Cerita Lawak : Misteri Sebuah Bengkel Dan Dua Orang Gadis

MISTERI
BENGKEL MISTERI - GAMBAR SEKADAR PERHIASAN


Patutlah lain macam  aku rasa sebelum ni. Time cornering aku rasa ketat. Time cornering aku rasa macam nak tersungkur. Apa lagi time aku layan corner dalam kelajuan 240km/j. Rupa-rupanya tayar aku bocor. Pagi-pagi aku terpaksa ke bengkel untuk tampal tayar motor. Sesampainya di bengkel, aku disapa oleh seorang mekanik.

" Wahai encik saudara. Boleh kiranya saya membantu encik saudara? Apa sebenarnya masalah encik saudara?"

Pergh. Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa melambangkan budaya. Aku tertarik dengan mekanik ni. Berbahasa orangnya. Aku pun dengan penuh kesopanan dan kesusilaan membalas semula teguran itu.

" Encik mekanik, tolong tampal tayar belakang motor saya.",ujar aku sambil jalan menunduk di hadapan mekanik tersebut.

" Baik encik saudara. Encik saudara sila lah duduk di sofa tersebut sementara tunggu saya siapkan motor encik saudara.",pinta mekanik tersebut sambil menunjuk ke arah sofa yang berada di dalam bengkel.

Sedang aku melangkah, secara tiba-tiba terbentang karpet merah. Menambah lagi keasyikan langkahan aku, muncul pula dua orang gadis persis model. Entah dari mana munculnya. Aku diiring sehinggalah ke sofa yang berada di dalam perut bengkel tersebut. Pergh. First class service. Aku pun terus melabuhkan punggung aku di atas sofa tersebut. Lembut dan beralun-alun. Selesa. Aku tekan-tekan sofa tersebut. Pergh! Sofa air. Dalam keghairahan aku meneliti ke setiap ruang bengkel tersebut, secara tiba-tiba aku dihidangkan dengan air jus oren dan nasi goreng basah. Terbaekk. Sambil-sambil aku melayan kenikmatan duniawi tu, aku sempat menjeling-jeling ke arah mekanik yang menyapa aku sebentar tadi. Kelihatan beliau baru memulakan eksperimennya ke atas motor aku.

Kedegang! Kedegang! Kedegang! Kedegang!

Humanggaiihh! Budi bahasa punyalah sopan, tapi punyalah kasar dan ganas perilakunya. Mulut aku melopong. Lagi menambah hairan aku tatkala melihat mekanik tersebut mengetuk-ngetuk ekzos motor aku dengan penuh keazaman. Terlihat dari riak wajahnya. Nampak jahat dan cukup bernafsu sekali. Sambil sesekali beliau mengurut-ngurut dagunya dan tersenyum sinis. Apalah kena mengena ekzos dengan tayar motor? Perasaan cuak tiba-tiba menguasai diri aku. Adakah mekanik itu psychotic? Persoalan demi persoalan bermain-main di minda aku. Dek tidak dapat menahan perasaan cuak tersebut, aku terus menutup mata. Sehinggalah..

" Encik saudara, tayar belakang encik saudara tak bocor pun.",ujar mekanik psycho tersebut.

Huh! Terperanjat aku. Aku cuba mententeramkan emosi aku. Dengan berbekalkan sedikit kecekalan, aku cuba menguasai keadaan dengan sedikit tengkingan.

" Kenapa pulak tak bocor?!! Saya yang bawak motor tu! Saya taulah bocor ke tak? Apa ni?!! Macam mana kamu jadi mekanik ni?!!",jerkah aku dengan niat agar di jiwa mekanik tersebut terselit perasaan sayang takut kepada aku. Namun mekanik tersebut  seolah-olah tiada perasaan. Aku pula yang semakin gugup apabila memandang wajah selamba bodoh mekanik tersebut yang merenung tajam mata aku. Dah macam zombi dah aku tengok. Lagi-lagi apabila beliau memegang spanar saiz 59.

" Encik saudara, memang tak bocor tayar belakang tu. Tapi yang bocor tayar spare encik saudara."

Aik. Aku bingung seketika. Sejak bila motor aku ada tayar spare. Namun dek kerana fobia akan mekanik tersebut, aku tidak memanjangkan soalan itu kepada beliau.

