Cerita Lawak : Kaum Wanita Penuh Dengan Kejutan




Memang benar kaum wanita ni penuh dengan kejutan. Aku masih ingat suatu ketika dulu aku pernah dikejutkan oleh seorang yang bergelar kekasih. Tapi dulu. Sekarang aku single. Ulang Taip! SINGLE!(Sambil kenyit-kenyit mata untuk test market).

Kejadian berlaku di salah sebuah stesen minyak berdekatan rumah aku. Memang kami dah berjanji untuk date di situ. Romantik bila dapat menghidu aroma minyak petrol dan diesel bersama.

Baru setengah jam kami duduk, secara tiba-tiba Cik N(Biarlah aku namakan sebagai Cik N sahaja) berlalu pergi sambil berlinangan air mata. Aku terus memecut untuk mengejar Cik N. Dapat. Aku pegang bahu Cik N. Namun, betapa patah dan hancurnya hati aku tatkala Cik N menyembur aku dengan kata-kata yang kurang enak. Dan ayat yang paling membuat aku tersentak ialah, " Kita putus!".

Aku terduduk. Emosi aku kacau bilau. Setiap bulu-bulu yang tertanam di seluruh pelusuk tubuh aku terpacak dan meremang. Kepala dan tengkuk aku berasa panas teramat. Bibir aku juga seolah-olah terkunci. Aku hanya mampu melihat Cik N berlalu pergi dengan beribu persoalan bermain di minda. Tidak berapa lama, hujan mula turun renyai-renyai. Aku masih lagi terduduk. Tubuh badan aku basah dan lenjun dek terkena titisan-titisan hujan. Dan secara tiba-tiba berkumandang lagu yang sangat menyedihkan.

Sila klik play untuk mendapatkan emosi dan feel yang lebih. Dengar sampai habis sebelum meneruskan sesi pembacaan.

Benar-benar aku dalam mod kesedihan. Pekerja-pekerja di stesen minyak tersebut hanya mampu memandang aku dengan penuh perasaan sayu. Ada juga yang tidak tahan lalu menitiskan air mata. Aku masih lagi terduduk. Nasib baik hujan. Kalau tak, pasti mereka-mereka tu akan perasan air mata yang mengalir ini. Seketika kemudian, aku tertunduk.

Suasana yang begitu sayu dan redup tersebut secara tiba-tiba diganggu gugat oleh bunyi lagu tema ais krim paddle pop yang selalu kedengaran ketika ada penjual aiskrim menjual ais krim di kawasan-kawasan perumahan. Semakin lama semakin kuat. Aku mengabaikan perkara tersebut hinggalah aku ditegur. Kepala aku dongak sikit demi sikit. Alangkah  terperanjatnya aku tatkala melihat Cik N menunggang motor penjual aiskrim.

" Awak! Nah aiskrim. Jangan sedih-sedih. Titew cuma buat kejutan je tadi. I lap U ketat-ketat!",teriak cik N sambil menghulurkan ais krim kepada aku. Berseri-seri wajah beliau selepas berjaya mengenakan aku. Cis! Rasa nak tampar laju-laju Cik N ni. Tapi sebab sayang punya pasal, aku anggap itu adalah gurauan berkasih. Dan sekarang aku anggap itu adalah kenangan terindah yang hanya tinggal kenangan.

BONUS FOR TODAY

Jom terjah gambar-gambar aku di entri

P/S : Thanks kepada blogger denaihati yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog picisan saya ini. Segala-galanya amatlah saya haargai.





{ 40 comments.. read them below or add one }

Myra Jay Myra Jay 19 April, 2012
Hheeee, sekali sekala terkena pe salah kan.... :)
Miziey Miziey 19 April, 2012
Ya, gua setuju. Kaum mereka memang penuh dengan surprise. Gua even dah berapa kali kena dengan Miss S. Sampaikan hampir gugur jantung gua dibuatnya. Tapi perasaan paling best adalah bila semua itu hanya gurauan semata dan gua lihat muka beliau yang cute itu lantas menghilangkan api kemarahan gua.

