Cerita Lawak : Temui Yuna Di Pasar Malam Ibukota

yuna
yuna


Semalam aku mendapat satu tugasan yang benar-benar mencabar dari madam besar(mak aku). Ada misi di pasar malam. Dapat je tugasan tu, aku terus bergegas keluar dari rumah dan mula menendang-nendang starter motor. Makin menjadi-jadi degilnya sekarang. Makin susah untuk dihidupkan. Aku mula memberontak dalam diri sendiri. Yelah, misi harus dilaksanakan dengan cemerlang dan jayanya. Kalau tak, lesung batu akan menanti aku. Selepas beberapa kali aku mengugut mahu menyiku kepalanya, barulah beliau menurut kata. Huh! Tekanan aku. Beliau masih tak memahami lagi hati tulus suci tuannya yang terlalu kacak ni? Takkan hari-hari aku nak ucapkan kata-kata indah dan bermadah pujangga. Nanti apa pula kata jiran-jiran tetangga bila ternampak tabiat aku tu. Kalau dah sekali aku cakap sayang, maknanya hari-hari lah aku sayang. So stubborn that motorcycle! Mencik aku mencik aku!

Selepas sejam memanaskan enjin motorsikal, aku mula membelah jalanan. Sebagai seorang penunggang motorsikal yang penuh dengan skil dan kehebatan apabila berada di atas jalanraya, sememangnya menjadi tabiat aku untuk berlagak dengan pemandu-pemandu yang lain. Selalunya aku akan memecut motorsikal aku hingga jarum meter mencecah 45.5km/j. Begitu hebatnya aku. Mungkin disebabkan keterelan itulah aku sering dipandang sinis dan dimaki hamun oleh pemandu-pemandu yang lain. Apatah lagi rider hebat ini memiliki raut wajah yang kacak semulajadi. Manusia. Memang tak boleh lari dari sifat dengki. As usual, aku akan meng-ignore-kan je benda-benda tu.

Sesampainya di pasar malam, aku memberhentikan motorsikal di bahu jalan yang betul-betul menghadap pasar malam. Dengan sepenuh sopan, aku turun dari motorsikal. Helmet aku buka perlahan-lahan dan terus dilontar ke dalam tong sampah. Bila aku mula melangkah setapak, secara tiba-tiba semua manusia yang berada di situ terpaku melihat aku.  Aku dah mula tak keruan. Nak sekali aku memekik, 'Tolonglah! Saya bukan Shahrizal Jaszle!'. Tapi aku tak termampu buat apa-apa. Lidah aku terkelu. Biarlah. Biarlah mereka-mereka itu nak menganggap aku Shahrizal Jaszle. Bukan kemahuan aku memiliki wajah seiras Shahrizal Jaszle. Ini namanya Gifted. Aku wajib bersyukur. Nak tak nak aku kena tabah menghadapi cabaran ini. Namun, keindahan malam itu dicemari oleh suara sumbang seorang bayi perempuan berumur 6 bulan.

" Mummy! Daddy! Tengok lelaki tu ! Beliau pakai legging kaler pink! Kah kah kah kah!"

Aku tersentap. Suara bayi itu benar-benar menjejaskan keyakinan aku. Mungkin kerana tersedar akan kekhilafan anak mereka, serta merta ibu bapa bayi itu meminta maaf daripada aku. Tak apalah. Dengan hati yang terbuka, aku rela memaafkan. Bayi. Apa yang golongan-golongan ini tau tentang dunia. Apa bezanya legging dengan seluar tidur? Sama je. Tak apalah. One day, u will understand about that, poor little girl! So childish! 