" Ok. Sekarang dah ok dah motor saya tu?",soal aku pendek.

Sejurus persoalan itu dikeluarkan, aku terperasan ada seorang lagi mekanik yang berlari pecut secara tiba-tiba dan menuju ke arah radio di dalam bengkel tersebut. Aku memerhati tingkah laku beliau. Aku melihat beliau menekan butang play. Suasana bertukar menjadi ceria dengan berkumandangnya lagu 'Fikirkan boleh'.


( Sila klik play pada video di bawah sebelum meneruskan sesi pembacaan untuk menambahkan lagi feel. )

 Dan sejurus lagu tersebut berkumandang, kesemua mekanik-mekanik di dalam bengkel tersebut berkumpul setempat dan mula menari poco-poco kecuali mekanik psycho yang berada di hadapan aku. Beliau hanya berdiri tegak,memetik-metik jari dan mengangguk-ngangguk kepala mengikut irama lagu.

" Di sini, dengan teknologi yang kami ada ni, tiada apa yang TAK BOLEH kami perbaiki! Kami BOLEH melakukan apa sahaja! Kami BOLEH memperbaiki segala kerosakan! Motor encik saudara dahpun ok!",ujar mekanik psycho tersebut.  

Aku terlopong secara membabi-buta. Tidak mempercayai apa yang berlaku di hadapan mata aku. Aku semakin cuak. Selepas menyelesaikan bil, aku terus melompat ke atas motor. Terkial-kial aku menendang starter motor. Namun tidak juga hidup.

" Apa ni?!! Kenapa motor aku tak boleh hidup?!! Apa yang dah korang buat dengan motor aku sebenarnya?!! Mengeji kamu! Mengeji kamu!!",teriak aku.

" Encik saudara! Motor encik saudara sebelah sana! Tu bukan motor encik saudara.",ujar mekanik psycho sambil menuding ke arah motor aku. Kelihatan beliau masih lagi berdiri tegak,memetik-metik jadi dan mengangguk-nganggukkan kepala mengikut irama lagu. Begitu juga dengan mekanik-mekanik yang lain. Mereka masih lagi berpoco-poco.

Selepas melompat ke atas motor aku, dengan membabi buta aku memecut meninggalkan bengkel misteri tersebut. Sesampainya di rumah, aku terus dilanda demam. Aku taip entri ni pun dalam keadaan berselubung dengan selimut ni. Demam teruk aku. Misteri sungguh bengkel tu.



BONUS FOR TODAY

Semalam aku telah mencipta rekod baru dalam sejarah aku berfesbuk. Dengan bantuan dua orang lagi kawan aku, MUHAMMAD ZUHAIDI HASHIM a.k.a ADI dan juga RAZALI BASRI a.k.a JALI a.k.a RB, kami telah membuat rekod komen sebanyak 443 komen. Pergh. Terbanyak dalam rekod komen mengomen dalam sejarah fesbuk kami bertiga. Bermakna anggaran setiap seorang dari kitorang komen lebih kurang 110 komen. Pergh. Boleh pulak aku layan komen sampai macam tu sekali. Berpintal-pintal urat jari aku. Jom layan komen-komen tersebut. Macam biasa, jangan dipertikaikan arrow dan bulatan aku. Itulah yang sehabis baik aku dapat lukis dengan tangan maskulin aku ni.










{ 50 comments.. read them below or add one }

AdiaLuze AdiaLuze 27 March, 2012
Assalammualaikum ...

Hmmm .. Cam mimpi je crita ni ... Yeke .. Leh caya keee ... -.-'

Perrghhh .. Komen sampai 400++ tuh .. Leh kematu tangan dibuatnye .. Ngeee ..
NOOR FATIN NOOR FATIN 27 March, 2012
hahaha memang misteri gilaa.. agak2 yg mekanik2 tu pn bukan orang ye dak? :P
are_lin@yu are_lin@yu 27 March, 2012
singgah sini balik!!!;-)
O'gosh O'gosh 27 March, 2012
leh caye ke cite ni...mmg bebetul ada ke bengkel tu..manakah...
blog-tips-kurus blog-tips-kurus 27 March, 2012
hhhhmmmm...
nak komen cerpen ke FB yg beratus-ratus tu yek?? hoho!