On the seken thought, agak2 kalau adik gua buat camtu, dapat penampar free tak dari gua?? hmmm. *berfikir sambil merenung jauh*
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 19 April, 2012
alala.. cmtu pulak.. nnti nak try test buat kt pkwe.. hahaha
yana halim yana halim 19 April, 2012
alolo sweetnye awek. Mesti comel sbb bawak motor ais krim tu. Ada iras mcm muke retis mana2 ke? hehe
ceklala ceklala 19 April, 2012
hahaha..ade jugak unsur2 hindustan di situ bila bermain dgn air hujan hehe..eh ade je awek suke buat surprise mcm tu..terutama sy la!! hehe
Maya Diana Maya Diana 19 April, 2012
hahaha...lawak gak adegan naik moto eskrim tu...ermm jgn sentap sgt lenkali...gurauan berkasih tu mcm2 pesen...saja nak uji kesabaran kaum Adam...
O'gosh O'gosh 19 April, 2012
arghhh..pastu kitorang yang membacanya pun terkena sama kan....cis..cis...dan cis lagi...
Sharidawati Shahrudin Sharidawati Shahrudin 19 April, 2012
ehh autumn in my heart tu bukan lagu Korea ke? huhuhu
Myvitrd Myvitrd 19 April, 2012
Tetiba melilir air liurku tanpa ku sedari mendengar Cik N membawa iskrim tu.. hehehe
Aien Alien Aien Alien 19 April, 2012
kahkah~ punya berjurai-jurai airmata dibawa hujan...sekali terkenaaaa daaa!!
O CIKTEDDY O CIKTEDDY 19 April, 2012
ngee..citer betol ke ni abg boni? kalo sy jd abg boni kan,rase je nak lempang cik N ni..ahaha
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 19 April, 2012
Waahhh..lain kali buat surprise balik...Hahaha
NAL NAL 19 April, 2012
wah..terleleh-leleh..
bighagenjo bighagenjo 19 April, 2012
wahh,, cam romantik jeh.. hee
NOOR FATIN NOOR FATIN 19 April, 2012
hahaha mmg penuh dengan kejutan. nasb baik xde sakit jantung, kalau x, adoiii. haaahaha..
Phat Phat 19 April, 2012
dia bagi eskem pelangi ek bro
kura kura 19 April, 2012
cite betul ke ni? amboi, romentik! boleh jadi maskot petrol pam ni. hehheh
madammondoq madammondoq 19 April, 2012
eh.. u single ke? couple dgn adik i nak? ahaks...
Muhammad Saiazuan Norhalik Muhammad Saiazuan Norhalik 19 April, 2012
kahkahkah, drama yang humor hapy ending di hujongnye..apa maksud lap u ketat ketat? mcm ada unsor notty je..lalala
cik.blogger. sengal cik.blogger. sengal 19 April, 2012
wah...sempat lg mkn aiskrim...hihii mcm2
vivian talkshit here :) vivian talkshit here :) 19 April, 2012
haha ~ awesome dpat gegurl gitu tau :')
Edy Fee Edy Fee 19 April, 2012
tetiba ade ais krim paddle pop lak lalu yer.haha
eila eila 19 April, 2012
aduhhh...syahdunya
Nurul Akmal Nurul Akmal 19 April, 2012
Wah memang betul2 nak try market.. Single.. Hehehehe

Mr. Boni yang suka berangan hehehehe camne lah rupa cik N tu yer.. mesti cantik.. huhuhu
AdiaLuze AdiaLuze 19 April, 2012
Assalammualaikum ..

^_________^
Woofer Storm Woofer Storm 20 April, 2012
romantika kekasih anda..sy pula yang rasa terharu..

#tkpe bro,anggap saja itu kenngan terindah..be cool k..
Zakaria's daughter Zakaria's daughter 20 April, 2012
perghh perghh.
romantik kot hidu bau petrol .
julung2 kali baca kesah sengal cm gni.

style miss N bawak moto askem.
paddle pop. yay! paddle pop. yay!
super super yummmmmmmmmmmmmii.

erghhh.
daimpressive daimpressive 20 April, 2012
wow, romantis... betul hindustani nih...
Myra Jay Myra Jay 20 April, 2012
p/s: Berkenan tempat beger tu MJ pun tak tau, dah member bg plan cenggitu kami ikut jela, almaklumla bukan pandai jalan2 tu semua kat sana:)
Edy Zaidi Edy Zaidi 20 April, 2012
hoho...part single tu la yg paling besar kan
Link Peluang Pekerjaan Link Peluang Pekerjaan 20 April, 2012
Suspen betul... baru nak fikir nak nasihat pe tadi hu
Mr.She Mr.She 20 April, 2012
haha. sweet giler :P
Maya Lisa Maya Lisa 20 April, 2012
aemmm..suweett tapi...dalam berkasih tu takmo lah sebut langsung perkataan putus tu..... doa...
~diAhOntHeblOg~ ~diAhOntHeblOg~ 20 April, 2012
titew xmo kwn boboiiiiiii...hahahahahahaha mak titew xbagi...
Hany Rara Hany Rara 28 April, 2012
hahahah gelak guling2..nakai betoi cik N..
Nurrul Nurrul 28 May, 2012
Err , Nurrul tak pernah buat pulak...
nak test / gurau2 pun tak sampai hati..

*agi2 bila tengok lelaki nagis.. huhu :P*
Nurrul Nurrul 28 May, 2012
Err , Nurrul tak pernah buat pulak...
nak test / gurau2 pun tak sampai hati..

*agi2 bila tengok lelaki nagis.. huhu :P*
Len Inouie Len Inouie 14 November, 2012
Hahahaha... gila kejam!
:D