Aku meneruskan langkahan menuju ke dalam perut pasar malam. Bersesak-sesak. Aku dah mula kelemasan dengan bau ketiak mamat-mamat bangla yang entah dari mana datangnya. Tiba-tiba je muncul. Padahal dari tadi aku follow belakang awek-awek cun je. Siap aku buat permohonan nak follow twitter dorang lagi. Entah macam mana tiba-tiba ramai pula kelibat-kelibat mamat-mamat bangla depan aku. Dengkilah tu. Sampai je kat satu kedai tudung, aku berhenti. Mata aku mula meliar memandang tudung-tudung yang dijual. ARGHH!! Aku dah mula pening. Aku tak tahu mana satu yang harus dibeli. Sehinggalah secara tiba-tiba aku tersentap dengan satu suara yang sangat merdu menegur aku. Siap ada vibrator lagi di hujung-hujung ayat tu.

" Ye bang, abang nak tudung yang mana satu?"

Mata aku terbeliak secara tiba-tiba. Mulut aku ternganga disertai bunyi nafas yang sangat kuat keluar daripada mulut. Kelihatan beberapa pelanggan yang berada berdekatan aku pengsan secara tiba-tiba. Mungkin terbau aroma mulut aku agaknya. 

" Awak Yuna kan? Yuna Gadis Semasa kan?? kan? Kan? kan?",soal aku bertubi-tubi. Masih belum mempercayai apa yang berada di depan mata. Hingus yang berada di hidung aku turut memainkan peranan penting dalam sesi perbualan tersebut. Beberapa kali ia mengembang mengempis seperti seekor belon yang ditiup dan dilepaskan anginnya.

" Ye!! Sayalah gadis tersebut!! Kalau tak ada show, saya akan berniaga tudung kat sini!",ujar Yuna sambil menconteng tanda tangannya di atas legging aku. Nak sekali aku cepuk muka beliau. Aku tak minta pun otograp beliau. Tapi, tak apalah. Demi menjaga imej sebagai seorang lelaki maskulin, aku membiarkan je perangai beliau tu. Lagipun, ingat senang ke nak dapat otograp Yuna?! Perghh!

" Macam ni cik Yuna Gadis Semasa, saya sebenarnya cari tudung bawal. Tapi saya tak tau macam mana rupa tudung tu. Macam sama je semuanya."

" Owh, tudung bawal. Ok, tudung bawal awak boleh tengok kat bahagian atas tu. Macam-macam ada.",ujar Yuna sambil menuding ke arah kedai kebab bertentangan. Apa kejadahnya Yuna ni. Pelik aku. 

Selepas berurus niaga selama hampir 4 jam untuk sehelai tudung, akhirnya aku berjaya mendapatkan yang terbaik mengikut citarasa Yuna. Pasti madam besar akan suka. Selepas meninggalkan kedai Yuna, langkahan aku semakin lama semakin laju. Sehinggalah aku berlari-lari anak sambil menitiskan air mata. Tak sangka dapat jumpa Yuna. Dapat otograp lagi. Begitu juga di atas motor. Air mata tak berhenti-henti mengalir hinggakan ada pemandu kereta yang prihatin lalu menghulurkan aku secebis tisu sebelum beliau terbabas di bahu jalan.

Sesampainya di rumah, dengan perasaan yang sangat teruja, aku mengesot mendapatkan madam besar. Tak sabar nak luahkan perasaan gembira bukan kepalang dapat jumpa Yuna sebentar tadi. Bila aku menghulurkan tudung tersebut dan mula bercerita tentang Yuna, riak wajah madam besar secara tiba-tiba berubah. 

" Jangan nak Yuna sangatlah!!!!!!! Aku......suruh.......kau......beli.......IKAN BAWAL!!! Yang kau beli tudung bawal kenapa?!!!",teriak madam besar sambil berlari menuju ke dapur. Aku dah boleh agak dah. Kalau tak tong gas, mesti lesung batu yang akan digunakan madam besar untuk membedil aku. Nak tunggu lagi?!! LAARRIKKKK!!!