*tak sempat tengok nama bengkel tu ke??
Miziey Miziey 27 March, 2012
Tak tercirit ker komen sampai 400++ tuh. Bahaya nih. Nak-nak lagi apabila selalu typo. Mihmihmihmih.

Ape ke impIan? knape I tetibe jadi besar? tumbesaran yang tak terkawal ek? kah3.
xD
eLLa n aLia eLLa n aLia 27 March, 2012
haha, ya lah.. misteri sunggoh mekanik tu, dengan susunan ayat yang sangat klasik.. jangan2x~ .. hmm, yg pnting, mkan free..
LoveBug LoveBug 27 March, 2012
betui ke bengkel tu?hahaha...gigih sungguh komen haaa smpi 400..pasni up 600 plak :P
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 27 March, 2012
Perrgghh!! siap ada tarian Poco2 lagi..
Btul2 bengkel 5 star laa,,Haahhaha
Popkorn Popkorn 27 March, 2012
Ade x mekanik tu cakap
terima kaseh sila datang lagi...
^_^ Cik Zaza House ^_^ Cik Zaza House 27 March, 2012
kehkehkeh..boni2...mimpi ke apa nih...siap poco2 lagi...fuyuuuu dasyat eh... =)
mohdhazlan Dreadlock mohdhazlan Dreadlock 27 March, 2012
pecah rekod xpe ..jgn pecah perut .hehe
HUDAJMAL HUDAJMAL 27 March, 2012
eh , ni betul ke tak ni ? *curiga* haha
-SUPERGIRL- -SUPERGIRL- 27 March, 2012
hahahaha !blur gyle bace nihhhh
NAL NAL 27 March, 2012
hahaha..x dapat nak bygkan..serammmm
Nurul Akmal Nurul Akmal 27 March, 2012
Macam kisah mimpi jer.. heheheheehe..

Tapi memang pecah rekod ah.. ;)
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 27 March, 2012
Crazy lah cerita ni,mesti mekanik bunian ape ntah XD.
Muhammad Saiazuan Norhalik Muhammad Saiazuan Norhalik 27 March, 2012
ni realiti ke fantasi? huhu

trkejut aku bila bca ayat mekanik tu..hahaha
Mr.PinGu Mr.PinGu 28 March, 2012
betul ke idak ni confuse aku.. ceritanya panjang benar hahaaa.. siap poco2 lg
Hany Rara Hany Rara 28 March, 2012
ahahah tgh bayang gaya mekanik psycho tu mnari..rasa mcm nk ikot buat skali..hahah

Dasat..sampai demam eh? hope cepat baek..hehe
EZAN IDMA EZAN IDMA 28 March, 2012
cerita ni mmpi ke betul2 ni? haha
~diAhOntHeblOg~ ~diAhOntHeblOg~ 28 March, 2012
tu la die..asyik sawan je..jd gitu la..smpai motor sndiri pn xkenal...puiiiii... ;P
umie mia umie mia 28 March, 2012
huhuhu ni cerita realiti ke fantasi...
lawak baca komen2..typo terus jadi merapu heheh
Lea Isnawi Lea Isnawi 28 March, 2012
adehhh..motor pun ada spare tyre ker?
Sha Sha 28 March, 2012
hehehehe. mula2 ingat citer hantu daaaa...kikiki
Zakaria's daughter Zakaria's daughter 28 March, 2012
erkkkk.
errrkkk.
kentuttt.

encik saudara.
zzzzzzzz.
encik mekanik.
zzzzzzzzzzzzzzzzz.
teha teha 28 March, 2012
alahai.. wujud ke bengkel tu ? hahaha !
CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 28 March, 2012
kat mane tmpat tuh? bolat nk pegii ! wakakkaa
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 28 March, 2012
haha mmg misteri..siap ada nasi goreng basah..nasi goreng apa tu?haha..mee goreng basah pnh la dgr..ngeee

cnfuse gak sjk bla motor ada tyr spare..hee

pss : thankss sbb like..wahh sanggup plak mengomen 443 ea..hee dasyat!
anamizu kaito anamizu kaito 28 March, 2012
sopan gila mekanik tuh boni!! hahahaha~ budi bahasanya amat indah.. nescaya andai beliau berada di alam nyata beliau akan di gilai para remaja wanita sehinggakan dicemburui insan yg bernama BONI! hahaha =P



perhhhh berkomen sampai 4ratus????? terer3!!!! hahahaha






luv,
cik ana
Ida Roslan Ida Roslan 29 March, 2012
sangat misteri bengkel itu =).
Ezad Skytech Ezad Skytech 29 March, 2012
HAHA..lain macam je bengkel tu..da la aq baca entri ni pukul 4 pagi..HAHA...

