Cerita Lawak : Makhluk Asing Muncul Di Parit Buntar, Perak

makhluk asing
makhluk asing


Suatu ketika dulu dunia pernah dikejutkan dengan kehadiran objek-objek dari angkasa lepas yakni UFO dan makhluk asing. Bermacam-macam andaian yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji angkasa lepas hinggakan ada yang mengatakan bahawa kehadiran makhluk-makhluk ini datang untuk mengkaji struktur bumi yang didiami oleh manusia.

Negara kita juga tidak terlepas daripada fenomena tersebut di mana pernah kita digemparkan dengan cerita-cerita kehadiran UFO dan mahluk asing di ruang udara negara kita. Aku sendiri pernah mengalami dan menyaksikan sendiri kehadiran objek tersebut. Kejadian berlaku di kampung aku yang terletak di Parit Buntar Perak. Kejadian berlaku lebih kurang 4 tahun lepas di mana semasa itu aku berada di kampung untuk meraikan majlis khatan sepupu aku, Din Trojan yang berumur 21 tahun.

“ Boni, malam ni aku nak belanja hang makan. Aku nak bawak hang pi satu kedai ni. Terbaik! Gulai ayam dia superb habaq hang! Memandangkan esok aku nak sunat, jadi malam ni hang teman aku makan ayam puas-puas noo.”,ujar Din Trojan sambil menarik tangan aku memasuki perut kereta Satria GTI beliau. Agak terkejut aku apabila berada di dalam kereta beliau. Dalam kelihatan seperti kereta Kancil, tapi luar seperti kereta Satria GTI. Aku pun seraya menyoal Din Trojan.

“ Kereta kau ni sebenarnya Kancil ke GTI?”

“ Owh, kereta aku ni sebenaqnya Kancil je bro. Tapi aku make up luaran dia jadi macam Satria GTI. Amacam? Gempak tak bro?”,soal Din Trojan kepada aku.

Aku bingung seketika. Nak kata bodoh macam lembu, tapi tak sampai hati pula. Lagi-lagi Din Trojan nak belanja aku makan. Terpaksa aku menjadi seorang hipokrit bak seorang pengampu A.K.A kaki kipas bos di sebuah syarikat kerajaan mahupun syarikat swasta. Bermacam-macam pujian aku lemparkan kepada Din Trojan sehinggakan terdengar bunyi spender Din Trojan terkoyak. Wajah Din Trojan berseri-seri. Secara tiba-tiba di sekeliling wajah dan tubuhnya terang seperti disuluh cahaya spotlight. Wajah beliau mengembang apatah lagi lubang hidungnya. Bibirnya terukir satu senyuman lebar hingga terkeluar sedikit senyuman itu dari pipinya. Kelihatan giginya yang kuning berkarat, rongak depan dan taik-taik gigi di celah-celah giginya yang buruk itu. Loya tekak aku. Hilang terus selera aku yang sebentar tadi membuak-buak.  Wajah dah kacak. Sekali pandang saling tak tumpah seperti Beto Qushairy. Tapi sayangnya kekacakan itu tidak hadir seiringan dengan personaliti beliau yang memualkan itu. Tidak seperti aku. Beliau patut mencontohi aku. Dah lah wajah terlalu tampan dan seiras Shahrizal Jaszle, personaliti aku pula amat menarik seperti Anuar Zain. Masih terngiang-ngiang kejadian di mana dua puluh orang awek hampir bergaduh kerana berebutkan aku. Pergh!

“ Oi Boni! Hang berangan apa tu?!! Kita dah sampai dah ni! Jom!”,teriak Din Trojan lantas menyedarkan aku daripada lamunan sebentar tadi. Dan kami terus bergerak menuju ke dalam perut kedai makan tersebut. Aku dapat melihat kedai tersebut memang dipenuhi orang ramai. Aku dan Din Trojan terus duduk di meja kosong yang berada berhampiran. Risau kalau-kalau meja kosong itu dirampas oleh pelanggan lain.

“ Bro! Bagus ke tempat ni? Mesti mahal kan?”,soal aku kepada Din Trojan.

“ Yang bagus tidak selalu mahal, yang mahal tidak selalu bagus.”