BONUS FOR TODAY. JOM LAYAN LAGU NYANYIAN AKU DAN JUGA MEMBER AKU(BUDAK NI PERNAH MENGAJI DENGAN ARWAH NENEK AKU MASA KECIK-KECIK DULU).
 MACAM SIOT. DISEBABKAN VIDEO NI, AKU DITUDUH GAY. HAHAHAHA. CAM HAREEMMM. BAI DE WEI , SUARA AKU YANG FIRST ONE TU K. DON'T GET CONFUSING.

video


P/S :- gambar Yuna tu aku curik daripada blog Badger. nak tgk gambar-gambar menarik Yuna lagi ,
boleh klik  ---->  BADGERMALAYSIA



{ 127 comments.. read them below or add one }

~diAhOntHeblOg~ ~diAhOntHeblOg~ 08 March, 2012
hahahaha....kesian Yuna..
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@~diAhOntHeblOg~

patutnya kesian kat boboi lah..hahahaha
HUDAJMAL HUDAJMAL 08 March, 2012
ommy , saya adek yuna . err --'
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@HUDAJMAL

owh..hahaha..hye adik ipar! ahahahaha
shiema sufian shiema sufian 08 March, 2012
hahahhaaha, lain kali dengar betul betul (:
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@shiema sufian

sbb dengar betul2 la salah tu.selalu bila endah tak endah betul je..hahahaha
madammondoq madammondoq 08 March, 2012
tanjat maimon.. kesian maimon... apa kata tukar yuna tu jadi maimon.. haha..
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@madammondoq

hahahahaha..maimon?? datin maimon??hahahha
Arina Shamsul Arina Shamsul 08 March, 2012
hahahahaha..aku senyum2 siput sambil baca cerita panjang mengurai kamu ni..i like..kekeke.

oo..minat yuna punya pasal ikan bawal jadi tudung bawal ye..hahaha.
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@Arina Shamsul

hahahahahaha..senyum2 siput ek??hahahahaha..thanks :)
Cik Nurul Cik Nurul 08 March, 2012
hahahaha maimon2... :-)
saya wawa najwa saya wawa najwa 08 March, 2012
eii .kalau dak pompuan pilih tudung takder lah sampai 4 jam .pelik lah ahbunkkkk nihh :P jeless lah ,asek2 jumpa artis .jeleess tol lahh ! arghh ~~~~~
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@saya wawa najwa

hahahahaha..cerita tipu sunat lah ni..hahahahaha
fnd fnd 08 March, 2012
susah nak imaginasikan cerita kau ni dlm bentuk visual...tapi thumbs up!
yana halim yana halim 08 March, 2012
4 jam beli sehelai tudung? mmg patut madam cari lesung pun...hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@fnd

hahahahaha..thanks fnd. :)
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@yana halim

hahahahaha... memang patut ye??hahahha
Muhammad Saiazuan Norhalik Muhammad Saiazuan Norhalik 08 March, 2012
gua prnah jmpa yuna time dia baru nak up, time tu tengah top lagu oh bulan kat uptown ipoh..
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 08 March, 2012
Alahai..Ikan Bawal Rupanya..Hhahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@Muhammad Saiazuan Norhalik

yeke?adakah beliau comel macam dalam tb?
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@SuparMan SuaRez

hahahaha..yesza..ikan bawal..hhahaha
mohdhazlan Dreadlock mohdhazlan Dreadlock 08 March, 2012
yunalis ..ahak ...

