![]() |
| denaihati |
Ramai yang sedia maklum bahawa blogger Denaihati.com kini tidak lagi dapat menyembunyikan identitinya selepas wajah foundernya iaitu Encik Muhamad Ilham a.k.a Encik Amir Hassan telah tersebar luas di dalam youtube bersempena Toshiba Intel Ultrabook Challenge yang turut disertai oleh blogger Ben Ashaari. Dan semalam, demi meraikan pembaca-pembaca setia dan rakan-rakan blogger, Denaihati.com telah menganjurkan satu majlis minum petang bersama blogger yang diadakan di Hotel Singgahsana, PJ. Aku turut berpeluang mengikuti majlis tersebut setelah dijemput oleh Denaihati.com dan juga peramal benar belaka.
Majlis santai berkenaan sangat meriah kerana disertai ramai blogger-blogger dan pembaca-pembaca setia denaihati. Founder denaihati iaitu Encik Muhamad Ilham juga sangat simple dan sempoi orangnya. Yang membuatkan hadirin ketawa berdekah-dekah apabila part beliau terlupa untuk menjemput tetamu makan.
" Ni majlis santai. Dah boleh makan dah sebenarnya. Saya terlupa nak jemput kamu semua makan sebenarnya. Sila ambil makanan yang berada di belakang." (Lebih kurang begini lah dialog beliau semalam).
Dan menambah ceria majlis tersebut apabila dihiburkan oleh penyanyi jemputan yang juga seorang blogger. Siapa lagi kalau bukan Bro Payung. Tak sangka, dalam diam beliau juga mempunyai bakat dalam melawak. Tak boleh aku lupakan part di mana Abang Ensem telah dipanggil ke hadapan untuk melakonkan watak Aaron Aziz di dalam filem Ombak Rindu. Siap dapat menyanyi lagi. Wah, suara AE sangat-sangat sedap dan 'mengghairahkan'. Hahahaha.
Aku sempat juga bersembang-sembang dengan Encik Muhamad Ilham, dan ternyata beliau sangat-sangat merendah diri. Beliau ada juga ceritakan pada aku yang blog denaihati pernah di hit sebanyak 52K UV dalam sehari. Pergh. Cukup membuatkan aku rasa rendah diri. Apatah lagi bila semalam aku bersama dengan ramai blogger-blogger yang hebat-hebat. Yang punya UV lebih kurang 2K-3K sehari. Walau terasa kecil seperti semut, tapi aku cuba menguatkan semangat dan cuba membuktikan bahawa aku juga mampu untuk duduk semeja sambil minum teh. Hahaha. Minum teh je lah. Kalau dah masuk bab blog, memang aku rasa kecil balik. Hahahaha. Ok, cukuplah setakat ini untuk part 1. Pada part-part seterusnya, aku akan publish gambar-gambar sekitar majlis sepetang bersama denaihati ini.
Thanks denaihati.com kerana berjaya menganjurkan majlis seperti semalam. Semoga terus sukses di dalam arena blog tanah air. Thanks again for the souvenir-souvenir yang best-best tu.
Antara rakan blogger yang bersama aku semalam. Blogger-blogger yang hebat. Aku harap satu hari nanti aku akan jadi seperti mereka. Hebat dan TIDAK SOMBONG!
Kepada Bro KID, sila jeles. Apatah lagi Bro Jejai dapat bawa balik Silver 1kg hadiah daripada denaihati yang berharga lebih kurang rm6k semalam. Hahaha. Bro Jejai, tak faham-faham lagi? Dah kasi jek dah ni, jangan lupa 40% ok! Hahahaha.











{ 25 comments... read them below or add one }
wahhhhh...best giler =)
April 16, 2012 at 12:54 PM
Bro, kalo lu amik 40% dan gua plak awai2 dah mintak 50%, takkan Tok Jejai nak makan 10% jek..hahaha
April 16, 2012 at 12:58 PM
aku pun pembaca setia blog denaihati.. nak kenal juga camne rupe TOP blogger sehebat dia ni.. aku xjumpe lagi blog lebih tinggi rankingnya daripada denaihati di Malaysia. kalau ada sila bgtau ehehe
April 16, 2012 at 1:01 PM
wah untung lah bro...nanti aku jemput majlis minum2 dengan pembaca phat corner lak *berangan hahaha
April 16, 2012 at 1:07 PM
Waauu..best..Huhu
April 16, 2012 at 1:29 PM
fuhh! terbaiklah boni! :D
April 16, 2012 at 1:55 PM
Dah..dah..gua dah siap potong dadu nak bagi kengkawan makan..wakakaka
April 16, 2012 at 2:15 PM
Hahaha kalau Boni nak 40% Ae 50% sian abg jejai.. nak makan ape jer.. hehehehe
Lawak kan masa dia infom lupa nak jemput makan tu.. hehehe.. ;)
Semuanya x sombong.. event ni sangat best... ;)
April 16, 2012 at 2:18 PM
untungla dpt peluang camtu..bilela nk dpt jgk peluang ni huhu
April 16, 2012 at 2:31 PM
best la dapat peluang mcm tu..
April 16, 2012 at 2:33 PM
Silver 1kg berharga lebih kurang RM6K??? magadddd!!! :O
40% dari RM6K still ada RM2400. Peh!! naisss!! btw, nak 10% dari abam Boni, boleh? wakakakakak.
xD
April 16, 2012 at 2:34 PM
rezeki bro jejaikan..
April 16, 2012 at 5:00 PM
seronok la dpt jumpa kawan2 kan.. InsyaAllah 1 hari awk bleh jd mcm mereka..
April 16, 2012 at 5:17 PM
Alah Bro Boni pun boleh jadi seperti mereka hehehe.
Readers pon byk ha!Cool and awesome :DD
:D All the best for you man!
April 16, 2012 at 5:28 PM
wah best nye dia dpt jumpa bloggers2..
April 16, 2012 at 7:02 PM
waaa~ ohsem nya! jeles ni jeles. kehkeh :P
April 16, 2012 at 8:26 PM
waahhh.....takpe. akak tunggu Boni pulak jadi mcm founder Denaihati.com tu. Pastu jemput akak pulak ye. kesian kat akak nie. 100 uv sehari pun belum tentu dapatnya. huhu....
April 16, 2012 at 9:01 PM
perghh..mmg dasyat la depa ni sume =D
April 16, 2012 at 9:06 PM
wahhh..best betul ko kan dpt join sekali dgn mereka..:D
April 17, 2012 at 5:36 AM
hehe kita yg bc ni pun rasa mcm best ja kan..
amin smoga impian awk t'capai..dah pemes jgn smbong..kehkeh
April 17, 2012 at 7:33 AM
alahhh kak sha tak pergi sbb balik melaka...huwaaaa... saya jeles ok sbb kamu semua pergi..huhu
April 17, 2012 at 12:36 PM
sila sedut gambar anda di FB saya hehehe
April 18, 2012 at 12:16 AM
Wowww!!!! 52,k sehari..
Nak dapat 500 sehari pun penat :)
April 20, 2012 at 8:12 AM
SEONOKNYA jumpa bloggers ! :D
May 21, 2012 at 4:52 PM
Mmg kenangan terindah masa majlis ni berlangsung kan :)
Lepas majlis tu baru MJ kenal dengan blog Boni ni :)
June 10, 2012 at 12:18 AM
Post a Comment