Secara tiba-tiba soalan aku  dijawab oleh seorang orang tua yang sedang membaca surat khabar di meja bersebelahan. Kelihatan rambut beliau masih hitam tetapi janggut dan misai sudah beruban. Aku dan Din Trojan kehairanan. Tiba-tiba je orang tua ni. Ni kes nak interframe dalam blog dan entri aku lah ni. Menyampah aku. Selepas memesan apa-apa yang patut, aku dan Din Trojan terus bersembang-sembang sehinggalah apa yang dipesan itu sampai. Berselera aku dan Din Trojan menghabiskan makanan. Berpinggan-pinggan kami makan pada malam itu. Setelah menjelaskan bil sebanyak RM5,798.49 , kami berdua terus bergegas pulang ke rumah. Kelihatan wajah Din Trojan agak sugul. Mungkin terlalu sedih kerana beliau terpaksa menggadaikan kereta kesayangannya untuk menjelaskan bil. Aku pula sedikit mengah kerana terpaksa berjalan kaki dengan perut yang dipenuhi dengan makanan. Setelah tiba di satu jalan yang agak sunyi dan gelap, secara tiba-tiba kami terdengar satu bunyi yang amat menyeramkan dari semak berhampiran kami.

“ Boni.. Hang dengaq tak bunyi tu?”,soal Din Trojan. Kelihatan beliau menggigil-gigil ketakutan.

“ Rileks bro! Rileks! Jangan takut, jangan goyang bro. Buat macam tak ada apa-apa. Kita ni lelaki bro. Ingat tu! Rileks.”,ujar aku kepada Din Trojan untuk menenangkan beliau yang semakin pucat. Kedengaran bunyi nafas beliau juga semakin kuat dan kadang-kala seperti tersangkut-sangkut.

“ Kalau hang dah paut leher aku, macam mana aku nak rileks? Hang habaq mai kat aku! Aku tak boleh bernafas ni hang tau!! Aku tabuh jugak budak ni!! Hang turun dari kepala aku sekarang!!”

Selepas dimaki hamun secara bertubi-tubi selama lima minit, barulah aku melepaskan pautan tersebut dan turun dari belakang Din Trojan. Nasib baik Din Trojan ni berani. Hati serupa batu. Sedikit sebanyak membantu menambahkan semangat dan keyakinan aku. Selepas beberapa ketika berbincang, akhirnya kami berdua membuat keputusan untuk mencari punca bunyi tersebut. Kami melangkah menuju ke dalam semak tersebut. Perlahan-lahan kami mendekati. Selepas beberapa ketika mengendap, kami ternampak satu kelibat. Berkepala botak lonjong, kurus , dan berbogel. 



Dada aku berombak kencang. Din Trojan juga kelihatan agak terkejut. Kemudian Din Trojan berbisik di telinga aku.  Beliau mengatakan apa yang kami berdua lihat itu adalah makhluk asing. Dia juga mengatakan yang kampung kami dulu pernah kecoh dengan kemunculan makhluk asing. Aku benar-benar tidak menyangka akan melihatnya sendiri di depan mata. Kami berdua mengambil keputusan untuk menangkap makhluk asing tersebut. Aku pada mulanya agak keberatan kerana risau jika terjadi apa-apa yang buruk kepada kami berdua. Tapi disebabkan Din Trojan beria-ria, aku terpaksa mengikut. Lagipun, aku amat yakin pada Din Trojan kerana beliau ada taekwondo tali pinggang putih. Selepas membuat perancangan terperinci , kami berdua terus melakukan serangan hendap. Din Trojan yang paling dulu melakukan serangan.

“ Woi!!! Kepala lutut hangpa!! Hangpa takdak kerja lain ka?!! Pantang betui aku kalau orang kacau aku berak!! Hambik ni!!”

Terperanjat aku dan Din Trojan lepas mendengar suara makhluk asing tersebut bertempik. Lintang pukang kitorang lari dari tempat kejadian.  Aku sempat menjeling Din Trojan. Penuh muka beliau dengan taik. Berdekah-dekah aku ketawa sambil berlari. Sampai terkentut-kentut.

“ Hahahahaha!! Makhluk asing sangat kau ni!! Banyak sangat tengok TV kau ni!! Kan dah terpengaruh!!”,teriak aku kepada Din Trojan.