bes jgk erk video ko bro ...haha
Boni JLL3 Boni JLL3 08 March, 2012
@mohdhazlan Dreadlock

hahahaha..tenkiu2 bro..jangan plak ko ingat aku gay jgak..hahahahahaha
one.two.smile one.two.smile 09 March, 2012
legging pink?? sy pulak ada legging cklat .. matching sgt!! hahaha tipu jaaa


opps! tetido dgr lagu tu...Zzzzz


best :)
nur salwani nur salwani 09 March, 2012
haaha pergi pasar malam pakai legging ? haha .mesti kacak nya semakin menyerlah ..=D
nur salwani nur salwani 09 March, 2012
haaha pergi pasar malam pakai legging ? haha .mesti kacak nya semakin menyerlah ..=D
محمد شهريل القنيطري محمد شهريل القنيطري 09 March, 2012
hahahha...x blh blah shahrizal jaszle..perghhh

tudung ngan ikan pon masih konfius ker??hehe,tu lah yuna sangat..
~SaL IjOu~ ~SaL IjOu~ 09 March, 2012
kompiden je tudung bawal ye..haha~
*sedap sore~ ;p
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@one.two.smile

hahahaha...leh pinjam seminggu legging coklat tu?hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@nur salwani

sudah semestinya...hahahahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

hakhakhakhakhak..betul..saling tak tumpah...hahahahahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@~SaL IjOu~

hahahahaha.. itulah.. nasib baik tak bawang..hahahahaha
Ain GreenChubby Ain GreenChubby 09 March, 2012
hehe..pandai buat cerita eh..lucu n menarik pulak tu..xnk satu kan semua cerita Boni dlm satu buku qew??comfirm laku punya ar.. >_<
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@Ain GreenChubby

hahahahahaha..insyaAllah satu hari nanti..hahahahaha
Miziey Miziey 09 March, 2012
Fakk! apa kejadah tudung bawal dan ikan bawal pun tak dapat nak dibeza?? kenapa tanya Yuna? kenapa tak tanya saja kepada Bawal Ashaari? ishhh. Nak kena msuk tadika balik ni belajar kajian tempatan.

Btw, video tu gua tak berani nak bukak. Gua tengok gambar pasangan yang intim dan mesra itu dah cukup membuatkan gua loya dihari Jumaat nan indah ini. Mihmihmihmih.
xD
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@Miziey

buduh!! hahahahahahahaha
teha teha 09 March, 2012
hahah ! ikan dgn tudung pon bole tertukar.. ape laa
one.two.smile one.two.smile 09 March, 2012
@Boni JLL3

tak leh.. dilarang memakai di kawasan pasar mlm ok :)


hah, dah knal tudung bawal qhupe cm mne ?? hahaha
CIK MAY CIK MAY 09 March, 2012
tibe2 yuna meniaga kan..haha
Dianaa Dianaa 09 March, 2012
HAHAHAHAHAHAHAHAHA! Jap, penat gelak. K, nak sambung balik. HAHAHAHAHAHAHAHHAHA! Serious lawak gila ahhh! HAHA! xD
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@teha

hahahaha...hujung2 tu sama..BAWAL..hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@one.two.smile

nanti nak google..hahahahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@CIK MAY

hahahaha..tu la kan?? hakhakhakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@Dianaa

amboi.besonya gelak..jangan, nanti tersumbat halkum tu kang.hakhakhakhak
Popkorn Popkorn 09 March, 2012
haha.. klako entry ko weh.. nnti update inform kat fibox den yerp...
Miss Purple Miss Purple 09 March, 2012
haha..sejak bila ikan bawal jadi tudung bawal.hihihi
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@Popkorn

hahahaahaha..bereh2... :)
Dianaa Dianaa 09 March, 2012
Erk, okay. gelak sopan sikit la ek. Hihihi #sambil tutup mulut dengan tangan :'>
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@Dianaa

wow..terserlah keayuannya..hahahahaha..(smbil menunjukkan isyarat peace).hahaha
Dianaa Dianaa 09 March, 2012
Hahahaa! Yg tak tahannya part 'seekor belon'. Betul ke seekor? Muehehe xD lepas tu part yang salah beli barang. orang suruh beli ikan, dia pi beli tudung. HAHA! :D
#btw, letak la cbox :D
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@Dianaa