> perghhh...sampai 400++ komen...aq pernah sampai komen2 sampai 200++ pun da letih...haha~
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 29 March, 2012
mesterinyer bengkel tuh!uuuu...

hamboiii...banyaknyer komen...larat Boni yer...ni sure guna tangan ngan kaki sekali ngomen, kehkehkeh...
keep up the good work, dude...

Baper entry YM buat sehari???aiii...nk gak ngalahkan Boni yg berjaya buat komen beratus2 tu ha...hahaha
yana halim yana halim 29 March, 2012
kalau bab buat cerita sengal, serahkan kat Boni. Memang hebakkk.......imaginasi yg x pernah terlintas di fikiran. Tahniah! Pagi2 dah buat ahkak mengekek sensorang kat opis....hahaha..

nak add fb boleh? :p
CIK MAY CIK MAY 29 March, 2012
ni cite ape sbnrnye?
✿ pink velvet ✿ ✿ pink velvet ✿ 29 March, 2012
malas nak baca cite tu sbb pjg sgt, hahaha *kejam*

pergh! 4++ komen? gile kentang! x annoying pulak notifications? :P
H.S H.S 29 March, 2012
pengajarannya fikirlah boleh.segalanya pasti boleh! :ppp

Encik mekanik bermisteri buat tarian poco-poco?hahahaha :D

kalau saya cabut dah,takut itu mekanik psycho mcm dlm cerita criminal minds.lololololol

kita tak pernah pun duduk kat sofa air.tak aci! tak aci!

ok nak add fb boleh? :P
H.S H.S 29 March, 2012
btw apasal rajin snagat sampai komen banyak-banyak tu?

bukannya dapat hadiah pun :ppp
madammondoq madammondoq 29 March, 2012
la.. tayar tu ngegada pulak ye.. kejap bocor.. kejap tak bocor pulak.. konfius mak nakkkk..
MawardiYunus MawardiYunus 29 March, 2012
amboi semua siap ber poco poco lagi
AdiaLuze AdiaLuze 29 March, 2012
Assalammualaikum ...

Baca pasal "Donate Button" tadi .. Baru perasan yang step2 'tutorial' yang dibagi tu semuanya hampeh jeeek .. isshhhh ...
MaYa MustWany MaYa MustWany 29 March, 2012
hahah siap letak link utube tuh..hahah tambah perisa entry sungguh..hahah..yang paling xtahan dok lompat salah motor..hihih
Cik FaRiZaM Cik FaRiZaM 29 March, 2012
ni addicted to facebook ni.....bawak2 insaf la....>_<
Cik FaRiZaM Cik FaRiZaM 29 March, 2012
blas dr entry makan-makan afasz, ye sy suka buat org terliur..hehe
c'axoera ヅ c'axoera ヅ 29 March, 2012
hahaah pandai ke nari poco2 tu...:p
Naziman Naziman 30 March, 2012
dari tadi saya cari kat mana nak comment pun, tak sabar sangat dah nak komen..rupa2nya ada skrol tepi komen..hahaha..memang misteri gila la bengkel tu..tapi bagus, semngat lagu fikirkan boleh..haha..nice story bro..
Mohammed Faizal Mohammed Faizal 30 March, 2012
biar betol....memang pelik betol la pengalaman ni...jarang-jarang berlaku..
ni kedai mekanik ke rumah hantu.
محمد شهريل القنيطري محمد شهريل القنيطري 02 April, 2012
hahaha..mengubat kerinduan bca entry ko...gila empat ratus..tercirit aku...
naiemah_ramli naiemah_ramli 03 April, 2012
err..ada ke bengkel tu?? huhu..mcm plik je kan.. =.=''..


*komen smpai 400 lbih..errkk..tak termuntah ke? hahaah -.-''
Nurrul Nurrul 21 May, 2012
mekanik tuh semua orang orr ? ? ? hahaah

*misteri gilak ! *