 Keesokan harinya kecoh kampung aku dengan cerita Pak Jeman Lonjong kepala botak kena skodeng masa berak. Disebabkan cerita itu jugalah Din Trojan tak berasa apa-apa ketika sunat kerana asyik ketawa berdekah-dekah. Sehinggakan beliau diisytiharkan bentan oleh doktor pakar seminggu kemudian.


Bantuan Diperlukan Untuk Memberi Sedikit Dana Kepada Aku. Sudi-sudikanlah Klik --> SINI

Bonus for today. Blog pilihan aku kali ini.


Tuan blog ni pun sama sweet juga macam blog dia. Tak percaya jom terjah ---> MANIS SEMANIS KURMA


Kalau entri ni berjaya membuatkan stress korang hilang, sudi2kanlah SHARE kan kepada kawan-kawan lain dengan menekan butang SHARE/LIKE atau TWEET tu ye. Kehadiran blog ini adalah untuk menghiburkan hati-hati yang sedang lara,bersedih,stress,putus cinta dan kepada semua yang membacanya. Heh heh. Semoga akan melekat terus nama blog ini di hati korang semua.




{ 93 comments.. read them below or add one }

SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 20 March, 2012
Sampai hati Korang serang Pak Jeman Lonjong Kepala Botak tym berak..ish..ish..ish....Hahahha
Boni JLL3 Boni JLL3 20 March, 2012
@SuparMan SuaRez

hahahahaha..sapa suruh pak jeman lonjong tu berak kat dalam semak..hakhakhakhakhak..adoi..sakit perut aku..hahahaha
mira maisara mira maisara 20 March, 2012
jangan la kacau orang tengah membuang,.. tak feel la orang tu nanti..ahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 20 March, 2012
@mira maisara

hahahahahaha..sapa suh dia berak dalam semak..hakhakhakhak :P
one.two.smile one.two.smile 20 March, 2012
sediakan lantai! nak gelak guling2 ni...

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaa,

semput. TERBAIK!
Nurul Akmal Nurul Akmal 20 March, 2012
Nurul pun nak.. kalau make up kete kancil jadi satria.. hehehehe.. ;)
miss Fyqa miss Fyqa 20 March, 2012
leh plak kena skodeng.. kesian Pak Jeman.. adoi...


btw tq for blog pilihan. :)
cik Kartun cik Kartun 20 March, 2012
skodeng org yak2 yew.. hahaha
C i k P i p i T e m b a m C i k P i p i T e m b a m 20 March, 2012
hahaha... mcm2 lahh.. ayat semua mcm siot je. hahaha...
NAL NAL 20 March, 2012
woah..terbaikk..penat gelak baca entri ni..=)
H.S H.S 20 March, 2012
hahahahahaha

lawak gila doh!

mengampu je kerja :D samalah kita .hahahaha

bayar bil makan sampai kena gadai kereta.lol

ish ish skodeng pak jeman lonjong la pulak!

memang menceriakan la.

tapi rasa malaslah pulak nak telan butang like tuuu. :ppp

oops tertekan la pulakk.

p/s hari tu ada kawan nampak kereta originally tempatan tapi luar depan dia nampak macam bmw.cool gila !
msredcheesecake msredcheesecake 20 March, 2012
Nape kawan hang lambat sgt sunat?
Popkorn Popkorn 20 March, 2012
buruk nye kelaku ko weh.. lari sambil kentut2 tu... boleh tunjuk demo x? ahaha
LidiaSuraya LidiaSuraya 21 March, 2012
Moral of the stry ni.. Nk sunat mmg kena melawak dulu kn? Baru laa x berasa kn? Kn?
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@one.two.smile

hahahahaha..sampai nak guling2??janganlah..patah tulang belakang tu kang..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@miss Fyqa

hahaha.siapa suruh pak jeman berak dalam semak?hahahaha..kan da kene skodeng..hehehe..

sama2.. :)
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@cik Kartun

hahahahaha..mana ada..ngintai je lah..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@NAL

heheehehe..pergi minum 100%.hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@msredcheesecake

beliau terlupa nak sunat masa kecik.hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Popkorn

hahahahaha..nanti aku demo kan kat ko..hakhakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@LidiaSuraya

hahahhaha..kemungkinan macam tu lah..hahahhaha
Ezad Skytech Ezad Skytech 21 March, 2012
HAHA...ada ke gi skodeng org tgh membuang...kah3...kan da kena sound....haha~

P.S - belum dpt cuba lagi la burger ni bro...hee...