hahahahaha..takkan sebuah kan? tu lah..tak tau nak letak apa..hahahaha..boleh la tu..hehe
umie mia umie mia 09 March, 2012
lahhhh ikan bawal rupanya yang madam nak... adoyyyy ^_^
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@umie mia

hahaha..tu la..ikan bawal rupanya..hahaha
miss Fyqa miss Fyqa 09 March, 2012
ahaa..x sama ok..ikan bawal ngan tudung bawal..hehe..kesian yuna :D
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@miss Fyqa

kesian kat yuna je? kat saya awak tak kesian? hahahaha
msredcheesecake msredcheesecake 09 March, 2012
Pekak ke hape, tak dengar ke madam besar kata ikan, bukan tudung? Wahahaaa......
★ aIsyaH ★ ★ aIsyaH ★ 09 March, 2012
yuna jual tudung kat pasar malam.?bi0 beno..hee

um..ikan bawal n tudung bawal..dekat2 kot bunyinye..so, not y0ur fault..:)
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@msredcheesecake

hahahahaha..ada sikit masalah pendengaran..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@★ aIsyaH ★

hahahaha..kalau yuna berniaga kat pasar malam rasanya sehari boleh sold out tu tudung2 tu..hahahaha
★ aIsyaH ★ ★ aIsyaH ★ 09 March, 2012
haha..kan...tp bagus jugak kalau artis2 glamer ni berniaga kat pasar malam..boleh bantu majukan perniagaan ..:)
Boni JLL3 Boni JLL3 09 March, 2012
@★ aIsyaH ★

hahaha..itu lah tu..lagi kaya dorang...hahaha
★ aIsyaH ★ ★ aIsyaH ★ 09 March, 2012
tu kire diorang wat amal la tu..hee:)
~CAHAYA~ ~CAHAYA~ 10 March, 2012
haha kelakar la, kisah btol ke kisah tipu ni???
cik Kartun cik Kartun 10 March, 2012
bayi 6bulan??? petah betul berkata
-_-'
Ct Mawa Ct Mawa 10 March, 2012
hahaha..lawak gila..penat gelak
anamizu kaito anamizu kaito 10 March, 2012
hahahaha hape daaaa tudung bawal! aku gelak xleh nk stop nih weyh!! hahahahaha





*rupenye aku dah folow lame dah blog ni..sempoi arhh! ;)



slm kenal,
cik ana
hawiz hawiz 10 March, 2012
hehehe..yuna2...tp ok gak suara tu..hehe
Ezad Skytech Ezad Skytech 10 March, 2012
HAHA..lain yg suruh dibeli..lain pulak yg dibelinya...kah3~
LidiaSuraya LidiaSuraya 10 March, 2012
Yuna pnya pasal.. Ikan bawal jd tudung bawal hahaha.
محمد شهريل القنيطري محمد شهريل القنيطري 10 March, 2012
x der cita baru ker??jumpa lisa plak ke lepas ni..hehe
Saddila Saddila 10 March, 2012
sengal gila perenggan ke 3 tu. tak sopan langsung. haha

meleleh baq ang dengar lagu ni T__T
MaYa MustWany MaYa MustWany 10 March, 2012
mcm2 hal ye.hihihi..nasib baik tak pakai tudung bwal.hihihi..
O CIKTEDDY O CIKTEDDY 10 March, 2012
muahaha..pkai legging tuh..pewitt!
MaYa MustWany MaYa MustWany 10 March, 2012
aah..mas pun dh pernah 4low gak.
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 10 March, 2012
haiyaa.. ikan bawal & tudung bawal len kot.. :D
Aida Azryn Aida Azryn 10 March, 2012
lepas ni buat cerita pasal shahir af8 pula boleh? lol xD
Zakaria's daughter Zakaria's daughter 10 March, 2012
perghh.
haha.
muntahh muntah wehh wa bace entry nehh!! -..-

lalala
Sha Sha 11 March, 2012
boni ni kalau tak buat lawak tak sah !!!!! hahahaha..mmg lawak...
Bro Framestone Bro Framestone 11 March, 2012
punye panjang entry ini...

