Cerita Lawak : Anda Mencari Kaedah Menghafal Sifir Terbaik Untuk Anak Anda?



Sesi pembelajaran semakin pesat dan moden jika nak dibandingkan dengan masa dahulu. Bagi aku, teknik-teknik pembelajaran yang lahir pada zaman sekarang mampu membuatkan anak-anak tidak berasa bosan untuk belajar. Kita sebagai ibu bapa ni kena bijak dan cerdik untuk mendapatkan medium yang berkesan supaya anak-anak kita tidak bosan untuk belajar. Pergh!! Nasihat dari seorang yang masih lagi belum berkahwin. Hahaha.

Baiklah, bukan nasihat yang aku ingin sampaikan pada hari ni, tapi aku ingin berkongsi satu kaedah dan teknik menghafal sifir yang bagi aku agak cool dan berkemungkinan besar mampu menjadikan anak-anak korang minat untuk menghafal sifir. 

Aku teringat satu kisah di mana aku pernah berjalan-jalan di sebuah sekolah rendah. Aku pun pelik macam mana aku boleh tersesat di sekolah tersebut. Mungkin bermimpi sambil berjalan agaknya. Sedang aku melalui satu kelas, aku terkesima sebentar. Entah macam mana aku terdengar satu lagu yang sangat menarik. Hinggakan tanpa disedari aku turut berjoget-joget di luar kelas tersebut dengan begitu bernafsu dan efisien sekali.

Sila klik play untuk mengetahui lagu tersebut. Ini mungkin kaedah menghafal sifir yang terbaik pernah aku dengar siap dengan unsur-unsur nasihat lagi.

Sedang dalam mod riang-ria sambil berjoget-joget di luar kelas tersebut, secara tiba-tiba aku perasan ramai pula berada di belakang aku sambil berjoget beramai-ramai. Ada tukang kebun sekolah, ada mak cik kantin, ada cleaner sekolah dan terselit juga Cikgu Shida yang turut berjoget bersama. Aik? Cikgu Shida pun ada?


Sungguh meriah suasana di luar kelas tersebut. Bagaikan satu pesta muda mudi. Dan kami berjoget sakan hinggalah lagu tersebut habis. Sejurus lagu tersebut habis, mereka semua bersurai dan meninggalkan aku sendirian yang masih lagi berdiri terpacak, kagum dengan sesi pembelajaran sekarang yang tidak lagi sebosan sesi pembelajaran aku dahulu.

Jadi, mungkin kaedah-kaedah sebegini yang perlu diterapkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan ketika belajar. Ada banyak lagi lagu-lagu sebegini yang boleh anda dapati di Youtube. Rajinkan jari jemari anda untuk mencari bahan yang terbaik untuk anak anda. 

BONUS FOR TODAY

sumber gambar --> SUMIJELLY <--

InsyaAllah aku berkemungkinan akan berada di sana pada 27 haribulan April ni. Apa kata moh kita beramai-ramai ke sana. Boleh cari bahan-bahan rujukan, cari buku untuk anak-anak, apatah lagi novel. Sambil-sambil kita boleh berjumpa sesama blogger kan? Korang tak teringin ke nak jumpa aku? Bukan senang tau nak jumpa Shahrizal Jaszle ni. Hahahahaha. Jadi, jumpa anda di sana.

{ 30 comments.. read them below or add one }

Mr.She Mr.She 21 April, 2012
karang budak tu bukan menghafal. takot berjoget je pulak lebih. kahkah
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 21 April, 2012
adik ara suka sgt lagu sifir 6 ni.. hari2 dia pasang.. haha
si kiut lavender si kiut lavender 21 April, 2012
wah..

awesomelah..hahahhha

boleh bagi kat anak menakan..kikikiki
Nurul Akmal Nurul Akmal 21 April, 2012
Kalau sebuta pasal sifir teringat zaman budak2 dulu Siti sifir dalam cita Along.. hehehe

Wah Jualan bulu..dah lah tgh nak cari novel.. Memang wajib pergi ni..
Nurul Akmal Nurul Akmal 21 April, 2012
Eh salah plak.. buku lah.. ;)
NAL NAL 21 April, 2012
tersangatlah ohsem..takut terlebih joget pun ada gak..risau2..
TiraPengemis TiraPengemis 21 April, 2012
yeke?
tirah tdo je kt cls...nantok+bosan....hahahahha
kura kura 21 April, 2012
cooll gila lagu nii! hahah
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 21 April, 2012
Terbaiklah Kaedah Menghafal sifir...siap ada Nasihat pedoman Lagi,..hahaha
Ezad Skytech Ezad Skytech 21 April, 2012
haha..confirm budak2 skrg takde masalah nak hafal sifir kan..hee~
ஜ miss klanika ஜ ஜ miss klanika ஜ 22 April, 2012
haha. dr bersifir terus berjoget. neway tingin nak gi pesta buku tue.
Woofer Storm Woofer Storm 22 April, 2012
insyallah.ada masa kita jumpa kat sana bro^^
Nisa Nisa 22 April, 2012
InshaAllah, I will be there too! Have some books to search for.
Youilove Youilove 22 April, 2012
Budak sekarang tak boleh dipaksa untuk belajar. Cikgu yang bertanggungjawab mewujudkan suasana seronok belajar. Kalau seseorang cikgu tu boleh buat macam tu, cikgu tu memang best dan memang power. Pembelajaran berkesan pula akan berlaku dan lebih menyeluruh.
teha teha 22 April, 2012
aik , first time dngr lagu nie.. hahaha !
Aien Alien Aien Alien 22 April, 2012
amboilah lagu sifirnya....kalah siti sifir a.l.o.n.g siap ada unsur nasihat...terbaekkkk :D
m!3yr4h_LolLy m!3yr4h_LolLy 22 April, 2012
kalau dari dulu lagi ada benda macam nie kan bagus. huhuhu. hebat betol la.
★ aIsyaH ★ ★ aIsyaH ★ 22 April, 2012
wah..!!nk hafal sifir siap ada lagu lagi..kalau lupa lirik macam mana eak?hee..^.6
faiz fakhirin faiz fakhirin 22 April, 2012
awesome untuk menjana pemikiran kanak2...
Myra Jay Myra Jay 22 April, 2012
Muzik memang 1 teknik menghafal.. Senang untuk mengingat
NOOR FATIN NOOR FATIN 22 April, 2012
hahahah mst bestt! saya paling susah dlu2 nak hafal sifir 7 dan 8. hahah
nasir hamzah nasir hamzah 23 April, 2012
kalau dari dulu ada belajar sifir sebegini rupa agaknya daku sudah menjadi guru matematik sangat pun....
Hany Rara Hany Rara 23 April, 2012
dulu2 malas nak hafal sifir smpai lekat kat meja..hahah
msredcheesecake msredcheesecake 24 April, 2012
Rajin tul cikguAT tu wat filem ni.... Kagum tul.... Saya malas nak hapal sifir....
Nurrul Nurrul 28 May, 2012
Err Nurrul jujur , paling lemah dalam bab sifir menyipir nie... huhu

*tulah.. sampai laa nie add math susah nak jwp law tak ada kalkulator.. :P*
Edo Ardo Edo Ardo 18 February, 2017
Kalau Ingin Membuat Website Atau Desain Kunjungi Link Kami http://www.mastertindo.com