> wangsa maju seksyen 2...mcm kat dalam map tu...kalau dari Putra Wangsa Maju tu...depan sikit je ada simpang belok kiri...

lepas tu terus je..ada roundabout masuk pukul 12..terus sikit lagi..lepas trafic light..belok kanan...terus sikit lagi..gerai burger tu kat belah kiri..sama mcm dlm map tu..:D
Sha Sha 21 March, 2012
sangat suka cite The X Files dulu2..hehehe. ada alien
Chuu Muqhlis Chuu Muqhlis 21 March, 2012
wakaka., x pasal je bentan LOL!
Hany Rara Hany Rara 21 March, 2012
aik! tetiba muncul pkcik iklan sabun basuh boom dlm kedai tu..hahahah

Ngeh3~ smapi bentan tu~ haha
Rahmad Rahmad 21 March, 2012
x lawas nnt taik Pak Jeman Lonjong Kepala Botak..
karen karen 21 March, 2012
follow blog ko gk , siot ayt kau x ley blaaa :DDDDDD bhahahahaha
Miziey Miziey 21 March, 2012
Makan sampai kena bayar lima ribu lebeh apa kes? hik3. Napsu naga ker apa? mihmihmihmih.

Btw, Pak Jeman Lonjong... eh, tanak komen ah. Hik3.
kura kura 21 March, 2012
amboi. dia punya cerita. kancil convert gti gituu. hehhe
YNA HERMOSA YNA HERMOSA 21 March, 2012
hahaha.. kelakar la..

org berak pun nak skodeng ke? hihihi
^_^ Zaza Nur Iman ^_^ Zaza Nur Iman 21 March, 2012
kahkahkah...boni..awk bt zaza tgelak sorang2 je lah..sakit idung zaza baca bc xtahan gelak.. :P
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 21 March, 2012
haha... lawak la. xelok oo skodeng org melepas :D
NOOR FATIN NOOR FATIN 21 March, 2012
hahahaha lawak2! dah like dan tweet. suka2! geli hati membacanyaa.. hahaha last2 baru tau sapa kann :P
~diAhOntHeblOg~ ~diAhOntHeblOg~ 21 March, 2012
ish2..pengotor boboi ni..mesti bau xigt kn time tu...eeee..yeekkkk...
nasib la xkena lempang ngn pak jeman lonjong..
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Ezad Skytech

pergh..aku rasa musti sedap tuh..sampai orang beratur panjang tu..

hahaha..ko boleh jadi GPS la.hahhaahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Sha

yelah..lama tak tgk citer tu..
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Chuu Muqhlis

hahahahaha..tu la akibatnya kalau tak dok diam masa sunat..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Chuu Muqhlis

hahahaha.sebab tak duduk diam masa sunat la jadi bentan tu..hahahhaa
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Hany Rara

warghh...peka awak kan? hhahahahaha..saje je saya masukkan watak orang tua tuh.hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Rahmad

hahahaha..tu lah..silap2 boleh kena buasir..hahahaa
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@karen

hahahahaha..ayat2 puaka namanya ni..hakhakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@Miziey

nafsu kuda masing2..hahahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@kura

hahahaha..tak tau nak kategorikan sebagai apa..gempak ke apa ni.hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@YNA HERMOSA

orang tu yang suruh diri dia diskodeng..hahahhaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@^_^ Zaza Nur Iman


kenapa hidung???kenapa tak perut??hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@aRa ❤ aFiq™

tak terniat pun nak menyekodeng orang tuh..hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@NOOR FATIN

hahahaha..tenkiu fatin.. :)

last2 rupanya Pak Jeman Lonjong kepada botak..hahahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@~diAhOntHeblOg~

din trojan la yang kena baling taik.boboi tak kena..hahahahaha
^_^ Zaza Nur Iman ^_^ Zaza Nur Iman 21 March, 2012
@Boni JLL3 sbb idung yg mbaca..hahahaha :P
Boni JLL3 Boni JLL3 21 March, 2012
@^_^ Zaza Nur Iman