hanya part budak kecik tue je menarik perhatian aku...

ok gelak guling2 kejab
Meet Uncle Haire Meet Uncle Haire 11 March, 2012
alaaa...asal xbergambar dgn yuna... -,-
KiD KiD 11 March, 2012
hahahahaa.. kesian boboi.. nanti kid suruh Yuna LAWAT boboi yea..
era kecik era kecik 11 March, 2012
itular.. lain kali dengar apa yang mak surruh beli! ternampak yuna, sepatutnya ikan, tertukar jadi tudung bawal lak. heeehe~..
CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 12 March, 2012
boni pkai legging PINK ? aww. aww.. nk nengok ! har har har, untunglahh dapek jmpe YUNA.. :P

wowowow.. best la lgu ni.. tkut sore boni mule2.. ekekeke
c'axoera ヅ c'axoera ヅ 12 March, 2012
tumpang kesian ajer lah...tapi nak tanya bila nak tukar shoutbox yang dah expired tu hehe
m!3yr4h_LolLy m!3yr4h_LolLy 13 March, 2012
perrgghhh. idola yuna to. keh keh
Cik FaRiZaM Cik FaRiZaM 13 March, 2012
perghhh idola yuna ke....uhuk2......
NOOR FATIN NOOR FATIN 13 March, 2012
hahahaha kan dah kena kejar.. ni sebab tengok yuna la ni sampai beli tudung bawal :P
chemay chemay 13 March, 2012
ikan bawal dengan tudung bawal lain tauuuu,
hish~
hehe
:P
maya maya 14 March, 2012
ari tu sye bce wk2 citer najwa latiff. pas tu ni yuna pulak...mcm bce bku je. best leh jd pengarang komik....follow back kalo rjin
h-nadiatul.blogspot.com
NURULHANIF NURULHANIF 15 March, 2012
wah jumpe yuna.. bestnya.. kat mana tu?
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@Saddila

hahah..wah.amboi.siap hafal perenggan.hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@NURULHANIF

hahahaa..mana ada la..hehehe...cerita rekaan je nih..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@maya

hahahaha..macam baca buku je??hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@chemay

tapi bawal tu sama lah..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@NOOR FATIN

hahahahaha..tu ler pasalnyer.hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@Cik FaRiZaM

yuna yang mengidolakan saya sebenarnya..hahahaha :P
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@m!3yr4h_LolLy

tak la..hehehe.idola saya Jamal abdillah sebenarnya..hehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@c'axoera ヅ

hahaha..shoutbox banyak masalah ler..punca malware la apa la.biar je la kosong macam tu.hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@CekbOlat-bOlat

iskh..mana leh tengok..malu I..hahahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@KiD

kalau yuna LAWAt ok jer..hehehehe
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@e-lyana

hahaaha..mana ada macam2 la..hehehhee
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@Zakaria's daughter

hahahaha..nak muntah g jauh2..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@Aida Azryn

hurm..perlu dipertimbangkan dulu tu..hahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@aRa ❤ aFiq™

tapi BAWAL dibelakangnya adalah sama..hahahahha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@MaYa MustWany

2 ler..baru nak terjah ek??sob3..
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@O CIKTEDDY

hehehehe..jgn skodeng2 k..hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@محمد شهريل القنيطري

hahahaha..tunggu je..ada la pasni..hakhakhak
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@anamizu kaito

taupun..tapi baru nak terjah kan??hahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@Ct Mawa

jgnlah gila ye..heheheh :P
Boni JLL3 Boni JLL3 25 March, 2012
@~CAHAYA~

kisah tipu sebenarnya..hahahaha
AFNI AFNI 26 December, 2012
betul ke bohong citer ni? huhu