi tak kena..hahahahaha
March 21, 2012 at 5:53 PM
@Boni JLL3 sbb idung yg mbaca..hahahaha :P
March 21, 2012 at 5:56 PM
@^_^ Zaza Nur Iman
hahahaha...dasyatnyer..hidung awak leh membaca..hahaha
March 21, 2012 at 6:04 PM
haha..lawak giler bace entri ni,,haih,dh khayal tahap parah da ni bang boni =D
March 21, 2012 at 9:24 PM
haha! memadai la nak skodeng pon hoi,haha
March 21, 2012 at 9:26 PM
hehehe..mahal gle mkn gulai ayam je pon smpai 5k..;p
kuikui kan dah kena serang hendap blk..tu la lain kalo sekodeng lagi og tgh membuang..haha..
;p
March 21, 2012 at 10:17 PM
seris lawak!!! hilang sat rasa nervous kat result tuh
March 21, 2012 at 10:38 PM
tak leh blah..haahaa
March 21, 2012 at 11:08 PM
Pt Buntaq tu cm familier la dgn aku...haha, kampung mana tu yg kena serang UFO ?
March 21, 2012 at 11:15 PM
@O CIKTEDDY
hahahaha..mana ada parah sangat..hehehe :P
March 22, 2012 at 3:38 AM
@onie
mana ada sekodeng..hahahaha..masa tu tgh menyiasat la..hahahaha
March 22, 2012 at 3:38 AM
@one.two.smile
laa..neves lagi ker?
March 22, 2012 at 3:39 AM
@hawiz
hahaha..adoi..janganlah blah..hehehehe
March 22, 2012 at 3:39 AM
@[PCL]
hahahaha..kat bagan serai..rumah pam kerian..hahahaha
March 22, 2012 at 3:39 AM
slm perkenalan owh hahahahaha saya asyik gelak2 je baca entri ni sampai bos tegur kenapa mata berair ngeee ^^
dh masukkan blog ni kat my bloglist...sukalah sbb dpt jumpa blog yg entrinya best!!!
time lunch break saya nak terjah lagi blog ni yehaaa ^^
March 22, 2012 at 8:47 AM
tak dah :)
March 22, 2012 at 9:16 AM
hahaa ufo ek
March 22, 2012 at 9:48 AM
sweetlah dr.trojan tu!!!! i like!!! haha..
March 22, 2012 at 11:18 AM
hahaha...kene skodeng..kesian pak jeman...nak feeling pun xdpt
March 22, 2012 at 2:48 PM
ok.. mengarut ! hahahah !
March 22, 2012 at 2:50 PM
kenapa mesti skodeng Pak Jeman Lonjong Kepala Botak ?
Err
March 22, 2012 at 5:15 PM
hahaha..usha makhluk asing berak yea?hahahhaha
March 22, 2012 at 5:18 PM
kim salah kat UFO tu eyh heheh
March 22, 2012 at 5:33 PM
haha! sadis lak ai. XD
March 22, 2012 at 5:36 PM
Boni... nak story terbaru... ;)
March 22, 2012 at 7:13 PM
@||aLeaSaRa||
hahahaha..kang kantoi lak dengan bos tu sebab main blog..hehehehe
thanks yer..terharu sangat
March 22, 2012 at 7:35 PM
@one.two.smile
hahahaha..tak dah? bagus2..hehehe
March 22, 2012 at 7:37 PM
@Muhammad Saiazuan Norhalik
yesza..hahaha...bro, napa aku takleh masuk blog ko yer?
March 22, 2012 at 7:37 PM
@madammondoq
hehehehehe..nak berkenalan tak dengan beliau??hehehe
March 22, 2012 at 7:38 PM
@Edy Zaidi
hahahaha..tu la kan??hehehehe
March 22, 2012 at 7:38 PM
@teha
hahahahaha..saya kan tukang karut.. :P
March 22, 2012 at 7:39 PM
@semutsengal
tak terlintas pun di hati nak skodeng pak jeman lonjing tuh..hahaha
March 22, 2012 at 7:39 PM
@fae jamal
bukan usyar la..skodeng..hahahaa
March 22, 2012 at 7:40 PM
@c'axoera ヅ
kirim salah tu apa yer??
March 22, 2012 at 7:40 PM
@Anyyss Shuhaimi
hahahaha..sadis ker??
March 22, 2012 at 7:40 PM
@Nurul Akmal
on the way
March 22, 2012 at 7:42 PM
hahaha..sengal gila,tension gilan pak jeman lonjong kena skodeng...adei
March 23, 2012 at 12:56 AM
hahaha skodeng2..
siap selit pak cik iklan pencuci lak tuh..kikik
March 24, 2012 at 12:37 AM
@محمد شهريل القنيطري
seminggu pak jeman lonjong sawan sebab kene skodeng..hahaha
March 24, 2012 at 7:00 AM
@MaYa MustWany
hahahaha..kaki iklan jgak mus ni ek??hahahahahaha
March 24, 2012 at 7:01 AM
@Nurul Akmal
hahahahaha..nanti kita pergi kedai yang boleh realisaikan benda tu..hahahaa
March 25, 2012 at 2:40 AM
comel la muke alien tu hahaha sori lambat bls kunjungan cni bro!
March 27, 2012 at 9:23 AM
@Bulan Syurga Firdausi
tak mengapa..hehehehehe..
March 27, 2012 at 10:02 AM
hahaha , tak puas melepas !
May 21, 2012 at 5:07 PM
Post a Comment