hahahaha...dasyatnyer..hidung awak leh membaca..hahaha
O CIKTEDDY O CIKTEDDY 21 March, 2012
haha..lawak giler bace entri ni,,haih,dh khayal tahap parah da ni bang boni =D
onie onie 21 March, 2012
haha! memadai la nak skodeng pon hoi,haha
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 21 March, 2012
hehehe..mahal gle mkn gulai ayam je pon smpai 5k..;p

kuikui kan dah kena serang hendap blk..tu la lain kalo sekodeng lagi og tgh membuang..haha..

;p
one.two.smile one.two.smile 21 March, 2012
seris lawak!!! hilang sat rasa nervous kat result tuh
hawiz hawiz 21 March, 2012
tak leh blah..haahaa
[PCL] [PCL] 21 March, 2012
Pt Buntaq tu cm familier la dgn aku...haha, kampung mana tu yg kena serang UFO ?
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@O CIKTEDDY

hahahaha..mana ada parah sangat..hehehe :P
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@onie

mana ada sekodeng..hahahaha..masa tu tgh menyiasat la..hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@hawiz

hahaha..adoi..janganlah blah..hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@[PCL]

hahahaha..kat bagan serai..rumah pam kerian..hahahaha
||aLeaSaRa|| ||aLeaSaRa|| 22 March, 2012
slm perkenalan owh hahahahaha saya asyik gelak2 je baca entri ni sampai bos tegur kenapa mata berair ngeee ^^

dh masukkan blog ni kat my bloglist...sukalah sbb dpt jumpa blog yg entrinya best!!!

time lunch break saya nak terjah lagi blog ni yehaaa ^^
madammondoq madammondoq 22 March, 2012
sweetlah dr.trojan tu!!!! i like!!! haha..
Edy Zaidi Edy Zaidi 22 March, 2012
hahaha...kene skodeng..kesian pak jeman...nak feeling pun xdpt
teha teha 22 March, 2012
ok.. mengarut ! hahahah !
semutsengal semutsengal 22 March, 2012
kenapa mesti skodeng Pak Jeman Lonjong Kepala Botak ?



Err
fae jamal fae jamal 22 March, 2012
hahaha..usha makhluk asing berak yea?hahahhaha
c'axoera ヅ c'axoera ヅ 22 March, 2012
kim salah kat UFO tu eyh heheh
Nurul Akmal Nurul Akmal 22 March, 2012
Boni... nak story terbaru... ;)
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@||aLeaSaRa||

hahahaha..kang kantoi lak dengan bos tu sebab main blog..hehehehe

thanks yer..terharu sangat
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@one.two.smile

hahahaha..tak dah? bagus2..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@Muhammad Saiazuan Norhalik

yesza..hahaha...bro, napa aku takleh masuk blog ko yer?
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@madammondoq

hehehehehe..nak berkenalan tak dengan beliau??hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@Edy Zaidi

hahahaha..tu la kan??hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@teha

hahahahaha..saya kan tukang karut.. :P
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@semutsengal

tak terlintas pun di hati nak skodeng pak jeman lonjing tuh..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 22 March, 2012
@fae jamal

bukan usyar la..skodeng..hahahaa
محمد شهريل القنيطري محمد شهريل القنيطري 23 March, 2012
hahaha..sengal gila,tension gilan pak jeman lonjong kena skodeng...adei
MaYa MustWany MaYa MustWany 24 March, 2012
hahaha skodeng2..

siap selit pak cik iklan pencuci lak tuh..kikik
Boni JLL3 Boni JLL3 24 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

seminggu pak jeman lonjong sawan sebab kene skodeng..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 24 March, 2012
@MaYa MustWany

hahahaha..kaki iklan jgak mus ni ek??hahahahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@Nurul Akmal

hahahahaha..nanti kita pergi kedai yang boleh realisaikan benda tu..hahahaa
Bulan Syurga Firdausi Bulan Syurga Firdausi 27 March, 2012
comel la muke alien tu hahaha sori lambat bls kunjungan cni bro!
Nurrul Nurrul 21 May, 2012
hahaha , tak puas melepas !