Lelaki tetap adalah seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan dan hati. Lelaki bukanlah robot yang tidak mempunyai apa-apa rasa walaupun dicemuh, dimaki, atau diketuk menggunakan pam jamban. Itu adalah fitrah. Cuma yang membezakan lelaki dan wanita ialah tangisan lelaki jarang ditunjukkan. Ramainya akan menangis di dalam hati atau menyorok di dalam bilik sebelum air mata yang mahal bak mutiara di dalam lautan bercucuran jatuh ke bumi.
![]() |
| sumber :- www.terrygeorge.co.uk |
Samalah seperti kejadian yang menimpa Karim Mohiba (salah seorang kawan aku) minggu lepas. Alangkah terperanjatnya aku melihat beliau mengalirkan air mata.
" Karim Mohiba, cukuplah. Janganlah dikenang kisah-kisah lama itu. Yang berlaku sudah berlalu. Masa tak mungkin akan berulang kembali walau tuan hamba menangis air mata darah sekalipun. Cukuplah mengeluarkan air mata kau yang sangat mahal tu. Sebagai lelaki, jika sekali air mata menitis, kita akan dianggap lemah selemah-lemahnya.",ujar aku panjang lebar untuk menenangkan hati Karim Mohiba.
Kedebuk! Kedebuk! Kedebuk!
" Oi! Aku sekadar nasihat. Yang kau tumbuk kolar baju aku kenapa?!!!"
" Kepala jimbit kau!! Bila masa aku menangis?!! Kau tak nampak ke aku tengah potong bawang ni?!! Yang kau masuk kat dapur restoran ni dah kenapa?!! Berambus kau sekarang!! Get lost!! Aku tengah kerja lah!! What the nonsense!!!"
P/S :- AL FATIHAH buat Allahyarham Bob KUMAN yang telah pun meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Seorang penghibur yang sentiasa membuat kita ketawa terbahak-bahak dan tidak pernah berputus asa dalam menghiburkan insan-insan di Malaysia ni. Marilah kita luangkan sedikit masa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.











{ 29 comments... read them below or add one }
grrrr,,, ni yang geram ngan boni nih,,, urrghhhh,,, tapi memang tak macho pun kalau laki nangis kecuali time dorang propose macm awal buat kat scha,, ehehe
May 4, 2012 at 8:29 PM
bhahaha tertipu lagii~~
tapi kan kan kan. terasa disayangi jugak kalo laki tu sggup nanges sbb kite. kehkeh *tetibe*
Innalillah...-kita milik Allah
al-fatihah utk arwah. semoga tenang d alm sana T_T
May 4, 2012 at 8:36 PM
adeh ngh potong bawang upenye.. -.-
May 4, 2012 at 8:47 PM
hahaha. kepala jimbettt dia yee. haha
May 4, 2012 at 8:58 PM
Aiyoooo! Tapi cute ape bila laki nangis,bru la nmpk keikhlasan dia<--bg saya la klu org lain maybe lain pndpt dia.Bro! English bro pun terer la! Komen yg sgt best dr bro! :D Thanks so much :3
May 4, 2012 at 9:03 PM
hehe chill..lelaki nangis tu pun normal pada aku :)
May 4, 2012 at 9:06 PM
cehhh mencik dengan cerita ni. haha
saya suka lelaki yang menangis. thats mean, dia dia dia dia err dia ahhh saya suka!
May 4, 2012 at 9:08 PM
lain kali potong bawang pakai goggle...hehe
May 4, 2012 at 9:44 PM
betoll tuh . semua manusia TIDAK SEMPURNA :')
Al-Fatihah ;)
May 4, 2012 at 11:32 PM
terkono den.
alfatihah buat allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman.
May 5, 2012 at 12:35 AM
haha, serius je baca tetiba?? hehehh.. apa yg penting memang lawak ar boni..cayalah..
May 5, 2012 at 1:23 AM
lelaki sekali dah nangis mesti ade perkara yg betul2 membuatkan die sebak
May 5, 2012 at 1:24 AM
lelaki pun manusia jugak...dan mesti akan terasa sebak jugak bila hatinya betul2 terusik...huhu~
May 5, 2012 at 4:41 AM
Bukan senang nak tengok lelaki menangis.. hihi..
May 5, 2012 at 5:59 AM
teringin nak tengok laling i nangis.. hehe..
May 5, 2012 at 9:38 AM
menangis kerana banyak dosa... =)
May 5, 2012 at 11:15 AM
hahahahaha... apsal x blasah je... ad ke bahan.. bro.. len kali amek gambar skali.. ;p
May 5, 2012 at 11:45 AM
menangis bila perlu...
Al-fatiha buat arwah bob kuman...
May 5, 2012 at 11:56 AM
hoho, llaki memasak tu macho..hoho
alfatihah utk alayarham bob lukman
May 5, 2012 at 4:00 PM
menangis sensorang dh la kut.. hehe.
alfatihah utk bob kuman.. semoga dtempatkn golongn yg beriman..
May 5, 2012 at 7:16 PM
Daku tertipu lagik...waduh2... :P
Owh yer, Boni tingin makan masakan YM yer, jum!Raya nanti dtg umah YM...
Raya jek...ari lain takleh, hahaha! Takdelah, guwau jerrr!! Klu tetiba tersesat ke Ganu, rojer2 la..bleh singgah umah YM, bleh maen gusti-gusti ngan Yayan, haha!
May 5, 2012 at 9:00 PM
tak salahkan jika lelaki mengalirkan air mata?
May 5, 2012 at 11:43 PM
salam...kaco karim jer :(
alfathihah buat bob kuman....
May 6, 2012 at 9:02 PM
lelaki kena macho, mana blehh nangis time potong bawanggg. kahkahkah lawak!
May 6, 2012 at 11:16 PM
Memang sudah menjadi fitrah bagi seorang lelaki susah hendak menitis air mata tetapi didalam hati siapalah tahu.
May 7, 2012 at 1:09 AM
hahhaa..potong bawang rupenye...hehe..
al-fatihah
May 7, 2012 at 1:22 AM
Heheee, sesiapa pun kalau potong bawang akan tangkap leleh...heheee
May 8, 2012 at 11:48 AM
amboi bukan main bermetafora ayat mula2..last2 ptong bwang je.ciskek!
May 10, 2012 at 4:19 AM
Lelaki memang jarang menangis tapi kalau dah menangis tu memang tengah potong bawang la tu. hahaha
September 17, 2012 at 1:42 PM
Post a Comment